Anda di halaman 1dari 20

SHEELA GANESAN ASMAHANI BT GIRIM NORHANA BT ZAINAL ZAWIL FATHIYAH BT PAIDI

ANTARA TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL OLEH GURU P.MORAL ADALAH


Memupuk sikap dan nilai yang terkandung di dalam sukatan dalam diri setiap pelajar supaya membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna,menghormati orang tua dan menghormati perbezaan kebudayaan,keturunan dan agama

Mengelakkan drp menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat dan negara Cth : isu perkauman

Mengadakan aktiviti pengajaran & pembelajaran P.Mo yang mendorong kepada perkembangan jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.

Lafaz Ikrar Rukun Negara

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Guru P. Moral haruslah memperkenalkan kelimalima prinsip rukun negara kepada pelajar.

Guru juga perlu bersikap adil dan sensitif terhadap pegangan agama pelajar. (Contoh: tidak menyebelahi atau mempertikaikan agama dan kepercayaan pelajar.)

Guru mesti menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. (Contoh: menyelitkan elemen sejaran dalam proses P&P)

Guru menegaskan tentang kepentingan mematuhi undangundang. (Contoh: menggalakkan pelajar mematuhi undangundang bermula dari peringkat kelas, sekolah seterusnya negara)

Guru haruskan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar dari segi adab sopan. (Contoh: berinteraksi secara berhemah dengan pelajar)

Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih dan diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.

Sembilan Cabaran WAWASAN 2020


1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu. 2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju. 3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. 4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. 6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan. 7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. 8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. 9. Mewujudkan masyarakat makmur

Bagi merealisasikan cabaran Pertama, guru P. Moral boleh memupuk nilai seperti nilai hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara dengan memperkenalkan tokoh-tokoh negara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, guru haruslah menguruskan kelas secara demokratik.

Guru juga berperanan dalam memperkenalkan kepelbagaian kaum, agama, kepercayaan dan budaya dalam proses P&P untuk memupuk persefahaman antara pelajar seterusnya mewujudkan keharmonian .

Untuk merealisasikan cabaran Keenam, guru Pendidikan Moral harus mengintegrasikan pelbagai teknologi dan teknik pengajaran dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mewujudkan masyarakat yang saintifik.

Guru juga harus mengaplikasikan aktiviti pembelajaran yang menggalakan perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan menaakul pelajar untuk memupuk daya perubahan tinggi dalam diri setiap pelajar.

Guru perlu melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara kemanusiaan

Guru juga harus mewujudkan budaya sayang menyayangi, bekhudi, yakni berusaha bukan hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk kesempurnaan kumpulan.
Untuk menjayakan cabaran Kelapan, guru boleh memupuk nilai semangat bermasyarakat melalui aktiviti yang melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum supaya menggalakkan persefahaman dan nilai kerjasama.

Anda mungkin juga menyukai