Anda di halaman 1dari 1

Terbang tinggi camar di awan, Tinggi lagi harapan hati; Moga tugasan dapat perkenan, Diterima dengan setulus

hati.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya dapat saya menyiapkan proposal ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ibrahim bin Mohamad di atas bimbingan dan tunjuk ajar di sepanjang proses menyiapkan tugasan proposal ini. Sesungguhnya, bimbingan dan tunjuk ajar daripada Ustaz Ibrahim sememangnya memberi impak yang besar dalam tugasan saya. Semoga ilmu yang telah Ustaz Ibrahim curahkan dapat saya aplikasikan dalam mendidik anak bangsa.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada teman-teman seperjuangan kerana sentiasa memberi idea dan komen sepanjang tempoh menyiapkan proposal ini. Idea dan komen yang teman-teman berikan banyak membantu saya untuk menyiapkannya.

Terima kasih juga buat semua insan samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan proposal ini. Budi dan jasa anda akan dikenang sepanjang hayat. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik anda.

Anda mungkin juga menyukai