Anda di halaman 1dari 7

NAMA : ......

KELAS : .

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 1

Masa : 1(satu) Jam

Jawab semua soalan . Tanda pilihan jawapan pada helaian jawapan yang diberi.

Soalan 1 dan 2 adalah berdasarkan pilihan jawapan berikut; A. B. C. D. Kelajuan dan kuasa Kekuatan otot dan kelajuan Daya tahan otot dan kelenturan Daya tahan kardiovaskular dan kuasa

1. Yang manakah di antara berikut merupakan komponen kecergasan yang berasakan kesihatan? 2. Yang manakah di antara berikut merupakan komponen kecergasan yang berasakan perlakuan atau kemahiran motor?

3. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular; A. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan. B. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama. C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membanarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum. 4. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki? A. B. C. D. Aktiviti naik turun bangku. Aktiviti lari pecut 30 meter Melakukan lompat jauh berdiri Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.

5. Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti latihan bagi mengelakkan kecederaan? A. B. C. D. Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan panaskan badan Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

6. Apakah faedah latihan fizikal? A. B. C. D. Menambahkan berat badan Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah Mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

7. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan otot; A. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan. B. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali dalam jangka masa yang lama. C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum. D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum

Soalan 8 hingga 11 adalah berdasarkan pilihan jawapan berikut; A. kaki B. abdomen. C. tangan, bahu dan dada. D. abdomen dan bahagian punggung 8. Aktiviti bangkit tubi bertujuan membina daya tahan otot di bahagian 9. Aktiviti tekan tubi bertujuan membina daya tahan otot di bahagian 10. Aktiviti dekam lunjur bertujuan membina daya tahan otot di bahagian 11. Aktiviti angkat tumit bertujuan membina daya tahan otot di bahagian

12. Apakah faedah memiliki daya tahan otot yang baik? A. B. C. D. Mengawal dan mengurangkan berat badan Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

13. Apakah faedah memiliki kelenturan yang baik ? A. B. C. D. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah Mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah

14. Antara berikut, aktiviti yang manakah dapat membina kelenturan? A. B. C. D. Tekan tubi Aktiviti senamrobik. Berlari dan berjalan pantas Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.

15. Apakah faedah memiliki kuasa yang baik? A. B. C. D. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah.

16. Mengapakan prinsip latihan perlu dipatuhi semasa melakukan latihan kecergasan fizikal? A. B. C. D. Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama. Memastikan atlet mendapt kesan latihan yang baik dan menggelakkan kecederaan otot.

17. Langkah-langkah keselamatan yang boleh dilakukan semasa melakukan sesuatu aktiviti ialah I. pakaian dan kasut yang sesuai II. mengabaikan arahan dan peraturan III. memanas dan menyejukkan badan IV. mengikut kemampuan dan tahap kecergasan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II. III dan IV 18. Nyatakan tiga jenis tendangan yang asas dalam permainan bola sepak I Tendangan voli II. Tendangan leret III. Tendangan silang IV. Tendangan lambung A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II,III dan IV 19. Menyerkap bola sepak tidak boleh dilakukan dengan anggota badan berikut A. kaki B. dada C. paha D. tangan 20. Berapakah saiz maksima padang bolasepak ? A. 45m x 90 m B. 90m x 120 m C. 100m x 120 m D. 100m x 130 m

21. Apakah nama badan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pertandingan bola sepak peringkat dunia A. F.A.M B. F.I.V.B C. F.I.F.A D. F.A.M.A.

22. Dalam permainan bola jaring, hantaran ini dilakukan untuk membuat hantaran cepat dengan menggunakan sebelah atau kedua belah tangan. Namakan hantaran yang dinyatakan diatas ? A. Hantaran sisi B. Hantaran lantun C. Hantaran aras dada D. Hantaran aras bahu.

23. Apakah koordinasi yang diperlukan dalam kemahiran menerima bola ? A. Mata dan kaki B. Mata dan telinga C. Tangan dan kaki D. Tangan dan gerakan bada

24. Dalam satu perlawanan bola jaring pemain yang bermain diposisi mana yang boleh menjaringkan gol? A. GA B. GS C. GK D. GW

25. Nyatakan dua jenis grip yang biasa digunakan dalam permainan ping pong I. Grip jabat tangan II. Grip pegang pen III Grip pegang jari IV. Grip pegang tangan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 26. Berapakah lebar meja ping pong yang digunakan untuk pertandingan A. 1.83 m B. 1.50 m C. 1.52 m D. 1.25 m

27. Nyatakan tiga kesalahan yang dilakukan oleh pemain semasa rali menyebabkan pemain lawan mendapat mata ? I. memegang bet II. menyentuh tiang III. menyentuh jaring IV. menggerakkan meja A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 28. Antara berikut, yang manakah organisasi atau badan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sukan olahraga di peringkat kebangsaan ialah _______ A Persatuan Olahraga Amatur Negeri B Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia C Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri D Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah

29. Berdasarkan gambarajah di atas, tempat permulaan bagi acara 400 meter ialah yang bertanda _________ A. 1 B. 2 C. 3 D. 4

30. Fasa penamat ialah fasa apabila pelari mengakhiri larian. Antara berikut, yang manakah perkaraperkara yang perlu diberi perhatian semasa menghampiri garisan penamat ? I. Badan dicondongkan sedikit II. Bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan III. Pelari perlu melihat ke kiri dan ke kanan semasa menghampiri garisan penamat IV. Terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan penamat.

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

31. Apakah kelebihan pengurusan peralatan sukan yang cekap kepada sesebuah sekolah? A Disiplin pelajar meningkat B Alatan sukan boleh digunakan sesuka hati C Persekitaran sekolah sentiasa bersih dan cantik D Alatan sukan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan

32. Apakah kebaikan alatan sukan disusun dengan baik dan teratur? A Stor sukan kelihatan cantik B Alatan sukan tahan lebih lama C Memastikan peralatan tidak digunakan D Memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan

33. Susun atur alatan sukan di atas rak atau kabinet mengikut A saiz, bentuk dan ketahanan B saiz, bentuk dan berat atau ringan D saiz, bentuk dan baru atau lama C saiz, bentuk dan murah atau mahal

Menerima wang daripada bookie Memastikan pasukannya kalah Tiada semangat kesukanan

34. Penyataan di atas merujuk kepada pemain yang mengamalkan A. B. C. D. rasuah semangat kerjasama semangat perpaduan patuh kepada undang-undang

35. Kamal seorang pelajar tingkatan 3 Setia dan berumur 16 tahun. Dia mewakili pasukan bola baling sekolahnya bawah kategori 15 tahun lelaki. Apakah amalan yang tidak jujur untuk situasi di atas? A. Rasuah B. Menipu had umur C. Tidak mengamalkan semangat kesukanan D. Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding

36. Apakah maksud malnutrisi ? A. B. C. D. Penyakit yang mudah berjangkit Keadaan tubuh badan yang tidak sihat Keadaan yang berpunca daripada kekurangan zat makanan Penyakit yang berpunca daripada pemahaman yang tidak sihat

37. Punca-punca malnutrisi ialah I. II. III. IV. A. B. C. D. Kemiskinan Gaya hidup yang tidak sihat Pemakanan yang seimbang Kekurangan sumber makanan I dan II II dan III III dan IV I dan IV

38. Kebahagiaan rumahtangga berdasarkan ciri-ciri seperti I. II. III. IV. A. B. C. D. bercakap besar berkasih sayang bertanggungjawab bersikap jujur dan amanah I , II dan III I , II dan IV I , III dan IV II , III dan IV

39. Bagaimanakah cara-cara menghormati warga tua ? A Menyekat aktiviti warga tua B Memandang rendah kemampuan warga tua C Menghantar mereka ke rumah orang-orang tua D Memberi anugerah sempena Hari Warga Tua Sedunia

40. Antara berikut yang manakah bukan punca remaja lari dari rumah ? A Mencari pengalaman B Keluarga aman bahagia C Perasaan ingin mencuba D Pengaruh rakan sebaya, teman lelaki atau wanita

KERTAS SOALAN TAMAT

Disusun oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh

.. (MOHD SYAKIR JAMALUDDIN) Guru Matapelajaran

.. (NURHAIDAWATI BINTI MOHD NOOR) Penolong Ketua Panitia PJPK

Anda mungkin juga menyukai