Anda di halaman 1dari 12

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENGENALAN Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang penting kepada individu. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan. Proses-proses ini bersifat berterusan dan berlaku secara seimbang. Pertumbuhan merujuk terutamanya kepada perubahan fizikal seseorang seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke peringkat yang lain. Pertumbuhan fizikal yang ketara ini disebabkan oleh pertambahan struktur badan seperti tisu, otot, tulang, organ dan bendalir badan. Bagaimanapun, pertumbuhan adalah terbatas, ia akan berhenti atau mengalami sedikit perubahan pada kematangan. Menurut paul Eggan dan Kauchak (1997), perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Atan Long(1980) pula menyatakan perkembangan manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Menurut Slavin(1997), perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Crow dan Crow(1990), berpendapat perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Oleh itu, perkembangan boleh ditakrifkan sebagai jumlah proses perubahan yang mana individu menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Proses itu mencakupi pertumbuhan, pematangan dan pembelajaran. Oleh itu perkembangan bukan hanya membawa perubahan fizikal badan tetapi juga disertai dengan kemajuan dan kemahiran manipulatif, aktiviti jasmani, keupayaan mental dan rohani. Perkembangan merupakan perubahan yang berkualiti, boleh diperhatikan dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk. Perkembangan akan berlaku secara berterusan, dari permulaan hingga akhir hayat dan tidak terbantut pada peringkat kematangan.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

BAKA Baka ialah pewarisan sifat-sifat keturunan. Derville (1979) mentakrifkan baka sebagai pewarisan biologi keseluruhan cirri mental dan fizikal daripada ibu kepada anak. Ernest R.Hilgard(1956) pula berpendapat bahawa baka adalah segala cirri biologi yang diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak melalui gen. Menurut norman L.Munn, baka merupakan cirri yang cirri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah system biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseorang individu. Amram Schienfeld pula mengatakan bahawa baka itu penentu persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A. Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetic di antara generasi manusia. Daripada pengertian di atas, baka merupakan cirri mental dan fizikal yang dapat diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Oleh kerana seseorang individu berasal daripada cantuman dua sel gamet (pembiakan) iaitu sperma (bapa) dan ovum (ibu) maka individu itu mempunyai beberapa cirri serupa dengan ibu bapa tetapi tidak seiras dengan mana-mana seorang ibu bapanya. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit. Unit-unit baka yang diwarisi daripada ibu bapa dan diperturunkan kepada anak-anak adalah terkandung di dalam kromosom. Kromosom merupan butir-butir halus yang terdapat di dalam nucleus setiap sel dalam badan manusia. Persenyawaan bermula ketika sperma lelaki menembusi kulit ovum wanita. Persenyawaan ini akan menghasilkan proses yang disebut mitosis. Dalam proses ini, ovum yang telah disenyawakan akan menjadi beribu-ribu sel. Sel-sel ini akan menjadi bahagian system urat saraf, otak dan bahagian-bahagian lain tubuh badan. Embrio yang disenyawakan akan terus membesar dan bahagian-bahagian seperti kepala, mata, badan, tangan dan kaki juga turut membesar. Tempoh persenyawaan sehingga lahirnya memakan masa kirakira 40 minggu. Pada masa persenyawaan, embrio akan menerima 23 kromosom daripada sperma bapa dan 23 kromosom daripada ovum ibu. 46 kromosom tersebut menjadi 23 pasang yang akan
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

