Anda di halaman 1dari 12

SKEMA PEMARKAHAN

PENULISAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Gambaran atau Cereka

Pada hari minggu yang lalu, kamu berpeluang mengikut ibu kamu ke pasar tani. Gambarkan suasana di pasar tani ketika itu.

KARANGAN CONTOH : GAMBARAN ATAU CEREKA


Saya dan ibu saya dalam perjalanan menuju ke Seksyen 18, Shah Alam. Ketika itu, Juruhebah Stesen Radio Era mengumumkan waktu sudah menghampiri pukul 8.15 pagi. Dari jauh sudah kelihatan beberapa deret payung besar yang berwarna-warni. Apabila saya sampai di situ, kelihatan para peniaga sibuk melayan pelangganpelanggan mereka. Ada yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada pula yang menjual daging ayam, daging lembu, daging kambing, dan ikan air tawar. Suasana pada pagi itu agak bising. Suara para penjual dan para pembeli kedengaran di sana sini. Hal ini menyebabkan keadaan di situ agak meriah. Tambahan pula, pasar tani ini diadakan pada setiap hari minggu. Walaupun banyak orang di pasar tani, namun keadaannya bersih. Keadaan ini memungkinkan pembeli dapat membeli-belah dengan selesa. Keadaan sedemikian wujud kerana sikap bertanggungjawab semua pihak menjaga kebersihan. Masa berlalu, semakin banyak orang berkunjung ke sini untuk membeli barangbarang keperluan harian. Hal ini demikian kerana sayur-sayuran dan daging yang dijual di sini segar belaka. Harganya juga lebih murah dan berpatutan. Apabila hari semakin meninggi, orang ramai beransur-ansur kurang. Para peniaga juga mula mengemas barang-barang mereka. Pada pukul dua petang, selesailah urusan jual beli di pasar tani ini.
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

SKEMA
ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Penerangan: Berikan markah penuh sekiranya calon menulis karangan yang: 1. Mempunyai isi dan huraian yang mencukupi beserta pendahuluan dan penutup yang baik. 2. Mempunyai banyak isi dengan huraian yang ringkas. 3. Kurang isi tetapi dihuraikan dengan lanjut berserta contoh yang sesuai. 4. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 5. Tidak ditolak markah bagi karangan yang kurang daripada 80 patah perkataan kerana markah tatabahasa telah dikurangkan daripada tiga (3) kepada dua (2). 6. Karangan yang tidak mematuhi format, tolak dua ( 2) markah daripada markah keseluruhan. Bagi karangan yang tiada perenggan tolak satu ( 1) markah. 7. Karangan yang terpesong ialah karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk/tugasan soalan, markah maksimum ialah 5 markah. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

IK PK SA PI TB SE JM

= = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25

25/25

1. Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu. (salah) Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu. (betul)
{Tidak ada imbuhan awalan mer- dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

01 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Karangan Jenis Fakta

Tulis suatu karangan yang bertajuk Pusat Sumber Gedung Ilmu.

KARANGAN CONTOH : JENIS FAKTA


Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulangkaji pelajaran lebih selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita. Pusat sumber ada menyediakan ruang untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu daripada perkongsian pintar maklumat yang berkesan. Semasa perbincangan juga murid-murid diasuh berkomunikasi lisan secara ilmiah. Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat membantu menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu. Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan bahan pengajaran yang terkini. Alat bantu mengajar seperti carta, kad imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia anda.
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

SKEMA

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

3 3 3 3 3

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Penerangan: Berikan markah penuh sekiranya calon menulis karangan yang: 1. Mempunyai isi dan huraian yang mencukupi beserta pendahuluan dan penutup yang baik. 2. Mempunyai banyak isi dengan huraian yang ringkas. 3. Kurang isi tetapi dihuraikan dengan lanjut berserta contoh yang sesuai. 4. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 5. Tidak ditolak markah bagi karangan yang kurang daripada 80 patah perkataan kerana markah tatabahasa telah dikurangkan daripada tiga ( 3) kepada dua (2). 6. Karangan yang tidak mematuhi format, tolak dua ( 2) markah daripada markah keseluruhan. Bagi karangan yang tiada perenggan tolak satu ( 1) markah. 7. Karangan yang terpesong ialah karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk/tugasan soalan, markah maksimum ialah 5 markah.

