Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Pengurusan Gerko

PENGENALAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

1.

Apakah Gerko?
Gerak Kerja Kokurikulum

2.

Definisi Dan Konsep Kokurikulum

Proses pembelajaran melalui aktiviti, gerak kerja dan pengalaman pendidikan terancang
yang dilakukan di luar bilik darjah.
Lebih berasaskan kepada aspek-aspek pembelajaran bukan akademik (mata pelajaran
sekolah)
Menekankan aspek-aspek yang tersirat :

nilai murni;
bakat;
kepemimpinan;
tanggungjawab/peranan.

Masa pelaksanaan :

Kebiasaannya pada sebelah petang atau hujung minggu.

3. Falsafah Pendidikan Kokurikulum

Gerak kerja kokurikulum diasaskan berdasarkan keyakinan bahawa :
(a) Semua murid/pelajar mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan;
(b) Semua murid/pelajar boleh dididik dan mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;
(c) Semua murid/pelajar harus mempunyai perseimbangan di antara unsur-unsur jasmani,
emosi, rohani, dan intelek (JERI);
(d) Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid/pelajar untuk keperluan agama, keluarga,
masyarakat dan negara;
(e) Masyarakat dan agensi-agensi lain (kerajaan dan bukan kerajaan) juga bertanggungjawab
dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid/pelajar.

Pengenalan Pengurusan Gerko

4.

5.

Matlamat
1.

Menyemai perasaan muhibah dan intergrasi nasional di kalangan generasi muda,

khususnya murid/pelajar.

2.

Meningkatkan disiplin murid/pelajar.

3.

Menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan seimbang dengan pendidikan formal.

4.

Menanam dan memupuk kepemimpinan, sahsiah dan amalan kemasyarakatan di

kalangan murid/pelajar.

5.

Menyumbang usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik serta
menyeronokkan.

6.

Menyeimbangkan perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani,

emosi dan rohani.

7.

Mengisi masa lapang yang berfaedah.

Objektif
Dapat menyedia dan membentuk personaliti murid/pelajar yang memiliki sifat-sifat berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan;

Berada dan bertatasusila

Beradab dan bertatasusila;

Taat/Patuh;

Bertanggungjawab;

Jujur/Amanah;

Mengawal diri;

Tolong menolong;

Menjaga kebersihan;

Bertimbang rasa dan bertolak ansur;

Bercita-cita;

Sentiasa gembira dan riang;

Berkeyakinan diri dan cekal hati;

Berfikiran tajam, logik dan rasional;

Berkemahiran;

Berdikari; dan

Berfikiran kritis dan kreatif.

Pengenalan Pengurusan Gerko

6.

Komponen Gerko
Terbahagi kepada tiga bidang utama, iaitu :

Badan/Unit Beruniform;
Kelab dan Persatuan;
Sukan dan Permainan.

6.1 Bidang Badan/Unit Beruniform

Pergerakan Pengakap (Unit Pengakap Kanak-kanak; Unit Pengakap Muda; Unit

Pengakap Remaja; Kumpulan Latihan Malaysia);
Kadet Pandu Puteri (Unit Tunas Puteri; Unit Pandu Puteri; Unit Renjer);
Persatuan Bulan Sabit Merah (Pasukan Link dan Belia);
Pasukan St. John Ambulans (SJAM Junior; SJAM Kadet);
Pergerakan Puteri Islam;
Pasukan Simpanan Askar Wataniah (PSTD);
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia;
Pasukan Kadet Bomba;
Pasukan Kadet Polis;

6.2 Bidang Kelab dan Persatuan

Berasaskan Akademik, antaranya :

Persatuan Bahasa dan Kesusasteraan (Melayu; Inggeris; Cina; Tamil);

Persatuan Sains dan Matematik;
Persatuan Sejarah;
Persatuan Biologi;
Kelab Ekonomi;
Kelab Komputer.

