Anda di halaman 1dari 3

Manual Pengunaan Bahan 3D: Mr Android. Mr.

Android dibina bagi membolehkan guru menjalankan kaedah pengajaran inkuiri penemuan. Dimana pelajar sendiri akan melaksanakan uji kaji, analisis dan generalisasi mereka dengan bantuan bahan bantu mengajar yang menarik dan ceria. Berikut merupakan cara-cara pengunaan mr android.

1. Mr Android sesuai digunakan dalam aktiviti berkumpulan seramai 4 atau 5 orang. 2. Guru memaparkan beberapa nombor perpuluhan di bahagian poket android. 3. Murid dikehendaki meletakkan guli di butang-butang Mr Android agar menyamai nilai perpuluhan yang dipaparkan oleh guru. 4. Seterusnya menulis dengan perkataan sebutan nilai perpuluhan yang dipaparkan oleh guru pada ruangan paling bawah Mr Android. 5. Setelah itu murid secara bergilir-gilir mengulangi langkah 1 hingga 4 tanpa bantuan guru.

Manual Pengunaan Bahan 2D: Mr Android. Permainan snap it dan JJ encem Game dibina bagi meningkatkan kecekapan murid menyebut, menukar dan mewakilkan pecahan kepada perpuluhan. Berikut merupakan cara permainan Snap it dan JJ encem Game Snap It

1. Permainan ini memerlukan 2 kumpulan kad yang berbeza iaitu kad yang mempunyai nilai pecahan dan nilai perpuluhan. 2. Permainan dimainkan oleh dua orang murid. Murid pertama akan membuka kad nilai pecahan dan murid kedua membuka kad bernilai perpuluhan. 3. Sekiranya terdapat kad yang mempunyai nilai yang sama dibuka, murid yang mula-mula skali menyebut snap dan meletakkan tangan pada kad tersebut akan mendapat kedua-dua kad tersebut. 4. Manakala sekiranya tiada nilai yang sama dibuka murid-murid akan membuka kad seterusnya tanpa mengalihkan atau menyimpan kad yang telah dibuka 5. permainan diteruskan sehingga kad dikedua-dua bahagian habis dibuka 6. diakhir pemainan, murid yang mendapat jumlah kad terbanyak dikira pemenang.

JJ Encem Game (Bingo)

1. Permainan ini dimainkan oleh 4 atau 5 orang pemain dalam satu kumpulan. 2. Setiap pelajar akan diberikan satu bingo map sebagai rujukan (mempunyai nilai yang berbeza) 3. Setiap pemain akan bergilir-gilir menyebut nilai kotak dalam bingo map mereka dalam sebutan perpuluhan. 4. Pemain lain akan mencari nilai yang disebut dalam bingo map mereka. Sekiranya terdapat nilai yang sama, pemain akan meletakkan tanda x diatas kotak nilai tersebut. 5. permainan ada pemain yang dapat meletakkan nilai x pada keenam-enam kotak nombor pada bingo map mereka. 6. Pemain pertama yang berjaya meletakkan tanda x pada keenam -enam kotak perseratus pada bingo map mereka dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai