Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Topik 1: Bijak pandai pernah berkata sejarah mengajar kita erti kehidupan.

Oleh itu dengan mempelajari sejarah berkenaan perkembangaan pendidikan jasmani saya dapat mengetahui tujuan sebenar pembentukan mata pelajaran pendidikan jasmani di Malaysia. Pada masa dahulu pendidikan jasmani lebih berfokuskan kepada kemajuan kendiri dan untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan seharian murid-murid. Akan tetapi setelah diperkenalkan sukan bertaraf dunia bertama iaitu komanwel, pendidikan jasmani di Malaysia bertukar wajah dan mula mempunyai struktur yang lebih mantap. Yang bertujuan mewujudkan rakyat yang berdaya saing dalam bidang sukan tanpa mengurangkan sedikit pun tujuan untuk menlahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. Hal ini telah dipertambah baikkan dengan konsep kokurikulum terbaru iaitu KSSR. Sebagai seorang bakal guru yang bakal mengajar membimbang anak bangsa kelak saya telah disedarkan dengan pengenalan topik ini dalam mata pelajaran Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani ini. Kelak jika di izinkan tuhan saya mengajar subjek pendidikan jasmani di sekolah akan saya berusaha mencapai objektif yang telah diperkenalkan zaman berzaman ini.

Refleksi Topik 2: Pembelajaran berkenaan teori dan falsafah pendidikan kebangsaan serta kaitannya dalam mata pelajaran pendidikan jasmani telah membuka mata saya bahawa pendidikan jasmani bukanlah satu mata pelajaran yang hanya direka untuk bersukasuka. Tujuan terbentuknya mata pelajaran ini dinyatakan dengan jelas dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi garis panduan setiap pengamal ilmu di Malaysia. Hal ini diperkuatkan lagi dengan wujudnya dasar sukan negara bersama dengan domain-domain yang realistik. Oleh itu dari sudut pandangan guru pelatih seperti saya, topik pembejaran kali ini memberikan kesedaran kepada saya agar tidak mengambil ringan dalam mengajar subjek pendidikan jasmani di sekolah. Tidak dinafikan ada segelintir guru yang bersikap sambil lewa terhadap pembelajaran dan pengajaran Pendidikan jasmani di sekolah. Lebih menyedihkan lagi ada pihak sekolah sanggup menghentikan atau mengantikan waktu interaksi subjek ini dengan subjek lain yang mereka anggap lebih utama dan penting. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana memang telah dinyatakan dan dibuktikan oleh pelbagai pihak dengan jelas hak mutlak kanak-kanak untuk bermain bagi perkembangan kognitif yang baik. Sepatutnya Pendidikan Jasmani di sekolah diberikan lebih perhatian agar pembentukkan modal insan yang seimbang dapat dilaksanakan dengan baik dan menyeluruh. Maka, sebagai bakal guru, saya berazam untuk mempertahankan subjek ini disekolah saya kelak.

Anda mungkin juga menyukai