Anda di halaman 1dari 22

1

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu hari ini telah berkembang begitu pesat dan mendadak sehingga ramai penutur jati mahupun penutur bahasa kedua menghadapi kesulitan untuk mengikuti perkembangan tersebut. Banyak istilah-istilah baru telah diterbitkan tanpa pengetahuan penutur-penutur pada hari ini. Keadaan ini bertambah rumit apabila timbulnya bahasa-bahasa rojak dan sms yang terkenal dikalangan penutur pada hari ini. Mereka menganggap bahasa yang mereka unggapkan itu menarik dan mudah difahami. Mereka tidak sedar bahawa bahasa yang digunakan itu telah merosakkan bahasa ibunda mereka. Dewan Bahasa dan Pustaka atau lebih dikenali sebagai DBP telah cuba untuk membaiki keadaan ini supaya tidak menjadi lebih parah. Penutur-penutur dan pihak yang berwajib sepatutnya memberi kerjasama yang erat bagi menjayakan usaha ini. Penulis-penulis buku, majalah hiburan ,komik , berita, dan selainnya lagi juga sepatutnya menjaga tatasusila dalam penulisan. Mereka tidak sepatutnya mengutamakan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kesalahankesalahan bahasa dalam penulisan mereka.

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

1.2 Objektif Kertas kerja ini dihasilkan untuk mengkaji penggunaan tatabahasa yang digunakan dalam penulisan majalah hiburan pada hari ini. Kita ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesalahan penggunaan tatabahasa mengikut morfologi dan sistaksis yang berlaku dalam penulisan majalah hiburan. Kajian terhadap masalah ini dirasakan perlu memandangkan banyaknya berlaku kesalahan tatabahasa yang dilakukan penulis majalah hiburan . masalah ini telah dilakukan secara berterusan tanpa diperbaiki dari masa ke semasa. Melalui kajian ini juga, kita dapat memberikan sedikit cadangan untuk mengatasi masalah yang berlaku berdasarkan pengenalpastian terhadap faktor-faktor tersebut.

1.3 Kaedah Kajian Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan iaitu dengan meneliti beberapa naskah buku yang berkaitan dengan bidang kajian dari penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku rujukan ilmiah yang digunakan ialah iaitu Konsep Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu oleh Awang Sariyan, Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim, Jurnal Dewan Bahasa dan Majalah Pelita Bahasa. Manakala majalah komik yang bertajuk Animaxi, terbitan Centure Vantage pula digunakan sebagai bahan kajian. Berdasarkan kes ini, komik tersebut telah digunakan sebagai rujukan bagi mendapatkan input tentang kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh penulis. Di samping itu juga, rujukan dari laman sesawang juga digunakan untuk menambahkan lagi maklumat yang terkini tentang kajian yang dijalankan.

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

1.4 Batasan Kajian Kajian ini hanya menfokuskan penggunaan bahasa dari segi morfologi, sintaksis dan pembentukan kata berdasarkan ilmu tatabahasa. Kajian yang dihasilkan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana penggunaan bahasa yang dilakukan oleh penulis majalah tersebut. Kajian juga hanya dilakukan berdasarkan skop bacaan sebuah majalah sahaja tanpa melibatkan majalah hiburan yang lain. Kajian ini juga meliputi faktor-faktor yang boleh menyebabkan ayat yang dibina itu salah dari segi tatabahasa, iaitu berdasarkan aspek morfologi, sintaksis dan pembentukan kata.

1.5 Definisi Konsep Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, struktur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.
Hal yang demikian, konsep penggunaan bahasa slanga sering dikaitkan

dengan penulisan majalah komik. Sebenarnya

menurut Kamus Dewan, slanga

boleh didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Menurut The Oxford Companion to the English Language oleh Tom McArthur (1996) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermaksud origin uncertain iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologinya, kata slanga berasal dari kata sling iaitu sebahagian daripada ungkapan yang dihubungkaitkan dengan beggar language and rogues language iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga meru pakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara umum berbeda dengan kata kosa kata lainnya. Penggunaan bahasa bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu. Bahasa slanga sering digunakan oleh penyanyi rock era 80-an lagi. Ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80-an ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'.

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

2.0 Penggunaan Bahasa Dari Segi Morfologi Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Menurut Hockett ( 1958 ) pula, morfologi didefinisikan sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata pula terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. 2.1 Morfem bebas Morfem bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata yang utuh dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi. Contohnya, rumah, mandi, pakai, jalan, manusia, kereta dan sebagainya.

2.2 Morfem terikat Morfem terikat merupakan morfem yang bersifat tidak sempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem-morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

lautan ialah morfem terikat. Ini adalah kerana morfem terikat tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Morfem terikat terbahagi kepada ; i) Awalan Imbuhan yang ditambah di hadapan kata dasar ( ber+main = bermain ) ii) Akhiran Imbuhan yang ditambah di akhir kata dasar ( pasang+an =pasangan ), iii) Sisipan Imbuhan yang diselitkan di antara unsur kata dasar ( g+em+uruh = gemuruh ) iv) Apitan Imbuhan yang ditambah serentak di hadapan dan belakang ayat

(pe+dalam+an = pedalaman ) Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sisrem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan perlu melibatkan pengimbuhan Oleh yang demikian, berdasarkan kajian yang dibuat berdasarkan majalah komik Animaxi, pengarang telah melakukan beberapa kesalahan mengikut proses pembentukan kata. Antaranya ialah, 1) Salah : Saja nak keluar peluh Pak Ajis....... ( keluar ) Betul : Saja nak keluarkan peluh Pak Ajis...........( keluarkan ) 2) Salah : Kalau ada orang yang latih kamu semua ni...... ( latih ) Betul : Kalau ada orang yang melatih kamu semua ni...... (melatih )

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

2.3 Struktur Kata Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

2.4 Bentuk Kata Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.

2.4.1

Pengimbuhan Pengimbuhan atau afiksasi ialah proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara menggabungkan imbuhan bersama kata dasar. Imbuhan terbahagi kepada bentuk awalan, akhiran, sisipan, dan apitan.

Dalam majalah yang dikaji, terdapat beberapa perkataan yang telah diberi pengimbuhan oleh pengarang. Ini adalah seperti 1) Tak sangka kau boleh cipta permainan baru ( imbuhan apitan per + main + an ) 2) Atan berjalan menuju ke biliknya..............( imbuhan awalan ber + jalan ) 2.4.2 Pemajmukkan Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan yang terhasil membawa makna tertentu atau menerbitkan satu bentuk kata baharu. Kata majmuk perlu dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Dalam majalah Animaxi ini, pengarang telah memasukkan beberapa unsur pemajmukkan, iaitu 1) Atan melayang-layangkan kapal terbang mainannya... ( kapal terbang ) 2) Bukan wap air di sini saja yang terkumpul............( wap air ) 2.4.3 Penggandaan Penggandaan ialah satu proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara mengulang sebahagian atau keseluruhan elemen yang terdapat dalam kata dasar. Penggandaan sering disebut sebagai reduplikasi (reduplication) dan kata yang terhasil daripada proses penggandaan disebut kata ganda. Terdapat tiga jenis penggandaan dalam bahasa Melayu, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak. Dalam hal ini, pengarang Animaxi telah memasukkan beberapa unsur penggandaan, iaitu; 1) Atan nak apa ni? Puji-puji mak pula tu............ ( kata ganda penuh ) 2) Mesti nak apa-apa ni kan? ( kata ganda penuh )

2.5 Penggolongan Kata Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama.

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

3.0 Penggunaan Bahasa Dari Segi Sintaksis

PENDAHULUAN Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai himpunan peraturan umum struktur bahasa yang merangkumi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa mempunyai konsep dan hukum yang perlu dipatuhi oleh penulis atau penutur dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tepat.

Kertas kerja ini mengkaji tentang aspek penggunaan tatabahasa oleh media sama ada teratur ketika mengungkap sesuatu konsep, proses, sifat atau ciri di dalam konteks intelektual.

Perbincangan kertas ini akan berpusar pada kesalahan tatabahasa melayu dengan melihat aspek-aspek morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah kata yang berasal dari morphememxe yang bermaksud the minimal meaningful unit of language. Ini bermakna unit unit tatabahasa yang menjadi perkataan itulah yang dinamakan morfem.

Dengan kata lain morfem ialah unit bahasa yang terkecil, dan dapat melaksanakan tugas tatabahasa berfungsi gramatis, manakala sintaksis itu pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses kewujudan hukum. Kedua-dua bidang inilah yang biasanya dikaji oleh pelbagai jenis tatabahasa.

10

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

OBJEKTIF Untuk mengenalpasti bentuk kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh media masa pada masa kini mengikut hukum tatabahasa yang betul dari sudut morfologi dan sintaksis. KAEDAH KAJIAN Kajian terhadap kesalahan tatabahasa ini dijalankan dengan cara membaca bahan bacaan dan mengenalpasti kesalahan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut. Kesilapan yang telah dikenal pasti aspek kesalahannya, kemudian pembetulan akan dilakukan bagi memperbetulkan kesilapan tersebut.

Dalam kajian yang telah dibuat, satu majalah telah dipilih ialah Supa Strikas sebagai bahan kajian.Ini adalah salah satu majalah yang mempunyai ramai peminat di seluruh tanah air.

Namun begitu dari sudut ketepatan nahu dan tatabahasa, penulis adakalanya melakukan beberapa kesilapan. Kajian yang dilakukan ini dapat mengenal pasti jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis.

BATASAN Skop kajian ini mencakupi penggunaan bahasa dari beberapa aspek seperti morfologi, sintaksis dan pembentukan kata dalam ilmu tatabahasa melayu.

Huraian dilakukan tentang morfom terikat dan morfom bebas berserta kesalahan dari segi sintaksis. Kesalahan dalam ayat dikenalpasti dan faktor-faktor yang menjadikan ayat tersebut salah dari segi tatabahasa.

11

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

DEFINISI KONSEP Perkataan tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripada perkataan kata grammar . Perkataan grammar berasal dari kata greek yang bermaksud satu seni bacaan atau penulisan . Kemudian perkataan ini digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa.

Abdullah Hassan ( 1993 ) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan , klausa dan ayat manakala Arbak Othman ( 1981 ) pula menyatakan ciri-ciri bahasa melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan peraturan sistem pengucapan inilah yang difahamkan sebagai tatabahasa.

Penggunaan bahasa dari sudut morfologi Morfologi ialah bidang bahasa yang mengkaji perkataan dari struktur bentuk dan penggolongan kata ( Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan Edisi ke tiga ) Morfologi mengkaji bidang ilmu bahsa yang berkaitan struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Struktur kata bermaksud susunan ujuran atau lambing yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

12

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Morfom bebas ialah morfem yang boleh wujud dengan sendiri. Setiap perkataan yang wujud mempunyai satu morfem atau lebih, contohnya kata jalan, terdiri daripada satu morfom, namun kata berjalan terdiri daripada dua morfem, kata menjalani terdiri daripada tiga morfem.

Morfom terikat ialah morfem yang wujud bersama- sama morfem lain seperti kata berjalan. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.

Morfom terikat.

Morfem terikat boleh dibahagikan seperti berikut : Awalan Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca dan menghafal.

Akhiran Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya bisikan, dan bualan.

Sisipan Diselit di antara unsur kata dasar. Misalnya telapak ( tapak ).

Apitan Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya imbuhan peran , laut..an .

Selain daripada itu morfem terikat juga berbentuk imbuhan, contohnya imbuhan mem, per,kan , ker.

13

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Ia juga tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Serta ianya boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

Imbuhan awalan. Imbuhan merupakan unit-unit tatabahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk bentuk awalan, akhiran , sisipan , apitan morfem kosong dan bentuk fleksi. Berdasarkan ayat yang dipetik daripada artikel yang terdapat dalam majalah Supa Strikas di dapati pengarang tidak meletakkan kata imbuhan men pada kata kerja. Berdasarkan artikel yang dikaji terdapat beberapa kesalahan imbuhan yang telah dikenal pasti. Contoh ayat tersebut adalah seperti berikut:

Salah ----- Mereka sudah jumpai Mata Helang Betul ------ Mereka sudah menjumpai Mata Helang

Morfom bebas Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian Contohnya:jalan,manusia Di antara contoh lain ialah perkataan Minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada Mi dan num Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya

14

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : Morfem bebas saya Morfem terikat ber dan kan, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi

membentuk perkataan seperti berkakikan Pengarang juga telah melakukan kesalahan morfem bebas apabila meletakkan kata imbuhan pada morfem bebas iaitu imbuhan an pada kata kerja. Berdasarkan artikel yang dikaji hanya terdapat beberapa kesalahan morfem bebas yang telah dikenal pasti. Ayat tersebut adalah seperti berikut.

1.Salah ----- Tetapi tiada bunyian wisel pon Betul ------ Tetapi tiada bunyi wisel pon

2. Salah = Dan sekarang Mata Helang, permainan telah bertukaran Betul = Dan sekarang Mata Helang, permainan telah bertukar

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

15

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Penggunaan bahasa dari sudut sintaksis Bidang sintaksis lebih tertumpu pada pembentukan ayat dan rangkai kata. Ahli-ahli linguastik structural menumpukan sepenuh perhatian kepada

perkembangan-perkembangan unsure-unsur dalam ayat.. Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikanya kepada konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini dikenali sebagai konstituen terdekat. Contohnya. Ali.. bermain.. bola.. di padang Selain itu ayat juga dianggap sebagai satu unjuran yang mengandungi idea yang lengkap, mempunyai intonasi tertentu dan dibentuk berdasarkan pola-pola ayat asas. Mengikut Asmah bt Haji Omar (1968) membahagikan pola asas ini kepada tujuh. Pembahagian pola pola asaa ini adalah berdasarkan strukturalnya.

