Anda di halaman 1dari 1

HIKMAH MEMBACA SURAH YASSIN Sabda Rasulullah SAW: "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah

Yassin setiap hari, maka turunlah beberapa Malaikat berbaris bersama Malaikat Maut, mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah dan menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi siapa yang meragukan keterangan ini, dia adalah orang yang munafik." Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang membaca surat Yassin kerana Allah Azza Wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca AlQur'an 12 kali, jika dibacakan Yassin pada orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untukknya setiap satu huruf sepuluh Malaikat. Para Malaikat itu berdiri dan berbaris didepannya, memohonkan keampunan untuknya, menyaksikan saat rohnya dicabut, menghantarkan jenazahnya, bersalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surah ini dibaca saat sakaratul maut, maka datanglah kepadanya Malaikat Ridwan penjaga syurga dengan membawa minuman dari syurga, kemudian meminumkan kepadanya pada saat dia masih berada diperbaringannya, setelah minum dia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga dia tidak memerlukan air telaga para nabi hinggai masuk syurga dalam keadaan tidak kehausan." (Tafsir Nur Ats-Tsagalayn) Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mendatangi perkuburan lalu membaca surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya akan mendapat kebaikan sejumlah penghuni kubur diperkuburan itu." (Tafsir Nur Ats-Tsagalayn) Imam Jaa'far Ash-Shadiq AS: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Qur'an adalah Surah Yassin, barangsiapa yang membacanya sebelum tidur atau disiang hari sebelum berpergian, maka pada hari itu sehingga malamnya, ia tergolong kepada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Barangsiapa yang membaca dimalam hari sebelum tidur, Allah mengutus seribu Malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit, jika ia mati pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3000 Malaikat hadir untuk memandikannya, memohon keampunan untuknya, menghantarkannya kekuburnya sambil memohonkan keampunan untuknya ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya, para Malaikat itu beribadah kepada Allah didalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh batas pandang, diamankan dari siksa kubur dan dipancarkan kedalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak." (Kitab Tsawabul A'mal) Tahukah kamu bahawa neraka jahanam itu : 1) Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2) Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3) Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4) Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5) Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6) Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7) Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9) Di dalam mulut setiap ular yang panjang hasta mempunyai lautan racun yang pekat 10) Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11) Setiap rantai diseret 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkn keinsafan kepada kita semua ...

Anda mungkin juga menyukai