diperturunkan kepada setiap sel ketika proses pembahagian berlaku. Setiap kromosom mengandungi kumin-kumin kecil yang disebut gen. Gen-gen inilah yang memperturunkan cirriciri kebakaan. Setengah-setengah gen adalah gen utama iaitu dominan dan sesetengahnya adalah gen lemah atau resesif. Ciri-ciri yang akan diperturunkan oleh ibu bapa kepada anaknya adalah ditentukan oleh gen utama. Jika kedua-dua ibu bapa menyumbangkan gen yang lemah, maka cirri-ciri gen yang lemah itu akan diperturunkan kepada anaknya. Contohnya gen yang menyumbangkan warna mata yang biru adalah resesif. Jadi, bagi seorang kanak-kanak yang mempunyai mata yang biru, kedua-dua ibu bapa semestinya mempunyai mata yang biru, atau jika seorang daripada ibu bapa itu memiliki mata yang hitam, dia hendaklah juga mempunyai gen lemah untuk mata yang biru. Wanita menyumbangkan kedua-dua kromosom kejantinaan yang terdiri daripada kromosom X yang besar manakala pada lelaki terdapat kromosom X yang besar dan kromosom Y yang kecil. Ketika persenyawaan, apabila kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, anak perempuan yang akan dilahirkan. Sebaliknya apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, anak lelaki akan dilahirkan. Badan kita berfungsi dengan baik sekiranya pelbagai kelenjar di dalamnya memainkan peranannya. Diantara kelenjar-kelenjar yang penting ialah kelenjar pituitary, kelenjar tiroid, kelenjar pancreas, kelenjar adrenal dan kelenjar jantina. Kelenjar pituitary menghasilkan

hormone yang melincinkan perjalanan system darah. Hormone yang berlebihan akan menyebabkan individu itu berbadan besar. Manakala jikalau berkurangan akan menyebabkan pertumbuhan seseorang individu itu terbantut. Kelenjar tiroid pula menghasilkan hormone tiroksin. Apabila hormone ini bertambah menyebabkan indivitu tersebut aktif dan sebaliknya apabila kekurangan akan menyebabkan kelesuan. Bagi kelenjar pancreas pula ia bertindak sebagai insulin yang mengawal paras gula di dalam darah. Sekiranya pancreas tidak berfungsi, maka lebihan gula akan berlaku menyebabkan penyakit diabetes atau kencing manis. Kelenjar adrenal menghasilkan hormone adrenalin dan nonadrenalin. Jikalau seseorang itu hilang akal hormone adrenalin akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan denyutan jantung bertambah cepat. Manakala hormone nonadrenalin pula menyebabkan individu tersebut boleh kembali kepada normal. Yang terakhir sekali ialah kelenjar jantina. Kelenjar lelaki akan menghasilkan semen atau mani dan hormone androgen. Androgen akan menyebabkan sifat-sifat
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

kelelakian. Manakala kelenjar jantina perempuan akan menghasilkan ovum dan hormone estrogen. Estrogen menimbulkan sifat-sifat keperempuanan.

PERSEKITARAN Di dalam kehidupan seharian, besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula takrif persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan factor bakanya bermula daripada peringkat persenyawaan. Norman L.Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. W.Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks dan boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Menurut Mohd Salleh Lebar (1994), persekitaran bermaksud perkara-perkara yang ada di sekeliling seseorang seperti kemudahan pembelajaran, suasana kehidupan kekeluargaan, budaya masyarakat, rakan sebaya, iklim, keadaan makanan dan minuman dan taraf kesihatan. Persekitaran yang dimaksudkan itu berubahubah dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan seseorang samada sebelum atau selepas lahir. Atan bin Long (1979), menyatakan bahawa persekitaran adalah merupakan keseluruhan keadaan di luar diri seseorang. Keadaan persekitaran ini mula memberikan pengaruhnya kepada sesuatu organisma mulai daripada masa di dalam rahim atau di dalam kandungan ibunya lagi. Persekitaran ini mengadakan ransangan yang sangat-sangat diperlukan oleh organisma itu untuk pencapaian perkembangannya ke peringkat yang optima. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu samada di peringkat pralahir atau selepas lahir. Pengalaman dengan persekitaran luar amat penting untuk perkembangan fizikal dan mental seseorang.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENGARUH BAKA Sebagaimana yang kita ketahui, baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembentukan fizikal seseorang seperti warna kulit seseorang individu samada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datuk dan nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, samada mata hitam atau biru, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi oleh ibu bapa. Warna rambut samada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Rupa paras dan struktur fizikal manusia ditetapkan oleh baka. Cirri-ciri itu makin berkembang apabila ia mencapai kematangan. Misalnya, ibu bapa yang tinggi biasanya melahirkan anak yang tinggi, walaupun kemungkinan menghasilkan anak yang lebih rendah. Bagaimanapun ada pasangan gen yang mempunyai sifat kedominan yang tidak lengkap. Keduadua gen itu bertindak bersama-sama dan menghasilkan kesan perantaraan. Mengikut kajian Wong Hock Bron (1984), terdapat kaitan di antara kecerdasan ibu bapa dengan kecerdasan anak. Mengikutnya, jika kedua-dua ibu bapa mempunyai tahap kecerdasan yang normal iaitu 100, mereka juga akan menghasilkan anak yang mempunyai kecerdasan yang normal juga iaitu 107.6. Ketika lahir, seseorang bayi mewarisi bentuk fizikal bersama dengan kelenjar-kelenjar rasa, otak dan struktur-struktur lain yang penting dalam perkembangan kecerdasan. Jika kesemua factor ini adalah sihat, maka kecerdasan seseorang itu juga akan berkembang dengan baik. Walaubagaimanapun baka yang baik tidak menjamin satu-satu aras kecerdasan yang tinggi. Perkembangan mental seseorang juga dipengaruhi oleh factor genetic. Arthur R.Jensen (1969) telah mengemukakan beberapa bukti untuk menunjukkan bahawa kebakaan menetapkan batasan kecerdasan seseorang. Beliau mencadangkan perbezaan genetic patut ditimbangkan semasa merancangkan program pendidikan. Kecacatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Menurut Papalia dan Olds(1985) bersetuju bahawa perkahwinan di dalam keluarga yang terdekat boleh menyebabkan kanak-kanak yang akan dilahirkan menjadi tidak normal. Sesetengah penyakit baka dapat diturunkan oleh daripada ibu bapa kepada anaknya. Misalnya penyakit hemophilia dan buta warna disebabkan oleh gen berangkai seks. Penyakit sindrom down pula disebabkan oleh kecacatan pada gen dan kromosom. Kanak-kanak yang cacat akal disebabkan sindrom down disebut mongol. Biasanya kanak-kanak

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

ini berwajah bulat, bermata juling dan lidahnya terjelir keluar. Hemofilia adalah sejenis penyakit yang mana darah tidak boleh membeku jikalau terluka. Mutasi yang berlaku dalam gen atau kromosom boleh menyebabkan perubahan cirri dalam sesuatu individu. Contohnya albino, iaitu kekurangan pigmen warna kulit dan rambut manusia disebabkan oleh mutasi gen. Mutasi gen berlaku apabila satu gen baru atau gen terubah menggantikan gen normal yang sedia ada. Mutasi kromosom pula berlaku semasa mitosis iaitu pembahagian sel dan meiosis iaitu pembahagian sel pembiakan, dimana sebahagian kromosom mungkin terputus dan terhilang atau melekat pada kromosom yang lain. Mutasi mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif dan pengawet makanan. Pewarisan penyakit juga boleh diturunkan daripada induk kepada zuriatnya. Penyelidikan perubatan telah menunjukkan beberapa penyakit manusia seperti darah tinggi, penyakit jantung, batuk kering, penyakit jiwa dan kekerdilan adalah disebabkan oleh baka. Baka juga memainkan peranan penting dalam menentukan sahsiah seseorang individu. Contohnya perangai dan sifat introvert dan ekstravert. Begitu juga dengan seseorang individu yang cepat marah dan atau selalu merasa bimbang. PENGARUH PERSEKITARAN Terdapat dua kategori pengaruh persekitaran iaitu merujuk kepada alam sekitar seseorang individu samada di peringkat pralahir atau selepas lahir. Peringkat Pralahir Di antara pengaruh persekitaran di peringkat pralahir adalah mengenai kesihatan ibu. Keadaan kesihatan ibu mengandung memainkan peranan penting dalam perkembangan bayi yang akan dilahirkan. Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Ibu mengandung yang mempunyai penyakit rubella berkemungkinan akan menjejaskan perkembangan fizikal bayi yang dilahirkan seperti lemah jantung. Begitu juga dengan berat bayi yang akan dilahirkan akan berkurangan sekiranya ibu yang mengandung adalah terlampau muda, menghisap rokok dan mengalami masalah mental. Kesannya kepada perkembangan bayi ialah seperti menghadapi kecacatan mental emosi dan fizikal.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Begitu juga dengan umur ibu yang mengandung. Kelanjutan usia ibu yang mengandung akan memungkinkan bayi yang dilahirkan mengalami sindrom down. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar perubatan, mendapati satu daripada kadar 600 kalangan ibu yang mengandung berusia lebih daripada 40 tahun melahirkan anak sindrom down ataupun yang terencat akal. Pemakanan yang kurang berkhasiat dan tidak seimbang semasa ibu mengandung boleh menggangu perkembangan janin. Untuk mengatasinya, ibu yang mengandung digalakkan memakan makanan yang seimbang pada setiap hari iaitu seperti protein, karbohidrat, zat galian dan sayuran yang mencukupi. Kekurangan kandungan zat protein pada ibu boleh menjejaskan pertumbuhan otak janin. Tekanan psikologi yang melibatkan ibu mengandung secara tidak langsung mempengaruhi peringkat perkembangan janin di dalam kandungan iaitu pengeluaran hormone adrenalin yang berlebihan masuk ke dalam saluran darah janin. Jikalau terus berlaku berkemungkinan menjejaskan perkembangan janin dan kemungkinan melahirkan anak yang tidak sihat. Tempat letak kedudukan janin di dalam kandungan juga mempengaruhi perkembangan janin tersebut. Selalunya apabila janin yang terletak pada pintu rahim tidak akan berkekalan lama dan akan diikuti dengan keguguran. Selain daripada itu, jumlah janin yang dikandung akan menyebabkan kesempitan kepada mereka. Selalunya anak kembar mempunyai saiz dan berat yang lebih kecil jika dibandingkan dengan anak yang dikandung tunggal. Di antara anak yang kembar itu pula ada yang lebih besar daripada yang lain kerana ia berjaya menguasai kedudukan yang lebih baik dan mendesak kembarnya daripada mendapat tempat yang seimbang. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada kesan x-ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat dari segi jasmani atau mental. Penyalahgunaan dadah dan arak oleh ibu yang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung. Ia boleh menyebabkan kecacatan mental dan fizikal kepada bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah thalidomide. Rh darah juga memainkan peranan dalam pengaruh bayi yang dikandung. Apabila perempuan berdarah Rh neagative berkahwin dengan lelaki berdarah Rh positif, biasanya anak yang dilahirkan akan berdarah Rh positif. Semasa hamil, ibu yang berdarah Rh negative akan
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

menghasilkan antibody yang berupaya untuk memusnahkan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya. Pada kehamilan yang pertama tiada apa-apa serius yang berlaku. Tetapi pada kehamilan yang kedua atau ketiga, mungkin terdapat antibody yang cukup dalam darah ibu dan akan memusnahkan sel darah fetus sehingga menyebabkan penyakit anemia. Peringkat Selepas Lahir Di antara pengaruh persekitaran di peringkat selepas lahir ialah pemakanan. Makanan seorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan fizikal dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang amatlah diperlukan. Makanan bukan saja membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu daripada berbagai-bagai penyakit. Selain daripada itu, keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan saja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, dijaga, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi sahsiah seseorang kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga kecil biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta akan diberikan. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut bersifat angkuh dan terlalu berharap terhadap ibu bapa. Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh oleh kedua-dua ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan cadangan atau pendapat. Ini akan menyebabkan anak ini menjadi pasif dan takut. Anak-anak seperti ini akan membesar menjadi individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung pada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima, memberi, bertolak ansur dan mematuhi pendapat majority dalam sesuatu tindakan membuat keputusan. Ibu bapa yang mengamalkan lampau lindung terhadap anak-anak mereka juga akan membentuk individu-individu yang sukar untuk berdikari. Rakan sebaya juga menjadi pengaruh persekitaran yang kuat. Mereka merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yang sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan taraf kecerdasan yang lebih
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah makhluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek, iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Dari segi sosial, seorang kanak-kanak akan belajar untuk bersosialisasi. Dia akan mempelajari apa yang boleh diterima dan tidak boleh diterima oleh ahli rakan sebayanya. Kanakkanak juga akan mempelajari sikap yang akan diamalkan oleh rakan sebayanya. Sekiranya rakan menunjukkan sikap yang positif terhadap pelajarannya, begitulah pengaruh positif terhadap kanak-kanak tersebut. Begitu juga dengan pengaruh akhlak rakan sebayanya. Sekiranya rakan sebayanya bersopan santun, individu itu juga bercenderung menunjukkan sikap yang sama. Rakan sebaya membantu individu meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi di antara individu. Rakan sebaya juga berfungsi sebagai kumpulan kawalan. Contohnya seorang individu takut hendak melanggar norma-norma atau amalan-amalan biasa kumpulan rakan sebaya itu kerana takut disingkirkan. Kedudukan sesebuah sekolah, samada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Guru-guru lebih mampu memberikan layanan yang sempurna terhadap pelajar sekolah kecil tersebut. Dalam keadaan ini, keadaan sosioemosi pelajar-pelajar adalah lebih stabil. Falsafah hidup seseorang juga turut dipengaruhi oleh falsafah sekolah, pengetua dan guru-guru. Tempat tinggal seseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Penduduk di bandar adalah lebih bersifat materialistic. Dengan itu kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkrhadan ganjaran atau bayaran bagi sesuatu tugasan. Semua jenis mediaeletronik dan sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar, internet akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan sikap
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

