Anda di halaman 1dari 27

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan

masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia. Kecemerlangan sesebuah organisasi dengan gaya kepimpinan pemimpin adalah berkait rapat. Pengurusan organisasi moden lebih banyak menggunakan hubungan manusia daripada menggunakan kuasa mengarah. Hubungan manusia yang tinggi akan berkait rapat kepada tahap prestasi staf sebuah organisasi. Oleh itu, dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini, Besar sering dilihat sebagai fokus utama. kepimpinan Guru

Dapatan-dapatan yang ditemui dalam

penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang

2.0 KONSEP ASAS KEPIMPINAN DAN HURAIAN OLEH : AMANINA ZAIDATINA BINTI ABU ZAKI Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merupakan sesuatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khusus. Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang menjalankan tugasan sosial yang penting. Salah satu bidang profesion yang terkenal di Malaysia ialah bidang perguruan atau pendidikan. Menurut Kamus Dewan (1989), perguruan ditakrifkan juga sebagai pengajaran, manakala keguruan dijelaskan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Bersesuaian dengan profesion guru sebagai bidang yang profesional dan berstatus tinggi menyamai bidang profesion lain, seseorang guru tersebut haruslah profesional dan menguasai ilmu bidangnya. Misalnya, seseorang guru yang profesional mestilah mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan dan mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah. Selain itu, guru profesional juga perlu menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional. Guru juga merupakan pakar pendidikan. Mohamad Sani (1998) menjelaskan ciri- ciri model guru profesional. Contohnya, dari aspek sahsiah, ketrampilan, dan ilmu. Jika dilihat dengan lebih teliti salah satu ciri yang paling utama perlu ada di dalam diri seseorang guru dari sudut sahsiah ialah berkepimpinan. Ciri inilah yang akan menunjukkan keperibadian seseorang guru itu sama ada mempunyai kriteria guru profesional atau tidak profesional. Kim dan Maubourgne (1992) pula menegaskan bahawa kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Manakala, Murphy (1988), menjelaskan kepemimpinan tidak harus ada perkaitan dengan ciri- ciri pemimpin semata- mata, kepemimpinan juga haru ada hubung kaitnya dengan komunikasi pemimpin dengan pengikutnya, dan pengaruh pengikut terhadap pemimpinnya.

Isu yang sering hangat melanda system pendidikan kini ialah mewujudkan perkhidmatan pendidikan yang bermutu tinggi untuk melahirkan bangsa terbilang selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah perlu beroperasi dengan berkesan dengan mencapai tahap terbaik, terunggul dalam akademik dan kokurikulum serta paling penting ialah kepemimpinan. Abdul Shukur (1998) menegaskan bahawa sekolah tidak akan dapat melahirkan generasi bermutu sekiranya pengetua atau guru besar tidak berkemampuan untuk menggerakkan budaya bekerja yang aktif dalam organisasi yang dipimpinnya. Kajian yang dijalankan oleh Edmonds (1979), Brookover, et al. (1979), Sapore (1983), Rutter, et al. (1979) dan Kroeze (1983) menyatakan bahawa sekolah yang berkesan mempunyai para pengetua atau guru besar yang dapat memahami peranan yang dimainkan dalam program pengajaran di sekolahnya. Malah, Wildy dan Dimmock (1993) turut bersetuju dengan mengatakan bahawa kajian- kajian mengenai kepemimpinan pengetua yang berkemahiran dalam memimpin pengajaran boleh membawa perubahan ketara dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pelbagai jenis kepemimpinan dapat dilihat dalam sesebuah organisasi seperti kepemimpinan berkarisma, kepemimpinan semula jadi, kepemimpinan birokratik dan kepemimpinan teragih. Kepemimpinan berkarisma.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, karisma bermaksud kualiti melibatkan daya kepimpinan dan daya penarik atau sifat- sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berkebolehan mempengaruhi atau menjadi peransang kepada orang sekeliling. Kepemimpinan jenis berkarisma ini hasil cetusan pemikiran Max Weber (1947). Melalui kepemimpinan jenis ini, seseorang pemimpin dapat menyelesaikan masalah dengan berjaya. Selain itu, pengikut atau pekerja di bawah bimbingan pemimpin yang berkarisma akan mempunyai nilai kesetiaan kepada pemimpin mereka yang tidak berbelah bahagi. Pemimpin yang berkarisma acapkali memiliki keperibadian yang bermatlamatkan pencapaian, kreativiti dan inovasi.

Malahan, pemimpin yang berkarisma dikatakan amat bertenaga dan aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti terutamanya jika penglibatan terbabit dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah. Mereka yang mempunyai nilai karisma tinggi juga amat berkeyakinan diri dan sanggup menanggung apa juga jenis risiko. Pemimpin sebegini juga dikatakan mudah membina hubungan yang mesra dengan pengikutnya dan bertimbang rasa dengan keperlua anak- anak buah di bawah pimpinannya. Contoh yang paling sesuai bagi menggambarkan seseorang pemimpin yang berkarisma ialah Nabi sanjungan umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda sememangnya terkenal dengan perwatakan sebagai pemimpin yang sangat berkarisma yang tajam pemikiran, kreatif, berani mengambil risiko, tahu keutamaan, keperibadian tinggi, berkemahiran dalam interaksi, keimanan yang teguh dan bijak meluaskan kepimpinan. Baginda sanggup menahan sakit dan malu apabila dilontarkan dengan batu serta diherdik sepanjang tempoh baginda menyampaikan ajaran Islam secara diam- diam. Hal ini jelas menunjukkan beliau pemimpin yang berani mengambil risiko . Kepemimpinan Birokratik

Kamus Pelajar Edisi Kedua menjelaskan birokratik bersifat birokrasi. Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat pula menerangkan maksud birokratik sebagai amalam pengurusan yang dahulunya berbentuk autokratik yang berasaskan kuasa penuh. Kepemimpinan Birokratik berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pemimpin jenis ini biasanya akan menggunakan kuasa rasmi yang diberikan melalui perlantikan jawatan. Mereka kurang memberikan memberikan tumpuan terhadap keperluan individu dan lebih bersifat autokratik. Menurut Weber (1989), kepemimpinan birokratik bertujuan memaksimakan kecekapan melalui pengurusan yang berlandaskan pendekatan rasional bukannya kemanusiaan. Pemimpin birokratik mengutamakan aspek- aspek seperti mewujudkan organisasi yang betunjangkan matlamatan dan pencapaian. Pemimpin

membahagikan bidang tugasan secara sistematik mengikut pengkhususan serta mempunyai struktur hierarki. Kebiasaannya pemimpin akan mementingkan peraturan
4

dan tatatertib terutamanya semasa di sekolah. Guru besar dan pengetua birokratik akan mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal dan perjawatan seseorang di bawah pimpinannya perlu berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang. Kepepimpinan birokratik dalam organisasi sekolah dapat dilihat berdasarkan strukur organisasi sekolah yang berhierarki dengan guru besar sebagai pucuk pimpinan. Guru- guru yang ditugaskan di sekolah pimpinannya perlu mempunyai kepakaran masing- masing. Guru besar akan menyelaraskan peraturan sekolah dan jadual waktu akademik yang wajib dipatuhi semua warga sekolah. Contohnya, pimpinan yang berlandaskan autokratik atau birokratik ialah Mustafa Kamal Ataturk. Beliau menukar peraturan syariat Islam dengan undangundang Barat serta mengarahkan azan dilaungkan dalam bahasa Turki. Rakyat di bawah pimpinan beliau terpaksa menerima setiap keputusan dan arahan beliau sama ada arahan itu baik atau sebaliknya. Rakyat tiada kuasa dan tiada pilihan untuk menentang. Kepemimpinan Teragih

Kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif dengan ahli- ahli di dalamnya. Menimbulkan kerjasama dan kemesraan antara pemimpin dan anak buah. Cara yang pemimpin yang paling efektif untuk dilaksanakan dalam organisasi sekolah. Brown, Boyle dan Boyle (1989), menjelaskan bahawa melalui kolaborasi dan amalan rakan sekerja, mereka memperoleh manfaat daripada sokongan dan kepelbagaian kepakaran rakan sekerja. Perkongsian visi dan misi merupakan asas yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian sesuatu organisasi. Contohnya, pengagihan tugasan yang dibuat oleh pihak pentadbir sekolah kepada semua guru bagi menjayakan Kejohanan Sukan Sekolah. Setiap guru ditugaskan untuk membuat perkerjaan mengikut kepandaian yang dimiliki seperti guru lelaki membina khemah pasukan sekolah dan melukis garisan trek padang manakal guru perempuan cenderahati. mengambil Pembahagian bahagian teragih menghiaskan yang pentas dan

menyediakan

sistematik

mengikut

kepakaran para guru pastinya melancarkan perjalanan persiapan majlis.

Kepimpinan Semula Jadi

Sudah menjadi adat dan budaya manusia di serata pelusuk dunia, pasti akan wujudnya sekelompok manusia yang mempunyai seorang ketua dan pengikutnya. Seseorang itu akan dihormati percakapannya dan dipatuhi arahannya sebagai seorang pemimpin mungkin berdasarkan faktor usia, pengalaman, berkemahiran tertentu serta mempunyai personaliti yang istimewa berbanding orang lain. Berdasarkan kepemimpinan jenis ini, pemimpin mempunyai kelebihan tersendiri untuk memimpin orang lain. Kepemimpinan semula jadi ini dapat dibuktikan melalui pemerhatiian kehidupan seharian kita. Contohnya, kita sebagai guru yang memberikan arahan dan menyampaikan ilmu kepada anak murid akan dihormati. Setiap keputusan dan arahan kita sebagai guru akan dipatuhi dan digunapakai. Begitu juga apabila seseorang guru permulaan masuk ke dalam sesebuah sekolah yang baharu. Guru permulaan haruslah menghormati guru- guru yang lebih berusia dan berpengalaman di sekolah tersebut supaya hubungan guru baharu da guru lama akan bertaut dengan mesra. Kesimpulannya, kepimpinan ialah perkataan yang merujuk kepada bombing, pandu atau tunjuk. Memimpin bermaksud memegang tangan dan berjalan menuju ke suatu tempat. Oleh itu, para pemimpin perlu bijak menilai diri supaya mereka sentiasa menjadi pemimpin yang mengamalkan ciri- ciri kepemimpinan yang disenangi dan dihormati.

OLEH: NOR FARHANIS BINTI MOHD TURMIZI Sebenarnya untuk mentakrif maksud kepimpinan adalah terlalu sukar (Yukl 1999, Bass 1990). Pada kebiasaannya makna dan takrif kepimpinan itu adalah berdasarkan point of view , weltanchaung dan world view para pentakrifnya. Justeru itu De Pree (1989) dalam Zawawi (1999) menyatakan; Leadership is much more an art, a belief, a condition of the heart than a set of things to do. The visible signs of artful leadership are expressed, ultimately, in its practices. Manakala Bass (1990) pula menyatakan Leadership is an interaction between two or more members of a group that often involves a structuring or restructuring of the situation and perceptions and expectations of the members. Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan.

Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pemujukan (persuasion) daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melihatkan pertalian pengaruh

yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Koontz dan Wiehrich (1992) menjelaskan kepimpinan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang atau melakukan sesuatu dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan. Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya; Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinmu. (Riwayat Bukhari Muslim 1528).
7

Oleh yang demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk mempengaruhi (to influence) para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh banyak pengarang Barat, tetapi untuk menegakkan ummah dan melaksanakan sistem kehidupan kerana Allah menurut nilai-nilai Islam (Yusof Ismail, 1991). Dalam konteks pendidikan, Campbell bagi seorang Guru Besar (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah

penyempurnaan matlamat tertentu.

Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan dan pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluas di Britain, Eropah dan Afrika manakala istilah pentadbiran selalu digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush 2003). Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah. Manakala pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah dan pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban (1988) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala pengurusan adalah

penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa bagi sesuatu organisasi. Bush (1998) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah berkait kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan perlaksanaan atau isu-isu teknikal. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada organisasi. Kepemimpinan membawa pelbagai erti. Berikut merupakan definisi kepimpinan mengikut pandangan Danielson ( 2006 ) : The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by teachers who continue to teach students but also have an influence that extends beyond their own classrooms to others within their own school and elsewhere. (Danielson, 2006: 12) Pada pandangan Danielson ( 2006 ), kepimpinan guru sebagai satu himpunan kemahiran pada seseorang guru yang lain daripada mengajar ada mempunyai
8

pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam ata di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini akan menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud bukan kerana guru itu merupakan ketua organisasi tetapi disebabkan guru tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan sejawat yang lain. Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses

mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Oleh itu, bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang

mewujudkan kepercayaan dan amanah amat diperlukan ketika perlaksanaan tugas. Selain itu, konsep kepemimpinan juga dapat didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar. Mampu membentuk subordinat melakukan perubahan seperti dirancangkan. Juga melibatkan pengaruh dan kebolehan mengubah sikap dan tindakan subordinat dengan menggunakan pelbagai teknik (Koontz & Wilhrivh, 1992). Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan Islam. Menurut perspektif Islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah, membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu, seseorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama tidak kira sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang mempunyai kepimpinan berwibawa seperti yang dianjurkan, beberapa peranan penting haruslah dimainkan oleh
9

seseorang pendidik.peranan paling utama yang perlu ditonjolkan adalah menjadi role model kepada setiap murid di sekolah. Guru haruslah berupaya dan berkemampuan untuk memberikan contoh tauladan terbaik, contoh apabila berhadapan dengan seorang murid yang bermasalah disiplin, nasihat dan langkah penyelesaian yang diberikan mestilah sesuai dan bertetapan dengan ciri sikap dan perilaku serta akhlak guru itu sendiri. Seorang guru yang baik mesti mampu untuk merubah murid menjadi baik dan begitulah sebalikya. Bukan itu sahaja, kepemimpinan Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Hal ini bermaksud kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya. Konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk kepada kepimpinan di antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Pada kebiasaannya, proses ini melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utamanya ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan sahaja menjadi tanggungjawab pemimpin, bahkan memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya. Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru bukan sahaja bertindak sebagai pengajar yang memahamkan murid berkaitan dengan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna, bahkan guru juga turut berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para murid. Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid.

10

Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas dengan melibatkan masyarakat umum iaitu golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial murid. Oleh itu, seseorang guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan sekolah yang sekaligus dapat melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama dua hala melalui kepimpinan guru. Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah yang satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid. Oleh itu, bagi mewujudkan budaya bilik darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu

membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan menekankan pengajaran. kerjasama, Cara kepimpinan dan guru yang demokratik juga yang

berinisiatif

penggunaan

pujian

mampu

membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru. Menurut Rahimah ( 2004 ), peranan sebagai pemimpin menguji kemampuan Guru Besar mahupun Pengetua dalam membimbing warga sekolah bagi

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sekolah yang pelbagai. Penyataan ini mendapat sokongan daripada Fullan ( 2000 ). Fullan ( 2000 )
11

menyatakan Keadaan ini terjadi kerana setiap perlakuan pengetua, dan bagaimana mereka melakukannya menjadi perhatian, bukan sahaja oleh warga sekolah malah ibu bapa dan masyarakat setempat. Pemimpin pendidikan boleh ditakrifkan sebagai pemimpin yang sentiasa bertindak ke arah mewejudkan persekitaran kerja yang produktif dan memuaskan guru-guru serta sentiasa berusaha memperkembangkan pembelajaran murid. Dalam konteks ini, pemimpin pendidikan di sekolah boleh di sama ertikan dengan Guru Besar ataupun Pengetua. Guru Besar atau Pengetua bukan sahaja

bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, namun turut memastikan bahawa warga sekolahnya cemerlang serta berjaya mencapai visi dan misi yang dirancangkan. Oleh itu, kepimpinan pemimpin adalah sangat penting semasa proses pengurusan dan pentadbiran sebuah organisasi pendidikan, pengawalan khususnya ( 4P ). semas perancangan, pengelolaan, pengarahan dan

Menurut Koonts & O Donnel 1972, kemahiran pemimpin mempengaruhi staf-staf semasa mereka menjalankan tugas adalah penting, khususnya bagi menambahkan minat dan keyakinan diri. Pemimpin harus memimpin, memandu, membimbing stafstaf ke arah penyempurnaan matlamat organisasi mereka.

12

3.0 PERBINCANGAN MENGENAI KEPIMPINAN GURU BESAR OLEH : AMANINA ZAIDATINA BINTI ABU ZAKI Umumnya, pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pengikut mahupun penyokong kepada usaha ataupun apa-apa sahaja rancangan dan gerakannya. Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang mengkaji bidang ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi kepimpinan sebagai suatu percubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat. Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan (komunikasi) untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai. Begitu juga di sekolah, guru besar atau pengetua berperanan sebagai pemimpin paling utama dan diikuti guru penolong kanan seterusnya guru- guru biasa. Setiap pemimpin perlu mempunyai ciri kepimpinan yang tertentu bagi mewujudkan suasana kepimpinan yang menyenangkan antara guru besar dan guruguru lain. Ciri- ciri kepimpinan tersebut dapat dilihat dari sudut hubungan antara pemimpin dengan ahli, struktur tugasan dam kedudukan kuasa. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat menyesuaikan sesuatu gaya dalam kepimpinan dengan situasi yang berlaku. Teori ini memberi keutamaan kepada kewujudan situasi tertentu, manakala gaya kepimpinan pula akan lebih kepada mengikuti situasi yang berlaku. Menurut Abdul Halim Othman (1993) setakat ini hanya ada empat golongan teori kepimpinan jenis situasi yang diakui oleh ramai pengkaji dan diterima dalam bidang pengurusan. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah : Teori kepimpinan edaran hayat Model kepimpinan situasi Fiedler Model kepimpinan laluan matlamat Model kepimpinan keputusan oleh Vroom dan Yenon

13

Abdul Halim Othman (1993) menyatakan juga bahawa Fiedler mengemukakan teori sebagai responnya kepada keputusan kajian yang saling berkonflik tentang hubungan terus antara kepimpinan dengan kriteria. Model ini menetapkan jenis situasi tempat seseorang pemimpin dianggap lebih berkesan sementara yang lain tidak. Menurutnya juga asas teori Fiedler ialah bahawa keberkesanan seseorang pemimpin untuk mendapatkan prestasi yang tinggi daripada kumpulannya tertakluk kepada struktur keperluan pemimpin itu dan sejauh manakah ia memperolehi kuasa mengawal dan mempengaruhi satu-satu situasi tertentu. Dapatan beliau dalam buku yang sama juga telah mendapati kepimpinan dapat ditinjau dari segi perhubungan yang berasaskan kuasa dan pengaruh. Kesimpulannya, terdapat dua fokus utama dalam teori situasi : i. sejauh mana situasi membenarkan atau menyediakan pemimpin dengan kuasa dan pengaruh yang diperlukan untuk menjadi berkesan dan bagaimana selesa faktor-faktor situasi itu. ii. Sejauh mana pemimpin dapat meramal kesan stailnya ke atas kelakuan dan prestasi pengikutnya.

Dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dan situasi. Ibrahim Mamat (1993) dalam bukunya Kepemimpinan sekolah Teori Untuk Praktis berpendapat bahawa tidak ada stail yang terbaik bagi menghadapi sesuatu situasi. Pemimpin boleh memikirkan tindakan paling sesuai untuk sesuatu keadaan Misalnya :

i.

Situasi krisis : Dalam keadaan krisis, stail autokratik biasanya sesuai. Keputusan yang tepat dan tegas diperlukan. Situasi ini memerlukan kepakaran kepemimpinan autokratik.

ii.

Situasi kerja harian : Dalam situasi ini stail demokratik adalah sesuai.

14

Dalam apa pun keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin untuk menilai keadaan dan membuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Kalau ini diamalkan, kesilapan dapat dikurangkan. Pertamanya, dalam membina perhubungan pemimpin-ahli, guru besar atau pengetua perlu mengenali dan memahami anak- anak buah dengan lebih mendalam. Bermula dengan mengingati nama anak buah seterusnya memahami cara mendekati anak- anak buah yang terdiri daripada generasi guru muda dan agak berusia. Guru besar boleh menggunakan pendekatan melayan guru baharu atau yang lebih muda seperti mendekati anak- anak supaya hubungan antara pemimpin dengan anak buah akan menjadi lebih akrab. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan pemimpin untuk berurusan dengan guru- guru muda walaupun berlainan generasi. Guru besar perlu peka memancing hubungan dengan guru lain menggunakan pendekatan psikologi. Pendekatan sebegini dilihat lebih berkesan untuk mewujudkan hubungan pemimpin dengan ahli yang harmoni kerana mempunyai perkaitan dengan perasaan. Selain itu, guru besar perlu bersikap profesional dan terbuka. Guru besar yang bertindak sebagai pemimpin tidak wajar mencampuradukkan permasalahan di rumah sehingga terbawa- bawa ke sekolah dan mengganggu emosi guru besar semasa bertugas. Seorang pemimpin perlu bijak menyembunyikan masalah dan bertindak rasional sepanjang berurusan dengan tugasnya. Manakala, bagi aspek bersikap terbuka pula dapat dilihat apabila guru besar sebagai pucuk pimpinan masih boleh menerima teguran anak buah dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang perasaan negatif. Guru besar pelu menerima teguran mahupun nasihat anak- anak buah bagi memperbaiki sistem pengurusan beliau dan secara tidak langsung menjadikan beliau guru besar yang disayangi. Seterusnya, kuasa pemimpin memberikan motivasi dan galakan bekerja. Seseorang pemimpin yang sering memberikan galakan ataupun dorongan kepada guru dapat mewujudkan sokongan guru-guru kepada guru besar dalam

pentadbirannya. Guru besar akan terlihat sebagai seorang ketua yang prihatin untuk sentiasa menyokong tugas anak- anak buah. Contohnya dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dan situasi. Guru15

guru lain akan menilai gaya kepimpinan guru besar menerusi keseluruhan aspek terutamanya dari aspek kemesraan dan keprihatinan guru besar terhadap keperluan anak- anak buah yang bekerja untuk sekolah. Contohnya, aspek pemberian cuti sekolah selepas guru- guru berpenat- lelah menjayakan Kejohanan Sukan Sekolah atau peristiwa sekolah lain. Guru besar yang tidak memberikan cuti kepada guru akan dilabel sebagai mementingkan diri. Faktor ini cuba memberi penekanan kepada stail kepimpinan yang seharusnya digunakan atau dipilih oleh pemimpin untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkarisma. Jelaslah dari segi keupayaan pengetua dalam

memberikan semangat ataupun dorongan kepada pengikutnya akan memberikan keselesaan untuk terus berkhidmat di sekolah. Hal ini wujud apabila guru-guru mempunyai keyakinan diri setelah mendapat bimbingan daripada guru besar sekaligus akan meningkatkan keyakinan setiap guru. Maka guru-guru di sekolah akan bekerja dengan lebih ikhlas dan ini akan meningkatkan prestasi kerja. Alwater and Bass (1994) menyatakan bahawa motivasi perangsang (Inspirational motivation) sebenarnya datang dari kelakuan pemimpin yang memberi cabaran dan mampu menukar persepsi staf bawahan bahawa masalah-masalah organisasi boleh diselesaikan. Ditambah pula dengan dorongan supaya staf lebih kreatif dan inovatif, menilai semula pendekatan yang dibuat dan mendekati situasi lama dengan caracara baru. Seterusnya, dalam skop struktur tugasan menuntut supaya pemimpin sekolah melakukan pembahagian tugasan yang saksama dan adil kepada semua guru. Tugasan diberikan secara sama rata kepada semua guru tanpa mengira guru tersebut masih setahun jagung berkhidmat ataupun sudah hampir pencen. Tugasan harus dibahagikan mengikut giliran supaya semua guru merasa pengalaman memegang dan mengendalikan jawatan tersebut. Jawatan yang dipegang perlulah mempunyai had masa agar guru lain dapat memegang jawatan tersebut pada tahun berikutnya. Hal ini membolehkan guru mempunyai pengalaman yang berbagai- bagai dan tidak hanya memegang jawatan yang sama selama bertahun- tahun lamanya. Setelah tugasan serta jawatan dibahagikan secara adil, dan guru-guru dapat menerimanya dengan tangan dan hati yang terbuka, maka baharulah mereka dapat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh proaktif dan efisien.
16

Akhir sekali ialah kedudukan kuasa. Sebagai seorang ketua sesebuah jabatan, perlu diingat supaya sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap keistimewaan yang diberikan. Janganlah sesekali menyalahgunakan kuasa tersebut dengan tujuan yang tidak sepatutnya. Realiti dalam perkhidmatan awam sekarang terutamanya profesion perguruan, sering kali ketua tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk tujuan yang sepatutnya. Misalnya menukarkan guru yang bermasalah ke sekolah lain, menyebarkan fitnah memburukkan rakan sejawatan dengan rakan sejawat yang lain dan sebagainya. Misalnya, suatu ketika dahulu timbulnya kes seorang guru besar dengan sesuka hati cuba merosakkan kerjaya rakan sejawatnya dengan membuat aduan kepada pihak atasan mengenai penglibatan aktif rakannya dalam politik. Sepatutnya perkara tersebut dibincangkan terlebih dahulu secara bersemuka. Sebarang ketidakpuasan hati sebegini perlu dirujuk pelbagai pihak dan mendapat bukti yang kukuh barulah tindakan sewajarnya boleh diambil. Telah termaktub di dalam kod etika perkhidmatan awam bahawa seorang penjawat awam tidak boleh menjatuhkan nama baik rakan sejawatnya. Kesimpulannya, guru besar mempunyai asas untuk bertindak melalui teori situasi dalam berhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan di sekolah. Guru besar boleh mengetahui keperluan guru untuk pengiktirafan tingkahlaku mahupun sumbangan ke arah menjadikannya sebagai pencapaian matlamat. Guru besar juga boleh menyediakan ganjaran peribadi seperti bilik yang dingin, masa rehat atau peluang untuk berkongsi membuat keputusan yang tertentu. Guru besar sepatutnya berperanan dalam membimbing guru dengan cara menyokong mereka dan menolong memilih tindakan apabila mereka merasa kurang yakin atau menghadapi situasi yang mengelirukan.

17

OLEH: NOR FARHANIS BINTI MOHD TURMIZI

Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan cemerlang seseorang pemimpin tersebut haruslah mempunyai kuasa untuk mentadbir dan memerintah ruang lingkup yang berada di bawah kekuasaannya. Kuasa tersebut juga

merupakan satu pengaruh yang boleh membuatkan orang bawahannya ikut kepadanya. Antara kuasa yang perlua ada pada seseorang pemimpin ialah kuasa paksaan. Kuasa paksaan ini adalah satu kuasa yang boleh menyebabkan seseorang pegawai wajib melakukan tugasnya. Namun begitu pegawai tersebut bukanlah bermaksud beliau dipaksa untuk melakukan suatu kerja yang bukan berada di dalam skop tugasnya. Kuasa paksaan ini haruslah berlandas atau menggunakan undang-undang yang telah ditetapkan seperti mana yang telah termaktub dalam bidang tugas seorang pegawai. Selain itu, seseorang pemimpin juga perlu mempunyai kuasa hubungan. Kuasa hubungan pula bermaksud satu kuasa yang ada pada seorang ketua untuk membuat perhubungan atau kontak dengan orang lain. Dalam kontek ini kuasa hubungan boleh dirujuk kepada Kuasa

kuasa seorang untuk membuat kontak dengan orang atasannya.

hubungan ini penting supaya matlamat organisasi sentiasa diperhatikan dan dapat mengelak dari terpesong keluar dari matlamat utama. Kuasa hubungan juga akan membuatkan kepentingan organisasi sentiasa terpelihara.

Bukan itu sahaja, seseorang pemimpin juga perlu mempunyai kuasa rujukan dan kuasa kepakaran. Kuasa rujukan di sini bermaksud pemimpin tersebut merupakan seorang yang mempunyai nilai moral yang tinggi, berperibadi mulai dan sentiasa menjadi sumber idea kepada yang lain. Sekiranya terdapat

kemyuskiran tentang suatu perkara maka pemimpin tersebut akan dirujuk agar mereka mendapat pentunjuk yang betul. Dari segi perwatakan, pemimpin

tersebut akan sentiasa menjadi role model kepada orang bawahan kerana
18

ketinggian keperibadinya. Manakala kuasa kepajaran pula membawa maksud pemimpin mampu untuk mempengaruhi orang lain. Untuk menjadi seorang

ketua, pemimpin haruslah lebih pakar dalam berbanding dengan orang lain. Dengan adanya kepakaran yang tinggi maka orang di bawahnya akan lebih menghormati pemimpinnya. Kuasa kepakaran ini boleh diperolehi melalui latihan, kursus yang dihadiri, penambahan kemahiran serta pengalaman yang banyak dan pelbagai.

Di samping itu juga, kuasa ganjaran juga perlu dalam mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan. Ia merupakan salah satu kuasa yang membolehkan pemimpin mengganjarkan anak buahnya. Ganjaran ini penting

kerana ia merupakan salah satu motivasi untuk berbuat sesuatu yang lebih baik dan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Sekiranya ahli di dalam organisasi mempunyai nilai motivasi yang tinggi maka produktiviti juga akan meningkat.

Selain dari mempunyai kuasa untuk mengarah, seorang pemimpin juga memerlukan nilai moral yang baik untuk ditunjukkan kepada bawahannya agar beliau dihormati dan disegani oleh orang bawahannya. Seseorang pemimpin

juga haruslah seorang yang berakhlak mulia. Ini kerana beliau adalah role model ataupun contoh kepada bawahannya. Antara nilai murni kepimpinan yang perlu ada pada seorang Guru Besar adalah seperti bersih, cekap, amanah, kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja, mempunyai emosi seimbang, pandai berjenaka, memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja, tidak mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan, dan sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina.

Selain itu juga seorang pemimpin harus mengamalkan corak dan gaya kepimpinan yang demokratik dan eksekutif. Dengan mengamalkan corak

kepimpinan yang sedemikian maka pemimpin tersebut akan sentiasa berunding dan mengambil kira pendapat dan penyertaan orang bawahan dalam pengurusan organisasi. Maka dengan ini orang bawahan akan dapat mengutarakan buah fikiran. Mungkin orang bawahan akan dapat memberikan buah fikiran yang lebih baik, yang tidak terfikir oleh pemimpin itu sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun situasi. Besar kemungkinan pendapat
19

yang diutarakan merupakan satu jalan penyelesaian yang paling baik untuk sesuatu masalah. Setiap pendapat yang lain mesti dipertimbangkan.

Dalam mengamalkan gaya kepimpinan yang demokratik dan eksekutif, seseorang pemimpin yang cemerlang juga akan sentiasa menetapkan objektif yang tinggi dan berkemampuan untuk membimbing dan menasihati stafnya. Objektif organisasi yang tinggi akan memandu pekerja di dalam organisasi tersebut berusaha dengan lebih keras lagi demi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam usaha mencapai objektif tersebut maka, pemimpin yang

mengetuainya mestilah mampu untuk memberi bimbingan serta menasihati stafnya agar sentiasa menuju ke arah sasaran yang telah ditentukan. Sekiranya pemimpin yang mengetuai pasukan itu gagal untuk member dorongan dan bimbingan maka adalah mustahil kepada organisasi tersebut untuk mencapai matlamat mereka.

Di samping itu juga, seseorang Guru Besar perlu mewujudkan bentuk pemuafakatan. Setiap keputusan yang dibuat lebih banyak berdasarkan kepada pemuafakatan antara pihak pengurusan sekolah dengan guru-guru. Pembinaan iltizam berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan institusi pendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga sekolah semata-mata tetapi juga melibatkan unsur PIBG. Unsur bersama di antara elemen kepimpinan sekolah, guru, murid dan ibu bapa penting bagi meningkatkan prestasi sekolah. Situasi yang sedemikian juga merupakan persekolahan. antara elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi

Selain itu,seseorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan pengajaran kerana Guru Besar perlu berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang lain.

