Anda di halaman 1dari 8

Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007

PEMBINAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS ISLAM HADARI Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Amiruddin Ismail Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi,Selangor, Malaysia

riza@vlsi.eng.ukm.my

ABSTRAK Sejarah Islam telah menunjukkan kaedah pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah telah berjaya melahirkan ramai peribadi-peribadi yang mempunyai kemahiran insaniah yang hebat. Kaedah pendidikan ini juga telah berjaya melahirkan peribadi-peribadi hebat selama lebih 1000 tahun kemudian. Juzukjuzuk penting dari sistem pendidikan ini boleh dikaji dan dihadirkan semula pada hari ini. Kertas ini coba meninjau pendidikan yang telah berjaya menanam kemahiran insaniah yang hebat dari sudut pandangan Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran. Di samping itu pembangunan modal insan menurut pendekatan Islam Hadhari adalah berkisar kepada ciri-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam sepuluh prinsipnya yang merupakan pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh dan bersepadu, berteraskan prinsip-prinsip tamadun yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

MUKADIMAH Sejarah Islam telah memamerkan ramai insan-insan yang mempunyai kemahiran dalam berbagai bidang yang telah memberikan sumbangan besar kepada kemanusiaan. Sudah tentu mereka telah melalui satu latihan yang baik sehingga mereka mempunyai kompetensi yang tinggi dalam banyak bidang. Sumber latihan ini tidak lain adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw kerana orangorang Arab hanya muncul membina tamaddun unggul dan memimpin ummat manusia sejagat hanya selepas mereka mengambil Quan dan Sunnah menjadi asas kehidupan mereka. Dalam Quran dan sunnah terdapat 10 domain pendidikan yang perlu dipenuhi bagi mengeluarkan segala bakat dalam diri manusia (Fakhruddin Nursyam, 2006). Domain-domain itu ialah: 1. Aqidah yang bersih 2. Ibadah yang sah 3. Akhlak yang kukuh 4. Kekuatan jasmani

Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Amiruddin Ismail

5. Kemahiran berfikir 6. Berjuang melawan hawa nafsu 7. Pandai menjaga waktu 8. Teratur dalam suatu urusan 9 Memiliki kemampuan usaha sendiri 10. Bermanfaat bagi orang lain Domain yang pertama dan kedua adalah khusus bagi orang Islam manakala domain ke-3 hingga ke-10 adalah sejagat yang boleh diterapkan kepada sesiapa sahaja. Ketika zaman kegemilangan Islam dahulu, sesiapa sahaja boleh menyertai sistem pendidikan Islam. Bahkan tenaga pengajar ada juga yang bukan Islam. Kesan-kesan kehebatan Islam ini masih dapat dilihat di Toledo, Sepanyol dan masih tercatat dalam sejarah rasmi Bandar itu. Sepuluh domain yang diterangkan di bawah disentuh secara sepintas lalu. Subdomain bagi setipa domain adalah disertakan sebagai lampiran I.

AQIDAH YANG BERSIH Aqidah adalah asas kepada seorang pedidikan yang dibawa oleh Rasulullah saw. Ia tidak boleh dicampuri oleh aqidah-aqidah lain seperti yang tercatat dalam Quran, 'Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (Quran 6:162) Ini bermakna bukan sahaja sembahyang dan ibadah-ibadah khusus yang perlu diikhlaskan kepada Allah tetapi keseluruhan kehidupan mesti bagi Allah semata-mata.

IBADAH YANG SAH Ibadah merupakan manifestasi kehambaan manusia kepada Allah. Oleh itu ia perlu dilaksanakan benar-benar mengikut kehendak Allah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda, 'shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.' Ini bermakna semua ibadah tidak boleh ditokok tambah mengikut selera.

AKHLAK YANG KUKUH Akhlak yang kukuh adalah amat penting dalam pembinaan insan sehingga Rasulullah saw menyifatkan perutusannya adalah semata-mata untuk menyempurnakan akhlak. Akhlak yang dimaksudkan ialah jujur, berani, teguh pendirian, tabah, tekun, sabar pengasih dan apa sahaja akhlak yang mulia. Rasulullah saw sendiri telah menjadi contoh dan teladan dalam memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia. Allah swt telah menyatakan tentang keagungan akhlak Rasulullah saw di dalam Al-Qur'an, iaitu 'Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung' (Quran 68:4).

11

Pembinaan Kemahiran Insaniah Dalam Konteks Islam Hadari

KEKUATAN JASMANI Kekuatan jasmani satu lagi hasil pendidikan Islam yang perlu diperhatikan kerana banyak tuntutan Islam memerlukan tubah badan yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji memerlukan kekuatan jasmani dan badan yang sehat. Tuntutan memepertahankan Negara yang diwajibkan ke atas semua orang Islam amat memerlukan kekuatan jasmani. Oleh itu setiap warga perlu memiliki kekuatan jasmani dan kesihatan badan. Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda, 'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (Muslim).

KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir adalah merupakan satu lagi kemahiran yang perlu ada pada setiap orang. Al-Qur'an mengandungi banyak ayat-ayat yang mengajak manusia berfikir. Contohnya ialah Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: 'pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.' Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan.' Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir (Quran 2:219). Kedudukan ornag yang berfikir tidak sama dengan orang yang tidak berfikir. Firman Allah, Katakanlah, Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?. Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (Quran 39:9).

BERJUANG MELAWAN HAWA NAFSU Berjuang melawan hawa nafsu satu lagi kemahiran yang perlu ada pada setiap orang. Semua orang boleh cenderung kepada kebaikan dan boleh juga cenderung kepada kejahatan. Kecenderungan kepada kejahatan perlu dilawan supaya kejahatan tidak dilakukan oleh setiap orang. Dalam pendidikan Islam, hawa nafsu yang membawa kepada kejahatan tidak dihapuskan tetapi disalurkan kepada satu jalan yang baik. Rasulullah saw bersabda, Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (Hadis riwayat Hakim).

PANDAI MENJAGA WAKTU Waktu amat terhad kepada sesiapa sahaja. Ia akan terbuang sia-sia jika tidak dimanfaatkan. Ia tidak boleh diperbaharui. Oleh setiap orang yang melalui pendidikan Islam mesti pandai menjaga waktu. Betapa pentingnya waktu, Allah dan Rasul-Nya telah menerangkannya melalui al-Quran dan Sabdanya. Allah swt

12

Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Amiruddin Ismail

banyak bersumpah di dalam al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah bersumpah dengan masa yang menyifatkan semua manusia dalam kerugian, kecuali yang beriman, beramal saleh, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Amal saleh yang dimaksudkan ialah semua amal-amal yang ikhlas semata-mata kepada Allah dan tidak bertentangan dengan syariat-Nya. Sehubungan dengan waktu, Rasululah bersabda supaya memanfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, rehat sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

TERATUR DALAM SUATU URUSAN Teratur dalam segala urusan merupakan perancangan dan pengurusan yang baik. Sudah tentu orang yang teratur dalam urusannya akan disenangi dan mendapat kepercayaan. Bahkan dalam berkata-katapun perlu teratur dan bermanfaat. Rasulullah saw bersabda, Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada seorang hamba yang berbicara sehingga meraih keuntungan dan diam sehingga mendapat keselamatan

MEMILIKI KEMAMPUAN USAHA SENDIRI Tidak bergantung kepada orang dan boleh berdiri sendiri, itulah sifat yang perlu ditanam kepada setiap orang. Rasulullah saw besabda, Siapa yang dimalam hari keletihan kerana bekerja mencari rezeki yang halal di siang hari, maka di malam hari ia mendapat keampunan (Hadis riwayat Asakir dari Anas ra). Sehubungan dengan perkara ini, setiap orang amat dituntut mempunyai kemahiran apa saja yang baik supaya ia dapat menekmati rezeki Allah.

BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN Tidak bergantung, sebaliknya memberi manfaat kepada orang lain, mempunyai inisiatif sendiri dan bertindak tanpa disuruh adalah sifat yang digemari oleh semua orang. Rasulullah saw bersabda, Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. (Hadis riwatah Thabrani). Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda, Siapa di antara kamu yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia bersegera memberikan mafaat kepadanya (Hadis riwayat Muslim).

13

Pembinaan Kemahiran Insaniah Dalam Konteks Islam Hadari

PEMBANGUNAN MODAL INSAN Pembanguan modal insan adalah merujuk kepada proses membentuk golongan yang menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu, pelbagai dan semasa. Oleh itu diharap kecemerlangan intelektual seseorang dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di antara strategi pembangunan modal insan yang dilakukan menurut pendekatan Islam Hadhari (2007) ialah: Memperbetul dan meperkasakan pengetahuan umat Islam tentang tasawwur Islam (gambaran mengenai Islam). Memperkasa ketakwaan dan keimanan umat Islam. Mempertingkatkan usaha-usaha penguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan bersepadu antara ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Melahirkan lebih ramai golongan ilmuan atau pakar dalam pelbagai bidang dan menggunakan sepenuhnya kepakaran warga Malaysia untuk pembangunan negara. Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan ilmu dalam semua bidang. Membanyakkan hasil kajian baru yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh manusia. Memperluaskan hasil-hasil penyelidikan kepada produk-produk ekonomi yang boleh dimanfaatkan kepada ummah. Menonjolkan peranan ilmuan dan sumbangan mereka kepada pembangunan ummah, serta berusaha menjadikan mereka sebagai role model dalam masyarakat bertammadun.

KE ARAH MEMBINA KEKUATAN UMMAH Antara tuntutan dan suruhan Allah swt kepada umat Islam ialah untuk menyediakan seberapa besar dan banyak kekuatan yang mungkin seperti diungkapkan dalam firman Allah dalam surah al-Anfal: 60 yang mahfumnya: dan sediakanlah untuk menghadapi mereka dengan apa sahaja kekuatan yang kamu mampu, dan pasukan berkuda (yang dengan persiapan itu) kamu dapat menggerunkan musuh Allah swt dan musuh kamu. Al-Quran jelas menunjukkan prinsipnya bahawa menyediakan kekuatan adalah sebahagian daripada tuntutan Islam. Menurut Salleh Mohd Yusof 2007 terdapat empat tonggak kekuatan yang berpeluang dimilik oleh umat Islam iaitu: Kekuatan rohani (spiritual) melalui kitab suci al-Quran yang tidak ada keraguan dan kebatilannya sedikitpun di dalamnya. Kekuatan ilmu pengetahuan yang berdasarkan ungkapan knowledge is power. Kekuatan ekonomi boleh menjadi sesuatu senjata untuk berhadapan dan berlawan dengan musuh serta mengelakkan daripada ditindas oleh umat yang lain.

14

Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Amiruddin Ismail

Kekuatan pertahanan untuk mempertahan dan menyelamatkan umat Islam daripada gangguan musuh. Kesemua kekuatan ini perlu diusahakan, dimantapkan dan diterapkan ke dalam setiap individu dan kumpulan Islam supaya mereka tidak diperlekehkan serta sentiasa dihormati dan disegani selalu oleh masyarakat dunia. Firman Allah swt dalam surah al-Anfal: 46 mahfumnya: dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya, dan janganlah kamu berbantahbantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu.

KESIMPULAN Kesepuluh domain kemahiran atau kompetensi di atas telah berjaya diterapkan kepada setiap warga dalam pendidikan Islam dalam kegemilangan Islam dahulu. Ia telah berjaya melahirkan manusia-manusia hebat yang memberikan sumbangan besar kepada umat manusia. Domain yang generic yang tidak terikat kepada satusatu agama boleh diterapkan dalam kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada pelajar UKM. Al-Quran dan al-Sunnah perlu dirujuk untuk memantapkan lagi kemahiran ini dari masa ke semasa.

RUJUKAN Fakhruddin Nusyam. 2006. Arbain Tarbawiyah. Bina Insani Press. Surakarta. JKIM. 2007. Pendekatan Islam Hadhari: membangun modal insane dan tamaddun ummah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Salleh Mohd. Yusof. 2007. Islam Hadhari: ke arah membina kecemerlangan umat Islam. JAKIM.

15

Pembinaan Kemahiran Insaniah Dalam Konteks Islam Hadari

Lampiran I Sub-domain kemahiran pendidikan dalam Islam


Aqidah yang bersih Mengikhlaskan amal untuk Allah Mengimani rukun iman Beriman kepada nikmat dan siksa kubur Mensyukuri nikmat Allah ketika mendapatkan nikmat Terima dan tunduk secara penuh kpd Allah Ibadah yang sah Bersemangat untuk solat berjamaah Menunaikan zakat Puasa fardhu Puasa sunat Niat melaksanakan haji Membaca alQuran Berdoa Menjauhi dosa besar Menahan anggota tubuh dari segala yang haram Tdak mengadu domba Tidak mengumpat Tidak mencelah dalam percakapan orang lain Tidak mengumpat dengan isyarat apapun Tidak menghina dan meremehkan orang lain Akhlak yang kukuh Tidak takabbur Mempunyai pendirian Tidak dusta Tidak mencaci maki Kekuatan jasmani Bersih badan Bersih pakaian Bersih tempat tinggal Komitmen dengan adab makan dan minum Tidak berjaga malam berlebihan Komitmen dengan riadah 2 jam setiap minggu Bangun sebelum fajar Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan Meninggalkan tabiat merokok Menghindari tempat-tempat yang kotor Kemahiran berfikir Membaca sesuatu yang di luar kepakarannya 4 jam setiap bulan Memahirkan diri dengan kaedah-kaedah moden Menjadi pendengar yang baik Mampu memberikan pandangan Mengikuti perkembangan semasa dunia dan tanahair Teliti ketika bermuamalat Berjuang melawan hawa nafsu Menjauhi segala yang haram Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan Menjauhi tempat-tempat maksiat Pandai menjaga waktu Bangun awal Menjaga waktu temujanjinya sama ada yang umum mahupun yang khusus Mengisi waktunya dengan hal-hal yang berfaedah Merancang masanya Komit dgn temujanji Teratur dalam suatu urusan Memperbaiki penampilannya Solat menyusun waktunya Teratur di dalam rumah dan kerjanya Mentertibkan ide-ide dan fikirannya Menjaga waktu kerja Memiliki kemampuan usaha sendiri Menjauhi sumber pendapatan yang haram Menabung, meskipun sedikit Tidak menangguhnangguhkan tugasan yang diamanahkan Memelihara harta awam Memelihara harta peribadi Bekerja dan berusaha sekuatnya Utamakan pengkhususan yang penting dan dinamik Berusaha untuk membina kepakaran Bermanfaat bagi orang lain Melaksanakan hak kedua ibu bapa Menyertai majlis-majlis kegembiraan Membantu orang yang memerlukan Nikah dengan pasangan yang sesuai Melaksanakan hak-hak pasangannya Membantu isterinya

Melaksanakan hak-hak anak

16

R izaA tiqA b d u lla hO .K .R ah m a td a nA m iru d d inIsm a il

M en y ay an g i y an gleb ih m u d a M en g h o rm ati y an gleb ihtu a M em en uh i jan ji M en y im p an rah sia M en u tu p i do sa o ran glain

M en g h in dari tem p at-tem p at b erp en y ak it

B ersed erh an a dalamb elan ja M en g u tam akan p ro du k-p ro d u k sy arik at tem p atan S en tiasa m em etin g kan m u tudanh arg a y an g b erp atu tan

17

Anda mungkin juga menyukai