Anda di halaman 1dari 4

Latihan Bidang 2: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN Clhs/SO/2021

LATIHAN UNIT 4 : Hidup Beragama atau Berkepercayaan

Nama : ____________________ ( ) No. Sekolah : D______ Kelas : _____

1. Dialog berikut dituturkan oleh seorang murid.

“Saya dan ahli keluarga sering bersembahyang di kuil dan membawa buah-buahan, buah kelapa dan bunga untuk dipersembahkan
kepada Tuhan. Perkara yang akan kami buat selepas bersembahyang di kuil ialah duduk dan bertapa seketika.”

Berdasarkan dialog di atas, apakah agama yang dianuti oleh murid tersebut?

A. Islam C. Kristian
B. Hindu D. Buddha

2. Apakah upacara keagamaan yang disambut oleh penganut agama Buddha?

A. Hari Wesak C. Hari Vaisakhi


B. Hari Menuai D. Hari Raya Aidilfitri

3. Masyarakat berketurunan Kadazan mempercayai Kinorohingan. Apakah maksud Kinorohingan?

A. Pesta Keamatan yang diadakan pada setiap tahun


B. Upacara Magavau yang diadakan untuk menghormati semangat padi
C. Tuhan yang dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan
D. Setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh manusia pasti mempunyai balasannya

4. Orang Asli Semai mempercayai kewujudan kuasa ghaib, iaitu kuasa Nyenang dan kuasa Nyanik. Apakah maksud
kuasa Nyenang dan kuasa Nyanik?

Kuasa Nyenang Kuasa Nyanik


A. Air Cahaya matahari
B. Cahaya matahari Air
C. Tuhan Syaitan
D. Syaitan Tuhan

5. Bagaimanakah cara menghormati amalan keagamaan atau kepercayaan orang lain?

A. Mengejek amalan keagamaan atau kepercayaan orang lain


B. Mengganggu orang lain semasa upacara keagamaan dijalankan
C. Bercakap dengan suara yang kuat semasa orang lain bersembahyang
D. Mengelakkan diri daripada makan atau minum di hadapan penganut agama Islam yang berpuasa

6. Apakah kebaikan amalan kunjung-mengunjungi semasa majlis rumah terbuka?

A. Memupuk perpaduan kaum


B. Menanam semangat perkauman
C. Menggunakan masa secara berfaedah
D. Menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat
Latihan Bidang 2: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN Clhs/SO/2021
LATIHAN UNIT 5 : Kenali Potensi Diri

1. Apakah maksud potensi diri?


A. Kelemahan yang terdapat pada seseorang
B. Kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang
C. Bakat, kebolehan atau kekuatan yang ada pada seseorang
D. Bakat yang terdapat pada seseorang tetapi tidak dapat dikembangkan pada masa hadapan

2. Bagaimanakah cara mengenali potensi diri?


A. Menghargai kelemahan diri C. Berasa kecewa terhadap kelemahan diri
B. Melupakan semua keistimewaan diri D. Memikirkan cara untuk membaiki kelemahan diri

3. Antara berikut, yang manakah contoh potensi diri?


A. Pemalu C. Kurang keyakinan diri
B. Petah berbicara D. Gagal mengawal emosi diri

4. Arif mempunyai potensi diri dalam melukis.Bagaimanakah Arif dapat mengembangkan potensi dirinya?
I Menghadiri kelas seni lukis
II Menyambung pelajaran dalam bidang seni lukis
III Tidak mahu berlatih kerana menganggap diri sudah mahir melukis
IV Memandang rendah terhadap kemahiran melukis yang dimiliki oleh orang lain
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

5. Maklumat berikut berkaitan dengan kelemahan Sarah.

Sarah lemah dalam bahasa Inggeris. Dia mengalami kesukaran untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan tidak dapat memahami
kandungan dalam bahan bacaan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Antara berikut, yang manakah bukan cara Sarah dapat membaiki kelemahan dirinya?
A. Berani bertutur dalam bahasa Inggeris
B. Membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris
C. Bertutur dalam bahasa Inggeris dengan rakan dan guru
D. Mengabaikan bahasa Inggeris dan mempelajari bahasa asing yang lain

6. Antara berikut, kerjaya yang manakah bersesuaian dengan individu yang mempunyai potensi diri dari segi
intrapersonal?
A. Pelukis C. Juruhebah
B. Jurutera D. Pakar motivasi

7. Jika seseorang mempunyai potensi diri dalam bidang kinestetik, kerjaya yang sesuai dipilih ialah
A. jurutera C. atlet sukan.
B. penyajak. D. pegawai PERHILITAN.

