Anda di halaman 1dari 13

1

BERAKHLAK DALAM MASYARAKAT TERAS KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN DUNIAWI

Pendahuluan Telah diungkapkan oleh seorang pujangga dalam sebuah madahnya: Kekalnya umat itu adalah kerana kekal akhlaknya. Manakala lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat. Jika kita lihat kalam hikmah di atas, maka kita boleh mengatakan bahawa ianya rumusan yang diambil dari peristiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya. Rumusan yang menterjemahkan suatu hakikat dalam kehidupan masyarakat atau umat manusia dan tamadunnya di dunia ini. Selama mana manusia itu adalah manusia dengan segala naluri dan sifat tabiatnya maka sejarah manusia akan tetap berulang kembali. Dengan berulangnya sikap dan tabiat manusia itu dalam mengharung arus tamadunnya yang didorong oleh sifat-sifat dalaman atau nilai akhlaknya, sama ada yang bersifat negatif ataupun yang bersifat positif maka akan berulang kembali akibat atau natijahnya, sama ada akan lenyap dan hancur atau kekal dan tetap membangun untuk mencapai kemuncak kesempurnaannya. Hakikat sejarah umat manusia dan tamadunnya ini telahpun dirakamkan oleh Allah s.w.t. melalui wahyu-Nya yang terakhir, iaitu al-Quran dalam bentuk peringatan dan ancaman:


Maksudnya: Mudah-mudahan Tuhan kamu akan Mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan Kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari Akhirat).

(al-Isra 17:8) Jika kita meneliti ayat di atas, ianya menggambarkan kepada kita bahawa kehancuran atau kekalnya sesuatu tamadun itu terpulang kepada umatnya. Jika umat tersebut nilai akhlaknya tinggi maka kekallah tamadun tersebut tetapi jika rendah nilai akhlaknya maka hancur binasalah. Lihatlah kesan-kesan sejarah sebagai bahan bukti kepada kita sebagai umat yang terakhir bagaimana Allah membinasakan umat-umat terdahulu seperti Kaum Nabi Nuh (Mesopotamia), Firaun (Mesir), Kaum Nabi Lut (Laut Mati), Bandar Pompeii, Kaum Ad dan Uber (Atlantis Padang Pasir) di pantai Oman dan banyak umat lagi yang telah musnah akibat dari akhlak yang hina. Firman Allah s.w.t.

Maksudnya:

Dan mereka bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya: Demi Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan

dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran. Sambil bersikap sombong takabbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu. (Fathir 35:42-43)

Akhlak Menjadi Syarat Utama dalam Pembinaan Tamadun Kedatangan agama Islam merupakan satu rahmat ke seluruh alam, kerana jika kita bandingkan dengan pembinaan tamadunnya maka tiada tamadun yang terbaik menurut sejarah. Tamadun Islam mencapai tamadun yang tertinggi kerana satu perkara dan jika perkara ini tidak wujud maka sudah pasti tamadun Islam tiada bezanya kepada tamadun lain. Perkara yang saya maksudkan di sini ialah akhlak. Akhlak adalah menjadi syarat mutlak kepada kemajuan dan ketinggian umat dan tamadunnya. Seterusnya, menjadi syarat mutlak kepada kekal dan keterusan umat dan tamadunnya. Jelasnya, krisis moral dan keruntuhan akhlak adalah sebab awal dan terakhir kepada kerosakan tamadun dan kehancurannya.

Akhlak Islamiah Tidak Menolak Pembangunan dan Kebendaan Pembangunan dan tamadun kebendaan tidak dinafikan dalam Islam, malahan ditegaskan oleh Islam sebagai salah satu tugas yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan tugas ini adalah satu dari tuntutan jawatan khalifah pada manusia. Tetapi pembangunan kebendaan bukan semata-mata untuk kepentingan dan keperluan unsur kebendaan dalam kehidupan manusia. Jelasnya, pembangunan tamadun yang dikehendaki dalam Islam ialah pembangunan tamadun yang mengikuti panduan dan pempinan Ilahi. Maka dengan itu

akan selaras dan selarilah antara alam ciptaan yang tunduk dan patuh, menyerah dan sujud kepada Allah s.w.t. yang menjadi asas kepada kesejahteraan hidup dan tamadun manusia yang sebenar.

