Anda di halaman 1dari 14

Kajian Tindakan

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

KPD 3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

KAJIAN TINDAKAN

KUMPULAN

NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Hafsah Binti Taha

TARIKH SERAH: 30 Nov 2011

Kajian Tindakan
1 2 3 ISI KANDUNGAN ABSTRAK 3.1 FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN KELEMAHAN MURID-MURID DALAM MEMBERIKAN PERKATAAN PERLAWANAN MAKNA (ANTONIM) DAN MENJAWAB SOALAN ANTONIM DENGAN BETUL BIDANG/ISU KEPRIHATINAN OBJEKTIF KAJIAN 3.3.1 OBJEKTIF UMUM 3.3.2 OBJIKTIF KHUSUS KUMULAN SASARAN PERLAKSANAAN KAJIAN KAEDAH PELAKSANAAN STRATEGI TINDAKAN 4.2.2.1 PROGRAM TELINGA GAJAH 4.2.2.2 PROGRAM MENCARI KACANG KAJIAN UJIAN PRA UJIAN POS PERBANDINGAN DAPATAN UJIAN PRA & POS 2 3

4-5 6 6 6 7 8

3.2 3.3

4.1 4.2 4.2.1 4.2.2

HASIL 5.1.1 5.1.2 5.1.3

KESIMPULAN KAJIAN 6.1 PERBINCANGAN DENGAN GURU DAN MURID KELAS KAJIAN 6.2 PEMERHATIAN CADANGAN KAJIAN REFLEKSI KAJIAN RUMUSAN BIBLIOGRAFI

10 11 11-12 12 13

7 8 9 10

Kajian Tindakan

ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina HU YEW SEAH yang terletak di Lorong Madrash, Georgetown, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seramai 24 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 2H sekolah ini. Murid-murid Tahun 2H ini dikategorikan sebagai kelas yang sederhana lemah berbanding dengan kelas Tahun 2 yang lain.

Kajian ini menfokuskan kepada masalah penguasaan kosa kata yang terhad di kalangan murid Tahun 2. Tujuan kajian ini adalah dilaksanakan untuk Bahasa menguasai masalah penggunaan kosa kata murid bahagian dalam (antonim) berdasarkan gambar.

Malaysia yang merangkumi bahagian memberikan perkataan berlawanan makna

Murid- murid Tahun 2H ini sederhana lemah dalam menjawab soalan antonim dengan betul pada permulaan. Masalah ini timbul disebabkan penguasaan bahasa melayu murid yang agak terhad (Tahun 2). Murid-murid dalam kelas ini juga tidak dapat menguasai kosa kata yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi. Jika masalah ini tidak diatasi, ia akan menjejaskan keputusan Peperiksaan yang bakal menjelang.

Kosa kata adalah bahagian yang penting dalam bina ayat untuk menghasilkan ayat dan perenggan yang lengkap. Oleh itu, penguasaan kosa kata yang terhad menyebabkan bina ayat murid menjadi kurang mantap penghasilannya. Dalam kajian ini, kami telah mengkaji masalah penguasaan kosa kota (antonim) sahaja. Justeru, ,mereka tidak dapat membina ayat yang sempurna dan gramatis.

Kajian Tindakan

Kami telah membuat kajian untuk mengatasi masalah ini. Sebelum membuat kajian, kami telah membuat tinjauan tentang masalah yang dihadapi oleh muridmurid 2H.

3.1

Faktor-faktor menyebabkan kelemahan murid-murid dalam memberikan perkataan berlawanan makna (antonim) dan menjawab soalan antonim dengan betul. Faktor pertama ialah murid-murid malas membaca buku-buku yang terdiri daripada Bahasa Malaysia. Mereka tidak dapat memahami kosa kata yang dibaca. Murid-murid terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memahami sepenuhnya apa yang dibaca. Oleh itu, mereka berputus asa lalu berfikir dan menghafal kosa kata yang telah mereka peroleh. Selain itu, faktor kedua menjuruskan kelemahan murid-murid ialah di kalangan murid hanya menerima ilmu hanya sekadar untuk lulus sahaja dalam peperiksaan. Justeru, mereka tidak cuba untuk menguasainya demi masa depan yang penuh dengan cabaran apabila sudah berada di peringkat menegah dan seterusnya pada peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Ketiga, kebanyakan murid ini mengalami masalah tidak tahu menjawab soalan yang dikemuka oleh guru secara lisan dengan tepat. Mereka memahami soalan yang dikemuka oleh guru, tetapi tidak tahu menjawab dengan yang betul. bahasa pasar. Kebanyakan murid hanya tahu menjawab dengan

Kajian Tindakan
Keempat, kebanyakan murid kurang berminat dalam membaca bahan bacaan Bahasa Melayu. Malahan, minat murid lebih cenderung kepada membaca bahan bacaan yang terdiri daripada bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Faktor ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang kurang menggalakkan anak-anak mereka agar membaca buku-buku atau majalah yang terdiri daripada Bahasa Melayu. Kelima, guru-guru di sekolah ini telah mengenal pasti bahawa kebanyakan murid tidak bertutur menggunakan Bahasa Melayu di rumah, sekolah atau di luar sekolah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Ini menyebabkan kosa kata yang dipelajari tidak dapat dipraktikkan. Oleh itu, kosa kata yang baru dipelajari kalangan murid hanya setakat di sekolah sahaja dan tidak dapat dikembangkan melalui perbualan seharian. Keenam, masalah murid-murid malas berusaha untuk meningkatkan kelemahan yang dialami oleh mereka. Ini kerana mereka beranggapan bahawa, mempelajari bahasa Malaysia adalah terlalu sukar untuk dipelajari. Oleh itu, murid kurang member perhatian semasa guru sedang mengajar. Ketujuh, kebanyakan murid tidak dapat menyatakan kata kerja yang paling tepat berdasarkan gambar yang dipertujukkan walaupun gambar adalah jelas ditunjukkan. Ini kerana, murid-murid hanya tahu menyatakan kata kerja yang terdapat dalam gambar bahasa Inggeris dan bahasa Cina sahaja. Kelapan, murid-murid mengalami masalah dalam menjawab soalan antonim dengan betul kerana mereka hanya tahu mendengar sahaja dan tidak buat apap-apa. Perkara ini menyebakan markah mereka terjejas. Selain itu , mereka kurang menggunakan perkataan-perkataan antonim yang dibelajari. Kesembilan, kebanyakan murid malas menggunakan kamus untuk mencari makna sesuatu perkataan. Murid-murid banyak bergantung daripada guru untuk mengetahui sesuatu makna perkataan yang sukar difahami.

Kajian Tindakan
Faktor yang terakhir iaitu yang kesepuluh ialah kelemahan murid-murid dalam memberi perkataan perlawanan makna ialah sebahagian murid ada yang masih belum menguasai kemahiran asas 2M. Beberapa orang murid masih lemah dalam kemahiran asas 2M. Murid-murid ini hanya tahu Murid-murid kurang mengeja suku kata kv dan kvkv. Murid-murid masih mengalami masalah iaitu menulis ejaan yang salah dalam sesuatu perkataan. berhati-hati semasa menulis. Malahan, mereka juga tidak menyemak semula perkataan yang telah ditulis sebelum menghantar hasil kerja kepada guru untuk disemak.

