Anda di halaman 1dari 15

"

Falsafah PerNikahan Dalam Islam


Firman Allah S.W.T. "Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." ( Yaasin: 36 )
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan. Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan ? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Coba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia senantiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah .

Laki-laki dan Wanita Dalam Kejadian Manusia


Dengan memberikan sedikit perhatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama yaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemulai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan, keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita. Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan itu merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

" Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. " (ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman: " Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... " (An-Nissa':1) Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmat Allah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, Pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan keturunan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan urusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

Mengapa Menikah
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan pernikahan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, pernikahan disyariatkan. Dalam pernikahan, ditentukan kewajiban-kewajiban dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturanperaturan itu tidak dipatuhi, sama ada karena kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Membentuk Keluarga
Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan Rumah-Tangga. Rumah Tangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat Rumah Tangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumah tangga secara berkedudukan bebas tanpa pernikahan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumah tangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini. Sebaliknya, rumah tangga yang dibentuk melalui pernikahan yang sesuai kepada peraturanperaturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumah tangga yang diikat dengan

pernikahan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anakanak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.

Rumah Tangga Sebagai Masyarakat Kecil


Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggung jawab dalam pembentukan- Falsafah Pernikahan Dalam Islam Oleh karena pernikahan adalah perkembangan dari pada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh karena keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka pernikahan yang tidak menghormati masyarakat, seperti nikah lari, ditangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.

Prinsip Pembentukan Keluarga Islam


Sebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang Syamil (lengkap) dan Sempurna , yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan pernikahan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina melalui kesadaran beragama yang dipupuk melalui pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun

dan dikawal oleh rasa tanggung jawab dan menghormati nilai-nilai Akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya
akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingatiallah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini meiupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, karena orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau bagaimana sempurnapun undang-undang itu.

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip. 1 Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)

2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajiban, hubungan antara suami isteri, kewajiban terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.

Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anakanak.

Peraturan Mencari jodoh


Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:

"Janganlah mengawini wanita-wanita kerana ke-Cantikan. Mungkin kecantikan itu Memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana Harta, mungkin harta itu menyebabkan ke-Zaliman mereka. Tetapi nikahilah mereka atas Dasar Agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang ber-Agama adalah lebih baik. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah). Begitu juga bagi seorang Wanita, janganlah menjadikan Pangkat dan Harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih Suami, kerana Pangkat dan Harta tanpa Akhlak dan Agama menjadi Puncak Fitnah yang akan merosakkan kehidupan Rumah Tangga.

Keturunan Dan Kufu'


Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dinikahi dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah teliti di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal. Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, apakah tetap berpegang teguh kepada Agama dan Akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga Ibu Bapak, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati Agama dan Akhlak, sudah tentu Sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut. Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah pernikahan sekufu' atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya.

Taraf ini diukur dari derajat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak.

Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbedaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbedaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih Mulia

daripada Insan yang ber-Taqwa.

Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. .

Pernikahan kufu'

ialah pernikahan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya bernikah dengan yang miskin, yang berpangkat bernikah dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan Islam yaitu aliran alSyafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi Kekayaan, Ilmu, Akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan Rumah Tangga, karena realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan Kaya yang sudah biasa dengan kehidupan Mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang Miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak bernikah dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti kehidupan alam pernikahan yang perlu mendapat perhatian perundangan dan dari sinilah timbuinya masalah nikah sekufu'.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi

hak kepada wali untuk melarang anak perempuan bernikah dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.

Keharusan Berpoligami
Di antara persoalan yang meninbulkan masalah paling kontroversi dalam urusan pernikahan umat Islam ialah

keharusan ber-Poligami.

Ia dijadikan bahan oleh setengah

golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan pelaksanaannya. Bagi menguraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak disiksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya. Artinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah

diterangkan sebelum ini yaitu perasaan Tanggung Jawab dan perasaanperasaan lain yang dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama.

Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli Tasawwuf bahwa tidak dinamakan seseorang itu ber-Taqwa sehingga ia meninggalkan yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan yang Haram.
Dengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang wajib itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram. Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya bernikah lebih daripada satu menyebabkan ia menceraikan hak-hak isteri dan anak-anak yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana perceraiannya menjalankan kewajiban terhadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk mencegah kerosakan yang timbul daripadanya. Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat yaitu pembelaan terhadap anak-anak

Yatim dan Janda-janda yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.
Pada masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalah gunakan. Tetapi sekiranya poligami disalah gunakan dan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah awalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak kebiasaan yang tidak baik.

Perencanaan Keluarga
Beralih kepada perbicaraan mengenai perencanaan keluarga. Perkara ini juga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perencanaan keluarga mengandungi dua program.

Pertama merencanakan kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau membatasinya. Kedua menyusun perencanaan keluarga untuk mencapai kesejahteraan dengan memberi
perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keserasian hidup keluarga serta memastikan perkembangan yang sehat dalam pertumbuhannya. Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus. Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan akan berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.

Dalam program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan usaha membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga. Tetapi sukarlah ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-unsur Akhlak dijadikan program sampingan sahaja. Suatu program yang bersifat menyeluruh hendaklah dirangka untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga yang sebenar. Program ini, jika hendak dipercayai oleh rakyat secara berterusan tidak seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha menghadkan kelahiran anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat buruk dan kesan yang tidak sihat kepada masyarakat.

Kewajiban Dan Tanggung Jawab


Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajiban dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajiban Suami
1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajiban mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak dari awal akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajibannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama. Pentadbiran suami di dalam Rumah tangga hendaklah berdasarkan

2.

3.

Rahmah

( kasih Sayang ) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggung jawab di hadapan

Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunah tangga adalah penting. Rasulullah SAW mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya. 4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5.

Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanakkanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah bernikah melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan bernikah tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan bernikah, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak bernikah bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan bernikah. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia bernikah. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa pernikahan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggung jawab. Apabila bernikah, menunaikan tanggung jawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajiban Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam Rumah Tangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah: 1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajiban anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benarbenar perihatin. 4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada Isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, karena dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajiban suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajiban isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah Mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggung jawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumah tangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam
Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini teihadap pernikahan. Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang laju kepimpinan manusia, dengan munculnya tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam terhadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja.

Keruntuhan personaliti ( perorangan ) juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah marak. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia berangsur-angsur menjadi layu dengan maraknya nilai-nilai kosong. la mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat. Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap kehidupan yaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.

Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap pernikahan itu suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan orang yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan pernikahan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini terjangkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap memelihara Iffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat kerusakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak mustahil perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat kita. Bermula adalah akibat pembahasan sikap terhadap pernikahan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan pernikahan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi selunih masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian pernikahan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali personaliti Islam supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-luasnya dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan.

Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat pernikahan wajib dipertahankan kerana puncak terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpuncak daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap pernikahan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaimana cukup sebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempurna dan bimbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.

Kesimpulan
1 . Pernikahan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat. 2. Pernikahan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenangwenangnya. Kehanisan berpoli gami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan. 7. Perencanaan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perencanaan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselarasan hidup serta meningkatkan keterlibatan terhadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.

Siapakah Anda Dalam Kehidupan Berkeluarga


Kita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir dari pada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat. Kita akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah ia definisi keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga itu terdiri daripada suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada itu? Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza dengan definasi keluarga agama-agama lain. Di dalam Islam orang-orang yang ten-nasuk dalam takrif keluarga adalah seperti yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana ada keluarga yang hampir dan ada keluarga yang jauh.

Oleh itu orang yang termasuk dalam keluarga ialah:

-Suami-isteri -Datuk-nenek-dan-seterusnya -Ayah-datuk-dan-seterusnya -Anak-cucu-dan-seterusnya -Adik-beradik-dan-zuriatnya -Ayah-saudara-ibu-saudara-dan-zuriatnya - Lain-lain

Setiap individu dalam keluarga mempunyai hak, peranan dan tanggung jawab. Hak seorang tidak harus diketepikan dan setiap orang boleh menuntut haknya dengan sempuma. Misalnya, hak anak mendapat pusaka daripada ayah dan ibunya, hak isteri mendapat perlindungan daripada suami, hak wanita menentukan calon suami dan sebagainya. Setiap individu dalam keluarga mempunyai hubungan kuat antara satu sama lain. la tidak boleh 1-hidup bersendirian tanpa mengambil kira orang lain. Hubung kuat ini adalah termasuk dalam berbagai aspek-aspek kehidupan seperti di dalam melakukan kebaikan atau kejahatan, usaha untuk memperolehi kesenangan, menjaga nama baik keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mencipta rekod cemerlang dalam hidupnya seperti menjadi seorang pemimpin yang dihormati, masyarakat akan menyebut si pulan itu adalah keluarga si pulan itu. Begitu juga jika rekod yang dicipta itu tidak baik, masyarakat akan mengaitkan juga nama keluarganya. Contoh yang lain, apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya menjadi seorang yang kaya atau hartawan. Orang ini hendaklah ineinbantu keluarganya yang miskin. Bagi memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli keluarga. Di dalam Islam keluarga bermula dengan suami dan isteri. Dari sinilah keluarga itu mula berkembang. Selepas itu lahirlah anak. Di sana ada ibu dan ayah mertua, ipar doai, keluarga sebelah suami, sebelah isteri dan sebagainya.

Peranan Ahli Keluarga


Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah mengaturnya dengan lengkap dan terperinci. Seseorang itu perlu memahami dan melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Suami, isteri, ibu dan ayah, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembagian tanggung jawab ini diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu Disiplin Hidup dalam keluarga . Dengan itu tidak ada perebutan tugas atau tolak menolak dalam menjalankan tugas masing-masing. Oleh sebab itu keluarga muslim yang benar-benar mematuhi disiplin akan hidup aman, tenteram, tenang, gembira dan harmoni. Di dalam Islam, suami atau bapa diberi peranan sebagai ketua keluarga. Dia wajib memimpin keluarganya ke jalan yang diredai Allah. Isteri dan anak-anak dikehendaki taat sepenuhnya

kepada suami atau bapa. Menyediakan sarana hidup juga adalah tanggungjawab ketua keluarga. Peranan yang diberikan kepada ketua keluarga ini tidak boleh disalahgunakan. Dia hendaklah bertindak sebagai penyelamat, bukan bertindak sewenang-wenangnya.

Seorang Suami atau Bapak hendaklah ber-Ilmu, Jujur, Ikhlas, berAkhlak Mulia, ber-Moral, Bijak, Cakap dan Tegas dengan Kebenaran.
Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana damai senantiasa terwujud dalam keluarganya. Peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti Suami atau Bapak.

Isteri pula mempunyai peranan dan tugas yang berlainan yaitu melayani dan membelai suami, mengatur Rumah Tangga, taat kepada suami dan mengasuh serta mendidik anak-anak menjadi insan bertaqwa. Anak wajib taat sepenuhnya kepada ibu dan ayah dalam batasan yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah, menghormati yang lebih tua, menjaga nama baik keluarga, tidak mengecilkan hati orang tua, memberi tumpuan kepada pelajaran, menjauhkan diri daripada pergaulan yang merosakkan dan seumpamanya. Ibu mertua pula hendaklah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubungan baik dengan menantu dan keluarganya. Hubungan antara mertua dan menantu biasanya sangat sensitif. la perlu kepada perhatian khusus dan sifat berhati-hati. Jika perasaan salah seorang tersinggung, boleh menyebabkan kerenggangan di dalam keluarga. Beberapa peranan yang dihuraikan di atas sudah cukup sebagai penjelasan bahwa setiap individu dalam keluarga mempunyai peranan yang berlainan. Antara satu sama lain ada hubungan baik dan erat di mana setiap orang tidak boleh melepaskan diri dari pada yang lain. Misalnya seorang anak apabila bertindak di luar batasan, dia akan menyusahkan dan merisaukan orang tua. Bahkan lebih jauh dari itu dia akan merusak nama baik keluarga. Demikian juga perlakuan di luar batasan ini, walaupun ia dilakukan oteh keluarga yang jauh, tetap memberi kesan kepada nama baik keluarga tersebut kerana definisi keluarga bagi okang Islam amat luas.

Mengenali Diri Dan Tingkatkan Usaha


Seseorang itu perlu mengenali dirinya, siapakah dia dalam keluarga, seperti Bapak? Isteri? Ibu? Anak? Sepupu? Datuk? Mertua dan sebagainya. Dari masa ke masa perlu mengenali Diri, sudahkah berfungsi sewajarnya ? Sudahkah menjalankan tanggung jawab? Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada keluarga? Sebanyak mana sumbangan dan pengorbanan telah dilakukan demi kepentingan keluarga. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diperhatikan.

Kunci penting, bagi hubungan yang kukuh senantiasa terwujud di kalangan anggota keluarga, ialah rasa tanggung jawab dan kasih sayang. Kalau tanggung jawab semata-mata ia akan menjadi kering dan tandus. Kalau semata-mata kasih sayang, ia boleh berubah. Maka dari itu perlu hubungan itu diwujudkan dengan rasa tanggung jawab dan penuh rasa kasih sayang. Dengan campuran ini semoga kehidupan keluarga menjadi Taman Indah yang didiami oleh Insan-insan yang berupaya menilai dan menjaga keindahan dan keharmonisan taman. Hubungan yang baik hanya akan terwujud jika sekiranya satu konsep Pegangan atau AQIDAH yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala perintah-Nya. Dalam rumah tangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal seseorang sebagaimana kawalan di jalan raya.

Kepatuhan kepada Allah saja yang dapat mengawal Tindak Tanduk Manusia.

Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun mereka hidup dalam mahligai Emas dan Perak. Ia adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga .

Ciri-ciri penting
Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa: 1. Sadari diri bahwa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajiban dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya. 2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan Pengetahuan Agama, Syaksiah, Ilmu pengetahuan ke arah melahirkan Insan berkualiti. 3 Suburkan sifat-sifat Mahmudah dan kurangkan sifat-sifat Mazmumah dalam amalan hidup sehari- hari.

4. Hidupkan SHALAT berjemaah, banyak membaca Al-Quran dan Hidupkan Salam di kalangan keluarga .

PENUTUP
Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting. Anda dan keluarga tentunya ingin bahagia Dunia dan Akhirat. Mereka yang berbahagia ialah mereka yang ber-Iman, senantiasa ber-Amal Salih dan sentiasa menjadi manusia penyumbang bukan penyombong. Bahagia sebenarnya ada dalam Hati dan Perasaan Manusia. Oleh karena itu Sucikanlah Hati, Tingkatkan Iman dan JADILAH INSAN YANG ber-TAQWA .

Mohon maaf dan mohon saran bila ada yang tidak di mengerti tertera dalam kutipan ini . Di Kutip dari Is-Lam Network. Wassalamualikum Wr.Wb. Nazarul Anwar

Anda mungkin juga menyukai