Anda di halaman 1dari 4

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

LAMPIRAN A ANALISIS KANDUNGAN NAMA : KUMPULAN : 4 PISMP MATEMATIK 2 MODEL ASSURE TAJUK : NOMBOR BULAT TAHUN 4 KBSR TOPIK : TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100 000 LANGKAH HURAIAN MODEL 1 A - Analyze learner (Analisis ciriciri pelajar) HURAIAN ANALISIS Ciri-ciri umum murid Murid-murid yang terlibat adalah dalam kalangan murid yang berumur 10 tahun. Latar belakang dan sosio-ekonomi keluarga murid pula rataratanya bekerja sebagai nelayan, pekebun, pekerja swasta , dan bekerja di sektor kerajaan. Secara amnya kebanyakan ibu bapa murid adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid mengenai pembelajaran sebelum ini perlu saya ambil kira. Dalam topik pengajaran saya, saya perlu mengetahui terlebih dahulu sejauh mana penguasaan murid-murid mengenai proses penambahan dalam lingkungan 10 000 semasa di Tahun 3 sebelum mempelajari topik penambahan dalam lingkungan 100 000. Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Secara keseluruhannya, murid-murid memiliki pengetahuan asas dalam TMK dan hal ini sudah cukup membantu saya dalam mengadakan pengajaran dengan bantuan alat multimedia. Gaya pembelajaran murid. Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, saya mengandaikan bahawa murid-murid lebih cenderung kepada gaya pembelajaran yang berbentuk kinestetik kerana gaya pembelajaran seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh murid-murid untuk membentuk

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

pengetahuan baharu. 2 S State objectives (Menyatakan objektif) i. Objektif yang ingin dicapai setelah proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan seperti: Psikomotor. Murid dapat menjawab soalan dan latihan yang diberikan oleh guru dengan betul mengikut jalan penyelesaian yang diajar oleh guru. ii. Kognitif. Murid dapat menguasai kemahiran menambah dalam lingkungan 100 000 seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. iii. Afektif. Murid-murid lebih yakin dalam membuat soalan, memupuk sikap bekerjasama, dan berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan. 3 S Select Methods, Media & Materials (Memilih Kaedah, Media & bahan Select Instructional Methods Pilih Kaedah Kaedah yang akan saya gunakan adalah kaedah soal jawab. Kaedah soal jawab ini saya gunakan pada awal pengajaran lagi iaitu sebagai set induksi bagi pengajaran saya. Select Instructional Media Pilih Media i)Pada set induksi saya menggunakan media video pendek. Video pendek ini selama 3 minit bertujuan untuk menarik minat murid terhadap pengetahuan sedia ada mereka. ii)Seterusnya pada langkah pertama saya menggunakan persembahan elektronik yang berbentuk perisian Microsoft Office Powerpoint. Persembahan Powerpoint ini lebih tertumpu kepada isi pembelajaran pada hari itu. iii)Pada langkah kedua saya menggunakan media 2 dimensi yang berupa kad imbasan. Kad imbasan ini akan menggabungkan gambar dan nilai mengikut sistem digit. Kad imbasan ini akan saya berikan kepada murid-murid mengikut

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

kumpulan. iv)Pada langkah ketiga, media 3 dimensi yang saya gunakan ialah bahan konkrit yang berupa bahan bantu mengajar. Bahan konkrit bertujuan membantu meningkatkan pemahaman murid mengenai topik pada hari tersebut.
-

Select Instructional Materials Pilih Bahan Bahan yang akan digunakan dalam pengajaran saya ialah perisian computer seperti perisian elektronik Microsoft Office Power Point dan permainan matematik melalui laman sesawang. Objektif pembelajaran juga dengan mudah dicapai apabila guru menggunakan bahan yang selalu murid-murid gunakan setiap hari untuk digunakan dalam pengajaran. Dalam memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan beberapa aspek dititiberatkan sebelum dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula saya terlebih dahulu memastikan kesemua media dan bahan telah disediakan lebih awal dan setiap media yang ingin digunakan tidak bermasalah semasa ia mula digunakan. Cth: penggunaan perisian Power Point perlu disemak terlebih dahulu agar tiada sebarang masalah terhadap isi slide mahupun aspek lain. Selain itu, murid-murid juga perlu diberikan penerangan dalam menggunakan komputer sebelum guru melaksanakan permainan komputer kerana dikhuatiri ada diantara murid yang tidak tahu menggunakan komputer. Libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan perubahan tingkah laku pelajar.

4 U Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan)

R Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

Penilaian semasa proses dan selepas proses pengajaran-pembelajaran membolehkan guru

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN

E Evaluate & Revise (Menilai & Mengulang kaji)

membuat pembetulan, penambahbaikan, dan tindakan susulan yang sesuai. Selain itu, penilaian yang dilakukan dapat membantu guru dalam membuat refleksi mengenai pengajaran dan pembelajaran yang berlaku pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai