Anda di halaman 1dari 24

1

Masih Ada Cahaya Oleh SITI NOR AZIAH BT MOHD.YUSOF M20092001070 Sarjana Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum (MT 10) ABSTRAK Kajian Tindakan ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Teluk Intan. Projek ini bertujuan untuk menangani masalah celik huruf dan masalah celik 3M dikalangan kanak kanak Keperluan Khas Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities). Semua kanak kanak termasuk kanakkanak istimewa ini berhak mendapat pendidikan, untuk mereka menghadapi cabaran masa depan, berdikari dan berjaya dalam hidup serta memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Tujuan Kajian Tindakan Masih Ada Cahaya dilaksanakan ke atas murid-murid yang mempunyai masalah pendidikan khas adalah bertujuan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan Kaedah Menggunakan Bonggo iaitu satu alat muzik yang bersesuaian terhadap murid-murid yang sedemikian. Penggunaan alat muzik ini adalah untuk memastikan dan menegaskan tujuan dan keutamaan mengajar membaca adalah penting supaya mereka cepat peka terhadap perkataan KVKV yang disebutkan yang mana muzik dapat membantu menggalakan perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal kanakkanak.. Projek kajian tindakan Masih Ada Cahaya mempunyai potensi untuk digunapakai di kelas biasa yang mempunyai masalah celik 3M dan Program LINUS.

1.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Bagi merealisasikan penyelidikan sebagaimana yang diketahui, maka tajuk yang diperoleh adalah berkaitan dengan kepentingan membaca terhadap murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran (Pendidikan khas). Dalam hal ini, kajian yang pengkaji pilih ini bertujuan bukan sahaja murid-murid normal yang berhak mendapat pendidikan malahan murid-murid yang berkeperluan khas juga memerlukan pendidikan yang sama rata. Sehubungan dengan itu, di atas kesedaran tentang kepentingan pembelajaran terhadap murid-murid khas (pendidikan khas), satu kajian mengenai Masih Ada Cahaya dilaksanakan ke atas murid-murid yang mempunyai masalah pendidikan khas yang bertujuan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan Kaedah Menggunakan Bonggo iaitu satu alat muzik yang bersesuaian terhadap murid-murid yang sedemikian. Penggunaan alat muzik ini adalah untuk memastikan dan menegaskan tujuan dan keutamaan mengajar membaca adalah penting supaya mereka cepat peka terhadap perkataan KVKV yang disebutkan yang mana muzik dapat membantu menggalakan perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal kanak-kanak. Selain daripada itu juga, membaca merupakan medium penting bukan sahaja kepada kanak-kanak malah kepada orang dewasa untuk melahirkan pemikiran dan kreativiti mereka. 2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian tindakan bertitik tolak dari keinginan untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu isu. Dalam proses mendapatkan maklumat mengenai masalah membaca di kalangan murid-murid khas di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap (Integrasi Masalah pembelajaran) ini, pengkaji melihat perkembangan pembelajaran murid-murid istemewa terutamanya murid-murid yang bermasalah pembelajaran didapati pembelajaran dan tingkahlaku individu murid itu dipengaruhi oleh kebolehan individu itu dalam pembelajaran. Selain daripada itu, murid-murid yang bermasalah sedemikian mempunyai kekeliruan pengamatan yang menyebabkan sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan serta kehendak murid. Ramai yang mengalami masalah dalam pembelajaran yang sebenar. Terdapat pelbagai jenis kesukaran atau masalah yang dihadapi oleh murid. Antara masalah yang dihadapi oleh mereka ialah masalah pengamatan penglihatan, masalah pengamatan pendengaran, masalah psikomotor, gagap, kerosakan mental dan gangguan emosi. Masalah-masalah ini adalah masalah yang
2

sedang dan sering dihadapi oleh murid-murid khas. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran merupakan murid-murid yang berfungsi di bawah keupayaan mereka dari segi kecerdasan, pencapaian dan kemahiran-kemahiran sosial. Mereka lambat membaca, tidak aktif sewaktu belajar, tidak berupaya menyatukan bunyibunyi dan membentuk perkataan serta ayat-ayat, lambat bertutur, sukar membezakan sebutan-sebutan perkataan, tidak berupaya mengingati urutan dan kurang penumpuan dalam proses pembelajaran. Kelemahan murid khas dalam membaca dan memaham sememangnya menjadi masalah yang besar kepada guru-guru dan murid-murid sendiri.Kelemahan- kelemahan ini boleh menimbulkan kesulitan belajar seterusnya. Masalah ini agak ketara kepada enam orang murid di kelas khas ini. Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca di peringkat awal persekolahan akan menyebabkan mereka gagal untuk mengusai kemahiran-kemahiran yang lain, peluang-peluang pendidikan terhadap kanak-kanak pendidikan khas seperti mana yang diperolehi oleh kanak-kanak normal. Selain itu juga, kemahiran membaca secara mekanis kurang diberi perhatian berbanding kemahiran menulis dan mengira. Aktiviti pra bacaan juga tidak dijalankan secara serius pada peringkat permulaan. Guru sepatutnya tidak mengambil mudah mengenai pengajaran kemahiran membaca kerana tabiat buruk ketika membaca akan dibawa oleh murid sehingga mereka meningkat dewasa. Kaedah membaca huruf dan gabungan perkataan pada titik permulaan yang tepat dan terus diajar dengan betul. Oleh itu, berasaskan permasalahan tersebut menyebabkan timbul rasa ingin membuat kajian terhadap murid-murid tersebut dan ingin mengetahui setakat mana keberkesanannya kaedah yang mereka. 3.0 PERSOALAN KAJIAN akan digunakan terhadap mereka. Dengan adanya

kajian-kajian yang dibuat akan dapat menjamin bahawa tidak ada diskriminasi terhadap

Kajian ini dilakukan untuk mendapat jawaban kepada persoalan persoalan berikut: 1. Apakah tahap kemahiran membaca kanak-kanak khas semasa berada di Kelas pendidikan Khas? 2. Apakah jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika membaca?

3. 4.

Apakah kesan kesilapan teknik membaca ke atas diri murid ? Apakah masalah utama yang dihadapi oleh subjek kajian dalam bacaan dari aspek berikut: a) mengenal huruf b) bunyi huruf c) gabungan huruf dan suku kata

5.

Apakah teknik yang boleh digunakan secara berkesan ke atas subjek dalam pembentukan konsep kendiri yang rendah iaitu murid kepada keyakinan diri.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah menentukan beberapa objektif bagi kajian yang akan dijalankan. Objektif tersebut ialah: i. ii. Meningkatkan kebolehan dan kepantasan membaca perkataan KVKV Meningkatkan prestasi kelulusan subjek B.Melayu dalan ujian penilaian pendidikan khas.: iii. Mengenal, menyebut dan membaca dengan kadar kepantasan membaca 100 perkataan KVKV yang disediakan.

4.1

Kepentingan Kajian

Tidak semua pelajar yang berada di sekolah mempunyai pencapaian yang sama. Justeru tidak dapat dinafikan wujudnya sebahagian kecil pelajar yang lemah dalam pelbagai lapangan. Pelajar tersebut telah dikenal pasti oleh pakar perubatan dan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, mereka ditempatkan di program pendidikan khas atau di program pemulihan khas. Sebagai seorang guru rasa tanggungjawab terhadap murid tersebut, pelbagai kaedah dan pendekatan sudah dilakukan untuk melahirkan muridmurid yang boleh membaca. Walaupun ada yang menunjukkan prestasi yang meningkat tetapi jumlahnya amat terhad. Kali ini pengkaji melakukan kajian terhadap 6 orang murid berkeperluan khas sekolah ini. Mereka merupakan murid-murid yang mempunyai umur, jantina dan berbeza masalah tetapi berada di kelas yang sama. Kajian ditumpukan kepada aspek membaca 100 perkataan KVKV dengan iringan irama yang menyeronokkan sambil menepuk bonggo.
4

Setelah dijalankan kajian selama lebih kurang 3 bulan dan semua responden telah menunjukkan peningkatan dari segi kebolehan membaca dan kadar kecepatan membaca setiap 20 perkataan pengkaji KVKV terpilih. Sebagai pengukuhan kepada dapatan kajian, membaca 10 ayat yang mengandungi telah meminta setiap responden

perkataan KVKV sahaja. Selepas ujian pos dijalankan didapati ada responden yang boleh membaca ayat-ayat tersebut dengan baik pada kadar yang lebih pantas. 5.0 KAJIAN LITERATUR

Program Membaca dengan menggunakan alat gendang Bonggo adalah satu kajian tindakan yang dirancang oleh pengkaji dan guru-guru pendidikan khas serta pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Langkap untuk menangani celik huruf 3M dikalangan murid murid dengan keperluan khas yang mempunyai masalah pembelajaran (Learning Disabilities). Murid murid ini dikenali dengan panggilan insan istimewa, bertujuan untuk mengelak tanggapan negatif yang lazim dikaitkan dengan murid murid yang bermasalah. 5.1 Siapakah Kanak-Kanak Pendidikan Khas

Sistem pendidikan di negara Malaysia sememangnya membuka peluang yang sama rata kepada kanak kanak untuk mendapat pendidikan. Semua kanak kanak berhak untuk dimasukkan ke dalam sistem persekolahan biasa, kecuali mereka yang mempunyai masalah dan perlu dimasukkan ke dalam Kelas Pendidikan Khas. Deklarasi dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990. (World Declaration Education For All 1990) di Jomtien, Thailand menyatakan bahawa : Setiap Kanak Kanak Berkeperluan Khas mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak bagi menentukan jenis pandidikan yang sesuai bagi anak mereka Murid murid dengan keperluan khas terdiri daripada tiga kumpulan.Mereka terdiri daripada muridmurid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran dan masalah pembelajaran. Menurut Samuel A. Kirk ( 1962 ) dalam Jamila (2005) masalah pembelajaran merujuk kepada kerencatan, kerencaman (confesion ) atau perkembangan yang lewat di dalam satu atau lebih proses yang berkaitan dengan pertuturan, bahasa, bacaan,

ejaan, penulisan atau pengiraan yang mungkin hasil daripada ketidakfungsian saraf dan emosi atau gangguan tingkah laku dan bukannya dari faktor terencat akal, kekurangan deria, budaya atau faktor arahan. Kanak-kanak keperluan khas (KKBP) perlu diberi pendidikan seperti mana kanak-kanak lain untuk memberi peluang kepada mereka memperolehi ilmu pengetahuan bagi melengkapkan diri untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran apabila dewasa kelak. Kanak-kanak ini boleh dididik jika diberi peluang berkembang mengikut keupayaan masing-masing. 5.2 Masalah Membaca di Kalangan Murid Masalah Pembelajaran kadangkala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi

Masalah membaca

tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian, tidak aktif membaca, tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan-latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya. Menurut pandangan Jais dan Mat Nor (1990) membincangkan faktor-faktor yang sering dikaitkan dengan murid yang memerlukan pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Mereka membahagikan punca masalah kepada tiga faktor iaitu psikologi, biologi dan persekitaran. Dalam faktor psikologi kedua-dua pengkaji ini telah melibatkan dua perkara penting yang mempengaruh iaitu kecerdasan dan kesihatan emosi. Manakala dalam faktor biologi, mereka telah membahagikan faktor tersebut kepada dua perkara yang diutamakan iaitu kesihatan fizikal dan fungsi neurologi manakala dalam faktor persekitaran pula ianya dapat dikaitkan deangan dua perkara iaitu pembentukan bahasa dan amalan di sekolah. Pendapat di atas juga disokong oleh Carrol (1993) dalam Anwar Ridzi (2000) yang mana beliau menyatakan bahawa pelajar yang menghadapi masalah membaca adalah disebabkan oleh beberapa faktor penting iaitu kelemahan kecerdasan mental, bakat, sikap, dan minat. Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman.

Menurut Abu Basar (1998), masalah membaca ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ) 5.2 Kepentingan Pembelajaran Membaca atau bacaan adalah sebahagian daripada proses perhubungan. Dari segi kemahiran bahasa, bacaan adalah satu daripada susunan atau turutan penguasaan atau pembelajaran. Dalam hal ini menurut Abu Basar (1998) peringkat-peringkat kemahiran pengajaran bacaan terbahagi kepada empat iaitu: i) ii) iii) iv) peringkat Pra bacaan (kesediaan membaca) peringkat bacaan mekanis peringkat bacaan dan kefahaman peringkat memupuk sikap minat membaca. Kemahiran Membaca di Kalangan Murid Masalah

Kepentingan membaca ini bagi murid-murid masalah pembelajaran ini, di mana dengan membaca akan menjauhkan kanak-kanak daripada mendapat amalan pengamatan yang salah. Ia juga dapat membantu kanak-kanak mengebnal gambar, bentuk dan perkataan. Selain itu, dengan adanya kemahiran membaca akan dapat menambah( memperkayakan) perbendaharaan kata serta keupayaan bertutur. Membaca juga dapat menyuburkan sikap bekerja dengan tekun serta menyuburkan perkembangan sosial dan rasa hati atau pun emosi. 5.3 Kepentingan Penggunaan Alat Muzik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Membaca di Kalangan Murid Masalah Pembelajaran Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan kanak-kanak dan bukan masyarakat keseluruhan. Kajian yang dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran ini adalah dengan menggunakan bonggo disertai irama yang menghiburkan para responden dan dibimbing membaca 20 perkataan KVKV pada setiap sesi pengajaran & pembelajaran. Menurut Yusof (2002), kanak-kanak memberi respon secara natural terhadap bunyi muzik dan mereka senang melahirkan skpresi diri melalui muzik. Sifat

cenderung kepada muzik yang sedia ada pada kanak-kanak mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya. Peranan muzik dalam kelas pendidikan Kelas Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran (KKBP) adalah ke arah perkembangan sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang merangkumi aspek-aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Ia akan melibatkan perkembangan kecerdasan mental, selain membantu perkembangan psikomotor dan sosiolisasi. Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam perkembangan murid secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani. Selain itu menurut Radziah (2006), penggunaan alat muzik yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu meningkatkan minat kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Dalam hal ini juga beliau menegaskan pembelajaran menggunakan alat muzik merupakan satu saluran komunikasi dan interaksi yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran KKBP. Tujuan menggunakan alat tersebut adalah di mana muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak pendidikan khas dalam bentuk elemen muzik. Muzik digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak, umpamanya kanak-kanak yang berumur 2 tahun akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara semulajadi. Menurut Suhaili (2007), kanak-kanak akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran menggunakan alat muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di samping memperoleh kemahiran muzik. Kepentingan aktiviti muzik dapat membantu menggalakan perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal kanak-kanak. Perkembangan kognitif di mana murid-murid ini akan belajar berkenaan dengan konsep muzik seperti pic, rima dan rentak. Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah, bunyi kuat dan bunyi lembut, bunyi panjang dan bunyi pendek serta bahasa mengembangkan perbendaharaan kata murid serta meningkatkan budaya pendengaran. Manakala perkembangan sosioemosi, kanak-kanak yang sedemikian akan dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai apabila kita menyelitkan nama-nama mereka dalam

nyayian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Melalui pembelajaran dengan menggunakan bunyi-bunyian boleh dijadikan terapi yang positif kepada kanak-kanak pendidikan khas. Hal ini dibuktikan berdasarkan kajian yang dilakukan di Universiti pernah mengenali instrumen berkenaan Munster, Jerman pada 1997 dalam Shahidah (2008), menemukan rumusan mengenai pembelajaran muzik pada usia kanak-kanak sebenarnya akan membesarkan saiz otak kanak-kanak itu. Kajian berkaitan juga menunjukkan kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan sebanyak 25 peratus bahagian otaknya menganalisis nada tinggi rendah nota muzik berbanding mereka yang tidak. Dalam kenyataannya juga menyatakan bahawa semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan terperinci di mana fenomena ini dianggap satu kelebihan kepada mereka. Dr Ramona dalam Berita Harian (2008), menegaskan bahawa kanak-kanak yang

memiliki pendedahan awal terhadap muzik mempunyai kelebihan daripada segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat pengaruh muzik yang didengar. Selain itu, katanya, terapi muzik terhadap kanak-kanak juga boleh menjadikan si kecil membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik ialah menekankan kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan menuntut pengecaman yang sangat jitu lebih-lebih lagi rutin muzik adalah kerja berkumpulan. kes terapi muzik untuk kanak-kanak, banyak penemuan dan kajian memunculkan kesan positif ke atas mereka. Menurut Creber (1974) dalam Anwar (2000), murid yang menghadapi masalah membaca perlu diberikan penekanan berkaitan dengan kesediaan membaca. Antara yang disarankan oleh beliau untuk membuat kesedian membaca ialah dengan menggunakan alat-alat muzik supaya murid dapat membuat pengukuhan dengan cara bermain alat-alat tersebut. Oleh itu dengan menggunakan alat muzik, guru boleh mengesan sama ada murid berada dalam keadaan sihat dan stabil atau mengalami gangguan emosi kerana kanak-kanak yang tidak sihat tidak akan menunjukkan tindak balas positif walau pun mereka berada dalam lingkungan rakan sebaya yang cergas. Justeru, muzik adalah antara alat bantu yang sangat berkesan untuk menangani dan mendidik kanak-kanak seperti ini. . Paling utama, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika menjalani sesi
9

