Anda di halaman 1dari 1

Memerhati

Definisi: Menggunakan pancaindera untuk mengenalpasti ciri-ciri objek, perubahan, persamaan dan perbezaan Contoh Aktiviti: Memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada haiwan.

Mengelas
Definisi: Mengumpul objek atau peristiwa mengikut persamaan dan perbezaan
Contoh Aktiviti: Mengelas haiwan mengikut sifat fizikal seperti berbulu, bersisik, berkaki, berkepak dan bercangkerang

Mengukur dan Menggunakan Nombor


Definisi: Membuat pemerhatian kuantitatif dengan membanding kepada piawai tertentu. Contoh Aktiviti: Mengukur jarak yang menggunakan: a) satu unit panjang yang seragam seperti jengkal, pensel, buku b) pembaris (berunit cm)

Membuat Inferens
Definisi: Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu peristiwa berdasarkan sebab-sebab atau alasan-alasan tertentu.
Contoh Aktiviti: Membuat inferens tentang kegunaan bahan berdasarkan sifat-sifat fizikalnya melalui perbincangan.

Berkomunikasi
Definisi: Memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain secara lisan atau bertulis Contoh Aktiviti: Menjalankan perbahasan atau menulis karangan tentang faedah mengitar semula bahan buangan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Meramal
Definisi: Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian atau inferens Contoh Aktiviti: Menggambar kisah keadaan sekeliling jika tiada cahaya matahari, secara melukis, mengarang atau berlakon.

Anda mungkin juga menyukai