Anda di halaman 1dari 4

LARRY ANAK LIMIN 890203-13-5413

Semasa menyiapkan tugasan ini saya telah menerima pelbagai jenis pengalaman serta faedah yang berguna. Oleh hal yang demikian , saya ingin mengucapkan setinggitinggi kesyukuran kerana telah Berjaya menyiapkan hasil tugasan bagi kerja kursus ini. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan kerja kursus ini memerlukan saya dan ahli kumpulan mengkaji pelbagai aspek berbeza berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing. Tugasan ini mengandungi dua soalan utama dan dipecahkan Pada soalan pertama tugasan memerlukan saya secara

kepada dua lagi sub-soalan.

individu untuk melakarkan satu peta minda bulatan dan membuat huraian berdasarkan peta minda bulatan tersebut yang bertajuk mengenai kemahiran membaca serta mencadangkan contoh aktiviti bagi setiap kemahiran dalam membaca. Sebelum ini saya pernah belajar mengenai tajuk kemahiran membaca pada semester sebelum ini. Namun demikian, pada kali ini saya dikehendaki untuk mengkaji dengan lebih terperinci dan mendalam mengenai kemahiran membaca seperti mekanis, mentalis, intensif dan ekstensif. Saya berasa agak lega kerana bahan kajian untuk tajuk ini agak mudah untuk diperolehi dan dirujuk seperti buku, jurnal dan bahan elektronik atas talian. Namun bagi soalan kedua pula merupakan suatu cabaran bagi saya kerana kehendak soalan pecahan dua bagi soalan satu memerlukan saya mengkaji secara terperinci dan teliti dokumen standard kurikulum KSSR. Saya perlu menganalisis dan

menjelaskan setiap satu istilah atau frasa dalam dokumen standars kurikulum KSSR tersebut. Bagi soalan pecahan ini, cabrannya amat tinggi sekali kerana soalan

mengkehendaki saya memberikan penjelasan terperinci berkenaan setiap satu standard kandungan dan standard kandungan. Hal ini bermaksud saya perlu menggunakan

pengetahuan saya dalam setiap istilah dan frasa untuk menjelaskannya dengan menggunakan ayat yang lebih mudah difahami. Namun saya Berjaya untuk melakukan analisis dan huraian terhadap standard kandungan kerana berbantukan bahan seperti kamus dan alat bantu lain iaitu program atas talian. Setelah selesai menganalisis dan

menjelaskan setiap kandungan dalam standard kandungan, saya dapati bahawa saya semakin memahami dan mendalami dengan terperinci setiap keperluan standard kandungan tersebut. Saya perlu memahami setiap standard kandungan tersebut dengan jelas dan teliti kerana apabila saya menjadi guru kelak pengetahuan mengenai standard kandungan ini penting untuk saya merancang pengarajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Selain itu, pengetahuan mengenai standard kandungan ini akan memudahkan tugas sebagai seorang guru untuk meningkatkan kebolehan serta potensi murid dengan baik. Bagi soalan kedua pula, soalan tugasan kerja kursus mengkehendaki kami bergerak sebagai satu kumpulan untuk menghuraikan perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kemudiannya kami perlu membuat penialaian terhadap KBSR dan KSSR dari perspektif yang manakah Antara satunya adalah lebih menepati kehendak FPK. Soalan ini juga agak mencabar kerana kami sebagai ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mengkaji dan meneliti dengan jelas dan terperinci berkenaan perkaitan FPK, KBSR dan KSSR. Kami telah mengagihkan tugas kepada setiap ahli dalam kumpulan sebelum cuti untuk mengkaji dan meneliti tajuk serta mengumpul bahan rujukan berkaitan. Setelah

kembali semula kuliah selepas cuti kami terus menggabungkan maklumat masing-masing dan melihat apa-apa maklumat yang tertinggal dan cuba untuk mengatasinya. Selain

berhubung sesama ahli kumpulan, kami juga ada berhubung dengan ahli dari kumpulan lain berkenaan dengan tajuk tugasan ini kerana kami perlu memastikan kami berada pada landasan yang betul dan tidak tersasar dari kehendak soalan tugasan. Apabila selesai menyiapkan tajuk kedua ini saya dan ahli kumpulan berasa amat gembira kerana kami tidak tersasar dari kehendak soalan. Selain itu saya dapati tajuk soalan tugasan kedua ini amat bersesuaian dengan profession kami sebagai bakal guru kerana seorang guru perlu memahami dengan baik tentang keperluan yang ada dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Disamping itu kajian terhadap KBSR dan KSSR amat bermakna kepada kami kerana sebagai bakal guru kami perlu mengetahui tentang struktur berbeza yang terdapat dalam kedua-dua dokumen rasmi pendidikan ini bagi memahami dengan baik tentang kehendak kementerian terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu juga, kami

mendapati bahawa kerajaan dan kementerian pelajaran amat prihatin terhadap sistem pendidikan di Negara ini supaya setanding dengan sistem pendidikan di negara peringkat antarabangsa. Seterusnya bagi soalan pecahan daripada soalan kedua ialah tentang membanding bezakan berkenaan dua dokumen rasmi pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Seterusnya kami dikehendaki untuk

menghuraikan dengan analitikal dan kritis berkenaan dengan persamaan dan perbezaan yang wujud dalam KBSR dan KSSR. Hal ini memerlukan kami membanding beza dengan teliti dan terperinci tentang ciri-ciri yang sama dan juga ciri-ciri yang berlainan. Setelah melakukan kajian terperinci kami kemudiannya dikehendaki untuk melakarkan satu peta minda untuk menunjukkan perbezaan dan persamaan yang ada bagi KBSR dan KSSR. Saya mendapati bahawa perbezaan dan persamaan yang wujud dalam KBSR dan KSSR

merupakan suatu usaha yang prihatin dalam membentuk sistem pendidikan yang bermutu dan sesuai dengan keperluan zaman masa kini. Seorang bakal guru seperti saya perlu mengetahui perkara ini agar saya mampu untuk memahami tentang keperluan yang perlu ada sebagai seorang bakal guru yang kelaknya akan berkhidmat untuk mengajar anak-anak bangsa yang yakninya akan menjadi modal insan yang berguna bagi kesejahteraan dan kemajuan negara. Dalam menyiapkan kerja kursus ini saya selain daripada belajar tentang tajuk dalam tugasan ini, saya juga dapat belajar mengenai kemahiran dan pengetahuan lain. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama rakanrakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dari segi mengetahui dengan mendalam tentang keperluan memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, kemahiran membaca dan Dokumen Standars Kurikulum KSSR. Hal ini kerana sebagai bakal seorang guru, saya perlu memahami dan mendalami tentang keperluan seorang bakal guru bagi menyediakan diri saya untuk berkhidmat kelak. Selain itu, pengetahuan yang saya perolehi dalam kerja kursus ini akan memantapkan dan memartabatkan latihan perguruan saya di institut ini.

________________ LARRY ANAK LIMIN

890203-13-5413

Anda mungkin juga menyukai