Anda di halaman 1dari 2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan yang pesat dalam bidang komunikasi berlaku dengan pantas. Dengan kemunculan teknologi, telah berlaku revolusi besar dalam bidang komunikasi sejagat. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara manusia bekerja. ICT juga dikatakan dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi pelajar seperti penggunaan teknologi sebagai medium untuk bantuan pembelajaran selain dari pembelajaran formal di dalam kelas. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT di tahap awal pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan di kalangan pelajar- pelajar di desa agar tidak mundur berbanding bangsa lain di negara ini. Kajian ini cuba meneliti dan meninjau hubungan antara sikap, pengetahuan dan tahap penggunaan ICT di kalangan para pelajar SK Kebun Baharu selain keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka iaitu dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan.

1.1 Latar Belakang Kajian Masyarakat Orang Asli umumnya tergolong dalam kategori masyarakat yang miskin dan jauh ketinggalan berbanding bangsa lain di negara ini. Tidak kiralah dari aspek pembangunan sosial, ekonomi dan juga dari aspek pendidikan. Walhal Malaysia sedang berusaha gigih mengejar impiannya menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di mata dunia menerusi harapan yang terkandung di dalam Wawasan 2020. Bagi merealisasikan dan memastikan matlamat tersebut tercapai, aspek pendidikan kini diambil kira sebagai fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam arus perdana yang serba pantas ini. Namun demikian, masih terdapat masyarakat Orang Asli yang masih lagi tercicir dalam mengejar pendidikan (Basir, 2008). Kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati faktor keciciran di kalangan masyarakat Orang Asli ini adalah berpunca daripada faktor kemiskinan, tiadanya bantuan pendidikan, perbezaan antara budaya dan pedagogi, ketidakhadiran murid ke kelas, dan ibu bapa yang tidak ambil peduli dengan sistem yang disarankan oleh kerajaan akan betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka. Diakui bahawa hanya melalui pendidikan, masyarakat Orang Asli dapat membuat perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran sepanjang hayat seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat Orang Asli. Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak ditakuk lama. Mereka harus menerima

Anda mungkin juga menyukai