Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI NAMA: MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZAINI NO.

I/C: 910605-08-5047 Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah swt dengan rahmat dan izin-Nya dapat saya siapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing terutamanya Tuan Haji Mohamed Yusoff Bin mohamed kerana memberikan bimbingan, sokongan dan mengajar kami dengan penuh dedikasi dan sabar. Tidak lupa juga kepada para sahabat saya, terima kasih kerana banyak membantu dan berkongsi pendapat dengan saya bagi menyiapkan tugasan ini. Sebagai permulaan, tugasan kerja kursus ini memerlukan kami untuk mendapatkan maklumat mengenai agensi pelancongan. Kemudian pada masa yang sama kami dikehendaki untuk menyediakan satu penulisan ilmiah mengenai agensi pelancongan yang dipilih seperti struktur organisasi, visi dan misi, dan sebagainya melalui hasil temubual dan mendapatkan maklumat. Selain itu, semasa melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan maklumat, dan kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru pembahagian masa amatlah penting. Selepas proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat mengenai syarikat agensi pelancongan POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. kami telah melakukan analisa mengenai syarikat ini yang terdiri daripada kekuatan organisasi, kelemahan organisasi, cadangan penambahbaikkan dan harapan

organisasi. Justeru saya telah menggabungkan pelbagai sumber dalam proses menyiapkan tugasan ini. Apa Itu Pelancongan? Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak- pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya lagi.

Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari (1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, Suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran. Pengertian yang meluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibata dalam membangunkan industri ini. Terdapat banyak kebaikan dalam melakukan tugasan ini antaranya ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan kerana ia memerlukan kami untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Seterusnya adalah dapat membantu saya meningkatkan kemahiran mencari, mengumpul dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, pengetahuan saya mengenai ekonomi terutama dalam aspek pelancongan juga semakin meningkat. Secara keseluruhannya, kesemua ini amatlah penting bagi seseorang yang bakal bergelar pendidik kerana perlu membuat pelbagai persediaan secara teori dan penguasaan kemahiran untuk menjalankan tugas secara profesional. Penguasaan pelbagai cabang ilmu amatlah penting bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau pendakwah. Hal ini kerana, guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada murid di bawah didikannya. Jesteru, individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh terbaik kepada anak didik mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai kesimpulan, diharapkan agar tugasan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi kepentingan pelajar itu sendiri. Oleh itu, saya amat berharap agar Tuan dapat menyemak tugasan saya dan berpuas hati dengan hasil yang telah saya sediakan ini. Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai