Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, muridmurid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Petri Jaya akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan Padang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :

i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga ii) iii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih dapat:

i) ii) iii) iv)

Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.

v) Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh Masa Tempat

: 2 MEI 2012 : 7 PAGI 2 PETANG : SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

6.0 SASARAN Semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Kota Tinggi.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA 1 Pingat 1. Pingat acara olahraga individu. i. Emas ii. Perak iii. Gangsa 2. Pingat acara olahraga pasukan. i. Emas ii. Perak iii. Gangsa 2. 1. 2. 3. 4. 3. 1. 2. 3. 4. 4. Piala Kejohanan Juara Naib Juara Tempat Ketiga Olahragawan dan olahragawati Hamper Juara Naib Juara Ketiga Keempat Makanan /Minuman Pegawai /guru/ staf Bayaran Pelepas KUANTITI JUMLAH

26 x RM5 26 x RM5 26 x RM5

RM130 RM130 RM130

4 x4 x RM5 4 x4 x RM5 4 x4 x RM5

RM80 RM80 RM80

1x RM25 1 X RM20 1x RM15 2 X RM10

RM25 RM20 RM15 RM20

1 X RM30 1 x RM30 1 x RM20 1x RM20

RM30 RM30 RM20 RM20

100 x RM5 1 x RM120

RM500 RM 120

5.

JUMLAH

RM2210

TENTATIF PROGRAM

7.00 - 7.30 am Semua murid dan kakitangan SKRI berkumpul di dalam khemah rumah sukan masing-masing. Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk mereka.

7.30 - 7.50 am Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SKRI.

8.10 am Ketibaan VIP

8.10 - 9.30 am Kata alu-aluan juruacara Lintas hormat setiap kontijen Ikrar Temasya Sukan Doa Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan Ucapan Guru Besar Ucapan perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-3

Perarakan keluar semua kontijen Persembahan padang (senamrobik)

9.40 - 1.00 pm Pegawai bertugas mengambil tempat Pertandingan akhir berlangsung Penyampaian pingat-pingat Sambungan acara akhir Penyampaian pingat

1.00- 2.00 pm Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan 2013 Kali Ke-3 SKRI Penyampaian Hadiah Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik Olahragawan 2013 Olahragawati 2013 Hadiah keseluruhan

PENUTUP Kejohanan Sukan Tahunan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Raub Indah merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahr

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-3, SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB INDAH .

Semua Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Tahunan 2013 Sekolah Kebangsaan Raub Indah 27600 Raub Pahang

Tuan/puan,

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-3

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Tahunan 2013 kali ke-3 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh Masa Tempat

: 21 Mei 2013 (Selasa ) : 1.35 petang : Bilik Mesyuarat SKRI

2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Ucapan Pengerusi Ucapan PK KOKO Membentang jenis sukan yang akan dipertandingkan pada karnival sukan Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi Hal-hal lain

Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian

Yang menjalankan tugas ........................................ ( Azlin Binti Abdul Aziz) Setiausaha Kejohanan Sukan Tahunan 2013

s.k. Tuan guru besar

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12 SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, KOTA TINGGI JOHOR

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi Johor, Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:

Tuan/Puan: _____________________________________________________________

Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada: Hari Khamis ( 26 April 2012) Jam: 8.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi Johor. Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai