Anda di halaman 1dari 2

SOALAN LAZIM KEBERADAAN GURU

1. Bagaimana cara saya untuk menentukan jenis-jenis cuti dalam perkhidmatan yang diambil oleh guru di dalam sistem ini? Jawapan; Penentuan jenis-jenis cuti dalam perkhidmatan yang diambil oleh guru boleh dirujuk kepada Perintah Am Bab C. 2. Saya terlupa katalaluan untuk login Id Pembantu Tadbir, bagaimana cara saya untuk reset semula katalaluan tersebut? Jawapan; Katalaluan Pembantu Tadbir boleh diresetkan oleh Guru Data Maklumat. Pembantu Tadbir boleh merujuk pada manual keberadaan guru pada muka surat 43. 3. Guru di sekolah saya telah menghadiri mesyuarat pada pukul 9.00 pagi di luar sekolah. Namun saya telah mengesahkan keberadaan tersebut pada pukul 8.00 pagi dan tidak termasuk guru. Adakah guru tersebut dianggap tidak berada di sekolah atau sebaliknya? Jawapan; Guru tersebut dikira sebagai berada di sekolah. Namun sekiranya guru tersebut telah dimaklumkan awal (sehari sebelum) berkaitan mesyuarat tersebut. Pengisian tidak keberadaan perlu dilakukan. 4. Pada hari dan pukul berapa saya perlu mengisi dan mengesahkan keberadaan guru di sekolah. Jawapan; Pembantu Tadbir perlu mengisikan dan mengesahkan keberadaan guru di dalam sistem untuk sesi persekolahan pagi sebelum pukul 9.00 pagi dan sesi persekolahan petang sebelum pukul 2.30 petang setiap hari bekerja/persekolahan.

5. Sekolah saya akan cuti umum, cuti negeri dan cuti penggal persekolahan. Namun saya tidak boleh membuat pengisian cuti-cuti tersebut. Jawapan; Bagi cuti umum, cuti negeri dan cuti penggal persekolahan akan disetkan secara auto oleh pihak admin sistem. 6. Adakah Guru Besar dan Pengetua dikira dalam tidak keberadaan semasa cuti penggal persekolahan, cuti ganti, cuti peristiwa dan cuti bencana? Jawapan; Tidak. Keberadaan Guru Besar dan Pengetua telah dikeluarkan daripada cuti penggal persekolahan, cuti ganti, cuti peristiwa dan cuti bencana. Namun sekiranya Guru Besar dan Pengetua mengambil cuti rehat pada cuti-cuti tersebut. Pengisian ketidakkeberadaan perlu diisikan oleh Pembantu Tadbir. 7. Bagaimana cara untuk saya menghapuskan data keberadaan guru yang salah pengisiannya? Jawapan; Pembantu Tadbir boleh menghapuskan data keberadaan guru dengan merujuk pada manual keberadaan guru pada muka surat 18.

Anda mungkin juga menyukai