Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN

COPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY

RECYCLE FOR THE GREEN ENVIRONMENT


TARIKH 17 MEI 2012

ANJURAN PERSATUAN PELAJAR PELUKIS PELAN SENIBINA UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2

TEMPAT PERKARANGAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 (DATARAN ILMU, DEWAN 1 MALAYSIA & PUSAT PERKEMBANGAN ILMU)

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Al-Hamdulillah dengan taufik serta hidayah dari Allah s.w.t Program Karnival SPS Recycle For The Green Environment dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat kekangan dari segi masa dan peruntukan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Muhammad Radzi Bin Ab. Ghani ,Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2, En Mohamad Norzamani, Ketua Program Sijil Lukisan Senibina Kolej Komuniti Segamat 2, Persatuan Pelajar Sijil Pelukis Pelan Senibina, Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pelupusan Awam Daerah Segamat, SWM Environment Johor Bahru, Sekolah-sekolah Daerah Segamat serta peserta di atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sebelum, sepanjang dan selepas program ini dijalankan. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada para pensyarah,kakitangan serta para pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 yang memberi kerjasama sepanjang program ini samada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata, semoga segala jasa baik, kerjasama serta sumbangan yang diberikan akan beroleh keberkatan dari Allah S.W.T. Insya-Allah. pelaksanaan

1. PENGENALAN PROGRAM Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan. Dalam memberi kesedaran awal kepada masyarakat, adalah lebih praktikal sekiranya penglibatan golongan anak-anak didedahkan kepada isu ini seawal usia muda mengenai konsep dan gaya hidup persekitaran kitar semula. Walaupun tahap pencemaran di luar bandar kurang berbanding di kawasan bandar kesedaran inilah yang patut dipupuk kepada masyarakat memandangkan keadaan muka bumi dan persekitaran yang semakin SAKIT dari masa ke semasa. Dengan isu global tersebut, Program Sijil Pelukis Pelan Senibina terpanggil untuk memulakan langkah pertama dengan menganjurkan Karnival SPS Recycle For The Green Environment dengan konsep 3R Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) sebagai satu usaha yang kecil bagi membentuk sebuah komuniti yang sensitif mengenai Alam Sekitar sejajar dengan bidang yang dipelajari. Langkah pertama yang dibuka ini diharap dapat disertai oleh setiap golongan masyarakat dan akan diteruskan oleh generasi akan datang. 2. OBJEKTIF PROGRAM Program ini dirancang dan diadakan untuk mencapai tujuan-tujuan berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Memberi kesedaran kepada komuniti mengenai pencemaran alam sekitar Memperkenalkan kursus Sijil Pelukis Pelan Senibina serta program-program lain kepada masyarakat luar Mengeratkan talian silaturrahim dan kerjasama antara pelajar-pelajar dan pensyarah serta komuniti setempat Memberi pendedahan keusahawanan di kalangan pelajar. Memberi pulangan melalui hasil jualan kepada setiap persatuan atau program yang terlibat dengan karinival ini. Menjalinkan tautan hubungan antara pelajar semasa dengan pelajar yang telah tamat pengajian. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perancangan dan perlaksanaan sesebuah acara

3. IMPAK PROGRAM Setelah program ini dilaksanakan, para pelajar menyedari kepentingan menjaga alam sekitar dengan mempraktikkan cara pembuangan sampah yang betul. Selain daripada itu pendedahan yang dibuat juga memberi idea kepada pelajar bagaimana menjana pendapatan dari bahan kitar semula. Yang paling pentingnya di sini adalah wujudnya

kesedaran serta pengetahuan yang diserap oleh generasi pelapis iaitu di peringkat kanak-kanak pra sekolah.

4. TARIKH PERLAKSANAAN DAN TEMPAT Program Karnival SPS-Recycle For The Green Environment telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut : Tarikh: 17 Mei 2012 Tempat: Dewan 1 Malaysia, Dataran Ilmu serta Pusat Perkembangan Ilmu (PSH) Kolej Komuniti Segamat 2.

5. URUSETIA PROGRAM Penasihat Program Pengarah Program En Mohamad Norzamani Bin Mat Daud Darmawulan Bin Rusli Iskandar Pn Norhafizai Binti Md Nor (pembimbing) Siti Mashiedayu Binti Abdul Khalid Pn Hasnira Binti Md Halim (pembimbing) Siti Norain Binti Azman En Salleh Bin Sukor (pembimbing) Jemputan & Pendaftaran VIP & Pelajar & Sambutan Siti Rahmah Binti Mohd Fauzan Pn Siti Noor Zihan Bin Hanipah (pembimbing) Siti Zahra Binti Sulaiman Cenderamata/Tray Girl Cik Siti Rashidah Binti Abdul Rahman (pembimbing) Makanan/Minuman Wan Rahimah Binti Wan Nor Cik Salina Binti Idrus (pembimbing) Rikki Mamora Bin Amril En Azani Bin Timan (pembimbing) Nazirul Syazwan Bin Hassan Parking dan Keselamatan En Wan Mohd Mazyan Bin Wan Abdullah (pembimbing)

Setiausaha Bendahari

Persediaan Tempat

Fotografi/Dokumentasi

Alis Bin Omar Cik Nor Fazlina Bint i Harun (pembimbing) Raja Mohd Hafis Bin Raja Udin Pn Norhazlina Binti Sahari (pembimbing) Mohamad Asyraf Haikal Bin Saadan Cik Norjannah Binti Sanapi (pembimbing)

Pameran dan Jualan

Pengisian Program dan Bengkel

6. SURAT-SURAT PROGRAM Segala salinan memo, aliran perbelanjaan dan surat-menyurat yang telah disediakan oleh setiausaha program disertakan dalam lampiran 1

7. SENARAI PESERTA PROGRAM Program ini telah dihadiri oleh semua pelajar Sijil Pelukis Pelan Senibina Kolej Komuniti Segamat 2, Tadika Batu Anam 1 & 2, Tadika Bomba, Tadika Paya Lebar, Tadika Palong Timur, Sek Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Nan Batu Anam, Sek Rendah Tunku Abdul Rahman Gemas, Sek Menengah Tunku Abdul Rahman Gemas, Kolej Komunii Segamat dan Pelajar-pelajar Program Pemasangan Elektrik dan Aplikasi Perisian Komputer Kolej Komuniti Segamat 2.

8. Laporan & Analisa Keberkesanan Program Program Karnival SPS Recycle For The Green Environment bertujuan untuk menerapkan pemahaman serta kesedaran mengenai pembuangan sampah secara lebih praktikal dan menggalakkan komuniti agar membudayakan amalan 3R iaitu Reduce, Reused dan Recycle dalam kehidupan seharian demi menghijaukan persekitaran. Penglibatan agensi luar seperti Perbadanan Perlupusan Sisa Pepejal Negara dalam memberi nasihat dan pandangan, Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal Dan Pelupusan Awam Daerah Segamat dalam membantu menyediakan bahan pameran dan informasi serta SWM Environment Johor Bahru yang memberi taklimat serta sokongan membangkitkan semangat dan memberi pengetahuan kepada pelajar untuk

merencanakan program serupa di masa-masa akan datang.

9. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, program ini telah berjaya memberi maklumat, pendedahan dan informasi bukan hanya kepada pelajar tetapi juga kepada komuniti. Walaupun penekanan terhadap membudayakan recycle atau kitar semula ini telah diwawarkan oleh kerajaan dari dahulu lagi tetapi kesedaran masyarakat luar bandar terhadap program recycle, green technology, efective mikro organisme masih jauh ketinggalan. Besar harapan sekiranya Kolej Komuniti Segamat 2 dapat menjadi pemangkin atau pusat penyebaran maklumat mengenai program-program seumpama ini.

Laporan ini disediakan oleh

(DARMAWULAN BIN RUSLI ISKANDAR) Pengarah Program Karnival SPS Recycle For The Green environment Kolej Komuniti Segamat 2

Laporan ini disemak oleh

(NORHAFIZAI BINTI MD NOR) Pensyarah Pembimbing Program Karnival SPS Recycle For The Green

Environment Kolej Komuniti Segamat 2

Lampiran 1

TARIKH HURAIAN 17.05.2012 PERUNTUKAN PELAJAR KUTIPAN PELAJAR KUTIPAN PENSYARAH

DEBIT TARIKH HURAIAN 3000.00 17.05.2012 PERSIAPAN TEMPAT 3300.00 17.05.2012 MAKANAN DAN MINUMAN 750.00 17.05.2012 CENDERAMATA 17.05.2012 DOKUMENTASI 17.05.2012 MAKAN DAN MINUM TETAMU 17.05.2012 GERAI JUALAN 17.05.2012 PERHIASAN + ART ATTACK 17.05.2012 MINYAK 17.05.2012 TOP UP RENCAM (TAMBAHAN 17.05.2012 CENDERAMATA) 17.05.2012 T' SHIRT 17.05.2012 HAMPER

KREDIT 1160.00 1474.00 410.00 230.00 338.00 150.00 200.00 100.00 100.00 200.00 1500.00 100.00

JUMLAH

7050.00

TOTAL PERBELANJAAN BAKI DEBIT-KREDIT

$5,962.00 1088.00

Lampiran 2

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM RECYCLE FOR THE GREEN ENVIRONMENT

SUASANA PERSEKITARAN SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG

KECEMERLANGAN YANG TERHASIL DARI PROGRAM KARNIVAL SPS

PENYAMPAIAN MAKLUMAT

KEUSAHAWANAN

PENGHASILAN PRODUK RECYCLE

JURUTEKNIK BUNYI

PENGENDALIAN ACARA & GENERASI PELAPIS

Anda mungkin juga menyukai