Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, SMTPJB.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wrh...... dan selamat sejahtera. Slmt dtg ke majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan negara yang ke-53, SMTPJB bagi tahun 2010.

Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua guru dan pelajar berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat dan serentak.

Tetak buluh panjang 10, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tgn jari 10, Doa diminta biar selamat.

Seterusnya dijemput saudara Mohd Sollehin untuk mengetuai upacara pembacaan doa bagi memberkati majlis kita pada hari ini. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.

Amin2 ya Rabbal alamin.

Semua pelajar dan guru dipersilakan duduk.

Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang ke-53. Untuk itu, majlis menjemput saudari Dalina bt. Zakaria bagi memberikan makluman lanjut mengenai aktiviti bulan kemerdekaan. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Dalina bt. Zakaria atas makluman sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput saudari Fatin Syahirah bt Mastor untuk menyampaikan ucapan sempena Hari Pahlawan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan makluman aktiviti kemerdekaan dan ucapan khas hari pahlawan sebentar tadi, maka dengan rasmilah pelancaran bulan kemerdekaan negara yang ke-53 peringkat smtpjb.

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini, dijemput saudari Norainn bt. Bahrain dari kelas 5pd3 dan Nor Fitri Azwan dari kelas 5ka1 untuk medeklamasikan sajak yang bertajuk Cerita Merdeka. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bergetar atma apabila mendengarkan sajak yang dideklamasikan oleh saudari norainn dan nor fitri sebentar tadi. Semoga semangat yang dipancarkan melalui sajak itu tadi mengalir mesra disungai hati kita semua.

Baiklah, hadirin-hadirat yang dimuliakan, kini marilah kita bersamasama menyaksikan tayangan video khas yang bertajuk kemerdekaan malaya 1957. Pelajar diingatkan agar memberikan sepenuh perhatian semasa sesi tayangan sebentar nanti kerana kita akan menjalankan segmen kuiz berdasarkan video yang ditonton sejurus selepas tamat tayangan. Hadiah yang menarik menanti anda. Mari kita saksikan. Baiklah, seperti yang dijanjikan kita akan bersama pn. Herlina bt. Mohd Harun untuk mengisi slot seterusnya iaitu kuiz sejarah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Begitulah tadi tayangan video kemerdekaan berserta kuiz sejarah. Diharapkan pelajar dapat mengambil iktibar daripada tayangan dan kuiz sebentar tadi seterusnya menjadikan sejarah itu sbg benteng dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, diminta semua para pelajar dan guru berdiri tegak untuk menyanyikan 3 buah rangkaian lagu patriotik.

Rangkaian lagu patriotik yang akan kita nyanyikan ialah Keranamu Malaysia, Cemerlang Gemilang Terbilang dan Tanggal 31 Ogos. Semua hadirin diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat serentak..

Dengan berakhirnya nyanyian rangkaian 3 buah lagu patriotik sebentar tadi, maka lengkaplah majlis Sambutan Bulan kemerdekaan negara yang ke-53, smtpjb. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kehadiran dan kerjasama anda. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai