Anda di halaman 1dari 16

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.0

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993), banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran Berpandukan Komputer atau PPBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular di kalangan pendidik. Siti Fatimah (2001), mendefinasikan PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan, pengarangan dan pengaturcaraan multimedia untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Walau apa pun istilah yang digunakan, pada asasnya, ia adalah merupakan penggunaan perisian komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Perisian komputer ini biasanya dikenali sebagai perisian kursus. Perisian Kursus ini melibatkan perisian yang

menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

2.0

JENIS KATEGORI PERISIAN KURSUS

2.1

Tutorial

Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi & Trollip, 1991). PPBK jenis ini bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Tutorial yang dibangunkan dengan baik membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka. Tutorial ini dilakukan dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Perkembangan teknologi komputer membolehkan video serta audio digunakan untuk meransang minda pelajar.

2.2

Simulasi

Thomas & Milligan (2004) mendefinasikan simulasi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Simulasi memberi pelajar peluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan suatu tindakan terhadap suatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi keadaan sebenar. Penggunaan simulasi selepas suatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin mereka perolehi semasa pembelajaran sebenar.

2.3

Ujian

PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar-salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan. Kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta merta. Dalam ujian diagnostik, ia dapat memaklumkan kepada pelajar dan guru kelemahankelemahan pelajar agar guru dapat merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

2.4

Permainan

Permainan komputer adalah PPBK yang semakin popular pada masa kini. Permainan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar dan untuk menjadi pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. MacFarlane & Sparrowhawk (2002), juga telah menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan permainan dan pengajaran dengan menggunakan The Sims, Sim City 3000 dan beberapa lagi permainan. Kajian mereka mendapati bahawa guru berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran di dalam permainan adalah sesuai dengan kandungan kurikulum, tahap pembelajaran pelajar adalah rendah.

2.5

Tunjuk Cara

Tunjuk Cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar suatu prosedur. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami suatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Ia sesuai digunakan untuk memahami prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, merbahaya atau terlalu kompleks. Kaedah ini boleh menggunakan beberapa siri gambar, simulasi atau animasi. Pelajar biasanya diberi peluang untuk melakukan prosedur tersebut secara interaktif. Latihan ini boleh dilakukan berulang kali sehingga mereka mahir dan lebih yakin apabila melakukan prosedur tersebut dalam keadaan sebenar.

2.6

Latih tubi

Latih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan secara kendiri . Dalam latih tubi , pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum balas berdasarkan jawapan mereka. Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang sesuai digunakan dalam latih tubi . Di antaranya pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalan-soalan rawak. Soalan disusun mengikut suatu susunan yang ditentukan terlebih dahulu.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

3.0

MUAT TURUN PERISIAN PPBK

Tajuk Perisian : EDUCARE EASY LEARNING BELAJAR BAHASA

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

3.1

Penilaian perisian a. Jenis Kategori Perisian Kursus.

Perisian yang dipilih ialah CD Interaktif Educare Easy Learning Belajar Bahasa. Dalam perisian ini, terdapat tiga kategori utama iaitu tutorial, latih tubi dan permainan. Rajah 1

Perisian CD Interaktif ini memuatkan nyanyian sebagai salah satu kategori pengajarannya. Pelajar akan merasa gembira dan tertarik dengan adanya nyanyian ketika belajar.

Rajah 2
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640 5

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

(i) Tutorial Tutorial merupakan salah satu kategori dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer di mana ia digunakan untuk mempersembahkan bahan pengajaran dan mempunyai langkah penerangan secara tersusun. Pelajar tidak akan terkeliru dengan penerangan yang sistematik dan secara tidak langsung konsep yang hendak disampaikan menjadi lebih mudah difahami. Rajah 3 Rajah 4

Tutorial Cara Mengenal Objek (ii) Latih Tubi

Tutorial Cara Menulis a hingga z

Latih tubi merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk guru menilai pemahaman pelajar atau sebagai pengukuhan dalam akiviti yang dijalankan. Ia juga merupakan salah satu kategori yang terdapat dalam PPBK dimana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan memudahkan kefahaman pelajar tentang apa yang dipelajarinya. Latih tubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Rajah 5

Rajah 6

Latih tubi aktiviti mengenal objek

Latih tubi aktiviti dengar dan pilih

(iii) Permainan

Permainan yang terdapat di dalam perisian ini ialah teka-teki. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara.

Rajah 7

Rajah 8

Permainan teka-teki huruf


NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

Permainan teka-teki perkataan

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

b.

Tujuan Perisian Kursus Perisian kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar agar cepat menguasai

kemahiran asas membaca dan menulis seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Selepas mengikuti perisian ini, pelajar akan dapat mengecam, mengenal, menyebut huruf, mengeja dan menyebut perkataan dengan sebutan yang betul.

c.

Huraian fungsi dan kegunaan perisian kursus yang dipilih Perisian yang dipilih ini berfungsi untuk memudahkan guru menyampaikan isi

pengajaran. Sekiranya perisian ini telah sedia ada, guru tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan bahan ini dan secara tidak langsung juga guru akan lebih mahir menggunakan komputer begitu juga dengan pelajar. Pelajar akan terdedah dengan penggunaan ICT. Pelajar juga akan lebih aktif di mana perisian ini dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui sesuatu konsep yang dipelajari. Disamping itu juga perisian ini berfungsi untuk membolehkan keupayaan pelajar mengingat lebih tinggi berbanding belajar secara manual. Dari segi kegunaan perisian kursus yang dipilih pula, ia telah dimuatkan dengan animasi, video, gambar dan bunyi di mana ianya dapat menarik minat pelajar untuk terus memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif juga akan mengaktifkan pelajar untuk sama-sama berkomunikasi di samping menjawab soalan dan menyelesaikan masalah yang diberikan. Selain itu, penggunaan suara di dalam penyampaian akan memberikan pemahaman pelajar terhadap suatu maklumat dengan lebih jelas, membolehkan pelajar mempelajari secara spontan. Sekiranya pelajar tersebut menghadapi masalah dalam memahami sesuatu konsep, maklum balas akan diperolehi dengan cepat dan bantuan akan diberikan sebelum pelajar itu terkeliru. Ini kerana perisian ini direka bentuk khas untuk membolehkan pelajar berhenti dan meneroka sekerap yang diperlukan.
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640 8

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

d.

Huraian tentang kekuatan dan kelemahan dari segi aspek-aspek berikut

Berikut adalah huraian tentang kekuatan perisian yang dipilih. KRITERIA i. Isi kandungan Ketepatan

KETERANGAN Kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar. Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu, ejaan dan struktur ayat. Istilah komputer dikekalkan tetapi disertakan dengan terjemahan untuk mengelakkan kekeliruan. Bebas dari kesilapan ejaan. Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap murid. Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Interaksi komputer-murid adalah sesuai dengan tahap murid. Kandungan yang disampaikan berada dalam skop yang hendak diajar Kandungan disampaikan mengikut susunan yang sesuai. Mempunyai aktiviti yang pelbagai dan sesuai untuk murid. Struktur navigasi mudah diikuti. Arahan navigasi jelas dan mudah difahami. Ikon mudah difahami dan konsisten. Boleh keluar program bila-bila masa. Membenarkan penerokaan keseluruh perisian. Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu perisian atau permainan. Isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat meransang pemikiran pelajar.
9

Kesesuaian

Skop

ii.

Aspek teknikal

Navigasi

Ciri-ciri penyimpanan rekod Persembahan

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Teks jelas dan boleh dibaca dengan mudah. Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah bersesuaian. Grafik, animasi, audio dan video membantu pembelajaran. Penerangan yang mencukupi bagi visual. Maklumbalas yang membina. Visual yang amat sesuai dengan kandungan pelajaran. Audio yang jelas dan mudah difahami dan dikawal. Suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual. Penerangan tentang pengoperasian perisian. Penerangan tentang keperluan peralatan dan sistem operasi komputer. Panduan pengguna yang mudah diikuti disediakan dalam perisian PPBK. Ringkasan kandungan perisian. Cadangan cara penggunaan dalam kelas, rancangan mengajar dan aktiviti. Panduan untuk melakukan proses installasi lengkap dan mudah diikuti.

Kualiti

iii.

Dokumentasi

Teknikal

Panduan pengguna

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

10

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Walaupun demikian, perisian ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.. Jadual dibawah adalah huraian mengenai kelemahan yang terdapat pada perisian ini.

KRITERIA iv. Isi kandungan

KETERANGAN Walaupun perisian ini baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi ia tidak sama dengan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru yang mengajar kerana guru lebih memahami kehendak pelajarnya dan sentiasa bertimbangrasa dalam menyampaikan pengajaran. Arahan kepada setiap aktiviti yang dijalankan agak ringkas. Murid memerlukan lebih pemahaman dari segi arahan.

v.

Aspek teknikal

Persembahan

Skrin permulaan paparan boleh ditingkatkan lagi animasinya kerana penjelasan arahan terlalu ringkas dan memerlukan bantuan klik pada tetikus baru dipaparkan mesej yang hendak disampaikan. Susun atur paparannya agak lemah kerana mempunyai banyak visual dan animasi yang sama bagi setiap paparan.

Panduan pengguna

Walaupun terdapat panduan pengguna namun ia tidak dijelaskan secara spesifik iaitu terlalu ringkas. Ini memerlukan guru terpaksa menerangkan terlebih dahulu sebelum ia dapat dimanfaatkan oleh murid-murid. Susun atur elemen agak lemah kerana butang ikon panduan pengguna sangat sedikit dan ringkas.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

11

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

4.0 Rancangan Pengajaran Harian

Nama kelas Bilangan murid Tarikh Masa Tajuk Tunjang Utama

: Prasekolah Cemerlang : 25 orang : 24 Oktober 2009 : 60 minit : Mari Mengenal Huruf : Komunikasi BAHASA MALAYSIA

Standard pembelajaran utama: BM 1.1.7 Mendengar arahan dan memberi respon BM 3.1 Mengenal bentuk huruf BM 3.1.2 Mengaitkan huruf dengan bentuk objek di persekitaran. Standard pembelajaran lain Yang disepadukan : KTI 2.1.11 Menyanyi mengikut mod lagu PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin

Objektif pelajaran

: Pada akhir pengajaran murid dapat:a) Mengenal dan menyebut huruf secara susunan. b) Menyanyi lagu abjad c) Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

12

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Pengetahuan sedia ada

: - Murid pernah mendengar lagu A,B,C.. - Murid pernah melihat carta atau huruf A,B,C..

MI (Kecerdasan ) Penerapan nilai

: Kecerdasan berfikir, Kecerdasan Bahasa, Kecerdasan muzik : Sikap bekerjasama, menghormati orang lain dan mendengar arahan dengan baik

Konsep utama Bahan / alatan

: Menyebut huruf dengan betul : CD, projector, laptop, skrin, kotak

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH Set induksi ( 10 minit )

ISI Pengenalan kepada huruf

STRATEGI 1. Guru memperkenalkan 1 permainan berbentuk Flash Player iaitu SHOOT THE LETTERS, di mana pelajar diminta untuk menggunakan tetikus bagi menembak huruf yang terdapat pada skrin tersebut. 2. Setiap pelajar yang berjaya menembak huruf dengan tepat akan menerima 1 mata dan menyebut huruf yang ditembak dengan kuat.