Kebendaan Sebagai Asas Tamadun Pembangunan dan tamadun manusia yang sedemikian; iaitu yang lupakan hakikat dirinya adalah tamadun yang mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan yang sebenar dan mengenepikan nilai-nilai akhlak keinsanan yang sebenar. Di sinilah punca kepada kerosakan dan keruntuhan manusia dan tamadunnya. Jelasnya, kebendaan hanya akan membawa kepada penderitaan dan penyiksaan, jauh sekali dapat membawa kepada kedamaian dan kesejahteraan. Kadar jenayah akan terus meninggkat walaupun pelbagai usaha dan undang-undang yang digubal khususnya untuk membenteras jenayah yang berleluasa ini namun tetap berakhir dengan kegagalan. Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanakkanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf. Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri: Selangor Perak Kuala Lumpur Johor Sabah Negeri Sembilan Pahang Kedah Pulau Pinang Melaka Kelantan Perlis Sarawak Terengganu JUMLAH =12,836 orang =9,788 orang =9,439 orang =8,920 orang =8,435 orang =4,108 orang =3,677 orang =3,496 orang =3,412 orang =2,707 orang =1,730 orang =691 orang =617 orang =574 orang =70,430 orang.

(sumber: http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI756)

Selain masalah sosial, rasuah juga merompak kekayaan dan sumber negara kita. Dianggarkan bahawa rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak RM10 bilion setahun, atau 1-2% daripada KDNK, apabila keputusan perniagaan (contohnya pemberian kontrak, perolehan sumber manusia) dilakukan dengan tujuan yang salah. Malah, penghakisan keyakinan terhadap institusi negara oleh orang ramai dan komuniti perniagaan telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhan ketara kedudukan daya

saing negara (GCI), daripada 21 negara yang paling berdaya saing di dunia tiga tahun yang lalu kepada kedudukan yang terkini, 24. Atas sebab-sebab ini, membanteras rasuah sentiasa menjadi salah satu keutamaan kerajaan. Akhir-akhir ini, kerajaan telah mengambil langkah yang agak signifikan, termasuk mewujudkan Institut Integriti Malaysia pada tahun 2004 untuk mempermudah pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dan menaik taraf Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009. Kerajaan juga menubuhkan sebuah pasukan petugas khas peringkat atasan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan kewangan yang didedahkan oleh laporan itu. Meskipun dengan usaha-usaha kerajaan itu, prestasi Malaysia telah jatuh merudum kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, Transparency International (TICPI) yang berada pada kedudukan ke-23 pada tahun 1995 telah jatuh ke tangga ke-56 pada tahun 2009. Tinjauan menunjukkan bahawa rakyat amat tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam membanteras rasuah. Contohnya, 67% daripada warga Malaysia yang ditinjau menerusi Kajian Global Corruption Barometer 2009 percaya bahawa tindakan kerajaan dalam usaha menentang rasuah adalah tidak berkesan. (http://www.ourdifferentview.com/?tag=rasuah 7 Februari 2011) Dalam kes pembuangan bayi pula, Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini sejak lima tahun lepas bermula 2005, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan

105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak. "Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu, katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BNMaran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan dalam menangani gejala tersebut. Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis(1). (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm)

Contoh-Contoh Budaya yang Tidak Baik Sesungguhnya bilangan budaya Barat yang terdapat di negara Malaysia teramat banyak bilangannya sampai tidak dapat dipastikan berapa jumlahnya. Walau bagaimanapun, mungkin kita boleh melihat sedikit sebanyak contoh yang setiap hari terpapar disetiap kaca televisyen yang berada disetiap rumah umat Islam di negara kita. Di antaranya ialah: Budaya Punk Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan anti-establishment berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!, psychobilly, goth, emo, pop punk dan sebagainya.

Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan. Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di New York dengan kugiran punk seperti The Ramones dan Blondie pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media apabila band seperti The Sex Pistols dan The Clash di London meledak pada tahun 1977. Liputan media di kebanyakan konsert dan scene punk mendedahkan fesyen, muzik dan budaya pengikut-pengikut punk kepada remaja pada masa itu dan menjadi ikutan kepada generasi baru golongan belia yang mula bosan terhadap rock n roll mainstream, muzik disko dan budaya hippie 1960-an. Di samping memberontak terhadap masyarakat, remaja punk juga memberontak terhadap kepercayaan hippie yang optimistik dan idealistik, seperti cinta dan keamanan, dan pengambilah dadah (walaupun sebilangan besar golongan punk di-stereotaipkan sebagai penghisap dadah). Muzik punk yang pantas, bingit, dan kasar menjadi igauan ngeri ibu bapa dan mencerminkan keadaan remaja pada tahun 1977 dan tahun-tahun berikutnya. Ramai yang beranggapan budaya punk yang ganas merosakkan akhlak remaja, dan menggalakkan kegiatan jenayah. Pada awal 1980-an, budaya punk mula terpecah menjadi beberapa sub-budaya lain seperti Hardcore Punk di Amerika yang lebih kasar dan berunsurkan politikal, New-wave, goth, dan sebagainya. Meskipun tidak lagi popular pada dekad seterusnya di dalam media, punk bertanggungjawab dalam mengembangkan budaya lain seperti kegilaan rock alternatif dan grunge pada awal 1990-an, pop punk, emo dan juga Budaya Indie yang popular pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Masyarakat Melayu sudah terikut-ikut dengan budaya punk di negara Barat

Budaya Hidup Remaja kita hari ini menjadikan budaya Barat yang tidak baik sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka. Ini amat mendukacitakan kerana hakikatnya mereka memegang title orang yang beragama Islam. Isunya, ialah golongan ini menjadi parasite kepada agama dan bangsa yang akan merosakkan kredibiliti dan nama baik agama itu sendiri.

Menjadi malanglah jika golongan seperti ini yang akan mentadbir negara dan bangsa kelak.

Budaya Pengkid

10

Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.[1].Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka. Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri disebabkan tanggapan konservatif dan negatif yang banyak dipaparkan di media massa. Walaubagaimanapun, kegiatan pengkid kini lebih terancang dan berani, terutamanya di kalangan aktivis hak-hak seksualiti dan gender. Pengkid tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai pengkid dan mangsa pengkid, datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa. Walaupun yang demikian, tiada kajian perubatan dan psikiatri yang kukuh dapat melaporkan bahawa rawatan fizikal dan rohani boleh "memulihkan" golongan pengkid.

(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/budaya 4 Februari 2011) Cara-Cara untuk Menghadapi Keruntuhan Akhlak Perlu ada langkah konkrit untuk kita menghadapi dan mengatasinya, menurut Dr. Abdul Shabur Marzuq, dalam bukunya al-Ghazwu al-Fikri menyarankan langkah-langkah

11

yang perlu ditempuh umat Islam untuk menghadapi gerakan musuh-musuh Islam tersebut. a. Menilai kembali semua kurikulum pendidikan di negara-negara Islam. Langkah ini penting kerana dari pendidikan inilah serangan pembaratan itu dimulai. Perlu ada kurikulum pendidikan yang tidak memisahkan di antara ilmu dengan pemilik ilmu iaitu Allah s.w.t. Kurikulum yang mampu menanam kembali dalam jiwa anak-anak Islam memahami akidah, syariah dan akhlak. Bukan kurikulum yang sekadar menjadikan Islam sebagai pengetahuan sahaja, tanpa melahirkan keyakinan dan pengamalan. b. Kedua, perlunya strategi dakwah dan tarbiyah yang berintegrasi di kalangan umat Islam agar mampu memberikan pengarahan yang benar dan memiliki kefahaman serta jatidiri yang sebenar sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat Nabi saw. Dengan kata lain, diperlukan suatu pola dakwah yang mampu memberikan sistem kekebalan dalaman umat Islam dalam berhadapan dengan serangan dan racun pemikiran musuh-musuh Islam. Dalam masa yang sama, perlu ada keutuhan tarbiyah di kalangan umat Islam yang berjalan sepanjang masa agar dapat memberikan wawasan dan kefahaman Islam yang sebenar. Adalah suatu kenyataan yang tidak dapat kita bantah, keberhasilan gerakan musuh-musuh Islam selama ini adalah kerana lemahnya sistem pertahanan dalaman (jiwa) umat Islam serta kekosongan akal dan roh mereka dari ajaran Islam yang sebenar. c. Ketiga, umat Islam seharusnya memberikan perhatian lebih besar terhadap bidang media massa. Bahkan seharusnya umat Islam mempunyai institusi kewartawanan Islam yang sempurna dan lengkap, yang dikelolai tenaga-tenaga yang profesional yang ikhlas dan mampu menyingkap pelbagai bahaya tersembunyi yang diusahakan oleh musuh-musuh Islam. d. Keempat, bagi membangun umat Islam agar memiliki kesatuan hati, umat Islam perlu memiliki jiwa mandiri dalam pelbagai aspek kehidupan. Kebergantungan kepada pihak luar, khususnya dengan musuh-musuh Islam samada dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan pentadbiran telah menyebabkan kepimpinan Islam akur dengan kehendak dan kemahuan mereka. Ini akan menghasilkan kelemahan dan perpecahan.

