Anda di halaman 1dari 15

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Isi kandungan

muka surat

1.0

Teknologi Pengajaran 1.1 1.2 Peranan Teknologi Pengajaran Pendekatan

2 2 4

2.0

Media Pengajaran dan Kon Pengalaman Dale 2.1 2.2 Media pengajaran, Pembelajaran pelbagai teknik dan Pembelajaran berjarak Kon Pengalaman Dale

5 5 8

3.0

Virtual Classroom 3.1 Definisi 3.2 Kriteria 3.3 Mod 3.4 Platform 3.5 Manfaat

10 10 10 11 12 12

Rujukan

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

1.0

Huraikan peranan teknologi pengajaran dan pendekatan yang dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif dengan membuat rujukan kepada internet dan buku. Teknologi pengajaran ditakrifkan sebagai penerapan ilmu saintifik tentang pembelajaran

dan syarat pembelajaran bagi memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan serta melaksanakan teknik pengujian empirikal bagi memperbaiki situasi pembelajaran. (Suruhanjaya Teknologi pengajaran, USA). Dalam konteks tempatan, Tekonologi pengajaran dapat diertikan sebagai proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional yang bertujuan untuk merekabentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempetingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang jelas teknologi pengajaran adalah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

1.1

Peranan teknologi pengajaran

Umumnya teknologi pengajaran merupakan satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Penyediaan dan

pemilihan teknologi yang sesuai dengan minat, keupayaan dan kematangan murid amat penting bagi membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Teknologi juga seharusnya selaras dengan aktiviti pembelajaran dan mampu menyempurnakan objektif pengajaran.

Antara peranan yang dimainkan oleh teknologi pengajaran ialah mengubah peringkat membuat keputusan. Penggunaan media dirancang pada peringkat perancangan kurikulum, bukan lagi semasa kurikulum dilaksanakan. Dalam hal ini perancang kurikulum akan

bekerjasama dengan pereka pengajaran bagi menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang di gariskan seterusnya melincinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan serta memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Seterusnya teknologi pengajaran mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Ia dapat mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu daripada pendekatan pengajaran konvensional kepada sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka datau sistem sekolah bebas. Teknologi ini boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun, umpamanya dalam perancangan pengajaran literasi komputer, penggunaan

komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usahasama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran pengusaan akan dititikberatkan. Tekonologi ini juga dapat mengelakkan berlakunya salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh disamping dapat membetulkan sebarang kekeliruan kerana ia memberi sesuatu

gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

Peranan teknologi pengajaran yang berikutnya ialah mengubah pengalaman pembelajaran. Penggunaan teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara. Ini kerana penggunaan teknologi ini akan melibatkan pelbagai deria pelajar, contohnya penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan seterusnya mungkin deria sentuh, Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap isi pelajaran dan memperkayakan pengalaman pelajar, umpamanya menerusi media bergerak, pelajar menemui pengalaman baru kerana kejadian yang mereka tidak pernah lihat atau alami akan dapat mereka lihat sendiri dan menjadikan mereka seolah-olah mengalami atau merasainya sendiri.

Teknologi pendidikan ini dilihat berupaya memotivasikan dan membimbing mereka kearah menguasai dan menggunakan ilmu yang dipelajari. Ia dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan tumpuan dan minat pelajar disamping menghiburkan mereka serta memberi pengalaman belajar yang menyeronokkan. Dalam ertikata lain teknologi pengajaran ini membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Seiring dengan peredaran masa dan cabaran dalam membangunkan negara, teknologi pengajaran memainkan peranan yang besar dalam menyediakan modal insan yang mampu menyumbang tenaga kearah kemakmuran negara

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

1.2

Pendekatan

Teknologi pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, justeru kaedah yang sesuai dapat diaplikasikan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif, antaranya ialah pendekatan induktif yang melibatkan proses penaakulan yang tinggi. Di sini, murid tidak diajar sesuatu bahan pengajaran secara langsung tetapi diberitahu hal-hal yang berkaitan dengan isi pelajaran tersebut. Dengan alatan yang sesuai mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan hasil kajian mereka. Pendekatan deduktif juga sesuai di gunakan, iaitu suatu pengajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan diaplikasinya menjadi suatu fakta. Dalam pembelajaran di bilik darjah, pelajar akan dihadapkan dengan suatu masalah, mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah. merealisasikan pembelajaran yang positif. Alat teknologi pengajaran mampu

Pendekatan pembelajaran koperatif turut

membantu persekitaran yang positif kepada pelajar. Dalam kumpulan pembelajaran ini, pelajar akan dipertanggungjawabkan mempelajari bahan atau media yang diberikan dan memastikan ahli kumpulan mempelajari bahan tersebut. Mereka akan berusaha mencapai faedah bagi dirinya dan kumpulannya. Wujud sifat saling menggalak dan bekerjasama dalam pembelajaran ini.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran teknologi pengajaran dianggap sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran sebaliknya membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Justeru itu, penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu sebelum kegunaannya, merancang masa dan cara bagaimana mengaitkan dengan topik pengajaran. Kedua, semasa kegunaannya iaitu merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran seterusnya selepas kegunaannya, iaitu merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

Terdapat pelbagai bentuk teknologi baru dan lama dalam pengajaran pembelajaran Kebanyakannya adalah slides, video, kalkulator, software komputer, kalkulator grafik, networks, dan sebagainya. Senarai teknologi ini semakin meningkat sesuai dengan peningkatan Teknologi
Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491 4

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Maklumat. Pemilihan bentuk teknologi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana ia dapat memastikan pelajar mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi akademik mereka. Oleh itu alat teknologi yang dipilih haruslah sesuai dengan topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.

Secara tuntasnya penggunaan teknologi terkini didalam pengajaran dapat membantu sesuatu pengajaran disampaikan dengan baik kerana merupakan penggunaan pengetahuan dalam situasi sebenar. Ertmer (1999) menyatakan teknologi menambah nilai kepada kurikulum, ia tidak mempengaruhi perubahan kuantitatif (membuat dalam masa yang lebih pendek), tetapi memudahcarakan perubahan kualitatif (mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks). 2.0 (a) Terangkan maksud media pengajaran, pengajaran pelbagai teknik / blended instruction dan pembelajaran berjarak / distance learning.

Media Pengajaran Perkataan media berasal dari bahasa Latin iaitu medium yang bermaksud perantara atau pengantar. Ia merupakan saluran atau informasi pembelajaran yang hendak disampaikan oleh sumber pemesan kepada sasaran atau penerima pesanan tersebut (Rahardjo, 1986). Media juga ditakrifkan sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran

disampaikan, melibatkan guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara atau apa-apa sahaja yang boleh menyampaikan mesej. (Reiser & Gagne, 1983) Selain daripada itu, media juga didefinisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat di antara sumber dengan penerima seperti filem, video, foto, risalah, poster dan sebagainya (Heinich, Molenda dan Rusell, 1993). Yusuf Hashim dalam bukunya Media Pengajaran dan Latihan menekankan pengertian ini lebih tertumpu kepada agenda komunikasi kerana media dianggarkan memudahkan proses komunikasi antara pengantar dan penerima. Oleh itu media juga boleh disimpulkan sebagai peralatan dan bahan media yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan seperti suratkhabar, radio dan televisyen.

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhtian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Ia melibatkan alat, bahan atau sumber (konkrit atau abstrak) juga dapat digunakan dan

dieksploitasi oleh seseorang pelajar secara sistematik untuk tujuan-tujuan mendapatkan maklumat atau mesej-mesej untuk pembelajaran. Dalam kegiatan pengajaran dan pembelajaran, sumber pesanan adalah guru dan penerima pesanan adalah murid. Justeru itu penggunaan media pengajaran dapat membantu mencapai bekerkesanan pembelajaran

Pengajaran Pelbagai Teknik / Blended Instruction Pengajaran pelbagai teknik ditakrifkan sebagai a relatively new concept of learning where instruction is delivered through a blend of online learning and traditional instructor-led classroom approaches (Valiathan, 2002, Bielawski & Metcalf, 2003, Thorne, 2003, Throha, 2003). Pengajaran ini menggabungkan berbagai cara penyampaian, model pengajaran, dan gaya pembelajaran, memperkenalkan berbagai pilihan media dialog antara fasilitator dengan orang yang mendapat pengajaran. Dalam ertikata lain, pembelajaran pelbagai teknik ini merupakan kombinasi pembelajaran dalam talian atau mana-mana bentuk pembelajaran yang lebih berteknologi dengan pendekatan tradisional.

Pembelajaran ini juga dikaitkan dengan Pembelajaran gabungan yang meliputi tiga peringkat pembelajaran iaitu pembelajaran yang diuruskan sendiri yang menggunakan modul yang direka khas, Pembelajaran secara bersemuka iaitu bilik darjah sebenar dan pembelajaran dalam talian iaitu bilik darjah maya. Komunikasi online ini dapat memudahkan teori pembelajaran yang telah ada supaya terdapat pemahaman yang lebih baik tentang kegunaan pengajaran pelbagai teknik dalam bidang Teknologi.

Apa yang penting, penggunaan pengajaran pelbagai teknik mestilah berfokuskan kepada penerima. Sebagai seorang penyampai yang baik pengajaran pelbagai teknik boleh digunakan untuk menarik perhatian penerima agar memberi lebih tumpuan dalam sesuatu pengajaran.

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Pembelajaran Berjarak / Distance learning

Pembelajaran berjarak (distance learning) berasaskan teknologi/Internet semakin meluas aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak definisi yang digunakan untuk pembelajaran berjarak (distance learning). JW.Keegan melakukan penelitian mengenai definisi pembelajaran berjarak (distance learning) yang digunakan di pelbagai negara di dunia. Dia melakukan analisis dan pelbagai definisi yang hampir sama, mulai dari definisi Doamen (1967), Meckenzie, Christense; dart Rigby (1968); Undang-Undang Pendidikan Perancis (1971), Peters (1973), Holmberg (1977) dan membuat kajian mengenai definisi-definisi tersebut. Menurutnya terdapat enam unsur dasar pengertian (six defining elements) pembelajaran berjarak (distance learning). yang dapat diketengahkan, antaranya terpisahnya guru dan siswa. Ciri-ciri inilah yang membezakan pembelajaran berjarak (distance learning) dari pembelajaran konvensional.

Dalam pembelajaran berjarak ini terdapat pihak yang dipertanggungjawabkan mengelola pembelajaran berjarak (distance learning). Disini wujudnya komunikasi dua hala diantara pelajar dan pensyarah sehingga pelajar mendapatkan manfaat darinya. Apa yang jelas pembelajaran ini menekankan penggunaan media sebagai bahan utama untuk mengulangkaji pelajaran. Pada dasarnya pembelajaran berjarak (distance learning) itu bersifat pembelajaran secara sendiri.

Penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah wujud sejak sekian lama, bermula dengan penggunaan papan bantu sebagai alat untuk menulis dan melukis,

seterusnya berkembang kepada penggunaan buku tulis dan buku bacaan. Akan tetapi kaedah chalk and talk tidak mencukupi, justeru itu, lahirlah kaedah pengajaran menggunakan alat pandang dengar. Dari sinilah kita didedahkan dengan foto, akhbar, slaid, filem, video, tv, radio dan sebagainya bagi tujuan pengajaran. Integrasi media ke dalam kurikulum merupakan proses penggabungan atau penyatupaduan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di jalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

2.2 (b) Kaji maklumat tentang Kon Pengalaman Dale di Internet dan buku untuk menghasilkan satu rajah yang mengambarkan klasifikasi teknik pembelajaran dan faedahnya dalam pembelajaran. Interprestasi maklumat dalam rajah adalah diperlukan Model pengalaman Kon Dale berdasarkan rajah yang berfungsi sebagai analogivisual pada pelbagai tahap konkrit dan abstrak dalam kaedah pengajaran dan penyediaan bahan pengajaran. Kon ini mewakili pelbagai tahap pengalaman, bermula daripada pengalaman

langsung hinggalah kepada pengalaman komunikasi yang simbolik.


Pengalaman Abstrak/persimbolan Pengalaman Ikonik /pemerhatian

Simbol verbal

Simbol visual verbal Visual statik/audio Visual bergerak/audio Bahan Pameran Lawatan Tunjuk cara Pengalaman lakonan Pengalaman tiruan Pengalaman sebenar

Pengalaman Enaktif/penglibatan

Kon Pengalaman Dale ( 1964 ) Edgar Dale telah mengklasifikasi pengalaman berlapis dari tingkat paling konkrit

menuju yang paling abstrak. Klasifikasi tersebut dikenal dengan nama kerucut pengalaman . Edgar Dale yang dapat membantu menentukan media apa yang paling sesuai untuk pengalaman belajar tertentu. Bahagian-bahagian yang terdapat dalam Kon Pengalaman Dale ini saling melengkapi dan kadang-kadang bercampur di antara satu sama lain. Kerucut Pengalaman itu menjadi satu metafora visual dari pengalaman-pengalaman belajar yang menggambarkan itemitem yang bervariasi dalam urutan pemisahan yang meningkat seperti yang didapatkan seseorang dari pengalaman langsung yang merupakan lapisan dasar dari semua pendidikan. Pengalaman konkrit ini dimulakan dengan penglibatan pelajar itu sendiri dalam satu pengalaman sebenar.
Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan perlajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar semakin berkurangan, ini menjelaskan tingkat kedua.

Dalam tingkat yang kedua, terdapat penggunaan penemuan-penemuan seperti model. Seni drama misalnya, meminta pengalaman dibentuk dan melangkah masuk ketika penemuanpenemuan gagal. Perihal atau perbuatan ikut serta (partisipasi) adalah lebih baik daripada

melihat. Tetapi sering kali tidak dapat berperisipasi di dalam pengalaman itu dan harus menjadi penonton. Oleh itu, observasi menjadi penting di dalam pendidikan dan kategori ini

memasukkan item-item seperti demonstrasi, karya, pameran, gambar bergerak, radio dan gambar. Dengan adanya bahan-bahan tersebut cukup untuk pelajar menonton dan mendengar. Ia melibatkan alat bantu pembelajaran seperti projektor, filem dan radio.

Tingkat seterusnya ialah pelajar mengalami pengalaman abstrak yang membolehkan pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut. Contohnya, untuk mengenali negeri-negeri di Malaysia dalam mata pelajaran geografi, sudah memadai jika pelajar di tunjukkan dengan peta untuk memberi gambaran abstrak mengenai negeri-negeri tersebut. Peringkat yang paling akhir ialah simbol-simbol verbal yang sederhana iaitu objek, tindakan atau benda. Simbol ini dapat dijelmakan dalam pelbagai rupa iaitu dari sebuah kata dan idea akan sampai ke formula.

Kon Pengalaman Dale ini adalah satu model yang pratikal bagi menganalisis ciri-ciri media pengajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan. Jika guru bijak menyusun bahan-bahan pengajaran mengikut kesesuaian dan keperluan maka ia menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan kerana pelajar dapat menguasai isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Selain daripada Dale, Rudy Bretz telah mengklasifikasi media kepada tiga unsur, iaitu suara, visual, dan gerak. Klasifikasi tersebut seterusnya dikembangkan menjadi tujuh kelompok iaitu, Media audio-visual-gerak, Media audio-visual-diam, Media audio-semi-gerak, Media visual-gerak, Media visual-diam, Media audio dan Media cetak. Apa yang utama ialah semakin realitistik sesuatu bahan itu, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran.

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

3.0 Kaji konsep Virtual Classroom untuk mengenal pasti definisi, kriteria, mod pengajaran, platform dan manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar. 3.1 Definisi Virtual classroom merupakan

pembelajaran maya yang

menggunakan media

elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet. Ia memperuntukkan ruang dalam talian secara persendirian didalam platform tertentu yang boleh digunakan oleh guru untuk menyokong atau membantu pelajar. Melaluinya, pelajar akan memperoleh maklumat walaupun belajar luar daripada kelas formal. Begitu juga perkongsian maklumat, ia akan berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan. Virtual classroom ini juga dapat merapatkan jurang masa dan kawasan pelajar dan pengajar. Hasilnya proses pembelajaran menjadi lebih singkat serta

perkongsian maklumat menjadi lebih efektif..

3.2

Kriteria Antara kriteria dalam pendidikan maya ialah Universiti Maya ( Virtual University),

iaitu perlaksanaan pembelajaran secara terbuka melalui talian atau internet dalam pembelajaran Pengajian Tinggi. Di Malaysia, merupakan Universiti universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sepenuhnya

(http://www.unitar.edu.my)

yang telah

menjalankan

pendidikan jarak jauh secara maya. Universiti ini menawarkan lebih 10 program akademik dan latihan dari peringkat sijil, diploma, ijazah sehingga ke peringkat kedoktoran. Program-program pengajian yang dikendalikannya menggunakanICT sepenuhnya dengan multimedia dan sistem komunikasi secara talian melalui internet. Pelajar hanya memerlukan komputer dan modem yang disambungkan kepada pelayar (server) untuk mendapatkan bahan pembelajaran. Mereka bebas memilih kaedah belajar yang sesuai kerana UNITAR menyediakan bahan pembelajaran dan latihan atau ulangkaji dalam pelbagai bentuk seperti, cakera padat (CD-Rom) interaktif, laman web dan bahan bercetak. Mereka juga boleh menemui pensyarah secara bersemuka sekiranya perlu. Universiti lain yang turut menjalankan pembelajaran maya menerusi program pembelajaran jarak jauh ialah seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Multimedia dan lain-lain.

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

10

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Kriteria seterusnya ialah Kursus Maya (Virtual Courses), iaitu kursus dalam talian yang disampaikan melalui internet. Kursus ini tidak diajar di dalam bilik darjah biasa tetapi melalui cara yang boleh dihubung iaitu internet. Terdapat tawaran kursus-kursus Universiti melalui internet atau secara maya. Pelajar tidak perlu lagi mengunjungi kampus atau bertemu secara bersemuka dengan pensyarah untuk mendapatkan sijil, diploma dan ijazah mereka. Sistem pengajian, dijalankan sepenuhnya melalui talian iaitu bermula dari iklan kursus, pendaftaran, pembayaran, pengajaran, perbincangan dan seterusnya kepada penilaian. Sebagai contoh kursuskursus yang boleh diikuti secara online ialah melalui Online Learning net yang dikendalikan oleh Syarikat Sylvan Learning Company (http://www.onlinelearning.net). Kursus-kursus tersebut dijalankan oleh California CPA Education Foundation, UCLA Extension dan University Of San Diego. Seterusnya ialah Program Maya (Virtual Program) iaitu program pembelajaran di mana semua kursus atau bahagian yang berkaitan dengan kursus dibuat melalui talian internet. Seiring dengan peredaran masa dan kepentingan ICT, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa projek yang membolehkan pelajar-pelajar mendapatkan berbagai maklumat menerusi talian internet, antaranya ialah e-pembelajaran. mempromosikan penggunaan internet di dalam pengajaran dan pembelajaran. Diantara laman web pendidikan yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah My School Net (http://myschoolnet.ppk.kpm.my), dan Smart School Malaysia (http://www.ppk.kpm.my/smartschool/). Disamping itu badan-badan korporat juga tidak ketinggalan dalam memajukan pembelajaran secara maya di negara ini. Diantara laman-laman web pendidikan yang telah dibangunkan ialah seperti Telikom Smart School (http://tss.tmsasia.com/) yang telah dibangunkan oleh Syarikat Telikom Malaysia, dan Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my/) yang telah dibangunkan oleh Syarikat Akhbar Utusan Malaysia.Para pelajar boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan mengikuti perbincangan serta pembelajaran maya dari kedua-dua laman web tersebut secara percuma.

3.3

Mod Kebanyakan pembelajaran maya berasaskan teks menggunakan dokumen HTML, Power

Point atau PDF. Pembelajaran maya ini boleh dijalankan dalam pelbagai mod. Antaranya ialah Bilik darjah maya, iaitu suasana pembelajaran dihasilkan dalam suatu ruangan maya untuk memperbailki capaian pengalaman pembelajaran ke arah masa hadapan dan membolehkan
Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491 11

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

pelajar dan instruktor mengambil bahagian dalam komuniti pembelajaran jarak jauh dengan komputer peribadi. Ia dijangka mampu memperbaiki mutu dan keberkesanan pendidikan menggunakan komputer untuk menyokong proses pembelajaran kolaboratif. Mod seterusnya ialah Kursus Hypertext, yang mana bahan pengajaran disusun dan dirancang berasaskan bahan elektronik dan di tayang menggunakan browse. Penggunaan hyper link, bahan multi media dan latihan-latihan disediakan dengan cara yang lebih bermakna. Kursus berasaskan video adalah mod yang berikutnya, ia melibatkan pembelajaran melalui tayangan video. Teknologi tayangan video digunakan melalui cara pembelajaran ini di mana pelajar menonton video melalui windows, media player atau real player. Mod lain yang turut digunakan adalah seperti kursus berasaskan audio, kursus buku teks berasaskan web dan kursus rakan sebaya.

