Anda di halaman 1dari 10

8.

PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA BAGI BULAN JUN 2013

TRANSKRIP UCAPAN : YANG AMAT BERHORMAT DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

3 JUN 2013

DISEDIAKAN OLEH: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN PERDANA MENTERI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, Penjawat-penjawat awam, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

2.

Alhamdulillah pada pagi ini kita dapat mengadakan perhimpunan bulanan yang

merupakan perhimpunan yang pertama selepas pilihan raya yang ke-13 yang telah pun berlangsung pada 5 Mei yang lalu. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada penjawat-penjawat awam yang telah memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk terus memimpin negara Malasia yang kita cintai.

3.

Sebagai warganegara Malaysia, penjawat-penjawat awam mempunyai hak

yang diberikan oleh perlembagaan untuk menentukan siapakah yang wajar dipilih untuk mentadbir dan memimpin negara. Dengan selesainya pilihan raya ke-13 ini dan sudah hamper sebulan berlalu, , tiba masanya untuk kita tidak menoleh ke belakang tetapi kita mengorak langkah ke hadapan. We must go forward sebagai sebuah Negara. Kita tidak mampu untuk membuangkan masa untuk terlibat dalam proses yang saya sifatkan sebagai excessive politicking. Kita menumpukan pandangan kepada usaha perkasa yang lebih serius lagi, dan lebih besar lagi, yakni untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh rakyat untuk

menentukan kesejahteraan rakyat dan negara kita ini membangun dengan lebih pesat. 4. Sebagai sebuah kerajaan, kita telah cuba melakukan yang terbaik mengikut

undang-undang kerajaan. Mengenai proses pilihan raya, kita telah berusaha untuk menjadikannya lebih telus dan banyak penambahbaikan yang telah kita lakukan termasuk cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh parti pembangkang.

5.

Namun, ada pihak yang masih lagi hendak mempertikaikan keputusan pilihan

raya yang lalu. Selalunya, kalau kita mengetahui proses itu, hampir mustahil untuk dilakukan penipuan secara besar-besaran.

6.

Pokoknya, setiap parti politik yang bertanding mempunyai politing agent di

setiap tempat mengundi dan polling agent itu merupakan orang tempatan dan sudah tentu akan mengenali setiap orang yang datang untuk mengundi. Dalam kaedah sekarang, kalau ada orang asing yang cuba dijadikan sebagai pengundi, sudah tentu mereka akan membantah atau protes.

7.

Tuduhan kononnya kita mengimport 40,000 Mat Bangla sebagai pengundi tidak

masuk akal. Saya percaya kalau 40,000 yang cuba disembunyikan dalam sistem undian, kita tidak mungkin dapat lakukan. Yang pertama, hendak mendarat 40,000 Mat Bangla bukan senang, memerlukan 100 buah Jumbo Jet. Yang kedua, hendak mengagihkan mereka pusat undi pula memerlukan 1,000 buah bas kerana setiap buah bas hanya boleh memuatkan 40 orang sahaja. Dan kalau mereka hendak mengundi, daftar, undi untuk itu telahpun disemak oleh semua pihak dan kalau cuba dimanipulasikan, temtu sekali polling agent yang berkenaan akan melakukan bantahan ataupun protes pada masa tersebut. Jangan jadikan ini sebagai satu cerita.

8.

Sebenarnya, Story board ini telah dirancangkan oleh orang lain berbulan-

bulan sebelum pilihan raya dan dimuatkan dalam Youtube. Kononnya, kita sedang merancang sesuatu penipuan sehingga berlaku satu keadaan yang paranoid. Ramai yang mempercayai perkara ini, sehingga ada orang yang kebetulan rupa macam Mat Bangla telah diserang. Tidak adil bagi mereka yang kulit gelap sikit, hitam manis dianggap sebagai Mat Bangla. Ini tidak adil kepada orang yang sebenarnya merupakan warganegara Malaysia.

9.

Kita semua boleh gelak, boleh ketawa bila sebut perkara ini selepas pilihan raya,

tetapi pada waktu tersebut, ramai yang telah terpedaya dengan cerita yang telah direka dengan sengajanya untuk mempertikaikan kredibiliti dan proses pilihan raya kita yang sebenarnya begitu jelas.

