Anda di halaman 1dari 3

WAJ 3112:KOKURIKULUM OLAHRAGA PROGRAM PPG Topik Tutorial Nama : Mahadzir Bin Mahadi Kelas: BMMA Semester: 4

Interaksi 1: Undang-undang KOM (Dahulu dikenali sebagai KOAM) 1. Senaraikan semua acara olahraga yang dijalankan di pringkat sekolah rendah BALAPAN 80 METER
80 METER BERPAGAR

100 METER 200 METER


4 X 100 4 X 200

PADANG LONTAR PELURU LOMPAT JAUH LOMPAT TINGGI

2. Cuba rujuk peraturan KOM melalui internet atau bahan bacaan dan jelaskan perkara-perkara yang menyebabkan lompat jauh seseorang dibatalkan. a. Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak. b. Melonjak di luar kawasan papan lonjak. c. Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan. d. Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.

WAJ 3112:KOKURIKULUM OLAHRAGA PROGRAM PPG Topik Tutorial Nama : Mahadzir Bin Mahadi Interkasi 2: 1. Nyatakan fasa-fasa dan teknik-teknik lari pecut. Fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut: i) Fasa permulaan a. Gaya peluru b. Gaya sederhana c. Gaya panjang ii) Fasa larian a. Fasa pecutan b. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan c. Fasa penamat iii) Fasa penamat Kelas: BMMA Semester: 4

Teknik-teknik lari pecut adalah seperti berikut: i. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan Fasa pecutan berlaku diantara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14-18 meter, maka apa yang perlu dilakukan oleh atlet ialah mengekalkan kelajuan lebih rendah dari kelajuan maksimum.

ii.

Teknik Larian di Selekoh Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa centrifigal. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk mengimbangkan kuasa centrifugal, seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

iii.

Teknik Penamat Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlet untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan iaitu mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

2. Cuba rujuk peraturan KOM melalui internet atau bahan bacaan dan jelaskan perkara-perkara yang menyebabkan pembatalan dalam acara lari berganti 4 x 100 meter. a. Berlari tanpa membawa baton b. Menukar baton di luar zon penukaran baton. c. Penerima baton mengutip baton yang terjatuh. d. Pelari keluar dari lorong untuk mengambil baton yang terjatuh mengganggu pelari pihak lawan. e. Pelari berlari memasuki lorong pihak lawan. f. Pelari membuang atau melemparkan baton selepas tamat larian. g.

Anda mungkin juga menyukai