10

terapi muzik yang dilakukan kerana apabila pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan alat muzik mereka akan rasa hilang stress, mendapat relax semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta pengajaran menjadi flexible atau mudah ubah bergantung kepada situasi, kesesuaian dan kesediaan kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini guru KKBP perlu sentiasa peka dan kreatif, bijak serta ikhlas dalam menjalankan pengajaran. 6.0 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah dengan menggunakan model Kajian Tindakan yang telah dirumus oleh Kim (1992) dalam Buku Kajian Tindakan yang telah diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) di bawah Program PIER ( Program For Innovation, Excellence ang Research). 6.1. Kumpulan Sasaran (Sampel Kajian) Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar pendidikan khas sahaja. Mereka mempunyai pelbagai masalah yang disahkan oleh doktor pakar seperti ADHD, perkembangan lewat, lembam, disleksia dan cerebral palsy. Para responden tidak sama umurnya dan mempunyai kecerdasan mental yang berbeza. Namun mereka merupakan responden terbaik di program pendidikan masalah pembelajaran sekolah ini. Para responden yang dilibatkan termasuklah: Bil 1 2 3 4 5 6 Responden A B C D E F Jantina P L L L P L Umur 14 11 12 11 8 13 Pengesahan masalah Slow learner(lembam) ADHD Cerebral Palsy Slow learner (Lembam) Slow learner (lembam) Perkembangan lewat

6.2

Instrumen Kajian 6.1 6.2 Pemerhatian terhadap tingkahlaku Temuramah dengan ibu bapa dan guru (lampiran 2)

10

11

6.3 6.4 6.5 6.3

Analisis ujian dalaman Ujian prabacaan dan analisis (lampiran 3) Ujian pos dan analisis

Prosedur

Penyelidikan tindakan ini adalah satu proses perubahan yang berdasarkan pengumpulan data secara sistematik, justeru itu memilih suatu tindakan strategik berdasarkan apa yang diperolehi daripada data yang dikumpul. Kajian yang sistematik ini, membantu kita mengenalpasti hubungan-hubungan, sebab dan akibat serta membuat refleksi. Prosedur untuk membuat kajian ini adalah seperti seperti carta gant .(lampiran 1) 6. 4 Langkah-Langkah Kajian Langkahlangkah kajian tindakan yang dijalankan di sekolah ini boleh dilihat dari rajah di bawah ini. Terdapat 8 langkah atau peringkat yang digunakan oleh pengkaji semasa melaksanakan kajian. Setiap langkah mempunyai prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh pengkaji untuk memastikan kebolehpercayaannya. Bermula daripada mengenalpasti masalah pengkaji untuk menyelami apakah masalah yang timbul, bagaimanakah masalah ujud dan bagaimana untuk mengatasinya. Dari sini pengkaji mengikuti langkah-langkah yang seterusnya sehinggalah selesai kajian ini. Langkah-langkahnya ialah: 6.4.1 Kenalpasti Masalah.

Pengajaran & pembelajaran kemahiran membaca yang dimulakan dengan pengenalan abjad, sukukata KV, perkataan VKV. KVK , KVKV dan KVKVK di kelas pendidikan khas sekolah ini telah dilaksanakan sejak awal tahun 2004. Namun hanya 11% berada pada tahap D sementara 89% berada pada tahap sangat teruk dan tidak boleh membaca. Responden-responden berkeperluan khas telah dikenalpasti sebagai responden yang sukar memahami arahan, daya ingatan yang lemah , sukar bertutur, mempunyai pelbagai kerencatan serta sering menimbulkan masalah tingkahlaku. Justeru,tempoh mencapai kejayaan bagi satu-satu kemahiran yang dipelajari responden. mengambil masa yang panjang sehinggakan dalam tempoh 4 tahun, huruf abjad pun belum dikenali oleh majoriti

11

12

Pengkaji perlu peka, prihatin, kreatif dan mahir mengenalpasti keperluan dan kehendak responden. Segala kaedah yang diketahui sering diubahsuai dan digunakan demi meningkatkan pencapaian mereka. Walaupun demikian pengkaji dapati prestasi mereka sukar ditingkatkan. Kini pengkaji terfikir untuk melaksanakan kajian kepada 6 orang responden terpilih dengan menggunakan bonggo bagi meningkatkan kebolehan dan kecekapan mereka membaca khususnya 100 perkataan KVKV yang dipilih. Berpandukan tinjauan di atas berikut dicatatkan responden. Responden A Kekuatan , kelemahan & Potensi Boleh membaca ayat mudah tetapi lambat. Boleh menulis huruf abjad dengan betul dan kemas.Kurang minat membaca tetapi menunjukkan minat menyanyi.Berpotensi diinklusifkan Boleh membaca ayat mudah tetapi lambat. Boleh menulis huruf abjad dengan betul dan kemas tetapi kadang-kala gopoh. Kurang minat membaca tetapi minat mendengar muzik.Berpotensi untuk dinklusifkan Boleh menyanyi dengan baikMasih lambat ketika membaca. Kelambatan membaca mungkin disebabkan oleh penglihatan yang kabur. Boleh mengeluarkan suara yang kuat ketika menyanyi.Mengeja ketika membaca. Kadar bacaan masih lambat. Boleh mengikut arahan dan mengikut irama jika diasuh.Masih belum menguasai abjad dan sukukata sepenuhnya.Berpotensi untuk maju kerana masih muda Minat menggunakan alat muzik dan hiburan.Masih tidak boleh membaca kerana belum kenal abjad dan sukukata sepenuhnya. Boleh maju tetapi memerlukan kegigihan dan kekerapan mengadakan sesi latih tubi ringkasan analisis prestasi para

D E

6.4.2 Membuat Tinjauan / Kutipan Data i) Kaedah pemerhatian:

Tinjauan terhadap kebolehan dan kepantasan membaca sudah dimulakan pada awal tahun 2004 semenjak pengkaji mengajar di kelas Pendidikan Khas. Pada umumnya pengkaji tahu pencapaian setiap responden melalui sesi temu bual dengan ibu bapa yang diadakan ketika hari pendaftaran. Para responden memang tidak gemar membaca tetapi

12

13

menunjukkan minat semasa sesi P&P dijalankan. Di samping itu mereka boleh menyiapkan tugasan yang diberi pada lembaran kerja. Namun begitu apabila diminta membaca soalan dalam ujian atau cerita pendek, didapati mereka perlu mengambil masa yang panjang untuk membaca beberapa ayat pendek. ii) Kaedah temubual (lampiran 2)

Temubual dengan ibubapa/penjaga juga telah dijalankan. Ibubapa para responden menyatakan anak mereka memang malas membaca. Para ibubapa serta guru telah mengakui mereka sering menasihati dan menyuruh para responden supaya rajin membaca, tetapi hakikatnya para responden memang sukar diajak untuk mengamalkan tabiat suka membaca. iii) Kaedah ujian dalaman .

Ujian dalaman diadakan pada peringkat pertengahan dan akhir tahun yang dikendalikan pada setiap tahun. Walaupun ada responden yang memperolehi gred A dalam subjek Bahasa Melayu tetapi diperhatikan para responden sukar membaca soalan tanpa bimbingan guru. Keputusan ujian para responden dalam subjek Bahasa Melayu adalah seperti berikut: Kump Responden A B C D E Semester 2 Semester 1 Semester 2 Semester 1 2008 2009 2009 2010 84 89 98 90 90 75 94 94 88 77 84 78

13

14

6.4.3

Analisis Tinjauan Masalah (Analisis Data)

Pada bahagian ini, pelaksanaan Ujian prabacaan dijalankan untuk mendapatkan datadata bagi melaksanakan kajian seterusnya. Ujian prabacaan dijalankan kepada setiap responden. Setiap responden dikehendaki membaca 20 perkataan yang terkandung dalam setiap set ujian. Tempoh responden membaca 20 perkataan tersebut akan dicatat disamping mengira jumlah perkataan yang dibaca dengan betul. Keputusan ujian prabacaan. (lihat lampiran 3) 6.4.4 Isu Fokus Kajian pelajar yang tidak boleh membaca sentiasa menjadi perhatian umum. Justeru

Kementerian Pelajaran Malaysia meneruskan usaha menangani masalah ini. Antaranya memberi latihan kepada guru dan menambahkan alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Hasil penyelidikan, punca masalah responden tidak boleh membaca sudah ditemui. Justeru sudah banyak kaedah cepat membaca yang telah diaplikasi oleh para pendidik Namun mensifarkan bilangan responden yang tidak boleh membaca tidak mungkin berlaku. Justeru kajian demi kajian diteruskan dan kali ini pengkaji fokuskan kepada 100

perkataan KVKV yang pengkaji pilih sahaja. Dengan menggunakan bonggo disertai irama yang menghiburkan para responden dibimbing membaca 20 perkataan KVKV pada setiap sesi pengajaran & pembelajaran. 6.4.5 Merancang Tindakan.

Pengkaji telah merancang beberapa langkah tindakan dalam melaksanakan projek ini. Langkah-langkah itu termasuklah melakukan temu bual, menganalisis item soalan temu bual, perjumpaan atau taklimat dengan Guru Besar, Penyelaras Pendidikan Khas, Pembantu Pengurusan Responden, responden-responden serta menilai dan melakukan refleksi.

14

15

Sebagai tindakan proaktif pengkaji ialah memperkenalkan perkataan KVKV dengan menggunakan Bonggo iaitu suatu alat muzik yang di pukul serta dibunyikan mengikut rentak. Ini amat penting dan mampu mencorakkan perkembangan dan pembangunan potensi manusia (human potential) terutama dari segi perkembangan pemikiran, reka cipta, menjadi kreatif, mengembangkan bakat dan kebolehan semula jadi yang terpendam. Kaedah pengajaran dengan menggunakan Bonggo ini dilahir daripada cetusan idea pengkaji dan guru-guru sekolah ini. Pengkaji telah meletakkan sasaran bahawa kaedah pengajaran yang bercorak demikian mampu menjadi pendorong kepada kecemerlangan budaya akademik sekolah yang berkesan khususnya dalam bidang pendidikan khas. Kaedah nyanyian digunakan kerana pada kebiasaannya kanak-kanak suka menyanyi. Pembelajaran dengan kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana riang dan seronok. Suasana ini memudahkan murid-murid mengingati , menyebut dan memahami apa yang diajar. Untuk itu guru besar, penyelaras pendidikan khas, guru-guru pendidikan khas serta ibu bapa yang terlibat bertanggungjawab dalam membuat belanjawan, pengagihan sumber tenaga, pengurusan bahan dan pengawalan aliran aktiviti supaya tidak tergendala dan lari daripada perancangan dan pengurusan yang telah dibuat. i) Kumpulan Sasaran.

Kajian ini melibatkan 6 orang responden bermasalah pembelajaran dan mata pelajaran yang dipilih ialah Bahasa Melayu di SK Seri Langkap, Teluk Intan. ii) Tempoh kajian:

Dari 05. 7. 2010 hingga 05 September 2010 iii) 6.4.6 Jadual Pelaksanaan Kajian

Melaksanakan Tindakan

Sesi pengajaran & pembelajaran yang berkesan dijalankan selaras dengan tajuk-tajuk dan set perkataan-perkataan yang telah disediakan. Tajuk Tempoh 1. Induksi: : Kata Nama dalam set 1 (sebagai contoh) : 60 minit bagi setiap tajuk Doa/ nasyid/ nyanyian/ cerita isu semasa

15

16

2. Perkembangan isi pengajaran 2.1 Tulis satu demi satu perkataan KVKV yang ingin diajarkan sehingga 20 perkataan. 2.2 Setelah ditulis perkataan KVKV contohnya baju, bimbing responden mengenal dan menyebut setiap huruf abjad yang terlibat diikuti dengan mengenalkan objek sebenar. Kemudian diteruskan sehingga 4 perkataan KVKV yang berikutnya. 2.3 Ambil bonggo dan bimbing responden membaca 5 perkataan tersebut dengan irama yang diperkenalkan. 2.4 Ulangi aktiviti 2.1, 2.2 dan 2.3 bagi 5 perkataan KVKV sehinggalah semua perkataan KVKV dalam set 1 diperkenalkan. berikutnya

2.5 Kendalikan penilaian melalui aktiviti ejaan secara bertulis dan beri ganjaran berfaedah kepada responden yang berjaya mengeja sekurang-kurangnya 16 perkataan dengan betul 3. Penutup 3.1 Ulangi aktiviti 2.3 bagi 5 perkataan KVKV terpilih sahaja. Untuk memenuhi keperluan individu , program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksible selaras dengan peraturan- peraturan pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 yang menyatakan : Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran , masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Justeru itu, daya kreativiti guru amat penting supaya murid-murid lebih berminat dan cepat mengenali atau belajar apa yang diajar. 6.4.7 Menilai dan Membuat Refleksi Pelaksanaan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat sebelum dan selepas untuk menilai perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan dan potensi murid. Maklumat ini membolehkan kemajuan murid dapat dipertingkatkan dan dikembangkan ke tahap maksimum

16

17

Sesi pengajaran & pembelajaran dijalankan setiap minggu iaitu semasa subjek muzik. Didapati semua responden meminati pengajaran ini. Namun demikian hanya 4 orang responden lelaki sahaja yang boleh menyanyikan lagu KVKV ini dengan iringan bonggo. Apabila pengkaji masuk ke kelas semua responden sudah bersedia. Minat yang tinggi dapat dibuktikan apabila terdapat responden ( terutamanya F) sentiasa menawarkan diri untuk memukul bonggo pada setiap sesi P&P. Pengkaji sungguh gembira melihat karenah para responden kerana memudahkan

pengkaji melakukan set induksi. Responden C, D dan F sering menghiburkan pengkaji kerana suka menyanyikan lagu KVKV ini. Pengkaji amat mengharapkan agar semua responden boleh meningkatkan prestasi masing-masing dalam ujian pos nanti setelah mempelajari kaedah ini selama 2 bulan.. i) Ujian Pos 1 Ujian pos dilaksanakan pada hujung bulan Ogos. Setiap responden diminta membaca sekali lagi perkataan KVKV yang terkandung dalam 5 set ujian prabacaan. Sebelum ujian dimulakan pengkaji mengingatkan responden supaya membaca dengan teliti dan hendaklah cuba membaca dengan cepat. Ujian dijalankan dengan lancar. Ada responden yang berebut-rebut untuk membaca lebih awal. Pada keseluruhannya semua responden telah menunjukkan peningkatan sama ada dalam aspek purata markah atau purata kadar kecepatan membaca seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Responden E menunjukkan peningkatan yang terbaik.Refleksi Ujian Pos 1 dapat dilihat dapat dilihat perbandingannya prestasi yang dicapai oleh seriap responden .(Lihat Lampiran 5) PERATUSAN PENINGKATAN PURATA MARKAH(digenapkan kepada nombor bulat terhampir 6% 5% 6% 16% 90% PERATUSAN PENINGKATAN KADAR KECEPATAN MEMBACA (digenapkan kepada nombor bulat terhampir) 3% 38% 32% 54% 66%

RESPONDEN A B C D E

17

18

14%

20%

ii) Refleksi Ujian pos 2 a) Pelaksanaan ujian Pengkaji telah menyediakan 10 ayat pendek. Setiap ayat hanya mengandungi perkataanperkataan KVKV sahaja . Pengkaji menilai kebolehan responden dalam aspek membaca ayat-ayat tersebut dengan sebutan yang betul dalam tempoh masa yang singkat.

b) Refleksi Ujian Pos 2 Alangkah gembiranya hati apabila ada responden yang dapat membaca dengan baik ayatayat yang disediakan dalam ujian ini. Disamping itu pengkaji dapati mereka boleh membacanya dalam tempoh masa yang lebih pantas. Responden E sememangnya berjaya menunjukkan prestasi yang paling menonjol. iii) Refleksi kajian terhadap responden

Seandainya responden-responden diberikan sebuah rancangan pengajaran yang mudah serta menarik perhatian, mereka akan menumpukan perhatian kepada guru. Penumpuan perhatian dan penglibatan aktif responden-responden ketika P& P yang dikendalikan dalam kajian ini telah menghasilkan kejayaan walaupun hanya apabila mendengar bunyi ketukan bongo tersebut responden yang kurang memahami dalam masalah ini tertarik dan cuba untuk mengetahuinya. Bilangan responden responden yang boleh membaca dengan baik dan cepat sudah berjaya ditingkatkan. Pengkaji dapati wajah mereka semakin ceria. Mereka rasa apabila mendapat sesuatu yang baru, mereka akan rasa dihargai dan tidak ketinggalan. iv) Refleksi kajian terhadap guru

Pengkaji berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh para responden. Hanya seorang responden sahaja yang langsung tidak boleh membaca. Namun pengkaji kurang kecewa

18

19

dengan kegagalannya kerana responden ini bermasalah dalam pertuturan dan terbukti perkembangannya lewat. Pengkaji berjaya mengemukakan satu kaedah cepat membaca bagi sebahagian perkataan KVKV khususnya dalam kalangan responden berkeperluan khas. Pengkaji percaya kaedah ini boleh diaplikasi kepada kumpulan lain juga. Selain daripada itu juga kepakaran dan kemahiran guru KKBP adalah penting untuk melaksanakan sebarang program yang berkaitan dengan murid-murid sedemikian. Kejayaan program ini amat memberangsangkan apabila seorang murid, Asyraf Bin Yaakub boleh menguasai bunyi vokal dengan tepat dalam masa 4 hari. Seterusnya dengan kaedah Bongo, murid ini menunjukkan peningkatan yang amat ketara apabila beliau boleh menghafal bunyi suku kata dalam tempoh dua minggu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kepakaran guru-guru dalam menangani tingkah laku dan penyesuaian emosi Asyraf , mempercepatkan proses pembelajarannya walaupun Asyraf ialah seorang murid yang bermasalah dalam emosi. Guru-guru mampu mengajar beliau sehingga berjaya. Nilai kesabaran, ketabahan dan kepakaran yang digandingkan dengan kesungguhan telah berjaya mengatasi masalah semasa. Kerjasama dan kesungguhan guru KKBP dalam proses pembelajaran dan pengajaran di KKBP , setiap murid diberi perhatian khusus dan galakan untuk perkembangan bakat , kebolehan dan potensi diri bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Khas. Aktivitiaktiviti seperti terapi berkebun , terapi berkuda , terapi pengamatan dan terapi motor halus dan motor kasar sering dilakukan. Namun bakat kanak-kanak KKBP pula harus dipupuk dan dicungkil melalui aktiviti-aktiviti persembahan seperti nyanyian, bercerita, lakonan, tarian dan permainan alat muzik. Dalam hal ini juga guru-guru KKBP menunjukkan kesungguhan dan rasa tanggungjawab unutk mendidik dan berbakti kepada kanak-kanak di kelas ini. Mereka menghormati pelajar sebagai individu yang mempunyai kemampuan, kebolehan, kemahiran dan minat tersendiri. Pendekatan yang paling baik untuk digunakan ialah pendekatan yang boleh diubah suaikan selaras dengan cara murid-murid mampu belajar. Guru-guru sentiasa mendekati dan menolong murid-murid agar mereka mendapat ketenteraman emosi , rasa percaya dan selamat. Program KKBP di sekolah ini menyediakan kemudahan yang bersesuaian bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pendidikan yang setara dengan
19

20

rakan normal mereka. Program Pendidikan Khas adalah juga satu subsistem dalam pendidikan dan bertanggungjawab menyediakan peruntukan dan kemudahan bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pendidikan yang setara dengan rakan normal mereka. Dr Lilia Halim, Berita Harian, 11 Ogos 2004 menyatakan bahawa setiap murid dalam KKBP dilatih untuk berdikari dan meningkatkan keyakinan diri. Dengan cara ini mereka tidak akan menjadi bebanan kepada keluarga dan masyarakat apabila dewasa kelak. Ini bersesuaian dengan ketetapan UNESCO (1973) The aim of special education is to prevent a disability from becoming a handicap. Dalam hal ini juga, apabila sudah berkecimpung dalam arena pendidikan khas, sebagai seorang guru, perlulah menggalakkan murid supaya minat membaca.Guru perlu menggalakkan murid yang sedemikian untuk minat membaca dan perlulah diadakan aktiviti yang setaraf dengannya. Sebagai motivasi mereka hendaklah diberi hadiah atau lain lain ganjaran sebagai galakan. Dengan ini mereka tidak merasa rendah diri dan berminat untuk membaca. Selain daripada itu juga, suasana perlu diwujudkan untuk mereka supaya mereka lebih terdedah kepada bahan bacaan. Perkara ini seharusnya mendapat kerjasama ibu bapa serta bantuan nasihat dari pihak guru. Seharusnya pihakpihak yang terlibat perlu saling bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik dan harmonis untuk memastikan kejayaan murid-murid khas ini. Mereka perlu sentiasa berbincang dalam memastikan prestasi pelajaran anak-anak sedemikian sentiasa menunjukkan perkembangan. 6.4.8 Merancang Tindakan Susulan

Pada tahun 2005 kajian pengkaji bersama rakan-rakan guru Pendidikan Khas membuat pelbagai kaedah untuk mendapatkan satu cara pengajaran yang berkesan. Hasil kajian yang lalu telah dimantapkan dan pada tahun ini subjek Bahasa Malaysia menjadi pilihan dan meneruskan kajian tersebut untuk mendapat keberkesanannya. Adalah diharapkan pada tahun yang akan datang pengkaji sekiranya mampu menerokai bidang disiplin dan pengurusan tingkah laku pula. Adalah diharapkan dengan adanya kajian ini, respondenresponden yang sedemikian tidak ketinggalan dalam pendidikan. Walaupun kajian yang dilaksanakan ini tidak berjaya 100% tetapi murid dapat sedikit sebanyak mengenal dan membunyikan suku kata terbuka KVKV. Di masa akan datang, sekiranya kaedah ini dimantapkan lagi oleh guru-guru yang terlibat dengan murid-murid lembam atau pemulihan khas boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran normal.

20

21

Peranan kepimpinan sekolah dalam merancang kejayaan adalah sama pentingnya dalam tugasan mengekalkan pencapaian dan seterusnya membuat penambahbaikan bagi setiap program atau projek yang dilaksanakan. Langkah kepimpinan sekolah membuat follow up dan follow through merupakan pemantauan berterusan untuk memastikan teknik pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid murid dilaksanakan dan pencapaian mereka direkodkan. Kajian ini boleh dilebarluaskan untuk digunapakai oleh panitia mata pelajaran khususnya panitia Bahasa Melayu. Murid murid yang masih belum menguasai 3M akan mendapat manfaat daripada projek ini. Ini menjadi landasan kepada kejayaan dalam UPSR di pihak sekolah telah mensasarkan kelulusan 100% dalam Bahasa Melayu Pemahaman. Kegagalan sifar dalam Bahasa Melayu membuktikan semua murid celik huruf dan celik 3M. Oleh itu, muridmurid di kelas biasa yang dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran dan buta 3M akan dilibatkan dengan kajian ini. Pembimbing Rakan Sebaya (PKS) akan digunakan untuk membantu rakan lain merupakan penambahbaikan pada projek. Untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah daripada untuk mengekalkan kejayaan yang dicapai. Banyak halangan dan cabaran yang perlu dihadapi dalam mengekalkan kejayaan ini. Penglibatan semua pihak khususnya ibu bapa / penjaga perlu dengan memberi lebih perhatian kepada anakanak terutama kepada anak-anak istimewa. Keengganan ibu bapa atau penjaga menerima hakikat keadaan anak- anak mereka dan tidak mahu menghantar ke KKBP menyulitkan lagi proses pemulihan dilakukan. Kebanyakan warga sekolah dan masyarakat tidak prihatin dan memandang rendah kepada kanakkanak istimewa. Kesedaran melalui penerangan dan ceramah perlu diadakan untuk mengatasi keadaan ini. 7. KESIMPULAN

Pengajaran hasil dari kajian perolehi ialah keikhlasan bekerja dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak serta sokongan yang padu sentiasa bersama akan menghasilkan kejayaan. Di samping itu, hak pendidikan harus diberi kepada semua tanpa mengira kemampuan / kekurangan mereka. Pendekatan yang berbeza perlu digunakan untuk murid yang berbeza bagi memastikan semua murid yang keluar selepas 6 tahun di sekolah rendah celek 3M , terdidik dengan akhlak yang baik.
21

22

Dalam pendemokrasian pendidikan, setiap kanak-kanak ada hak untuk mendapat pendidikan. Seorang Guru Besar yang memiliki Kuasa Pakar perlu mengenal pasti kemampuan setiap murid untuk belajar , diajar dan dididik. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran perlu ditangani dengan hikmah dan diberi pendidikan dengan pendekatan yang sesuai dengan kemampuan mereka. Prestasi setiap murid mesti sentiasa dinilai dan diukur. Penempatan mereka dalam kumpulan tertentu (cemerlang, sederhana dan berpotensi) dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bersesuaian dapat membantu murid meningkatkan prestasi mereka. Kecemerlangan murid adalah kayu ukur kecemerlangan sekolah. Perancangan program sekolah tidak boleh dilihat sebagai satu aktiviti tahunan tetapi perlu dirancang sebagai satu pelan induk yang dilengkapi dengan program tahunan. Setiap tahun strategi pelaksanaan boleh diubah suai , dengan mengambil kira pencapaian tahun sebelumnya. Kejayaan satu projek yang dilaksanakan adalah hasil daripada gabungan pengetahuan , pengalaman dan stail kepimpinan yang diamalkan. Matlamat untuk mencapai kecemerlangan pendidikan kekal sebagai teras pengajaran dan pembelajaran manakala murid-murid adalah kumpulan sasar yang memerlukan bimbingan dan bantuan. Masyarakat juga perlu diberi kesedaran bahawa murid-murid berkeperluan khas juga berhak mendapat pendidikan sewajarnya. Perbezaan ketara ialah kelas khas pendidikan memerlukan tumpuan ibu bapa / penjaga dan guru-guru yang lebih dibandingkan dengan kelas biasa. Peranan Kementerian juga perlu digandakan, bersesuaian dengan matlamat untuk memastikan sokongan penuh diberikan kepada pelaksanaan program. Tempat belajar yang selesa, kemudahan yang lengkap dan peruntukan yang mencukupi akan menjamin kejayaan yang berkekalan.

22

23

BIBLIOGRAFI: Abu Basar bin Mohd. Shah. (2003). Nota-nota kuliah , Jabatan Pendidikan Khas MPIK, Kuala Lumpur. Budaya membaca: Dimuat turun pada 11.8.10 dari http://roszelan.pbwiki.com/ Buku panduan pelaksanaan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (1998).Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku panduan Bahasa Melayu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah rendah dan menengah. (2007). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan pemulihan bacaan asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ee Ah Meng. (1991). Psikologi pekembangan aplikasi dalam bilik darjah. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Hamid Arshat Pakar Sakit Puan.Masalah membaca. Dimuat turun pada 11.8.2010 dari http://www.hamidarshat.com Hj. Abd. Razak Dali: Isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran membaca di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dimuat turun pada 11.8.2010 dari http://fasisbh1.zoom-a.com/isumasalahmembaca.htm. Jamila K.A.Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istemewa. Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Marohaini Yusoff. (1989). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur: Kaya Bistari Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (1990). Pemulihan,pengayaan dan isu pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman,. Nur Farani binti Supian. (1998). Keberkesanan Pendidikan Jasmani suaian terhadap kecergasan fizikal pelajar bermasalah pembelajaran: Kajian kes di Sekolah

23

24

Kebangsaan Perempuan Bukit Kuda, Klang.: Disertasi tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendeta, Jurnal Bahasa Sastera dan Budaya. Jilid 1(2005) dan jilid 2 (2006). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Roziah binti Abd Hamid. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar dimuat turun pada 8.8.2010 dari http://search.yahoo.com/ Shaidah Shafie (2008). Muzik perkasa minda: Terapi bunyi-bunyian beri kesan positif kepada kanak-kanak dimuat turun pada 6.8.2010 dari Berita Harian http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=6&storyid Sindrom Lambat Membaca. Dimuat turun pada 6.8.2010 dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=511%3Asindrom-lambatmembaca&catid=200%3Ajenis-jenis-penyakit&Itemid=4Sufean Hussin.(1993). Pendidikan di Malaysia-sejarah, sistem dan falsafah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suhaili Sahimin- (2007) pedagogi muzik dalam perkembangan kanak_kanak: Dimuat turun pada 12.8.2010 dari http://myaspirasi.blogspot.com/2007/11/pedagogimuzik-dalam-perkembangan-kanak.html Yusof Abd.Majid .(2002). Pendidikan muzik. Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak. Kedah: Harvard Suasana Hotel.

24

Anda mungkin juga menyukai