Anda di halaman 1dari 1

IMPLIKASI PENGAJARAN GURU DALAM PENDIDIKAN Guru haruslah berkomunikasi dengan anak Baba dalam bahasa Melayu tulen

semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini disebabkan bahasa baba banyak dipengaruhi bahasa Cina, Inggeris dan Indonesia. Justeru, struktur sintatik, fonologi dan semantik antara kedua-dua bahasa amat berbeza terutamanya bahasa terbalik yang ditutur oleh masyarakat Baba sukar untuk difahami sekiranya seseorang itu tidak mahir berbahasa Melayu Baba. Oleh itu, guru bertanggungjawab memberi pendidikan yang formal termasuklah bahasa kebangsaan terhadap anak baba untuk memudahkan interaksi dengan orang lain. Guru boleh menyediakan sumber P&P dan kaedah yang baik untuk mengajar mereka bertutur dalam bahasa Melayu tulen. Contohnya, guru boleh memaparkan video berkaitan bahasa, membuat jadual perkataan antara dua bahasa tersebut bagi membolehkan murid mengenalpasti dan memahami maksud perkataan dengan berkesan., Di samping itu, guru seyogia melatih anak Baba bertutur dalam bahasa Melayu melalui aktiviti pembacaan. Guru boleh menyediakan buku-buku bahasa, karangan, buku cerita dan sebagainya kepada murid untuk membaca dan mengenalpasti cara sebutan yang betul. Mereka juga dapat mengenali perkataan-perkataan dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu. Hal ini memudahkan murid membezakan antara bahasa Baba dan bahasa Melayu. Maka, mereka dapat menguasai kedua-dua bahasa dan bertutur dalam keadaan yang tertentu. Selain daripada bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, guru boleh mengadakan aktiviti bahasa baba dalam sepanjang Minggu Bahasa. Tujuannya membolehkan murid-murid sekolah dapat mengenali bahasa Baba dan berminat terhadap budaya orang Baba yang begitu unik di Malaysia. Misalnya, murid berpeluang menyanyi pantun Baba iaitu Dondang Sayang dan berpeluang bertutur dalam bahasa Baba ataupun mengenai perkataan-perkataan bahasa Baba melalui kuiz dan permainan. Oleh itu, budaya Baba tidak akan dilupakan oleh generasi muda dan membangkitkan keminatan terhadap bahasa Baba.

Anda mungkin juga menyukai