Anda di halaman 1dari 12

Sinopsis

Babak 1 Haji Pakir dan Hajah Derisah menangis teresak-esak di hadapan kubur anaknya, Rohani. Mereka tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama Rohani. Hajah Derisah memujuk suaminya agar bersabar dan menerima ketentuan Tuhan dengan redha. Haji Pakir tertanya-tanya akan perkara yang sebenarnya berlaku kepada Rohani .

Sinopsis
Babak 2 Haji Pakir menyalahkan isterinya kerana terlalu memanjakan

Rohani sehingga dia tidak pulang ke rumah dan menagih dadah.


Hajah Derisah pula menyalahkan Haji Pakir kerana menuruti apa sahaja kemahuan Rohani. Tindakan mereka yang terlalu memanjakan Rohani menyebabkan anak mereka itu bersikap biadab. Apabila pulang ke rumah, Rohani telah dimarahi oleh Haji

Pakir. Rohani melawan kata-kata ayahnya. Oleh sebab terlalu marah


Haji Pakir telah menghalau Rohani keluar dari rumah. Rohani terus lari meninggalkan rumah.

Sinopsis
Babak 3 Haji Pakir menangis meratapi pemergian anaknya, Rohani. Haji Pakir menyesal dan merasakan dirinya turut bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku ke atas Rohani. Haji Pakir dan Hajah Derisah berdoa agar roh Rohani dicucuri rahmat

Tema
Ibu bapa yang kesal akan kesilapan mereka dalam mendidik anak mereka

Persoalan
i. Peranan ibu bapa dalam mendidik anakanak ii. Keruntuhan akhlak adalah akibat pengaruh negatif iii. Redha dengan ketentuan Tuhan iv. Anak yang menyalahgunakan kebebasan yang diberi oleh ibu bapa v. Bahaya najis dadah

Watak & Perwatakan


Haji Pakir Bapa kepada Rohani Seorang bapa yang tegas Seorang bapa yang penyayang Menyesal kerana gagal mendidik anaknya dengan baik Hajah Derisah Ibu kepada Rohani Isteri kepada Haji Pakir Terlalu memanjakan Rohani Lebih tenang dan dapat mengawal emosi

Watak & Perwatakan


Rohani Anak tunggal Haji Pakir dan Hajah Derisah Anak yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa Berkawan dengan budak-budak liar Terjerumus dalam najis dadah

Latar
Masa - Pada waktu malam - Pagi Aidilfitri Tempat - Di tanah perkuburan Islam - Di ruang tamu rumah Haji Pakir Masyarakat - Masyarakat yang terlalu memanjakan anak - Masyarakat yang tidak menghormati ibu bapa - Masyarakat yang terjebak dengan najis dadah

Nilai
Kasih sayang - Haji Pakir dan Hajah Derisah amat menyayangi anaknya, Rohani Tegas - Haji Pakir menegur Rohani yang berkawan dengan budak-budak nakal dan liar

Insaf - Haji Pakir berasa insaf kerana terlalu memanjakan anaknya

Pengajaran
Kita hendaklah tegas dalam memberi pendidikan kepada anak-anak Kita hendaklah sentiasa menghormati dan mendengar nasihat ibu bapa Kita hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan najis dadah Kita haruslah sentiasa insaf dengan kesalahan yang telah kita lakukan

Anda mungkin juga menyukai