Berasaskan Perkhidmatan, Hobi dan Kebajikan, antaranya :

Kelab Bimbingan dan Kaunseling;

Kelab Fotografi;
Kelab Perpustakaan/Pusat Sumber;
Kelab Seni dan Drama;
Persatuan Kembara;
Persatuan Pengguna;
Persatuan Pelajar Islam.

6.3 Bidang Sukan dan Permainan

Berasaskan sukan/olahraga :

Gimnastik/Gimrama (darat dan air);

Olahraga (darat dan air);
Renang;
Seni mempertahankan diri (Silat Olahraga; Tae Kwan Do).

Pengenalan Pengurusan Gerko

7.

Berasaskan permainan :
Bola sepak;
Petangue;
Tenis;
Sepak takraw;
Ragbi;
Ping pong;
Skuash;
Badminton.

Pelaksanaan Dan Pengurusan Kokurikulum

Beberapa langkah tertentu telah dilaksanakan oleh KPM bagi menjayakan pelaksanaan Gerko
di sekolah. Antaranya :
 Melantik pegawai sepenuh masa di :
 Kementerian Pendidikan Malaysia;
 Bahagian Pendidikan Guru;
 Jabatan Pendidikan Negeri;
 Pejabat Pendidikan Daerah;
 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM); dan
 Sekolah-sekolah.
( atas jawatan Ketua Penolong Pengarah, Penyelia Kokurikulum, Penolong Kanan,
Ketua Bidang atau Setiausaha Gerak Kerja Kokurikulum)
 Struktur pengurusan Gerko di sekolah dikemas kini secara lebih teratur dan jelas. Terdapat
dua bentuk jawatankuasa Gerko di sekolah, iaitu :

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah;

Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum.

 Mengeluarkan surat pekeliling dan dasar tertentu berkaitan dengan pelaksanaan

kokurikulum di maktab perguruan dan sekolah-sekolah dari semasa ke semasa.
Contohnya:

Surat pekeliling ikhtisas dan peraturan pelaksanaan Gerko 1/1985 dikeluarkan oleh
Bahagian Sekolah-sekolah, KPM menyatakan :

Setiap pelajar wajib mengambil bahagian dalam ketiga-tiga bidang gerak kerja kokurikulum,
iaitu bidang badan beruniform; bidang kelab dan persatuan; dan bidang sukan dan permainan
dengan formula: 1 + 1 + 1 = 3. Jika sekolah menghadapi masalah dalam penubuhan mana-mana
bidang, pihak sekolah diberi kelonggaran supaya pelajar mengambil dua bidang sahaja dengan
menggunakan formula 2 + 1 = 3 atau 1 + 2 = 3. Jumlah penyertaan tetap tiga bidang Gerko.
...Bagi program Kemahiran Hidup bagi pelajar menengah atas (tingkatan 4 dan 5), pengetua diberi
pilihan untuk melaksanakannya di luar jadual waktu formal dan dianggap sebagai sebahagian
daripada aktiviti Gerko.

Pengenalan Pengurusan Gerko

Carta Organisasi Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah - Contoh

PENGERUSI
( Pengetua / Guru Besar )

SETIAUSAHA
( Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum )

JAWATANKUASA

Penyelaras
Bidang
Badan
Beruniform

Penyelaras
Bidang
Kelab dan
Persatuan

Penyelaras
Bidang
Sukan dan
Permainan

Pengenalan Pengurusan Gerko

Carta Organisasi Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum Contoh

PENASIHAT
Pengetua / Guru Besar

PENGERUSI
( Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum )

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA

PENYELARAS
BADAN BERUNIFORM

PENYELARAS
KELAB DAN
PERSATAUAN

PENYELARAS
SUKAN DAN PERMAINAN

G U R U P E N A S I H A T / S U K A N / J U R U L A T I H

Pengakap
Pandu Puteri
St. John Ambulans
Bulan Sabit Merah
Kadet Polis
Kadet Bomba

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Seni Foto
Komputer
Kembara
Pelajar Islam

Olahraga
Bola sepak
Bola jaring
Sepak takraw
Silat Olahraga
Karate-do

Pengenalan Pengurusan Gerko

8.

Penilaian Aktiviti Kokurikulum

Merekod kedatangan pelajar pada setiap kali perjumpaan, kursus, latihan dan aktiviti berkaitan
Gerko.

Pengerusi atau Setiausaha setiap bidang Gerko perlu membuat laporan bertulis setiap
aktiviti berkaitan.
Semua anggota/ahli mesti mencatat kandungan kursus/latihan ke dalam Buku Log mengikut
bidang Gerko.
Buku Log perlu diperiksa/disemak dan diberi markah oleh guru penasihat dari semasa
kesemasa.
Boleh juga diwujudkan buku Rekod Kemajuan Gerko untuk tujuan pemarkahan Gerko.
Sistem penilaian dan pengiktirafan bagi murid yang aktif dan cemerlang dalam Gerko.
Contoh : sijil, surat akuan, hadiah atau anugerah.

Pengenalan Pengurusan Gerko

CONTOH 1 : JADUAL PERJUMPAAN/KEHADIRAN GERKO

CATATAN KEHADIRAN GERKO TAHUN ENAM
SK ________________
SEMESTER JANUARI MEI 2003
PERJUMPAAN GERKO

TARIKH

TANDATANGAN
PENASIHAT

CATATAN AKTIVITI

Perjumpaan Pertama

15.01.2003

Pelantikan AJK dan merancang aktiviti tahun 2003

Perjumpaan Kedua

22.01.2003

Ikatan dan Simpulan ( Kuliah )

Perjumpaan Ketiga

29.01.2003

Ikatan dan Simpulan ( Amali )

Perjumpaan Keempat

05.02.2003

Memasak tanpa alat ( Kuliah )

Perjumpaan Kelima

12.02.2003

Memasak tanpa alat ( Amali )

Perjumpaan Khas

12 15.03.2003

Perkhemahan pengakap di Tasek Timah Tasoh

Perjumpaan Khas

26 29.05.2003

Lawatan sambil belajar ke SK Kg. Manjoi, Ipoh.

Perjumpaan Keenam
Perjumpaan Ketujuh
Perjumpaan Kelapan
Perjumpaan Kesembilan
Perjumpaan Kesepuluh
Perjumpaan Kesebelas
Perjumpaan Kedua Belas
Perjumpaan Ketiga Belas
Perjumpaan Keempat Belas
Perjumpaan Kelima Belas
Perjumpaan Keenam Belas
Perjumpaan Ketujuh Belas
Perjumpaan Kelapan Belas

Perjumpaan Khas
Perjumpaan Khas

Pengenalan Pengurusan Gerko

CONTOH 2 : JADUAL KEHADIRAN GERKO

JADUAL KEHADIRAN GERKO PENGAKAP TAHUN LIMA
SK _____________________________
SEMESTER JANUARI MEI TAHUN 2003
P E R J U M P A A N
Bil.

Senarai Anggota

1.

AHMAD IZHAR BIN YATIM

BAKHTIAR

5A

2.

ARMAN BIN ZAINI

5A

3.

ASRUL FAEZAL BIN AHMAD

5A

4.

AZIZAN BIN MURI

5A

5.

FAIZAL BIN KASSIM

5A

6.

FARIZAL BIN ZAINAL ABIDIN

5B

7.

HAFIZI IZZUAN BIN RAMZAN

5B

8.

HAIRUL NIZAM BIN HASNAN

5B

9.

INSAN SUKRI BIN YUSOF

5B

10.

ISMAIL BIN ALI

5B

11.

MOHAMAD SHAHRIN BIN AHMAD

5B

12.

MOHD. BAKRURUZI BIN MOHD.

RANI

5B

13.

MOHD. FIRDAUS BIN HASSAN

5B

14.

MOHD. HANIF BIN KAMARUDDIN

5C

15.

MOHD. NASIR BIN BADRON

5C

16.

MOHD. NORASHIDI BIN ABD.

RAZAK

5C

17.

MOHD. SARIMAN BIN SHAFEE

5C

18.

MOHD. ZAHER BIN FADZIN

5C

19.

MOHD. ZULAIDY BIN MD. ZIN

5C

20.

PUSPANATHAN A/L SUBRAMANIAM

5C

21.

ROSHIDI BIN MOHAMED

5C

22.

SHAIFUL ANUAR BIN DARUS

5C

23.

UDA BIN ATEH

5C

24.

ZAIRI BIN YUSOF

5C

25.

ZERI HISYAM BIN RAZALI

5C

25

23

23

22

Jumlah Hadir

M I N G G U A N

Tahun
5

10

11

12

13

14

15

Jumlah Tidak Hadir

JUMLAH KEHADIRAN KESELURUHAN

Jmlh

Pengenalan Pengurusan Gerko

CONTOH 3 : LAPORAN AKTIVITI GERKO

LAPORAN AKTIVITI GERKO

PERSATUAN BAHASA MELAYU
SMKA ___________________
Tarikh
Tempat
Guru Penasihat
Tidak Hadir

:
:
:
:

................................................
Masa
: ......................................
..........................................................................................................................
1. ..........................................................
2. ..........................................................
1. ...........................................................
6. ..........................................................
2. ...........................................................
7. ..........................................................
3. ...........................................................
8. ..........................................................
4. ...........................................................
9. ..........................................................
5. ...........................................................
10. ..........................................................
LAPORAN AKTIVITI

..................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan pencatat :

...........................................................
(
Setiausaha

Tandatangan pengesahan :

...........................................................
(
Guru Penasihat

10

Pengenalan Pengurusan Gerko

CONTOH 4 : BORANG PEMARKAHAN GERKO

BORANG MARKAH GERKO PENGAKAP

SMK ________________________
TAHUN : LIMA

TAHUN : 2003
SKEMA PEMARKAHAN

BIL.

NAMA ANGGOTA

KELAS

HADIR
GERKO
40%

BUKU
LOG
10%

TUGASAN
30%

SAHSIAH
20%

JUMLAH
100%

40%

8%

25%

15%

88%

1.

AHMAD IZHAR BIN YATIM BAKHTIAR

5SN/PM

2.

ARMAN BIN ZAINI

5SN/PM

3.

ASRUL FAEZAL BIN AHMAD

5SN/PM

4.

AZIZAN BIN MURI

5MT/PM

5.

FAIZAL BIN KASSIM

5PI/PJK

6.

FARIZAL BIN ZAINAL ABIDIN

5MT/PM

7.

HAFIZI IZZUAN BIN RAMZAN

5MT/PM

8.

HAIRUL NIZAM BIN HASNAN

5SN/PM

9.

INSAN SUKRI BIN YUSOF

5MT/PM

10.

ISMAIL BIN ALI

5SN/PM

11.

MOHAMAD SHAHRIN BIN AHMAD

5MT/PM

12.

MOHD. BAKRURUZI BIN MOHD. RANI

5PI/PJK

13.

MOHD. FIRDAUS BIN HASSAN

5SN/PM

14.

MOHD. HANIF BIN KAMARUDDIN

5MT/PM

15.

MOHD. NASIR BIN BADRON

5MT/PM

16.

MOHD. NORASHIDI BIN ABD. RAZAK

5MT/PM

17.

MOHD. SARIMAN BIN SHAFEE

5SN/PM

18.

MOHD. ZAHER BIN FADZIN

5PI/PJK

19.

MOHD. ZULAIDY BIN MD. ZIN

5MT/PM

20.

PUSPANATHAN A/L SUBRAMANIAM

5PI/PJK

21.

ROSHIDI BIN MOHAMED

5MT/PM

22.

SHAIFUL ANUAR BIN DARUS

5MT/PM

23.

UDA BIN ATEH

5SN/PM

24.

ZAIRI BIN YUSOF

5MT/PM

25.

ZERI HISYAM BIN RAZALI

5MT/PM

....................................................................
(
)
Penasihat Pengakap

Tarikh : ...

11

Anda mungkin juga menyukai