8. Maklumat berikut menunjukkan potensi seseorang individu dalam sesuatu bidang.

Suka membaca buku


Suka menulis cerita dan sajak
Petah dan fasih bercakap

Potensi diri tersebut berkaitan dengan


A. bahasa. C. interpersonal.
B. visual ruang. D. intrapersonal.
Latihan Bidang 2: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN Clhs/SO/2021
LATIHAN UNIT 6 : Hubungan Kekeluargaan

1. Antara berikut, yang manakah merupakan jenis keluarga?

I Keluarga kecil III Keluarga asas


II Keluarga besar IV Keluarga Kembangan

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

2. Antara berikut, yang manakah terdiri daripada keluarga asas?

I Ibu bapa III Bapa saudara


II Anak-anak IV Datuk dan nenek

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

3. Bagaimanakah cara menyayangi anggota keluarga?

A. Mengingkari arahan ibu bapa


B. Meraikan hari istimewa anggota keluarga
C. Memandang rendah terhadap anggota keluarga
D. Mengabaikan anggota keluarga yang ditimpa kesusahan

4. Apakah kesan jika anggota keluarga saling menyayangi?

A. Anak-anak akan saling berebut harta C. Hubungan anggota keluarga menjadi lebih mesra
B. Pendapatan keluarga semakin meningkat D. Perasaan anggota keluarga mudah tersinggung

5. Yang berikut merupakan aktiviti yang dapat dijalankan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, kecuali

A. aktiviti sukan. C. aktiviti berkelah.


B. gejala sosial. D. gotong-royong membersihkan rumah.

6. Apakah ciri-ciri keluarga bahagia?

A. Saling menyindir C. Hubungan yang akrab


B. Saling memfitnah D. Mengabaikan perasaan anggota keluarga

7. Antara berikut, yang manakah faktor anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua?

A. Kesibukan bekerja C. Keselesaan rumah orang tua


B. Ingin mentaati ibu bapa D. Perkhidmatan rumah orang tua yang baik

8. Apakah kesan negatif jika anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua?

A. Ibu bapa berasa dihargai


B. Ibu bapa mendapat jagaan yang baik
C. Ibu bapa dapat tinggal dengan selesa
D. Ibu bapa berasa kecewa terhadap sikap anak-anak
Latihan Bidang 2: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN Clhs/SO/2021
LATIHAN UNIT 7 : Hubungan Persahabatan

1. Apakah ciri sahabat positif?

A. Suka membantu
B. Suka membuang masa
C. Suka melanggar peraturan
D. Suka memandang rendah terhadap orang lain

2. Antara berikut, yang manakah persamaan antara sahabat berciri positif dengan sahabat berciri negatif?

I Penghibur hati
II Memberikan bantuan
III Mengharapkan balasan
IV Memandang rendah terhadap usaha

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

3. Apakah kebaikan memilih sahabat berciri positif?

A. Melibatkan diri dalam gejala sosial


B. Membentuk tingkah laku yang mulia
C. Mengabaikan hubungan dengan anggota keluarga
D. Mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak digemari

4. Apakah kesan memilih sahabat berciri negatif?

A. Nama baik terjaga


B. Masa depan yang cerah
C. Keputusan yang cemerlang
D. Terpengaruh oleh aktiviti yang tidak sihat

5. Bagaimanakah cara menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengabaikan keluarga?

A. Mengutamakan sahabat daripada keluarga dalam membuat keputusan


B. Mengabaikan perasaan anggota keluarga demi memenuhi kehendak sahabat
C. Meluangkan masa yang lebih lama bersama dengan keluarga berbanding dengan sahabat
D. Menipu keluarga bahawa sahabat merupakan seorang yang bersifat positif walaupun dia sebenarnya bersifat
negatif

6. Sahabat anda ingin menyebarkan berita palsu melalui media sosial. Apakah tindakan anda?

A. Memberikan sokongan kepadanya


B. Turut serta dalam menyebarkan berita palsu
C. Menasihatinya supaya tidak menyebarkan berita palsu
D. Mengajaknya melakukan perbuatan negatif lain seperti menyebarkan fitnah

Anda mungkin juga menyukai