Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti yang dijalankan di sekolah yang melibatkan kerjasama berpasukan.

PENJAGA HARTA KARUN MASA : 30 minit ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan. 2. Mewujudkan keseronokan semasa aktiviti. PROSEDUR : 1. Peserta membuat satu bulatan. 2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala seorang lagi berperanan sebagai pencuri. 3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan kembali semula untuk mengesan penjaga harta karun tersebut. 4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah membuat beberapa gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain. (Gerakan tersebut boleh ditukar kepada beberapa gerakan yang berbeza-beza) 5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun maka permainan ini tamat. FALSAFAH : 1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat. 3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang berbahaya.

Tajuk : KUMPULANKU MASA : 15 minit ALATAN : Kad gambar buah-buahan (durian, rambutan, pisang, kelapa) PROSEDUR : 1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar buah masingmasing. 2. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan abjad pangkal nama masingmasing. 3. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing. 4. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang diberikan pada kad nama masing-masing. 5. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan. FALSAFAH : 1. Kerjasama dengan lebih mendalam boleh mewujudkan kemesraan dan perasaan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai