Anda di halaman 1dari 7

KAIN ANDUH

Anduh
Terdapat 5 jenis balutan anduh: -Anduh lengan -Anduh kepala -Anduh lutut/siku -Anduh pergelangan tangan -Anduh tapak kaki kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN. -Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . -Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT. -Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera . -Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . -Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA. -Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala . -Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila . -Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI. -Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .) -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. -Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut .

KAIN PEMBALUT KASA

Bebat (Dressing)

Adalah kain kasa berlapis digunakan untuk menutup luka

Jenis

Hospital dressing/gauze Wound dressing/pressure bandage

Field dressing

Kegunaan

Menutup luka Pembersih luka Meletakkan ubat Mengawal pendarahan

Pembalut (bandage)

Kain kasa bergulung dibuat sebagai pengikat

Jenis

Roller bandage (pembalut gulung) Crepe bandage (pembalut kenyal) Triangular bandage (pembalut tiga segi)

Kegunaan

Mengikat bebat di tempat luka Mengikat tuap (splint) di tempat patah Mengampu dan menyokong Luka-luka tidak wajar didedahkan kerana bahaya dihinggapi kuman-kuman dan dicemari oleh kekotoran atau racun. Dengan itu, luka akan bernanah dan menjadi lebih besar dan akan menimbulkan banyak masalah

FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN


Mengawal pendarahan Menggalakkan pembekuan Menghindarkan jangkitan kuman

Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum Melindungi luka daripada kecederaan lain

Tatacara Am Membebat Luka

Tangan penolong kecemasan perlu bersih sebelum melakukan pembebatan luka. Gunakan sarung tangan. Tentukan saiz bebat yang sesuai bagi menutup luka (saiz mesti lebih besar sedikit daripada luka) Bersihkan luka di kawasan sekeliling sebelum melakukan pembebatan. Menetapkan serta mengemaskan bebat di bahagian luka. PASTIKAN BEBAT YANG DIGUNAKAN ADALAH SUCI HAMA

PEMBALUT TIGA SEGI

Sebarang kain yang digunakan bagi menutup, mengampu, menghentikan pergerakan serta meningkatkan tekanan pada anggota yang cedera

Fungsi

Menentapkan bebat dan tuap. Memberi tekanan secara langsung ke atas bebat bagi mengawal pendarahan. Mengampu anggota yang cedera serta menghindar pergerakan. Mengawal bengkak. Digunakan sebagai pelapik.

Kain Anduh Tiga Segi


Sesuai dibuat dari kain jenis belacu. Berukuran 90cm x 90cm x 130cm Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer

LARUTAN ANTISPETIK

KAPAS

KRIM ANTISPETIK

PENAMPAL LUKA

Anda mungkin juga menyukai