Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PPG

NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: PKP 3107

SEMESTER :

KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

SEMESTER 4 AMBILAN FEBRUARI 2012

TARIKH MULA I. 1. 2. 3. 4. 5. Hasil Pembelajaran Kursus :

TARIKH HANTAR

Menjelaskan tahap dan penguasaan bahasa, perkembangan dan kemahiran kemahiran bahasa. Menghuraikan strategi menangani masalah lisan, bacaan dan kefahaman untuk muridmurid pemulihan . Menghasilkan bahan bantu belajar untuk kemahiran lisan, bacaan dan kefahaman. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk kemahiran lisan, bacaan dan kefahaman. Melaksanakan Pengajaran Mikro untuk kemahiran lisan, bacaan dan kefahaman.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4 II. Objektif Projek :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengumpul maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber tentang perkembangan dan penguasaan bahasa, masalah dalam penguasaan bahasa serta intervensi terhadap masalah bahasa yang dihadapi oleh murid pemulihan Menjalankan pemerhatian terhadap murid pemulihan yang berfokus kepada bahasa Melayu dari aspek bacaan Menganalisa dan menghuraikan masalah berbahasa Melayu dari aspek bacaan yang dihadapi oleh murid pemulihan Memberi cadangan untuk mengatasi atau mengurangi masalah tersebut Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian sebagai cadangan pengajaran untuk murid yang diperhatikan Membina bahan bantu mengajar yang akan digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

2. 3. 4. 5. 6.

III. Tugasan - 100% Projek A. Tugasan

Guru Pelatih secara berpasangan dikehendaki:

1.

2.

3. 4.

Menghasilkan laporan berbentuk esei berkaitan tahap dan penguasaan bahasa kanakkanak sejak lahir hingga berumur 12 tahun, perkembangan bahasa kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 12 tahun, masalah dalam penguasaan bahasa murid pemulihan dan intervensi bahasa untuk murid pemulihan tersebut. menghasilkan satu laporan bertulis berdasarkan pemerhatian yang dijalankan serta memberi cadangan-cadangan untuk mengurangi atau mengatasi permasalahan bahasa dari aspek bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian mengenai masalah bacaan murid tersebut. menghasilkan bahan bantu mengajar berkaitan dengan RPH yang dirancang.

B. Peringatan

1. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan kerja kursus. 2. Tugasan ini membawa markah 100%. 3. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: Nama Institut dan logo IPGM Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Program dan Unit Kod dan Mata Pelajaran Nama Pensyarah Pembimbing Tarikh Serahan Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengelolaan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

Anda mungkin juga menyukai