Anda di halaman 1dari 5

GMGM3053PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Peperiksaann akhir semester april sesi 2010/2012 gmgm3053 pengurusan latihan dalam organisasi (18/8/2012 rabu) soalan 1 Latihan kepada kakitangan di dalam organisasi adalah bentuk pelaburan. Meningkatnya tekanan ke arah produktiviti tenaga kerja. Organisasi dan industri melihat lebih jauh ke arah mendapatkan kecekapan yang lebih sistematik dan mencari jalan untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan dengan kos yang rendah dan bermutu tinggi. Kadar perubahan akan terus meningkat. Masa kitar akan dikurangkan. Hayat sesuatu maklumat semakin pendek. Tugas atau kerja akan berubah dengan perkembangan teknologi dan masa akan menjadi sumber yang lebih berharga. Kelebihan persaingan ditentukan oleh penggunaan masa kerja yang sedikit. Tumpuan organisasi terus kepada pelanggan dan kualiti. Keadaan ini bukanlah bersifat sementara atau taktik semasa, malah ia akan berterusan kerana ia adalah penunjuk kepada ciri yang kompetitif. Keunggulan organisasi pada masa hadapan akan memberi tumpuan kepada pelanggan dan kualiti. Setiap pekerja sememangnya cukup jelas mengenai nilai yang mereka berikan kepada pelanggan, baik pelanggan dalaman mahupun pelanggan luaran. Bidang bagi perancangan dan tindakan akan menjadi global. Pasaran, sumber bersama, persaingan, perkongsian, atau kesemuanya akan terus merentasi batas sempadan Negara. Bagi sesetengahnya, persaing akan menjadi pengeluar dan juga boleh bertindak sebagai pelanggan. Hubungan akan menjadi kompleks dan sempadan akan kabur antara oraganisasi dan persekitarannya. Strategi perniagaan akan lebih bergantung kepada kualiti dan versailiti sumber manusia. Sama ada mereka bersandar kepada produktiviti yang dibaiki, kualiti atau inovasi, strategi - strategi tahun 90 an tidak akan kesampaian sekiranya manusia dalam organisasi tidak mempunyai kemampuan dan komited. Organisasi yang hanya menggunakan wang dan teknologi untuk menyelesaikan masalah tanpa melibatkan manusia tidak akan betahan lama terutamanya dalam industry industry yang mana pengetahuan manusia, sikap dan kemahiran dan kesediaan untuk berubah adalah kritikal dari faedah kompetitif.

Soalan 2 Perbezaan pembelajaran peringkat dewasa dan peringkat kanak kanak

208105 MOHD TAMIZI HASSAN

GMGM3053PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

soalan 3 Tujuan Analisis Keperluan Kajian Latihan 1. Apakah pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill) Dan kemampuan (abilities) atau ringkasnya disebut sebagai KSASs yang diperlukan oleh pekerja pekerja ? 2. Adakah pekerja pekerja mempnyai KSASs yang mncukupi? 3. Apakah melalui latihan boleh menyelesaikan masalah KSASs ini? Menurut Rummler (1987) 1. Peserta Program Latihan untuk memastikan adakah sesuatu program latihan ini sesuai atau tidak dengan pekerjaan yang sedang dilakukan oleh pekerja pekerja di sebuah organisasi? 2. Organisasi Bagi memastikan adakah program program latihan itu berupaya meningkatkan prestasi organisasi berkenaan? 3. Mutu Program Latihan bagi membolehkan sesuatu program latihan yang telah atau akan dilakukan itu dapat kita ukur mutu serta keberkesanannya. 4. Kekeberkesanannya Fungsi Latihan Untuk melihat adakah latihan membawa sebarang perubahan serta memberi impaks kepada organisasi.

Soalan 4 Analisis Individu 1. Penialaian Prestasi merupakan aktiviti dalam pengurusan sumber manusia yang dijalankan setiap tahun. Terdapat pelbagai tujuan penilaian prestasi dijalankan. Antaranya ialah memenuhi tuntutan undang undang, kaedah memutuskan kenaikan gaji serta merancang pembangunan kerjaya seseorang kakitangan. Selain itu, penilaian prestasi juga boleh menjadi salah satu kaedah yang baik

208105 MOHD TAMIZI HASSAN

GMGM3053PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

bagi mengenalpasti apakah latihan - latihan yang diperlukan oleh seseorang oleh kakitangan. 2. Penilaian kendiri penilaian prestasi tahunan seperti yang dibincangkan diatas dilakukan oleh penyelia atau pengurus seseorang kakitangan. Ia adakalanya kurang tepat disebabkan oleh penyelia atau pengurus mungkin tidak benar benar tahu apakah yang diperlukan oleh seseorang oleh kakitangan. Oleh yang demikian, terdapat juga kaedah yang meminta kakitangan sendiri menilai diri serta pencapaian sendiri untuk mengetahui apakah jenis - jenis serta bentuk latihan yang diperlukannya untuk membolehkannya melakukan pekerjaannya dengan lebih baik. 3. Ujian Kemahiran selainn penilaian prestasi oleh majikan dan juga penilaian kendiri oleh kakitangan, satu lagi kaedah yang sesuai untuk mengenal pasti keperluan latihan peringkat individu ialah dengan mengadakan ujian kemahiran kepada kakitangan berkenaan. Kakitangan dikehendaki menduduki ujian atau peperiksaan berkaitan sessuatu bidang. Ujian atau peperiksaan ini boleh dilakukansamada secara bertulis atau secara lisan. Markah dan pencapaian akan dinilai dan diukur bagi menentukan samada beliau perlu atau tidak mengikuti sesuatu program latihan. Soalan 6 Jenis jenis alat bantu 1. over head projector (OHP) merupakan peralatan yang sangat popular digunakan apabila mengendalikan sesuatu program latihan , ia digunakan bersama sama transperensi, iaitu palstik nipis yang dicetak atau ditulis diatasnya . Ia mudah dan murah disediakan serta senang digunakan . Ia juga mudah dibawa ke mana mana. Pengunaan (OHP) merupakan asas dalam mana mana program latihan. 2. Slide mempunyai ciri ciri yang hampir sama dengan OHP dan transperensi namun begitu ia agak sukar serta mahal untuk disediakan peralatan kamera digunakan untuk mengambil gambar dengan mengunakan filem yang khas. Masa yang panjang diaambil untuk mencuci filem tersebut serta membentuk slide. Lagipun ia agak sukar digunakan ditempat tempat tertentu yang cerah. 3. Komputer grafik alat bantu terkini perkembangan teknologi perkomputeran menyaksikan komputer grafik mula mengambil alih pengunaan pelbagai alat bantu yang lain seperti OHP dan tranperensi, slide, filem dan video. Komputer grafik juga sekarang dilengkapkan dengan peralatan , ia lebih mudah ,cepat serta murah disediakan. 4. Filem dan video mempunyai kegunaan yang sama, ia boleh menyayangkan oleh yang bergerak yang digunakan bagi menerangkan perkara perkara seperti bagaimana mengunakan sesuatu peralatan atau mesin , contoh menjalankan mensyuarat yang berkesan dan bagamana melayan pelanggan dengan baik. Ia agak mahal disediakan atau dibeli. Pengunaan memerlukan kelengkapan projektor khas dan hanya boleh ditayangkan ditempat khas. Video pula memerlukan alat permain video dan terbahagi membolehkannya digunakan. 5. Papan hitam merupakan alat bantu yang popular dalam pembelajaran. Ia digunakan

208105 MOHD TAMIZI HASSAN

GMGM3053PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

dengan meluas sejak peringkat pra sekolah hinggalah ia peringkat pengajian tinggi digunakan bersama dengan kapur tulis. Manakala papan putih mengambil alih pengunaan papan hitam. Ia lebih bersih berbanding papan hitam dan kapur tulis yang menghasilkan debu debu boleh menjejaskan fasilitator , fasilitator boleh menulis, melukis dengan mengunakan kapor atau pen pelbagai warna serta memadamnya mengikut citarasa serta keperluan. 6. Flit chart boleh berperanan sebagai papan hitam dan juga papan putih . Ia merupakan helaian helaian kertas nipis yang digantung pada kakinya. Fasilitator boleh menulis atau melukis apa - apa yang hendak diterangkan kepada peserta di atas kertas tersebut. Tulisan serta lukisan tersebut tidak boleh dipadan. Sebaliknya ia boleh dibalik balikkan. 7. Gambar merupakan alat bantu yang pratikal. Ia berfungsi untuk menerangkan tentang sesuatu perkara yang mana peserta tidak boleh pergi sendiri ke lokasi untuk melihatnya. Gambar bersifat kaku dan peserta tidak boleh menyentuh serta merasanya. Ia boleh dilihat. 8. Objek sebagai alat bantu mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ia boleh disentuh dan dirasa oleh peserta. Ia merupakan contoh yang paling hampir dengan reality. Bagaimana pun sekiranya objek itu agak besar, ia mungkin menyukarkan untuk dibawa ke sana sini. Seperti juga kaedah latihan, pengunaan alat bantu tidak semestinya dihadkan kepada alat alat tertentu sahaja. Fasilitator boleh mengunakan pelbagai jenis alat bantu secara serentak bagi meningkatkan lagi kefahaman peserta. Contonhnya, selain menggunakan OHP, papan putih dan flit chart juga boleh digunakan. Semuanya ini bergantung kepada kebijaksanaan serta kreativiti seseorang fasilitator dalam memberi impak yang maksimum kepada peserta peserta dihadapannya. Soalan 7 jenis peserta 1. Jenis positif terdiri dari mereka yang berminat terhadap subjek yang dipelajarinya yang secara sukarela hadir ke program latihan ini. Mereka selalunya memberi tumpuan penuh terhadap fasilitator serta sedia bekerjasama dalam segala hal. Peserta jenis ini merupakan asset kepada fasilitator. Mereka perlu dilayan denhan baik. 2. Jenis banyak cakap peserta yang aktif diperlukan untuk menghidupkan suasana latihan . Namun sekiranya terdapat peserta yang terlalu banyak bercakap boleh menyebabkan perjalanan latihan terganggu. Mereka akan sedaya upaya cuba bercakap walaupun pada perkara perkara yang tidak perlu atau diketika ketika yang tidak sesuai. Perbuatan ini boleh menganggu peserta peserta lain sekiranya fasilitator gagal mengawalnya. Terdapat beberapa kemungkinan apabila seseorang peserta itu terlalu banyak bercakap. Antaranya ialah mereka memang secara semulajadinya suka bercakap, atau cuba menarik perhatian orang lain, atau cuba menguji kesabaran fasilitator, ataupun sebagai menifestasi kebosanan mereka terhadap program latihan yang sedang diikuti dan juga terhadap fasilitator yang mengendalikannya. Fasilitator boleh dengan cara yang terhormat meminta peserta ini berhenti bercakap ataupun memberi peluang kepada

208105 MOHD TAMIZI HASSAN

GMGM3053PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

peserta lain untuk mengemukakan soalan atau pandangan. 3. Jenis pemalu sifat malu merupakan satu sifat semulajadi. Peserta jenis pemalu ini biasanya terbawa bawa dengan sifat yang sedia ada dalam diri mereka. Mereka lebih gemar duduk di barisan belakang sambil mendiamkan diri. Mereka tidak akan bersuara walaupun diminta berbuat demikian. Peserta yang pemalu ini perlu diberi peluang dan galakan mengemukakan soalan serta pandangan mereka. 4. Selalu bertanya sifat ingin tahu merupakan satu sifat semulajadi sebahagian manusia. Dalam sesuatu program latihan terdapat segelintir peserta yang terlalu ingin mengetahui pelbagai perkara. Mereka amat gemar bertanya pelbagai soalan yang kadang kala di luar tajuk latihan. Ada masanya mereka seperti ingin menguji kebolehan fasilitator. Fasilitator perlu melayan mereka dengan baik walaupun ada ketikanya mereka ini membosankan. 5. Tahu semuanya sombong - peserta jenis tahu semuanya akan menunjukkan kesombongannya kepada fasilitator dan juga peserta lain. Hal ini berlaku kerana mungkin peserta berkenaan merasakan dirinya lebih hebat serta berpengetahuan dari fasilitator dan juga peserta lain. Bagi menangani peserta ini, fasilitator sebaiknya cuba menghormati pendapatnya walaupun ada kalanya tidak betul. Seboleh - sebolehnya fasilitator memberi peluang kepada peserta jenis ini kerana mereka akan bertindak lebih aggresif sehingga boleh menjejaskan keharmonian program.

Soalan 8

208105 MOHD TAMIZI HASSAN

Anda mungkin juga menyukai