Anda di halaman 1dari 3

SK TAMAN BUKIT TIRAM

SOP SKTBT.
Berikut adalah SOP yang wajib diketahui dan dipatuhi oleh semua ibubapa/penjaga murid
SKTBT -Pengoperasian pembukaan semula sekolah.

1. Ibuapa /penjaga perlu memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat, menjaga
kebersihan dan tiada sebarang gejala sebelum hadir ke sekolah.

2. Semua murid sesi petang boleh hadir ke sekolah mulai jam 1.00 hingga 1.20 tengah
hari . Kelas akan bermula tepat pada jam 1.20 tegah hari.
3. Ibubapa/penjaga perlu membekalkan pelitup separuh muka dan memastikan anak-
anak memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di kawasan sekolah. Sila
bawa pelitup muka tambahan bagi memastikan anak tetap memakai sekiranya
pelitup muka putus, hilang atau kotor.

4. Pelitup separuh muka yang disarankan adalah yang mempunyai 3 lapisan atau
pelitup muka biasa (washable) tanpa sebarang corak. Pemakaian “Face Shield”
adalah digalakkan.

5. Saringan suhu badan akan diambil oleh guru bertugas sebaik sahaja murid sampai di
pintu pagar utama sekolah setiap hari, dan pastikan anak-anak memakai kad QR
Code yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah.

6. Sekiranya anak mengalami gejala seperti selsema, batuk, demam, sesak nafas atau
sakit tekak, mereka tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
7. Anak-anak digalakkan membawa bekalan makanan dan air sendiri dan memastikan
makanan dimakan dengan menggunakan sudu dan garfu yang dibawa dari rumah.

8. Sekiranya anak-anak membeli makanan di kantin untuk makan pada waktu rehat,
ibubapa perlu menyediakan wang yang mencukupi kepada anak-anak untuk
memudahkan pergurusan edaran makanan yang akan dibuat oleh guru kelas nanti.

9. Makanan akan dibungkus oleh pihak kantin dan murid akan makan di dalam kelas
masing-masing (Pembelian makanan adalah secara pre-order). Guru kelas akan
menghantar menu melalui wassap kelas dan ibubapa/penjaga yang berminat untuk
membeli perlu menghantar pesanan melalui “google form” kepada guru kelas
masing-masing sebelum jam 9.45 mlm setiap hari.
10. Anak-anak boleh memakai pakaian sekolah,namun jika uniform sekolah tidak muat,
anak-anak dibenarkan memakai baju rumah sukan/ KRMJ/Tshirt unit beruniform,
dengan seluar sukan dan berkasut. Murid tidak dibenarkan memakai selipar. Jika
kasut sekolah juga ketat, kasut sukan (sport shoes) adalah dibenarkan. Murid
perempuan dilarang memakai kasut bertumit tinggi. Sandel bertutup juga
dibenarkan.

11. Sekiranya ibubapa/penjaga yang tidak mahu menghantar anak-anak ke sekolah atas
alasan bimbang keselamatan dan kesihatan anak, boleh berbuat demikian, namun
ibubapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah dengan memberikan
surat makluman ketidakhadiran untuk simpanan pihak sekolah.

12. Anak-anak yang mempunyai atau menghidap penyakit seperti asma, paru-paru,
hepatitis, buah pinggang, kencing manis, jantung, yang mengambil ubat steroid atau
insulin, atau anak yang mempunyai kadar imunisasi rendah tidak digalakkan datang
ke sekolah.

13. Pihak sekolah memohon kerjasama daripada semua ibubapa/penjaga agar tidak
menyembunyikan maklumat jika ada hubungan dengan orang-orang yang
berpenyakit atau bergejala untuk keselamatan semua.

14. Peralatan sanitasi tangan akan disediakan oleh pihak sekolah sepanjang anak-anak
berada di sekolah, namun jika ibubapa/penjaga yang ingin membekalkan sendiri
cecair sanitasi /pembasmi kuman pada anak masing-masing adalah digalakkan.

15 Anak-anak yang tiba-tiba mengalami masalah demam atau apa-apa sahaja gejala
sepanjang berada di kawasan sekolah, pihak sekolah akan memaklumkan
ibubapa/penjaga dengan segera untuk tindakan selanjutnya. Pihak sekolah juga akan
menjalankan pemeriksaan “Saliva test” kepada anak-anak yang telah menghantar
borang kebenaran membuat ujian tersebut kepada guru kelas.

15. Semua murid akan dibekalkan satu “Bar Code” untuk digunakan oleh guru bagi
mengimbas kehadiran dan rekod suhu badan murid. Ibubapa/penjaga perlu
memastikan anak-anak membawa kad tersebut setiap hari dan menjaga kad tersebut
agar tidak hilang atau rosak.

16. Laluan kereta, van dan bas akan ditentukan oleh pihak sekolah, bagi memastikan
perjalanan kehadiran dan waktu pergi dan balik murid dalam keadaan baik dan
teratur.
Semua ibubapa/penjaga diharapkan dapat mematuhi segala SOP dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi memastikan perjalanan dan
penyelenggaraan murid serta semua warga sekolah berjalan lancar.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“KITA JAGA KITA”

Sekian, harap maklum


Terima kasih.

UNIT HEM SKTBT.

Anda mungkin juga menyukai