10.

Sejak selesainya PRU-13, dunia telah pun menerima bahawa Barisan

Nasional telah diberi mandat untuk membentuk sebuah kerajaan. Saya telah menerima ucapan tahniah daripada hampir semua pemimpin dunia antaranya Presiden Obama, perdana Menteri China dan Perdana Menteri UK (United Kingdom), setiap pemimpin utama ASEAN. Terkini, pagi ini saya baca dalam akhbar, Senator Bob Carr, Menteri Luar Australia berkata, bahawa proses pilihan raya di Malaysia ini credible tanpa ada niat untuk mencampurtangan dalam urusan negara kita, Malaysia.

11.

Apatah lagi, dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

sempena Ulang Tahun Hari Keputeraannya pada hari Sabtu lalu, Baginda telah pun membuat titah nasihat supaya keputusan PRU ke-13 tersebut diterima. Sebarang pertikaian, sama ada daripada pihak Barisan Nasional atau pun pihak pembangkang, kita perlu gunakan proses mahkamah atau proses undang-undang untuk kita membuat bantahan dan sebagainya.

12.

Jadi sebagai sebuah negara, marilah kita memperlihatkan bahawa kita

menjadi pengamal demokrasi yang matang. Bukan sahaja kita akui kita menerima proses itu, tetapi yang paling penting setelah proses itu selesai, kita menunjukkan bahawa kita ini adalah penerima dan pengamal demokrasi parlimen yang cukup matang. Seterusnya dengan keputusan tersebut, kita perlu melihat ke hadapan, masa depan negara kita dan apa yang patut kita lakukan.

13.

Sebagai sebuah Kerajaan, kita akan teruskan proses perubahan dan

transformasi sebab rakyat telah membuat keputusan yang menunjukkan bahawa mereka hendak kepada perubahan. Perubahan mampu dilakukan oleh Kerajaan yang sedia ada tanpa menukar kerajaan.

14.

Apa sahaja yang kita lakukan sebelum ini dalam agenda Transformasi Negara,

baik Transformasi Kerajaan (GPT), ETP (Transformasi Ekonomi), Transformasi Sosial, ini semua akan dirangkumkan sebagai landasan untuk kita ke hadapan dan proses itu mungkin perlu kita accelerate, perlu kita perkukuhkan lagi, perlu kita tentukan keberkesanannya.

15.

Kalau pun kita ada satu kelemahan yang kita tidak dapat kesan selama ini, ialah

menangani the war of perception. Inilah yang mungkin kita perlu perbaiki. Bagaimana kita boleh menangani the war of perception iaitu persepsi bukan realiti. Persepsi boleh dibentuk dengan pelbagai cara, bukan sahaja face to face tetapi mempertingkatkan penggunaan kaedah media sosial seperti facebook. Inilah yang kita perlu beri perhatian. Mungkin kita kurang kemahiran dalam hal ini tetapi mulai dari sekarang, kita bina pengalaman supaya pada masa akan datang kita akan lebih berjaya untuk memaparkan apa yang sebenarnya bukan persepsi tetapi realiti.

16.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat-penjawat awam yang

telah mengukuhkan kerajaan selama ini. Mudah-mudahan dalam tempoh masa lima tahun akan datang, penjawat-penjawat awam akan terus bersama-sama dengan Kerajaan untuk memakmurkan negara. Agenda ini kita akan beri perhatian yang berat dan terus menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat-penjawat awam. Kita juga akan menjadikan perkhidmatan awam sebagai satu perkhidmatan yang memberi kepuasan kepada setiap daripada kita yang menjadi anggotanya.

17.

Terima kasih dan semoga Allah S.W.T akan merahmati dan memberkati

perjuangan kita untuk wawasan negara kita.

Terima Kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

8.1 Analisis Aspek ayat Bahasa Melayu Dalam Teks Ucapan a) Jenis ayat yang digunakan dalam teks. i. Ayat Penyata Contoh: Sebagai sebuah kerajaan, kita telah cuba melakukan yang terbaik mengikut undang-undang kerajaan. (baris 1 dan 2, perenggan 4) Kononnya, kita sedang merancang sesuatu penipuan sehingga berlaku satu keadaan yang paranoid. (baris 2, 3 dan 4, perenggan 8)

ii.

Ayat Majmuk Contoh: Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada penjawat-penjawat awam yang telah memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk terus memimpin negara Malaysia kita yang tercinta. (baris 3, 4, 5, dan 6, perenggan 2)

iii.

Ayat Permintaan Contoh: Jadi sebagai sebuah negara, marilah kita memperlihatkan bahawa kita menjadi pengamal demokrasi yang matang. ( baris 1 dan 2, perenggan 12)

iv.

Ayat Larangan Contoh: Jangan jadikan ini sebagai satu cerita. (baris 9, perenggan 7)

b) Susunan konstituen ayat yang digunakan dalam teks ucapan. i. Konstituen Ayat Secara Biasa Contoh: Perubahan mampu dilakukan oleh kerajaan yang sedia ada tanpa menukar kerajaan. (baris 3 dan 4, perenggan13)

ii.

Pendekatan Seluruh Predikat Contoh: Yang pertama hendak mendarat 40,000 Mat Bangla bukan senang, memerlukan 100 buah jumbo jet. (baris 3 dan 4, perenggan 7)

c) Jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan dalam teks ucapan. i. Ayat Majmuk Gabungan Contoh: Sebenarnya, story board ini telah dirancang oleh orang lain berbulan-bulan sebelum pilihan raya dan dimuatkan dalam Youtube. a) Sebenarnya, story board ini telah dirancang oleh orang lain berbulan-bulan sebelum pilihan raya. b) Dimuatkan dalam Youtube. Gabungan ayat tunggal (a) dan (b) dengan kata hubung menghasilkan sebuah ayat majmuk gabungan.

Sabtu lalu baginda telah membuat titah nasihat supaya keputusan PRU ke-13 tersebut diterima. a) Sabtu lalu, baginda telah membuat titah nasihat. b) Keputusan PRU ke-13 tersebut diterima. Gabungan ayat tunggal (a) dan (b) dengan kata hubung supaya menghasilkan sebuah ayat majmuk gabungan.

ii.

Ayat Majmuk Pancangan Relatif Contoh: Sebagai warganegara hak yang Malaysia, diberikan penjawat-penjawat oleh perlembagaan awam untuk

mempunyai

menentukan siapakah yang wajar dipilih untuk mentadbir dan memimpin negara. a) Sebagai warganegara Malaysia, penjawat-penjawat awam mempunyai hak yang diberikan oleh perlembagaan. (ayat induk) b) Menentukan siapakah yang wajar dipilih. ((ayat Kecil) c) Mentadbir dan memimpin Negara. (ayat kecil) Penggunaan kata relatif yang dalam menyammbung ayat induk dan ayatayat kecil membentuk ayat majmuk pancangan relatif.

iii)

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Contoh: Sejak selesainya PRU-13, dunia telahpun menerima bahawa Barisan Nasional telah diberi mandat untuk membentuk sebuah kerajaan.

a) Sejak selesainya PRU 13, dunia telahpun menerima Barisan Nasional. (ayat induk) b) Diberi mandat. (ayat kecil) c) Membentuk sebuah kerajaan. (ayat kecil) Penggunaan kata komplemen bahawa dan untuk dalam menyambung ayat induk dan ayat kecil membentuk ayat majmuk pancangan komplemen. iv) Ayat Majmuk Campuran Contoh: Dengan selesainya pilihan raya ke-13 ini dan sudah hampir sebulan berlalu, tiba masanya untuk kita tidak menoleh ke belakang tetapi kita mesti mengorak langkah ke hadapan. a) Dengan selesainya pilihan raya ke-13 ini dan sudah hampir sebulan berlalu. (ayat majmuk) b) Tiba masanya untuk kita tidak menoleh ke belakang tetapi kita mesti mengorak langkah ke hadapan. (ayat majmuk) Campuran ayat majmuk di atas dengan penggunaan kata hubung dan, kata komplemen untuk telah membentuk ayat majmuk campuran.

Anda mungkin juga menyukai