seseorang terhadap isu ekonomi, politik dan sosial. Sebagai contoh program Sesame Street dan Eletric Company banyak membantu kanak-kanak mempelajari konsep nombor, bahasa dan matematik. Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di datu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu. Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni. Persekitaran dunia juga mempengaruhi perkembangan individu seperti ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin dunia, ekonomi, sosial di seluruh dunia mempengaruhi penduduk di satusatu tempat. Iaitu dari segi idea, budaya, ekonomi, politik dan ideology.

BAKA ATAU PERSEKITARAN : YANG MANAKAH LEBIH MEMPENGARUHI KE ATAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruhpengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anakanak ibu bapa yang kecil. Teori biologi William H. Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan mesomorf. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, contohnya kecerdasan seseorang boleh dipertingkatkan dengan diperkayakan persekitarannya tetapi aras peningkatan tersebut adalah terhad. Sekiranya, seseorang individu itu lemah dari segi mental, jadi bahan, tenaga dan masa yang digunakan untuk melatih individu itu hanya akan mencapai kejayaan yang terhad. Ini disebabkan keupayaan mentalnya adalah dihadkan oleh mutu gen-gen yang diwarisi. Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Contohnya, kita tentu pernah melihat pelajar yang lemah diberi bimbingan oleh guru hampir setiap hari malahan berbulan-bulan. Pada akhir tahun, pencapaian individu itu masih lemah berbanding dengan pencapaian kebanyakkan pelajar yang lain. Situasi ini menunjukkan pentingnya pengaruh baka ke atas seseorang individu. Walaubagaimanapun, tidak ada bukti yang kukuh pengaruh yang manakah memainkan peranan di dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia. Ini adalah kerana kedua-dua pengaruh tersebut samada pengaruh persekitaran atau baka sama-sama beriringan memainkan peranan penting. Anastasi(1958) menegaskan bahawa tidak ada gunanya kita membuat penentuan factor yang mana yang lebih penting di dalam perkembangan seseorang tetapi yang patut dibincangkan ialah bagaimana kedua-dua pengaruh ini berinteraksi di antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika seseorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tetapi tidak diberi asuhan, bimbingan, ransangan dan pengajaran, mungkinkah dia mengalami perkembangan mental yang maksimum. Tentu sekali tidak. Ini menunjukkan pengaruh persekitaran adalah sama penting seperti pengaruh baka dalam menentukan perkembangan individu.
NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

[Type text]

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

KESIMPULAN Daripada kajian ini, saya dapat merumuskan bahawa pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh factor baka dan juga factor persekitaran yang bertindak secara berinteraksi bersama-sama. Dengan ini jelaslah kedua-dua factor tersebut memainkan peranan utama dalam menentukan seseorang individu yang baik keupayaan mentalnya, keadaan jasmani atau sosioemosinya.

NORMY BT. ABOO HASSAN 760921075640

Anda mungkin juga menyukai