3.2

BIDANG / ISU KEPRIHATINAN

Kajian yang telah dilaksanakan di SJK (C) HU YEW SEAH ini telah dilaksanakan untuk mengurangkan masalah kosa kata yang terhad di kalangan murid bagi Tahun 2H di sekolah ini. Jika tiada kajian dan tindakan yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini, masalah yang dihadapi oleh murid-murid akan berpanjangan. Kajian yang telah dilaksanakan adalah mengenai kesilapan penggunaan perkataan yang sering dilakukan oleh murid-murid dan penggunaan kosa kata yang salah berdasahkan gambar. Kesalahan tersebut akan menjadikan ayat yang dibina menjadi ayat yang tidak gramatis. Beberapa cara atau kaedah telah digunakan dalam melaksanakan kajian iaitu Program Telinga Gajah dan Program 100 4. Hasil daripada kajian ini menunjukkan murid-murid dapat memahami penggunaanb kosa kata yang betul dan sesuai dalam membina ayat. Di samping itu, kesalahan penggunaan kosa kata tersebut dapat dikurangkan berbanding sebelum kajian dilaksanakan ke atas murid Tahun 2H ini. Kosa kata murid-murid juga dapat diperluaskan berbanding sebelum kajina dibuat.

3.3

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian Tindakan

Apabila kajian ini dijalankan nanti, saya dan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu berharap ia akan mencapai objektif yang telah disasarkan. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

3.3.1

OBJEKTIF UMUM Menaikkan imej dan prestasi sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan

Bahasa Melayu.

3.3.2

OBJEKTIF KHUSUS 1. Meningkatkan bilangan kosa kata baharu yang diketahui dan difahami oleh murid. 2. Meningkatkan keupayaan murid dalam mengaplikasikan perkataan baharu dalam ayat yang dibina. 3. Membantu murid-murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus untuk meningkatkan penguasaan kosa kata mereka.

4.1 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 24 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2H di SJK ( C ) HU YEW SEAH, Georgetown, Pulau Pinang. Kelas ini diketegorikan sebagai kelas sederhana lemah berbanding dengan kelas-kelas Tahun 2 yang terdapat di sekolah ini.

4.2 Perlaksanaan Kajian 4.2.1 Kaedah Perlaksanaan Melalui kajian ini, kaedah yang digunakan adalah dengan menjalankan ujian khas memberi kosa kata berdasarkan gambar yang diberi. Latihan ini dilakukan

Kajian Tindakan
adalah untuk menguasai kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat murid-murid. Kaedah yang dijalankan adalah Program Mencari Kacang. 4.2.2 Strategi Tindakan Terdapat 2 strategi dijalankan, strategi yang pertama ialah Program Telinga Gajah. Program ini melibatkan kerjasama antara guru dan murid-murid.

4.2.2.1 Program Telinga Gajah Program Telinga Gajah ini dilaksanakan pada setiap hari selang seminggu iaitu melalui aktiviti ejaan. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan diberi beberapa kosa kata atau rangkai kata kepada murid. Kemudian, murid perlu mencatatnya pada buku tulisan dengan kemas dan memastikan ejaan tidak salah. Selain itu, muridmurid juga perlu mencari makna kosa kata atau rangkai kata yang diberi oleh guru menggunakan kamus. Melalui kaedah ini, murid memperolehi banyak ilmu. Pertama, mereka mempelajari suatu kosa kata atau rangkai kata yang baharu yang telah diberi oleh guru dan tahu makna perkataan tersebut dengan menggunakan kamus. Selepas mencatat kosa kata atau rangkai kata yang diberi, guru akan melaksanakan aktiviti ejaan. Melalui aktiviti ini, guru akan menyebut kosa kata yang diberi manakala murid-murid mendengar dengan teliti kosa kata atau rangkai kata yang diperdengarkan. Kemudian, murid-murid akan mencatat kosa kata tersebut pada buku ejaan masing-masing. Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-murid tidak akan membuka buka tulisan. Dalam masa yang sama juga, guru akan menyoal beberapa orang murid secara rawak untuk menjelaskan makna kosa kata atau rangkai kata secara kelas. Sebagai menguji tahap pemahaman murid dalam makna suatu kosa kata. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada muridmurid mendengarnya dengan jelas atau tidak dan lebih berhati-hati dalam menulis kosa kata yang diberi.

4.2.2.2 Program Mencari Kacang

Kajian Tindakan

Melalui program ini, murid-murid akan diberikan gambar carta atau melalui buku kerja masing-masing atau gambar yang terdapat pada buku teks. Selain itu, saya telah menggunakan beberapa gambar carta yang bersaiz besar dan digantung pada papan tulis supaya murid-murid boleh melihatnya dengan jelas. Tujuan gambar ini digunakan adalah untuk mencari beberapa kata kerja yang bersesuaian dengan gambar. Kata kerja yang diperolehi tersebut mestilah berkaitan dengan aktiviti yang terdapat pada gambar. Selepas murid-murid meneliti dan mengecam aktiviti yang terdapat pada gambar, guru meminta murid mencatat dan menyatakan kata kerja yang tersirat secara rawak. Kemudian, saya akan meminta murid-murid mencatat pada buku nota masing-masing dan meminta mereka menghafalnya. Seterusya, guru akan meminta murid cuba membentang ayat yang sesuai berdasarkan kata kerja yang dinyatakan secara lisan. Guru dan murid-murid hanya mendengar ayat yang diperdengarkan. Kemudian, guru meminta rakan-rakan murid tersebut untuk menambah baik ayat tersebut sekiranya ayat rakan mereka kurang tepat. Akhirnya, guru akan memperbetulkan ayat yang dinyatakan oleh murid-murid. Oleh itu, melalui program ini, guru akan membimbing murid-murid dalam membina ayat yang gramatis. Pada hari berikutnya, guru akan menyediakan aktiviti membina ayat tunggal yang sama tetapi gambar yang berlainan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid dalam membina ayat yang gramatis.

5.1 Hasil Kajian 5.1.1 Ujian Pra Sebelum memulakan kajian tindakan ini, saya telah menjalankan ujian pra untuk mengetahui tahap penguasaan kosa kata murid-murid sebelum kajian dijalankan. Markah ujian pra ini diperolehi melalui markah peperiksaan semester akhir tahun lepas. Hasil dapatan daripada markah, saya dapati bahawa kebanyakan murid Tahun 2H sederhana lemah dalam membina ayat tunggal yang lengkap dan gramatis.

Kajian Tindakan

5.1.2 Ujian Pos Selepas melaksanakan kaedah-kaedah yang dirancang terhadap kelas Tahun 2H, saya telah menjalankan ujian pos untuk mengetahui tahap penguasaan kosa kata di kalangan murid selepas 2 program dijalankan dalam kelas Tahun 2H. Hasil dapatan kajian saya ini, adalah amat memberansangkan serta menunjukkan hasil yang positif. Terdapat peningkatan yang ketara dalam penguasaan kosa kata murid-murid dalam menghasilkan ayat tunggal yang lengkap dan menggunakan kosa kata yang betul berbanding sebelum kajian dilaksanakan.

5.1.3 Perbandingan Dapatan Ujian Pra Dan Ujian Pos Hasil dapatan melalui kajian ini, saya dapati banyak perbandingan antara ujian pra dengan ujian pos yang dijalankan sebelum dan selepas ujian. Terdapat sedikit perbezaan peningkatan penguasaan penggunaan kosa kata dalam ayat yang telah dihasilkan sebelum dan selepas kajian tindakan terhadap murid-murid Tahun 2H yang seramai 24 orang.

6.1 Kesimpulan Kajian 6.1.1 Perbincangan Dengan Guru Dan Murid-Murid Kelas Kajian Hasil daripada perbincangan saya dengan guru dan murid-murid kajian sebelum dan selepas kajian telah didapati:1. Murid-murid di dalam kelas kajian sudah memahami dan dapat

menggunakan kosa kata dengan betul pada ayat dan dapat memperluaskan penggunaannya dalam membina ayat-ayat yang lengkap dan gramatis. 2. Kaedah kajian ini amat berkesan dan dapat menarik minat murid-murid semasa kajian dijalankan. 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dapat memotivasikan murid-murid.

10

Kajian Tindakan
4. Keyakinan diri murid-murid selepas kajian meningkat kerana dapat belajar mengikut kemampuan diri. 6.1.2 Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian terhadap kelas kajian saya telah dapati bahawa:1. Murid-murid dapat menguasai penggunaan kosa kata dalam menghasilkan ayat. 2. Respon murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran bertambah baik. 3. Suasana pengajaran dan pembelajaran lebih memberansangkan. 4. Guru bertambah bersemangat melaksanakan kajian kerana terdapat peningkatan dalam pelaksanaan kajian dijalankan. Walaupun usaha yang dijalankan dalam waktu yang telah ditetapkan itu menunjukkan hasil yanhg positif, ia tetap dijalankan selepas kajian dilaksanakan. Kaedah-kaedah yang telah digunakan semasa kajian tetap dijalankann seperti waktu kajian dibuat sehingga sekarang. Diharap peningkatan penguasaan muridmurid Tahun 2H ini akan berterusan dalam menghadapi pepriksaan yang bakal menjelang. 7. Cadangan Kajian Selepas kajian ini dilaksanakan, saya dan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu berpendapat agar kaedah-kaedah yang telah saya gunakan ini patut dijalankan terhadap murid-murid kelas Tahun 2 yang lain. Bukan itu sahaja, program ini juga bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran Tahun 3 dan Tahun 4. Jika usaha ini dipraktikkan dan didedahkan kepada murid-murid kelas yang lain, prestasi pemahaman dikalangan murid di sekolah ini akan meningkat secara globalnya dan seterusnya prestasi pemahaman murid-murid akan meningkat.

11

Kajian Tindakan
8. Refleksi Kajian Keputusan daripada hasil ujian menunjukkan peningkatan pencapaian ujian pos yang dijalankan selepas pelaksanaan berbanding dengan ujian pra sebelum ujian dilaksanakan. Hasil kajian menunjukkan kajian dilaksanakan telah meningkakan penggunaan kosa kata dan penggunaan oleh murid-murid kelas Tahun 2H. Ini adalah berdasarkan ujian yang telah diberi kepada murid-murid kelas kajian tersebut. Bagi meningkatkan penggunaan kosa kata di kalangan murid, peruntukan masa yang lebih lama perlu diberikan kepada kajian agar mereka benar-benar menguasai kamahiran murid-murid mencapai matlamatnya. Oleh itu , setiap pihak perlu mengambil peranan yang kuat. Ini melibatkan pihak sekolah, guru, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Dengan cara ini, masalah murid tersebut dapat dikurangkan dan seterusnya menghapuskan masalah kemahiran membaca mereka. Selain itu , usaha mempelbagaikan aktiviti dalam P&P di sekolah juga perlu dititik beratkan agar minat dan penguasaan murid yang terlibat menjadi lebih bermakna dan mendatangkan faedah kepada semua. kelas kajian yang telah dilaksanakan

9. Rumusan Akhir kata ,Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujuioleh semua warga sekolah. Walau bagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti. Tujuan

12

Kajian Tindakan
Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Rumusan akhir yang dapat disimpulkan dalam kajian ini , kajian yang telah dilaksanakan terhadap murid-murid Tahun 2H ini telah menunjukkan hasil yang positif. Terdapat peningkatan yang diperolehi berdasarkan ujian sebelum dan selepas pelaksanaan kajian. Dengan pelaksanaan kajian ini, di kalangan murid dapat menggunakkan kosa kata yang betul dan sesuai dalam ayat. Murid-murid juga dapat memperluaskan kosa kata mereka yang agak terhad sebelum kajian dilakukan. Selepas kajian ini dilaksanakan, diharap prestasi pencapaian SJK ( C ) HU YEW SEAH akan meningkat terutamanya peratus kelulusan Bahasa Melayu.

Bibliografi
http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu4926977

http://www.scribd.com/doc/2423915/PROPOSAL-KAJIAN-TINDAKAN

http://www.scribd.com/doc/36246698/KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK http://ilmu.edublogs.org/kajian-dan-penyelidikan/

< Laporan kajian tindakan bahasa melayu" target="_blank">Laporan kajian tindakan bahasa melayu</a></strong> <iframe

13

Kajian Tindakan

14

Anda mungkin juga menyukai