Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM SINARAN 1

1. Pengenalan Program ini berkaitan dengan Program Linus khasnya Literasi. Di mana objektif Literasi ialah : i) ii) Mengenal abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. iii) Membaca, menulis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai aras literasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Program Sinaran 1 merupakan pra bagi Program Linus yang akan dilaksanakan selepas Saringan 1. Program ini akan diteruskan selagi ada murid yang belum menguasai literasi sehingga saringan 3. Kemudian akan diteruskan dengan Program Sinaran 2 semasa murid pada tahun 2

2. Masalah Berdasarkan ujian diagnostik (rujuk lampiran 1) yang dilaksanakan kepada muridmurid tahun 1 2012, didapati masih ada yang belum mengenal abjad walaupun telah mengikuti kelas tadika selama dua tahun. Kelas literasi hanya akan dilaksanakan selepas saringan 1 pada bulan April setiap tahun. Dalam tempoh tiga bulan sebelum saringan 1, murid-murid ini akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Pemetaan Bahasa Malaysia Tahun 1. Murid-murid yang belum mengenal abjad dan membunyikan suku kata terbuka hanya diberi pemulihan dalam kelas. Ini belum mencukupi bagi murid-murid yang belum mengenal abjad dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Program Sinaran 1 ini dilaksanakan di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran dan hanya melibatkan murid-murid yang terpilih. Masa yang dipilih untuk melaksanakan program ini sesuai dan tidak akan membebankan murid-murid tahun 1. Ada dalam kalangan mereka yang didapati masih berada di kawasan sekolah walaupun kelas tamat awal pada hari Rabu dan Khamis kerana menunggu abang atau kakak dalam kelas tahap 2. Oleh itu peluang ini diambil untuk melaksanakan Program Sinaran 1. Di samping itu pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, Program pagi menjadi Program sekolah yang melibatkan panitia dan semua murid. Program ini bermula pada 7.15 hingga 7.45 pagi. Oleh itu, di bawah Program Sinaran 1 ada Program Mentor-Mentee. Dalam Program Mentor-Mentee, kumpulan kecil murid dibimbing oleh guru yang terpilih. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Program Mentor-mentee berkesinambungan dengan bahan dalam Program Sinaran 1.

3. Tindakan 3.1 Mengadakan mesyuarat khas dengan pentadbir untuk : i) Melantik ajk dan guru sebagai tenaga pengajar seperti dalam kertas kerja ii)Membentang kertas kerja (Rujuk lampiran 2)

3.2 Pemilihan murid berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Seramai 11 orang dipilih mengikuti Program ini. Murid-murid yang terpilih ini didapati tidak dapat menjawab soalan mudah terutama abjad dalam ujian diagnostik.

3.3 Justifikasi sosio ekonomi dan taraf pendidikan murid-murid terpilih. Justifikasi sosio ekonomi dan taraf pendidikan murid-muri perlu untuk mengetahui latar belakang ekonomi keluarga dan sama ada pernah atau tidak mengikuti kelas tadika. Seorang murid didapati tidak pernah mengikuti kelas tadika. 10 orang murid dari prasekolah dan mudah bagi guru untuk mendapat maklumat tentang tahap kemajuan murid. Dua orang murid mempunyai masalah percakapan pelat. Murid-murid yang mengalami masalah ini tidak dapat menyebut huruf dan bunyi suku kata dengan betul.

Borang kajian latar belakang murid-murid


NAMA MURID BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 TARAF PENDIDIKAN PENDAPATAN KELUARGA

3.4 Headcount

Analisa berdasarkan markah dalam soalan diagnostik secara bertulis yang diberi kepada murid-murid . Berikut Borang analisa penguasaan murid-murid selepas menjawab soalan Diagnostik

Bil.murid tidak menguasai Tidak kuasai huruf Vokal

Bil.murid tidak menguasai Tidak kuasai abjad / huruf

Bil.murid tidak menguasai Huruf kecil & huruf besar

Bil.murid tidak menguasai Suku kata KV

Bil. Murid menguasai suku kata KVKV

Bil. Murid menguasai suku kata KVKVK

Bil. Murid menguasai suku kata KVKVKV

Mereka yang terpilih ialah murid-murid yang belum mengenal abjad dan yang belum menguasai suku kata KV.

Target Saringan 1,2 & 3


DISIPLIN ILMU Bahasa Malaysia
TIDAK MENGUASAI PEMULIHAN TIDAK MENGUASAI MENGUASAI PERATUS LEPAS

Saringan 1 Saringan 2 Saringan 3

Sasaran pada saringan 1, murid pemulihan khas akan berkurangan . Target 100% dijangka tidak tercapai memandangkan murid menguasai perlu melepasi konstruk 12.

4. Pelaksanaan Program 4.1 Surat makluman kepada waris (rujuk lampiran 3 ) 4.2 Modul Kalam dipilih untuk digunakan kerana didapati kebanyakan murid-murid telah mengikuti modul Bacalah Sayang semasa di Pra Sekolah. 4.3 Modul Literasi Tahun 1 yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan digunakan selepas Saringan1. 4.4 Buku pelaksanaan program untuk guru . Buku ini perlu sebagai panduan dan cara melaksana program. Selain itu pemantauan setiap murid dapat dibuat dari segi : 4.4.1 Kehadiran 4.4.2 Kemajuan murid (Rujuk lampiran 4) 4.5 Buku latihan untuk setiap murid. Sebagai buku bacaan dan latihan. Dimulakan daripada mudah kepada yang susah. Abjad di ajar berdasarkan kad abjad. Kemudian barulah mengikut urutan suku kata a hingga z. Menurut penulis buku Kalam, murid perlu diajar mengeja kemudian menyebut dan setelah mereka mahir bolehlah galakkan mereka menyebut sahaja suku kata. Berikan contoh-contoh perkataan yang melibatkan suku kata
6

yang diajar dan galakkan juga mereka mengeja dan membunyikan perkataan. Sekiranya mereka telah mahir mengeja bolehlah galakkan mereka menyebut sahaja. Selain itu buku ini juga sebagai penilaian kemajuan murid. (rujuk lampiran 5 )

5. Penilaian 5.1 Ujian bacaan secara lisan yang ada dalam buku latihan murid. 5.2 Ujian secara bertulis yang ada dalam buku latihan murid. 5.3 Ujian bacaan dan tulisan dalam buku Modul Literasi Tahun 1 5.4 Keputusan Saringan 1, 2 dan 3

6. Contoh-contoh Pengajaran dan pembelajaran dalam Program Sinaran 1 Bagi menjayakan program dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, banyak teknik pengajaran dan pembelajaran digunakan. Ini boleh dirujuk berdasarkan rakaman dalam CD (rujuk video rakaman ) yang dilampirkan. 6.1 Latih tubi Murid-murid diajar membunyikan suku kata secara beramai-ramai. Kemudian secara perseorangan. Seterusnya murid boleh diuji secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

6.2 Pengulangan kosa kata Meneka gambar yang ditunjukkan, kemudian mengeja dan membatang perkataan berdasarkan suku kata. Latih tubi mengeja dan membatang perkataan perlu supaya murid lebih mudah faham dan mengingat.

6.3 Belajar sambil bermain Murid- murid boleh belajar secara bermain di dalam kelas atau di luar kelas bergantung pada jenis permainan. Dalam contoh yang di rakam, pengajaran dan pembelajaran sambil bermain diadakan di luar kelas. Murid-murid amat seronok belajar sambil bermain, terutama di luar kelas.
8

6.4 Belajar secara kumpulan Murid-murid bekerjasama melaksanakan aktiviti yang diberi. Dalam contoh pengajaran dan pembelajaran yang dirakam, murid-murid dikehendaki mencantum kad-kad suku kata membentuk perkataan. Murid-murid saling bantu-membantu dalam membentuk perkataan. Selain dapat memupuk sikap bekerjasama, aktiviti secara berkumpulan menarik minat murid belajar.

6.5 Belajar secara kumpulan kecil Murid-murid belajar secara kumpulan kecil dan di bawah bimbingan seorang guru. Cara ini amat berkesan kerana murid-murid dapat lebih tumpuan dan bimbingan daripada guru.

6.7 Belajar berbantukan Teknologi maklumat Murid-murid diajar mengeja dan membatang perkataan suku kata KVKV berbantukan tayangan slaid di dalam makmal komputer. Bahan-bahan slaid untuk pengajaran dan pembelajaran boleh dibina atau guna yang sedia ada yang dibekalkan ke sekolah. Terdapat juga CD MBMMBI yang dibekalkan ke sekolah-sekolah boleh digunakan. Boleh juga cari dalam Eduweb Tv. Contoh pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan bahan yang dibina sendiri. Rujuk lampiran CD (pandang sebut & bacaan KV)
9

7. Kejayaan Borang ujian pengesanan dalam buku aktiviti murid-murid, Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 11 Nama Tahap penguasaan tertinggi

Kesimpulan keputusan : ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

10

Masalah dihadapi 1. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________. 2. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________. 3. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________. 4. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________.

8. Kesimpulan

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________.

11

12

Anda mungkin juga menyukai