Anda di halaman 1dari 1

5.

0 Rumusan Pendidikan merupakan satu medium yang terpenting sekali bagi membentuk jati diri modal insan yang akan memimpin negara. Pendidikan yang mampu menaikkan nama negara adalah pendidikan yang diiktiraf oleh dunia. Segala kekurangan dalam sistem negara hendaklah segala diperbaiki dan diperbaharui supaya modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi mampu dilahirkan dalam satu angka yang besar. Warga pendidik merupakan golongan yang amat penting sebagai instruktur di sekolah mahupun di peringkat tinggi seperti di Universiti, kolej-kolej, maktab dan sebagainya. Warga pendidik sentiasa menghadapi cabaran di dalam usaha negara yang ingin melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global. Tanpa warga pendidik yang amanah dan prihatin sudah pasti usaha melahirkan modal insan kelas pertama akan tergendala. Selain itu, aspek ekonomi juga turut memberikan cabaran yang kuat kepada pihak kerajaan. Hal ini kerana perkembangan globalisasi yang sangat cepat dan kompetitif. Negara terpaksa memberikan saingan sehingga ke peringkat akal umbi untuk merebut peluang-peluang ekonomi di pasaran antarabangsa. Dari aspek ekonomi ini, negara bukan sahaja menghadapi cabaran persaingan dari negara-negara luar sahaja. Negara juga menghadapi beberapa cabaran yang wujud di dalam negara kita sendiri juga.

Oleh itu, segala cabaran yang dihadapi oleh negara, adalah satu tanggungjawab bersama kita sebagai rakyat Malaysia. Kerjasama yang berterusan haruslah diberikan oleh lapisan masyarakat agar modal insan yang kita lahirkan dapat menjadi pembangkin utama untuk merealisasikan impian Wawasan 2020.

18

Anda mungkin juga menyukai