20

Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Ini bermakna kemahiran dan kecekapan dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum dan aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang

berkesan dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Oleh itu, seseorang Guru Besar harus berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum serta berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya.

21

4.0 CADANGAN PERUBAHAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH Antara bentuk-bentuk perubahan yang mungkin kami perkenalkan dalam organisasi sekolah adalah seperti guru-guru dan staf diberikan empowerment untuk melaksanakan tugas agar mereka berupaya membuat keputusan dan berani terutamanya di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum serta sahsiah pelajar. Melalui dasar mesra dan terbuka, setiap orang digalakkan memberikan pandangan dan idea untuk memajukan sekolah. Pada peringkat awalnya mengkin ada pihak-pihak yang berasa tidak selesa. Ada sebahagiannya sudah selesa dengan budaya ikut saja arahan yang diamalkan sebelumnya. Mesyuarat hanyalah sekadar menerima arahan dan tiada ruang perbincangan. Dengan adanya pentadbirpentadbir yang mengamalkan dasar terbuka, mesra dan telus dalam bekerja, kesannya ialah hubungan sesama guru semakin rapat dan setiap orang telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Tidak berlaku lagi masalah ponteng kerja atau balik awal terutamanya di kalangan pekerja bawahan. Mereka juga sudah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan dan sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi. Selain itu, setiap guru kelas haruslah mempunyai seorang penolong yang dinamakan guru pembantu. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka. Oleh itu, guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.

22

Bentuk perubahan yang mungkin kami perkenalkan dalam organisasi sekolah ialah mewujudkan kelas yang mempunyai murid yang tidak melebihi 20 orang murid dan terdiri daripada murid-murid mempunyai tahap kognitif dan IQ yang sama. Tugas mengurus murid-murid di dalam bilik darjah turut menambah beban di bahu para guru apabila jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu bilik darjah. Ketika ini, kebanyakan sekolah terutama sekolah di Bandar, mengalami masalah kepadatan bilik darjah sehingga ada yang melebihi 40 orang murid, menyebabkan guru menaggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan. Lum Chee Hong menulis laporan bertajuk 2 Cikgu, Satu Kelas Disokong turut menyatakan bahawa terlalu ramai murid dalam kelas, sehigga jumlahnya melebihi 30 orang satu kelas menyebabkan persekitaran menjadi sempit dan menyukarkan guru untuk melakukan pemantauan terhadap semua murid. Di samping itu, sistem pemantauan juga perlu diwujudkan di sekolah. Sistem pengesanan atau pemantauan akan lebih bermakna jika mengikut piawaian yang difahami dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa, penting dalam menentukan bentuk penilaian aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan (empowerment) dalam sesebuah sekolah. Ciri-ciri yang dikemukakan di atas

merupakan antara unsur yang dapat dikenalpasti menerusi konsep pengupayaan (empowerment) dalam pengurusan di institusi-institusi persekolahan di negara ini. Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk positif terhadap pola kepimpinan menerusi konsep pengupayaan (empowerment) dalam beberapa bidang yang dilakukan di sekolah. Kajian yang dilakukan tentang sekolah-sekolah efektif menjelaskan bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan atau kecemerlangan sekolah. Justeru itu, adalah penting pemimpin diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu pengurusan terkini supaya dapat dijadikan

panduan meggerakkan sekolahnya menuju kepada kecemerlangan para pemimpin harus bersikap kreatif, inovatif dan proaktif. Untuk itu, budaya ilmu mestilah menjadi pengamalan harian para pengurus organisasi pendidikan itu sendiri. Sehubungan dengan usaha untuk membawa tahap kecemerlangan sekolah-sekolah yang dipimpinnya, maka para pemimpin sewajarnya mempelajari cara gaya pengurusan

terkini supaya ilmu bantu ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

23

Bukan itu sahaja, prinsip skalar juga perlu diwujudkan di sekolah. Menerusi perlaksanaan konsep pengupayaan (empowerment) dalam organisasi pendidikan, ia secara langsung akan menjayakan prinsip skalar dalam pengurusan. Menurut prinsip ini yang dipopularkan dalam teori oleh James A. F. Stoner (1984) para anggota organisasi mengetahui di mana kedudukan mereka dalam rantaian perintah. Prinsip skalar meyarankan kemestian mewujudkan satu garis autoriti secara jelas yang menurun selangkah demi selangkah dari tingkat paling tinggi dalam organisasi hinggalah ke tingkat yang paling bawah. Ini akan mengelakkan pertindanan bidang kuasa dan seterusnya ia akan menambahkan keberkesanan organisasi itu sendiri. Bentuk perubahan yang mungkin kami perkenalkan dalam organisasi sekolah ialah dengan mewujudkan Sistem Pengurusan Aduan. Pada asasnya tidak ada perniagaan atau organisasi yang dapat mencapai kejayaan tanpa membina hubungan baik dengan pelanggan, meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memahami kehendak pelanggan adalah salah satu cara untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan (customer loyalti) dan pelanggan yang berulang (customer retention. Dalam konteks di sekolah, perniagaan atau organisasi merujuk kepada pihak pengurusan sekolah termasuklah Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dan pelanggan pula merujuk kepada guru-guru, kakitangan dan ibu bapa. Dengan adanya sistem seperti ini,aduan dapat dibuat dengan berbagai cara, secara manual iaitu percakapan (verbal) dengan terus mendatangi bahagian yang berkenaan, melalui telefon, tulisan, mel elektronik , short message service (SMS ) dan lain-lain. Dengan adanya teknologi internet, perkhidmatan kepada pelanggan dapat ditingkatkan lagi dengan wujudnya laman web (website) aduan pelanggan secara online sehingga pelanggan dapat membuat aduan di mana-mana saja pada bila-bila masa dan maklum balas juga dapat diterima dengan cepat lantas diharapkan dapat memberikan kepuasan terhadap pelanggan. Mewujudkan satu tugas guru disiplin yang khusus (seperti guru kaunseling) yang tidak mempunyai waktu mengajar dan hanya fokus dalam disiplin murid. Untuk makluman, kecederaan di sekolah rendah juga berpunca dari sikap murid yang gelojoh dan terkejar- kejar. Justeru, dengan adanya guru tersebut, segala hal disiplin murid dapat dirujuk kepada beliau. Guru disiplin tersebut juga mestilah dilatih dengan kemahiran khusus dalam mengendalikan hal ehwal disiplin pelajar juga

perundangan. Bagi sekolah menengah pula, guru disiplin tersebut dilantik dari
24

kalangan pegawai polis atau tentera yang bersara awal agar mudah untuk berhubung baik dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam isu berkaitan jenayah juvana yang semakin meningkat. Cadangan langkah paling mudah ialah melantik dan melatih guru kaunseling menjadi guru disiplin dan kaunseling dalam masa yang sama. Dengan itu apabila masalah disiplin di dalam kelas dan sekolah dirujuk kepada seorang guru, pembelajaran di dalam kelas dapat dijalankan dengan baik. Hapuskan LINUS dan menaik taraf kelas pemulihan menjadi satu bentuk kelas pemulihan yang memfokuskan murid lemah asas 4M dan pembelajaran topik terpenting dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Bilangan guru pemulihan patut ditambah di setiap sekolah. Justeru itu, pengajaran akan lebih berkesan dengan jumlah murid yang kurang kerana guru dapat memantau perkembangan keperluan murid secara perseorangan. Melalui langkah ini murid yang sangat lemah lebih cepat kuasai kemahiran minima yang diperlukan tanpa mengganggu perhatian terhadap murid yang lemah. Dengan menggunakan konsep modal insan yang dicadangkan sebelum ini, murid yang lemah dan sangat lemah ini hanya perlu kuasai topik yang terpenting (untuk matematik topik operasi yang empat) dalam satu-satu subjek. Kelas pemulihan 4M seperti ini juga haruslah tidak diganggu dengan subjeksubjek lain. Fokus utama ialah masalah 4M murid. Dengan kemahiran 4M barulah murid dapat menguasai subjek lain dengan lebih baik. Bukan ingin menafikan kepentingan subjek lain namun perkara paling asas perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Kementerian berusaha mewujudkan satu sistem hibrid berpusat yang mempunyai sambungan dengan Pejabat Pendaftaran Negara. Sistem tersebut mestilah boleh memuat turun data asal murid dari JPN atau kementerian (data sahih). Kemudian diisi dan disimpan secara offline dan dengan satu butang boleh muat naik kembali data murid yang telah diisi ke dalam sistem. Hal ini akan memudahkan guru kerana tidak terlalu bergantung kepada capaian internet. Jadi guru pedalaman dapat memasukkan data, dan pada hujung minggu dapat memuat naik data. Guru lain pula akan mendapat terus isi data dan memuat turun untuk disimpan. Jika capaian internet terputus, guru masih lagi mempunyai data dalam simpanan. Jadi hanya perlu memuat turun semula sahaja. Dan sistem juga mesti memberikan kemudahan kepada guru untuk menggunakan data yang telah
25

dimasukkan dengan menyediakan satu fungsi untuk memindahkan data dari sistem offline tadi ke MS excel untuk tujuan pengurusan guru. Selain itu, juga dicadangkan agar kementerian mengikut amalan biasa syarikat pengendali sistem komputer agar setiap sistem yang dibangunkan disediakan nombor telefon atau emel pihak pengurusan sistem agar segala cadangan atau aduan serta kerosakan dapat dilaporkan dan diambil tindakan dengan segera.

26

5.0 RUMUSAN Umum sedia maklum bahawa kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan membimbing orang lain. saling berkaitan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah. Kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Oleh itu, proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku bermula daripada guru kepada pentadbir, pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah. Dalam konteks ini, pemimpin pendidikan di sekolah boleh disama ertikan dengan pengetua atau guru besar. Guru besar bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian murid dalam bidang akademik, namun turut memastikan bahawa warga sekolahnya cemerlang serta berjaya mencapai visi dan misi yang dihasratkan. Pada hari ini, kepimpinan dan pengurusan pendidikan telah berkembang pesat dengan munculnya teori-teori tersendiri secara spesifik dan terperinci. Teoriteori ini disokong pula oleh data-data berbentuk empirikal yang didapati daripada kajian-kajian meluas dalam bidang pendidikan. Teori-teori dan konsep-konsep pengurusan pendidikan amat perlu diketahui oleh pentadbir atau pengurus pendidikan pengurusan. kerana dapat membekalkan kerangka kerja terhadap tindakan

27

Anda mungkin juga menyukai