Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 6 : 5 SEPTEMBER 2013

1. Masalah Pada minggu ini, saya berhadapan dengan masalah dari segi buku latihan murid yang kurang lengkap dan kemas.

2. Analisis Buku latihan murid saya kurang diperiksa oleh saya sendiri kerana kesempitan masa dalam P&P menyebabkan terdapat murid yang tidak membuat kerja rumah dan lembaran kerja yang diedarkan kepada mereka.

3. Cadangan Penambahbaikan a. Langkah pertama yang akan saya laksanakan ialah memeriksa terus latihan yang diberikan sebelum tamat proses P&P. b. Memastikan setiap lembaran kerja yang diedarkan terdapat dalam buku latihan murid. c. Mengingatkan murid supaya membuat latihan dan kerja rumah. d. Memberi hukuman kepada murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.

4. Pengendalian kelas Saya akan berusaha untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Oleh itu, murid akan lebih bersedia dan prihatian terhadap setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru.

5. Penilai kejayaan Saya akan meminta pandangan daripada guru-guru yang lebih

berpengalaman di samping mendapatkan nasihat daripada guru pembimbing dan rakan sebaya.

JURNAL MINGGU 6 : 5 SEPTEMBER 2013


6. Tindakan susulan Saya akan mempelbagaikan pendekatan dan kaedah mengajar di dalam kelas supaya semua pelajar dapat memahami aspek yang ingin disampaikan. Selain itu juga, saya akan lebih tegas dan prihatin terhadap kerja yang diberikan kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai