Anda di halaman 1dari 3

Refleksi: Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan

Huang Chwei Ing selaku pensyarah bagi mata pelajaran Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran kelas saya. Beliau banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik dan mudah. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan samasama berbincang bagi menyelesaikan masalah sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan kerja kursus ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi teori psikologi, teori pembelajaran, teori dan prinsip grafik, teori media pengajaran, teknik penyoalan, kemahiran berfikir dan sebagainya dalam penyediaan pakej TPP. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya untuk memahami sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah banyak membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam sepanjang semester ini.. Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video, perisian persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Guru juga dapat menarik perhatian dan minat murid terhadap pembelajaran melalui kecanggihan teknologi alat bantu mengajar yang disediakan. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling bantu-membantu juga dipraktikkan semasa menghasilkan tugasan ini secara berkumpulan, saya telah bekerjasama berbincang dan mencari maklumat bagi topik yang berkaitan jika menghadapi masalah atau kekangan. Jadi, walaupun masa yang diberi singkat, tetapi tugasan yang dihasilkan benar-benar memuaskan hati saya. Dalam tempoh terdekat yang telah kita lalui, saya yakin kita semua sentiasa dalam kejutan kerana perubahan yang berlaku begitu drastik sekali. Dunia pendidikan kita juga tidak terkecuali daripada simbahan arus perdana perubahan ini. Pelbagai penemuan dalam ciptaan sains dan teknologi membuatkan dunia pendidikan yang

begitu konservatif nampak tidak dapat bertahan lagi. Terma-terma seperti komputer, teknologi makumat, teknologi maklumat dan komunikasi, kad pintar, sekolah pintar, dan lain-lain lagi membuat kita semua akur bahawa perubahan sentiasa berlaku dan kita sebahagian daripadanya. Kita boleh memilih untuk mendahuluinya atau sentiasa bersamanya atau menjadi pemerhati dan mengikutinya dari belakang. Tepuk dada, tanya selera. Memperkatakan tentang ICT dalam pendidikan, ramai yang berkata bahawa ia membawa impak yang besar kepada dunia pendidikan. ICT telah mengubah cara kita mengajar dan cara pelajar belajar. Selaras perkembangan semasa, kemahiran ICT menjadi kemestian bagi membolehkan guru dan pelajar kompeten. Jika organisasi kita mempunyai infrastruktur dan infostruktur yang sesuai, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan kemudahan ICT ini akan mengoptimumkan pembelajaran. Sebagai contoh pentaksiran yang disarankan dalam pelaksanaan Sekolah Bestari di Malaysia menekankan pelaksanaan secara berpusatkan murid dan megambil kira nilai, minat, sikap dan aptitud murid. Pentaksiran tidak tertumpu kepada laporan prestasi murid melalui markah atau gred sahaja, dengan menggunakan peperiksaan setara semata, tanpa mengira kebolehan individu. Pelaksanaannya tidak formal dan dilakukan secara berterusan sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran berfokus kepada medapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan. Pendidik memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. Jesteru itu kemudahan ICT sudah menjadi satu keperluan dalam banyak bidang tugas pada masa ini. Kesungguhan bagi memastikan tiada yang ketinggalan daripada kemudahan dan perkembangannya telah ditunjukkan oleh semua pihak sama diperingkat pembuat dasar mahupun dipihak pelaksana. Oleh itu para pendidik perlu memperlengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang ada bagi mengharungi cabaran dunia ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jika saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa hadapan, saya akan menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dan berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya dengan teknik fotografi, penggambaran, perisian komputer

dan sebagainya supaya dapat menghasilkan hasil kerja yang memuaskan. Selain itu, saya juga akan cuba untuk menggunakan reka bentuk dan grafik yang lebih menarik yang dapat menarik perhatian murid-murid. Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus pendek ini. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai