Anda di halaman 1dari 2

MINGGU :KETUJUH 1.

Isu / Masalah

TARIKH:26 OGOS 2013hingga30 OGOS 2013

Pada minggu ketujuh pelaksanaan praktikum, masalah yang dihadapi adalah megawal murid pada tahap yang maksimum untuk senyap dan diam. Hal ini kerana, pada minggu tersebut peperiksaan UPSR sedang dijalankan. Oleh itu, saya telah mencuba untuk mengawal kelas untuk diam dan senyap pada tahap yang maksimum. Namun, terdapat juga murid-murid yang berbual, bergaduh dan sebagainya. Hal ini tampak ketara apabila, guru besar memanggil 2 orang murid kelas saya yang bergaduh untuk dinasihati. 2. Analisis Masalah ini timbul berkemungkinan kerana teknik dan kaedah pengajaran guru yang lemah dan kurang mantap. Kawalan kelas juga kurang memberangsangkan. Seterusnya, tiada pengayaan yang diberikan kepada murid. Kecepatan murid-murid menyiapkan tugasan mendorong mereka untuk berbual-bual selepas itu. Hal ini kerana, mereka mungkin merasa bosan kerana tiada apa-apa untuk dibuat. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki

(a) Memantapkan teknik dan kaedah pengajaran. (b) Melaksanakan pengayaan kepada murid-murid. (c) Memberi amaran dan hukuman. (d) Melaksanakan aktiviti ytang mengenakan syarat diam. 4. Tempoh masa Saya sedaya upaya untuk membaiki teknik dan kaedah pengajaran guru setiap kali saya masuk mengajar kelas tersebut. Saya mencuba pelbagai jenis aktiviti dan cara seperti menyalin karangan, kuiz bisu dan sebagainya.

5. Penilaian Kejayaan Pandangan guru pembimbing dan rakan sentiasa saya dapatkan malah guru pembimbing sentiasa memberi idea untuk menjana idea murid-murid. Selain itu, saya juga bertanya

kepada rakan-rakan mengenai pemahaman mereka tentang teknik dan kaedah pengajaran yang mereka lakukan disekolah mereka. 6. Tindakan susulan Saya akan sentiasa mencari idea-idea baharu dalam pelaksanaan teknik dan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan merangsang minat pelajar untuk terus bersama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga mungkin akan menggunakan bahan bantu mengajar, lembaran kerja untuk menjadikan aktiviti lebih menarik supaya mudah untuk guru mengawal kelas.

Anda mungkin juga menyukai