Anda di halaman 1dari 8

1. Pilih pernyataan yang tidak berkaitan dengan kecemerlangan diri. A. Kecemerlangan diri merupakan tahap tertinggi individu B.

Kecemerlangan diri adalah kecemerlangan seseorang dari segi akademik C. Kecemerlangan boleh dicapai sekiranya kita menetapkan matlamat yang hendak dicapai D. Individu yang cemerlang ialah individu yang cemerlang dari aspek fizikal dan mental 2. Apakah faktor yang tidak menyumbang kepada kecemerlangan diri? A. Pendidikan B. Tindakan refleks C. Kebolehan berkomunikasi D. Penampilan perwatakan 3. Antara berikut, yang manakan bukan kebaikan memiliki pendidikan yang tinggi? A. Berpeluang memegang jawatan yang baik B. Berupaya memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan semua C. Boleh menggunakan ilmu dan kepakaran untuk memajukan diri D. Boleh menyumbang kepada kestabilan politik negara 4. Apakah kebaikan memperoleh kecemerlangan dalam pendidikan? A. Berpeluang menambah kekayaan B. Memanipulasi orang lain dengan kemahiran yang dimiliki C. Berupaya menindas golongan yang tidak berpelajaran D. Menyumbang pemikiran bernas dan idea kreatif 5. Antara berikut, manakan merupakan ciri-ciri watak terpuji? A. Minat B. Ikhlas C. Mengambil risiko D. Sifat ingin tahu 6. Berikut merupakan amalan yang dapat memupuk kemahiran berkomunikasi, kecuali A. Bertegur sapa dengan jiran tetangga B. Memberi salam ketika bertemu rakan baru C. Menceritakan kelebihan diri kepada orang lain D. Memberi reaksi yang positif ketika berbual dengan orang lain 7. Matlamat membawa maksud A. Pembinaan konsep kendiri yang positif B. Pemikiran yang sentiasa inginkan kemajuan C. Intipati yang membawa kepada sesuatu perkara D. Inspirasi perjuangan yang boleh membantu kita mencapai kejayaan

8. Apakah kebaikan berfikir secara optimis? A. Dapat bersaing dengan orang lain B. Dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi C. Tidak mudah dipengaruhi oleh unsur negatif D. Dapat bertindak dan berfikir secara agresif 9. Apakah sikap orang yang cemerlang? A. Mengelak daripada mengambil risiko B. Menggunakan jalan pintas untuk mencapai sesuatu yang dihajati C. Bergantung kepada orang lain sebelum mengambil sebarang keputusan D. Bijak membahagikan masa antara keperluan akademik dan sosial 10. Berikut merupakan faedah mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik kecuali. A. Mudah didekati B. Mempengaruhi orang lain C. Mendapat ramai kawan D. Meningkatkan penampilan diri 11. Apakah tujuan melihat kelebihan dan kekurangan pada diri? A. Boleh bersaing dengan individu yang lebih bijak B. Boleh meniru kelebihan yang dimiliki orang lain C. Boleh mengetengahkan kekurangan dan kelebihan diri kepada umum D. Boleh dijadikan iktibar untuk dikongsikan dengan orang lain 12. Mengapakan kita mesti membuat refleksi A. Untuk menonjol kebolehan diri B. Untuk membolehkan kita meningkatkan kelebihan diri C. Untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri D. Untuk membandingkan kelebihan diri dengan orang lain 13. Bagaimanakan kecemerlangan seseorang individu dapat membantu anggota masyarakat? A. Dengan menonjolkan kelebihan diri kepada masyarakat B. Dengan berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperolehi C. Dengan mengetuai anggota masyarakat dalam sesuatu aktiviti D. Dengan memendamkan kebolehan yang dimiliki untuk diri sendiri 14. ___________ dan ____________ dapat membentuk perwatakan terpuji seseorang individu. A. Kekuatan, kuasa B. Status, pendidikan C. Ketekunan, kesungguhan D. Pengalaman, kebolehan

15. Murid cemerlang ialah murid yang mempunyai ciri-ciri berikut. I Mempunyai sikap kepimpinan II Sederhana dalam akademik III Tidak menyertai aktiviti kokurikulum IV Mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik A. I dan IV B. I dan II C. II dan III D. III dan IV 16. Mengapakah kecemerlangan dalam pendidikan penting bagi seseorang individu? A. Memastikan kejayaan dalam kerjaya B. Memudahkan pergaulan dengan orang lain C. Akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat D. Menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan Menjadi asas pencapaian kerjaya yang diimpikan 17. Maklumat diatas merujuk kepada kecemerlangan dalam A. Pendidikan B. Perwatakan C. Kemahiran berkomunikasi D. Kemahiran membuat refleksi Mudah didampingi Mendapat ramai kawan Boleh mempengaruhi orang lain

18. Maklumat diatas merujuk kepada kemahiran A. Memujuk B. Berkomunikasi C. Beramah mesra D. Membuat refleksi 19. Antara yang berikut, manakah menunjukkan watak terpuji? I Mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan II Berusaha bersungguh-sungguh III Berfikiran terbuka dan positif IV Berbudi bahasa A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

20. Antara berikut, pilih kepentingan mempunyai perwatakan terpuji I Menjadi insan yang sempurna II Tidak akan memarahi orang lain III Mempunyai banyak kawan dan rakan sebaya IV Membantu individu menjadi insan yang cemerlang A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 21. Mengapakah perpaduan ahli dalam keluarga perlu di pupuk? A. Agar keluarga lebih selamat B. Agar keluarga lebih harmoni C. Agar ahli keluarga dapat berdikari D. Agar institusi kekeluargaan tergugat 22. Perlakuan manakah menunjukkan sikap sayang akan keluarga? A. Menceritakan masalah keluarga kepada orang lain B. Sentiasa membantu anggota keluarga tanpa mengharapkan balasan C. Mementingkan rakan-rakan daripada anggota keluarga D. Malu untuk bercerita tentang keluarga kepada rakan-rakan 23. Hari Sabtu hadapan ialah hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa anda. Apakah tindakan anda dan ahli keluarga anda yang lain? A. Tidak mempedulikan hari tersebut B. Mengadakan majlis untuk meraikan mereka C. Meminta duit ayah untuk membeli hadiah D. Menyuruh kakak dan abang menyediakan hidangan untuk mereka 24. Semua yang berikut merupakan tugas dan tanggungjawab anak-anak, kecuali A. Mengikut nasihat ibu bapa B. Mematuhi peraturan keluarga C. Saling membantu sesama keluarga D. Menyediakan kediaman untuk keluarga 25. Sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga ditimpa masalah, kita hendaklah A. Mengejek-ejek dan mempersendakan dirinya B. Menghindarkan diri daripada bertemu dengannya C. Berbincang dan cuba mencari jalan penyelesaian D. Membiarkannya menyelesaikan masalah tersebut seorang diri