BAHAN Flash Player

CATATAN MI:Kecerdasan berfikir

Perkembangan Langkah 1 BM 1.1.7 Mendengar arahan dan 1. Guru meminta murid yang berjaya mengumpul mata yang terbanyak supaya CD perisian bahagian Penerapan nilai:

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

13

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

(10 minit)

memberi respon

tampil ke hadapan kelas untuk menjadi vokalis. 2. Murid yang lain di minta beratur separa bulatan untuk menyanyi bersama dengan vokalis tersebut.

ABJAD

Bekerjasama

Langkah 2 ( 15 minit)

KTI 2.1.11 Menyanyi mengikut mod lagu

1. Guru memainkan cd perisian dan bersama-sama menyanyikan lagu huruf A,B,C. 2. Vokalis diberi peluang untuk menyanyikan lagu bersama iringan cd perisian. 3. Guru dan murid bersamasama menyanyikan lagu huruf beramai-ramai mengikut mod lagu dengan betul. 1. Berpandukan perisian tersebut, murid dikehendaki menyebut huruf mengikut urutan yang betul. 2. Murid dipanggil secara rawak untuk menyebut huruf mengikut urutan.

CD perisian bahagian lagu A,B,C

BM 3.1.4 Menyebut huruf mengikut urutan

Langkah 3 (15 minit )

BM 3.1 Menyebut huruf mengikut urutan

CD perisian di Contoh:bahagian C cawan 1. Cara Mengenal Objek. 2. Dengar dan pilih huruf yang betul

BM3.1.2 Mengaitkan huruf dengan bentuk objek di persekitaran

3. Murid diminta menyebut huruf bersama dengan objek. 4. Murid diminta melihat di sekeliling kelas dan menamakan objek yang bermula dengan awalan huruf yang disebut.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

14

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Penutup (10 minit)

PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin

1. Murid secara kumpulan bergilir-gilir melakukan aktiviti permainan teka-teki yang terdapat di dalam cd perisian 2. Murid yang lemah diberi bimbingan oleh guru.

CD perisian bahagian Teka-teki

MI Kecerdasan berfikir

Pentaksiran

1. Murid dapat mengenal, mengecam dan menyebut abjad A sehingga Z 2. Murid yang lemah akan diberi pemulihan manakala murid yang pandai akan diberi pengayaan.

5.0

KESIMPULAN Secara keseluruhannya penggunaan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran akan

dapat meningkatkan pencapaian murid serta dapat menarik minat murid untuk lebih aktif dalam suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pelaksanaan penggunaan TMK dalam pendidikan memberi kesan kepada pencapaian objektif pembelajaran, motivasi dan hubungan antara pelajar. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Knezek (1999) mendapati pelajar: Menunjukkan kemampuan berfikir pada tahap kognitif yang lebih tinggi semasa belajar menggunakan komputer. Mampu menganalisa masalah, melakukan penilaian kendiri dan mengemukakan persoalanpersoalan yang relevan. Membentuk strategi untuk berkerjasama dengan rakan-rakan. Bermotivasi, lebih berminat dan lebih yakin dengan diri mereka. Walau bagaimanapun, kesan positif terhadap pelajar banyak bergantung kepada guru yang merancang dan melaksanakan pembelajaran berintegrasikan TMK.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

15

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

RUJUKAN

Baharuddin Aris, Rio Sumarini & Manimegalai Subramaniam. ( 2002 ) Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia Ismail Zain ( 2002 ). Aplikasi multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Norhashimah Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias. (1996) Pembelajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur : UTM Skudai dan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Omar Zakaria, Shaifol Bahari Sulaiman, Hassan Ahmad & Azman Abdullah ( 2008 ) HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: OUM Shaifol Bahary Sulaiman. ( 2004 ). Teknologi Maklumat Untuk Institusi Perguruan. Kuala Lumpur : Federal Publication

Laman Web.

http://ic-www.arc.nasa.gov/ic/projects/bayes-group/Atlas/size/Earth http://www.windows.ucar.edu

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

16

Anda mungkin juga menyukai