3.4

Platform Program pembelajaran maya ini biasanya menggunakan platform e-learning untuk

memantau pelajar dan kursus serta menyediakan bahan pembelajaran. E-Learning ini bukan sekadar melihat nota atau menghantar tugasan kepada pensyarah melalui e-mail tetapi juga boleh menyediakan ruang untuk perbincangan atau forum antara pensyarah dan pelajar secara online. Platforms yang turut digunakan ialah seperti blackboard, iaitu satu persekitaran pembelajaran maya yang dibagunkan oleh Blackboard Incorporation. Ia adalah platform yang berasaskan server web dan berfungsi memasukkan elemen outline kedalam pembelajaran tradisional. Pengurusan kursusnya melibatkan intergrasi antara sistem maklumat pelajar dengan pengesahan protokol. Platform seterusnya ialah Moodle yang direkacipta untuk membantu pelajar

mengikuti kursus secara talian dengan peluang untuk berinteraksi. Ia adalah platform yang menyediakan satu program komputer dan sumber e-pembelajaran secara percuma dan terbuka, turut dikenali sebagai learning management System (LMS) atau pembelajaran persekitaran maya. Lain-lain platform adalah seperti WebCT, JoomlaLMS, SharePointLMS, Tadaros, Elluminate Live, Wimba Live Classroom dan Adobe Connet.

3.5

Manfaat Pelajar bukan sahaja dapat mengakses maklumat-maklumat yang berguna seperti

maklumat sekolah, kelender tahunan dan aktiviti pendidikan tetapi juga mendapat manfaat lain seperti jadual pembelajarannya yang fleksibel.
Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

Nota serta kelas tutorial diadakan melalui


12

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

internet secara on-line dapat menjimatkan kos dan masa pelajar malah menguntungkan bagi yang bekerja kerana mampu belajar tanpa mengganggu masa bekerja. Pembelajaran maya

melalui on-line ini sebenarnya merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif dan secara individu. mengikut kesesuaian dan kebolehan Ia tidak terikat kerana boleh belajar

serta keperluan pelajar, secara tak langsung dapat

memupuk sikap berdikari pelajar untuk mendapatkan maklumat. Pelajar juga akan bersikap lebih terbuka untuk mengemukakan pendapat atau persoalan yang membina dengan yakin. Disamping itu daya ingatan dan kemahiran pelajar dengan penggunaan bahan elektronik seperti perisian grafik, animasi dapat ditingkatkan seterusnya mendorong minat pelajar untuk berlajar bersunguh-sungguh. Secara prinsipnya, pembelajaran maya ini berfaedah untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di boilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik, menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini, menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan, mengurangkankan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar dan membantu

menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, dimana berlaku komunikasi dua hala diantara pengajar dengan pelajar dan diantara pelajar dengan rakan pelajar yang lain. Akan tetapi yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapi bertemu di ruang maya. Pembelajaran maya juga harus melibatkan proses pemantauan dan penilaian. Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, dimana pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan, perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi. Apa yang jelas pembelajaran maya ini merupakan satu alternatif yang memberikan manfaat yang besar kepada guru dan pelajar. Pelajar perlu memanfaatkan kaedah pembelajaran ini semaksimum mungkin untuk memperolehi kejayaan.

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

13

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Rujukan

Buku Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu:Strategi Perancangan dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur : Utusan Publications. Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Jurnal /Artikel Mohd Koharudin b Mohd Balwi, Perkembangan pembangunan dan penerimaan EPembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, Jurnal Teknologi 41(E) Dis. 2004 :55-72, Universiti Teknologi Malaysia Dr. Sajap Maswan, Pembelajaran Maya (Virtual Learning) dan Pembangunan Komuniti, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Laman Web http://spcio_wolff.blogspot.com/2008/03pembelajaran_maya.html/ http://www.geocities.com/Heartland/Grove/1156/papeng.html/


http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html http://www.scribd.com/doc/14989824/TEKNOLOGI-PENGAJARAN http://grayharriman.com/blended-learning.html

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

14

HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Mohd Rosli b Mohamad Saad 700124075491

15

Anda mungkin juga menyukai