12

Lantas situasi ini memberi peluang kepada musuh-musuh Islam terus menerus menguasai halatuju umat Islam. e. Akhir sekali, umat Islam perlu berhati-hati dengan sikap toleransi yang ditaja oleh musuh-musuh Islam. Jangan sampai akibat terlalu bertoleransi dengan mereka, gerakan-gerakan merosakan akidah dibiarkan begitu sahaja. Musuh-musuh Islam seringkali mengambil kesempatan terhadap istilah toleransi untuk menyuburkan gerakan anti Islam mereka.

Kesimpulan Islam tidak mengambil pendirian anti Barat atau pun Timur. Islam adalah agama dakwah yang mendukung nilai-nilai alamiah. Islam adalah agama rahmat untuk seluruh alam. Pengaruh Islam berada di Barat dan di Timur. Penganut Islam merupakan penganut agama yang kedua terbesar di kebanyakan negaranegara Barat. Mengambil pendekatan anti Barat bermakna membataskan skop dakwah untuk membawa manusia kembali ke fitrah. Di Perancis umpamanya terdapat empat cendekiawan terbilang seperti Roger Garaudy, pemikir intelektual Marxis, Maurice Bucaille, seorang pakar ilmu bedah, Jacquis Cocteu, ahli oseanografi dan Bruno Guiderdoni, pakar astrofizik terkemuka kembali kepada fitrah. Islam menjadi lebih menarik di Barat kerana ia didekati secara ilmu dan saintifik dan ia memberi tanda untuk suatu kebangkitan. Memang benar pada hari ini Barat maju dalam sains dan teknologi. Kemajuan Barat menjadi sumber rujukan utama bagi masyarakat lain yang ingin maju dalam bidang yang sama. Kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya mengambil orientasi Barat. Tidak salah mengambil aspek-aspek yang boleh memberi menfaat kepada kemajuan umat Islam. Tetapi negara-negara Barat mempunyai orientasinya sendiri bertunjangkan falsafah yang jauh lebih terbuka dan tidak terikat dengan nilai-nilai agama.

13

Tradisi sains dalam Islam mengambil kira faktor agama. Walaupun al-Quran bukan kitab saintifik, tetapi pedoman-pedoman saintifik di dalamnya memandu tradisi keilmuan berkembang dengan mengambil kira faktor keinsanan, sains dan teknologi supaya manusia menjadi lebih manusiawi. Para remaja Islam harus insaf bahawa ilmu itu terdapat di mana-mana, sama ada di Barat mahupun di Timur. Oleh itu adalah suatu langkah yang bijak untuk menghantar generasi muda di kalangan yang terbaik untuk menimba ilmu pengetahuan di Eropah, Amerika Syarikat, Russia, Jepun dan China supaya ilmu yang terkini di kalangan mereka dapat diambil dan dibawa kembali ke negara kita. RUJUKAN

Abdullah Basmeih.1980. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur; Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri. http://www.ourdifferentview.com/?tag=rasuah (7 Februari 2011) http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI756 (12 Februari 2011) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm (13 Februari 2011) http://ms.wikipedia.org/wiki/budaya (4 Februari 2011)

Anda mungkin juga menyukai