26. Bagaimanakah cara-cara untuk mewujudkan perpaduan dalam keluarga? A. Sentiasa bersaing B. Saling hormat-menghormati C. Mengamalkan kebebasan bersuara D. Mengongkong kehidupan setiap ahli keluarga 27. Amalan gaya hidup yang sihat boleh ditunjukkan dengan A. Menghabiskan masa di kafe siber B. Mengurungkan diri di dalam bilik C. Melakukan aktiviti riadah bersama-sama ahli keluarga D. Berkunjung ke pusat membeli-belah bersama rakan-rakan 28. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan kemesraan yang terjalin antara ahli keluarga? A. Dengan meminta bantuan ahli keluarga B. Dengan melakukan kerja-kerja di rumah C. Dengan mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif D. Dengan meluangkan masa bersama-sama untuk berkumpul dan bermesra 29. Pilih individu yang tidak mengamalkan perpaduan dalam keluarga A. Puan Anna amat mengambil berat perasaan anak-anaknya B. Mariana mengajak anak-anaknya pergi bersembahyang C. Raju menggunakan bahasa yang sopan ketika berbual dengan datuk dan neneknya D. Hamid tidak membenarkan adiknya menggunakan peralatan sukannya 30. Semua yang berikut merupakan hari-hari khas dalam keluarga kecuali A. Hari ibu B. Hari bapa C. Hari kekasih D. Hari perkahwinan 31. Mengapakah sambutan hari khas dalam keluarga perlu diraikan? A. Untuk memeriahkan suasana semasa sambutan hari tersebut diadakan B. Untuk menunjukkan keistimewaan yang dimiliki oleh ahli keluarga C. Sebagai mengingati peristiwa-peristiwa sedih yang menimpa keluarga D. Sebagai tanda menghargai dan berterima kasih kepada ahli keluarga 32. Azri telah gagal dalam pertandingan berbalas pantun peringkat sekolahnya. Apakah yang patut dilakukan oleh Atiqah sebagai kakak kepada Azri? A. Mengakui kekurangan yang dimiliki oleh Azri B. Mendorong Azri agar mencuba lagi tahun hadapan C. Meluahkan rasa terkilan kerana Azri tidak dapat mengharumkan nama keluarga D. Menyatakan rasa malu sebagai kakak kepada Azri kerana dia gagal dalam pertandingan tersebut

33. Pilih tindakan yang boleh menunjukkan sokongan terhadap ahli keluarga A. Abu menjaga adiknya semasa ketiadaan ibunya B. Chee Keong mengemas bilik tidurnya setiap hari C. Vivien manyaksikan pertandingan tenis yang disertai oleh abangnya D. Maniam membawa anak-anaknya ke taman permainan. 34. Aktiviti keluarga perlu dilakukan dengan kerap agar A. Anak-anak tidak memberontak B. Ahli keluarga tidak berasa sunyi C. Hubungan antara ahli keluarga dapat dieratkan D. Ahli keluarga dapat menikmati udara yang segar 35. Apakah kebaikan mengamalkan sikap sopan santun dan lemah lembut terhadap ahli keluarga? A. Mewujudkan suasana yang harmoni B. Membolehkan kita menguasai mereka C. Membantu menjaga kedudukan mereka D. Menyebabkan kita disayangi oleh ahli keluarga 36. Kita perlu menghormati ibubapa kerana A. Mereka telah banyak berkorban dan berjasa kepada kita B. Kita mengharapakan balasan daripada mereka C. Mereka memaksa kita berbuat demikian D. Kita perlu mengambil hati mereka Hubungan kekeluargaan yang terjalin tidak mungkin dapat dipisahkan 37. Apakah peribahasa yang sesuai untuk pernyataan diatas? A. Bagai bulan di pagar bintang B. Air dicincang tidak akan putus C. Melentur buluh biarlah dari rebungnya D. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat 38. Anak-anak yang tidak mendengar nasihat ibu bapanya dianggap anak yang A. Taat B. Baik C. Setia D. Derhaka 39. Antara berikut, yang manakah bukan peranan anak-anak dalam sesebuah keluarga? A. Mematuhi nasihat ibu dan bapa B. Saling membantu dalam keluarga C. Mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa D. Membantu ibu dan bapa mencari nafkah untuk keluarga

40. Apakah maksud kasih sayang terhadap keluarga A. Sikap menghormati dengan mengira kedudukan, status dan taraf pendidikan B. Tidak sanggup membiarkan saudara sendiri menanggung kesusahan dan kesulitan C. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang amat mendalam terhadap anggota keluarga D. Amalan yang dapat mewujudkan suasana mesra dan ceria dalam keluarga

SKEMA JAWAPAN UJIAN BULAN MAC SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINKGATAN 2 2012 1. B 2. B 3. D 4. D 5. B 6. C 7. D 8. C 9. D 10. B 11. D 12. C 13. B 14. C 15. A 16. D 17. A 18. B 19. D 20. C 21. B 22. B 23. B 24. D 25. C 26. B 27. C 28. D 29. D 30. C 31. D 32. B 33. C 34. C 35. A 36. A 37. B 38. D 39. D 40. D

Anda mungkin juga menyukai