Anda di halaman 1dari 1

Jurnal Minggu Ke-5 (26/8/2013-30/8/2013) Tajuk : Penggunaan Teknik Pengajaran Guru yang Sesuai. 1.

Masalah Secara umumnya, terdapat pelbagai teknik atau kaedah pengajaran yang boleh digunakan guru dalam P&P. Namun, tekniknya perlu sesuai dengan kebolehan murid dan kandungan teks yang ingin diajar. Justeru, saya telah mengamalkan beberapa cara mengajar yang biasa dan popular. Walaubagaimanapun, kesan penggunaannya tidak memuaskan serta ketidakupayaan membangkitkan semangat belajar murid secara maksimum. Oleh itu, saya perlu menganalisis masalah tersebut bagi mencari penyelesaian yang berguna dan berkesan. 2. Analisis Pada minggu ini, saya telah melaksanakan beberapa kaedah pengajaran. Antaranya, penggunaan Powerpoint, latih tubi, gambar, graf dan sebagainya. Ironinya, isi kandungan teks dapat disampaikan guru. Namun, penguasaan dan kefahaman ilmu oleh murid adalah kurang berkesan. Dengan kata lain, murid tidak dapat menerap ilmu melalui kaedah pengajaran tersebut dengan baik. Contohnya, terdapat murid (kelas Tahun 6) menyatakan bahawa permainan yang disediakan kurang seronok. Maka, ramai murid lebih gemar terlibat dalam permainan yang seronok berbanding pengajaran berpandukan tulisan sahaja. Di samping itu, saya juga dapati bahawa kaedah pengajaran yang gunakan kurang melibatkan JERIS secara menyeluruh terutamanya jasmani. 3. Cadangan Tindakan Susulan Terdapat beberapa cadangan telah dikemukakan saya bagi mengatasi masalah penggunaan teknik pengajaran yang sesuai mengikut kelas. Antaranya: Tahun 4 (Kajian Tempatan) Model, Permainan Ular Tanggal, carta organisasi dan sebagainya. Tahun 6 (Kajian Tempatan) Pengajaran berpandukan alatan, video dan permainan 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Cadangan tindakan susulan ini akan dilaksanakan pada hari 4-9-2013 (Rabu) hingga 6-92013 (Jumaat). Dalam seminggu tersebut, saya akan menghadiri kelas iaitu Tahun 4 dan 6. Justeru, saya akan melaksanakan tindakan susulan ini untuk mengenal pasti keberkesanan teknik atau kaedah pengajaran yang dicadangkan.

Anda mungkin juga menyukai