Anda di halaman 1dari 2

Latihan Pendidikan Moral Tingkatan 1

Unit 5 : Serlahkan Potensi Diri


Bulatkan jawapan yang betul

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan kelemahan diri?


a. Tidak yakin kepada diri
b. Kurang cermat ketika bekerja
c. Mampu mengawal perasaan marah
d. Mudah mempercayai cerita orang lain

2. Azura sangat prihatin terhadap masalah orang lain dan sentiasa berusaha mencari jalan
penyelesaian untuk mereka. Apakah kerjaya yang sesuai untuk Azura?
a. Guru
b. Penulis
c. Kaunselor
d. Pegawai bank

3. Berikut merupakan sikap yang perlu ada pada individu yang ingin mendapat kerjaya yang
diminati kecuali :
a. Tidak mudah putus asa
b. Mudah tertekan
c. Mempunyai nilai kendiri yang positif
d. Yakin pada kebolehan dan bakat diri

4. Antara yang berikut, yang manakah boleh membantu kita mengenali potensi diri?
a. Tidak mudah putus asa
b. Tidak menerima kelemahan
c. Tidak boleh menerima kritikan
d. Tidak berani mengambil risiko

Garis jawapan yang betul bagi melengkapkan ayat dibawah

a. Potensi diri ialah bakat, kebolehan dan kekuatan yang melibatkan empat aspek iaitu intelek,
jasmani, (emosi, kematangan) dan rohani.
b. Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dirancang selepas waktu pelajaran formal dalam
usaha mengembangkan (potensi, kekurangan) murid.
c. Seorang pakar motivasi perlu memiliki kekuatan dan potensi diri dalam bidang
(intrapersonal, interpersonal)
d. Individu yang berminat dengan (data dan logik, syair dan puisi) amat sesuai menceburi
bidang kejuruteraan.
e. Individu (muzikal, naturalis) cenderung untuk mencintai alam sekitar seperti gemar
menanam pokok dan melakukan aktiviti kitar semula.
Nyatakan kerjaya yang sesuai dengan minat dan potensi diri dalam gambar berikut.

Anda mungkin juga menyukai