Kesalahan pembentukan kata telah dikenal pasti dari segi : klausa ayat tunggal ayat majmuk

Definisi klausa Klausa ialah satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan menjadi unsur kepada ayat. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

a) Klausa bebas / klausa utama - ia boleh berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap sekiranya disertai oleh

16

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

intonasi yang sempurna.

b) Klausa tidak bebas - ia tidak dapat berdiri sendiri kerana kekurangan subjek atau predikat atau kata hubung yang mengikat klausa berkenaan

Contoh : Kamu mesti belajar untuk mencapai kejayaan Kamu mesti belajar klausa bebas untuk mencapai kejayaan.kalusa tidak bebas

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat. Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas. Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan dengan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa Subjek Predikat

Ayat Subjek Predikat

17

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

budak itu ujian tadi jambatan itu Mereka

mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai

Budak itu Ujian tadi Jambatan itu Mereka

mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pan

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti terlebih dahulu. Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga. Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya. Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

18

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Pengetahuan

mengenai

klausa

amat

penting

dalam

membina

dan

menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran. Ini kerana ayat-ayat ini mempunayai dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.

Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa Melayu.Berdasarkan petikan tersebut terdapat beberapa kesalahan klausa telah dilakukan oleh pengarang. Berikut adalah antara kesalahan klausa yang dilakukan oleh pengarang :

salah = Aku sangat sudah kalah di Super Liga betul = Aku sudah kalah di Super Liga . salah = Dia dikatakan telah mendapat kad keluar betul = Dia telah mendapat kad keluar

Definisi ayat tunggal Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa , iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.

Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

19

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Contoh : Lelaki itu sedang menembak burung. Subjek = Lelaki itu

Predikat = sedang menembak burung . Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal .Subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat.

Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini?

Definisi ayat majmuk Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih menjadi satu ayat. Percantuman ini menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih daripada dua predikat. Terdiri daripada sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu ayat mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baru. Contoh: 1. Ahmad sedang membuat kerja sekolah dan Ali sedang membuat ulangkaji.

20

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Ayat

tunggal

1.

Ahmad

sedang

membuat

kerja

sekolah.

Ayat tunggal 2 =Ali sedang membuat ulangkaji.

2. Tina memasak sambil menyanyi. Ayat tunggal 1 = Tina memasak. Ayat tunggal 2 =Tina menyanyi

Ayat Majmuk Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1.Ayat majmuk gabungan Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, atau lalu, sambil, dan sebagainya

Contoh: Mary suka bersenam manakala Lyn suka berkebun.

Ayat 1 = Mary suka bersenam. Ayat 2 =Lyn suka berkebun.

Sara mendapat hadiah daripadanya ayahnya tetapi Sara tidak menyukai hadiah itu. Ayat 1 = Sara mendapat hadiah daripada ayahnya.

Ayat 2 = Sara tidak menyukai hadiah itu

21

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

2. Ayat Majmuk Pancangan Dibahagikan kepada tiga jenis: a. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif) b. Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen) c. Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan)

3.Ayat Majmuk Campuran Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau dengan beberapa jenis ayat majmuk.

Contoh: 1. Farid menaiki bas apabila hendak ke pejabat kerana kereta barunya telah rosak.

Terdiri daripada satu ayat tunggal, Farid menaiki bas, dan satu kata majmuk pancangan, kerana, iaitu kerana kereta barunya telah rosak, dan ayat induknya ialah hendak ke pejabat. Ayat tunggal dihubungkan dengan ayat majmuk menggunakan kata hubung apabila. Pengarang juga telah melakukan kesalahan kata majmuk apabila meletakkan kata hubung yang salah pada ayat Berdasarkan artikel yang dikaji hanya terdapat beberapa kesalahan kata majmuk yang telah dikenal pasti. Ayat tersebut adalah seperti berikut.

1. Salah ----- Ninja beserta Ligi akan menjadi pemain bola sepak yang digeruni dalam perlawanan ini.

22

Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Betul ------ Ninja beserta Ligi akan menjadi pemain bola sepak yang digeruni dalam perlawanan ini.

2.Salah = Dia mengira lariannya yang amat tepat sekali Betul = Dia mengira lariannya yang amat tepat sekali

PENUTUP Daripada perbincangan diatas, kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah pengetahuan tatabahasa oleh penulis dan penutur bahasa melayu sangat penting. Kesalahan tatabahasa diambil mudah oleh segelintir pihak dan tiada penguatkuasaan dan pemantauan serta akta yang mensabitkan kesalahan tatabahasa ini menyebabkan kesalahan ini terus berlaku terutamanya di peringkat pentadbiran dan media massa serta media cetak.

CADANGAN DBP perlu diberi kuasa undang undang yang lebih menyeluruh untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh pesalah bahasa manakala pihak berwajib juga harus merujuk dengan pakar bahasa atau guru bahasa sebelum menggunakan istilah yang baru supaya ia tidak terpesong dari tatabahasa melayu.

Anda mungkin juga menyukai