IK PK SA PI TB SE JM

= = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25

25/25

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)


(salah)

1. Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi.

Satu rampasan terbesar mercun telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi.

(betul) {Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

02 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Surat Kiriman Tidak Rasmi

Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.

KARANGAN CONTOH : SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


No. 5, Jalan Budi 1, 25/21A, Taman Sri Muda, 46000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 18 Mei 2004. Menemui sahabatku Alia Farhana yang diingati selalu, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat. Saudari, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanakkanak peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya mengetahui berita ini melalui akhbar Berita Harian. Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah membaca esei saudari dalam majalah Kuntum. Esei itu sungguh menarik dan jalan ceritanya juga ada diselitkan babak humor dan saspens. Sesungguhnya, saya kagum akan hasil penulisan saudari yang bertajuk Tekal Menempuh Hidup. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang sedih dan menyayat hati. Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang penulisan ini. Saya berazam untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti. Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

SKEMA

Tidak ada alamat lengkap tolak satu markah. Tidak ada tarikh, tolak satu markah lagi.

ISI / IDEA KETERANGAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

25/25

Saya yang ikhlas,

Husna

Nurliyana

Tidak ada tandatangan, tolak satu markah lagi.

* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Penerangan: 1. Bagi surat kiriman tidak rasmi, alamat lengkap, tarikh, dan tandatangan tidak membawa apa-apa markah kerana maklumat tersebut dikira sebagai format.

IK PK SA

= = =

10/10 3/3 3/3

PI TB SE

= = =

3/3 3/3 3/3

2. Jika alamat, tarikh, dan tandatangan ditulis di tempat yang salah, dua (2) J1 = 25/25 markah format akan di tolak. FK = 0/3 3. Jika alamat sahaja yang tidak ditulis, satu ( 1) markah format akan ditolak. 4. Jika tarikh sahaja yang tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. J2 = 25/25 5. Jika tandatangan sahaja yang tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 6. Maksimum tiga (3) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012 daripada 80 patah PERKONGSIAN 03 perkataan, markah 7. Bagi karangan yang isinya kurang penuh PINTAR BAHASA MELAYU (SK) tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja.

SKEMA PEMARKAHAN

PENULISAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Surat Kiriman Rasmi

* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

25/25
Penerangan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bagi surat kiriman rasmi, alamat lengkap pengirim, alamat lengkap penerima, tarikh, dan tandatangan tidak membawa apa-apa markah, maklumat itu dikira sebagai format. Jika alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, dan tandatangan ditulis di tempat yang salah, dua (2) markah format akan ditolak. Jika alamat pengirim sahaja yang tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. Jika alamat penerima & tarikh sahaja yang tidak ditulis, satu (1) markah format ditolak. Jika tandatangan sahaja yang tidak ditulis, satu (1) markah format juga akan ditolak. Maksimum tiga (3) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. Bagi karangan (SKR) yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasa (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja.

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

04 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012 PEMARH Laporan Aktiviti

Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.

KARANGAN CONTOH : JENIS LAPORAN


LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN DATO YAHYA SUBBAN Pada hari Jumaat, 28 Mei 2004 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban, Chenderong Balai telah mengadakan perkhemahan pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak.

SKEMA

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

SKEMA PEMARKAHAN

PENULISAN

Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak. Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik. Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk Sihat Jasmani, Ceria Rohani. Ceramah ini tamat pada pukul 11.30 malam. Ahad, 30 Jun 2004, berakhirlah perkhemahan kami. Pada pukul 2.30 petang, kami diarahkan supaya mengemas barang dan alat-alat perkhemahan.

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

3 2

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

Laporan disediakan oleh,

10 Jun 2004.

Shafiq Nabil
(SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban.

25/25

Tidak ada tajuk laporan, tolak satu markah. Tidak ada tandatangan, nama, jawatan lengkap, dan tarikh tolak satu markah.

* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Penerangan: 1. Bagi karangan laporan aktiviti; tajuk, tandatangan, jawatan, dan tarikh tidak membawa apa-apa markah kerana maklumat tersebut dikira sebagai format. 2. Jika tajuk sahaja yang tidak ditulis, satu ( 1) markah format akan ditolak. 3. Jika tandatangan, nama, jawatan, dan tarikh sahaja yang tidak ditulis, satu ( 1) markah format akan ditolak. 4. Maksimum dua (2) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. 5. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 6. Jika menulis mengikut format catatan contohnya, karangan tidak terpesong. Nilai semua isi yang berkaitan tetapi formatnya akan ditolak dua ( 2) markah. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

1. Nur Amirah merupakan murid yang terpandai sekali dalam kelas Enam Bestari. (betul/salah) 2. Nur Amirah merupakan murid yang amat sangat pandai dalam kelas Enam Bestari. (betul/salah)
SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

05 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012 PEMARH Karangan Berita

Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.

KARANGAN CONTOH : JENIS BERITA


KOTA BHARU, 14 Oktober Suatu pameran buku telah diadakan pada 13 Oktober 2003 bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa. Pameran ini telah dirasmikan oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abd. Rashid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

SKEMA

Tempat, tarikh dan tajuk berita mesti dinyatakan dengan tepat dan jelas.

Banyak syarikat dan kedai buku menyertai pameran ini. Pameran yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis bahan bacaan dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku rujukan, dan majalah. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat membaca di kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran itu juga merupakan satu daripada langkah untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah. Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan melukis turut diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu manakala satu kategori lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua. Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk melukis disediakan bagi keduadua kategori pertandingan. Para pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka. Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga istimewa sehingga 50%. Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak berpuas hati dengan kejayaan pameran kali ini.

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

3 3

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Penerangan: 1. Bagi karangan berita; tempat, tarikh/masa, dan tajuk berita membawa apa-apa markah kerana maklumat tersebut dikira sebagai format. 2. Jika tempat dan tarikh yang tidak ditulis, satu ( 1) markah format akan ditolak. 3. Jika tajuk berita yang tidak ditulis, satu (1) markah format juga akan ditolak. 4. Maksimum dua (2) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. 5. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 6. Jika menulis mengikut format syarahan atau format perbualan contohnya, karangan tidak terpesong. Nilai semua isi yang berkaitan dengan tajuk soalan tetapi formatnya akan ditolak dua (2) markah.

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (salah) Emak mengekhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

2. Pekerja hotel itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (salah) Pekerja hotel itu sedang mengelap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

06 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Catatan atau Diari

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.

KARANGAN CONTOH : JENIS CATATAN

SKEMA

JUMAAT, 16 MEI 2003 7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2003. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga cerah pada hari itu. 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ucapan daripada guru besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 8.45 pagi Sukaneka dimulakan dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari dalam guni. Perlawanan bola jaring juga diadakan antara murid dan guru. 9.45 pagi Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah muridmurid tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama yang berjudul Guru Agung. 11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersamasama guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami. 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu.
Hari, tarikh, masa, dan rakaman peristiwa mesti dinyatakan dengan jelas.

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

Penerangan: 1. Bagi karangan catatan/diari; hari, tarikh, dan masa tidak membawa apa-apa markah kerana maklumat tersebut dikira sebagai format. 2. Jika hari dan tarikh yang tidak ditulis, satu ( 1) markah format akan ditolak. 3. Jika urutan masa yang tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 4. Maksimum dua (2) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. 5. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 6. Jika menulis tidak mengikut format, contohnya menulis karangan dalam bentuk cerita, karangan tersebut tidak terpesong. Nilai semua isi yang berkaitan tetapi formatnya akan ditolak dua (2) markah.

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (salah) Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (betul)
{Kata ganti nama tak tentu apa-apa bagi mengantikan benda, orang, masa, tempat, dan hal tidak khusus} {Kata tanya - apa, siapa, mana, bila berbeza maksudnya daripada apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

07 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Perbualan atau Dialog

Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di hospital dan kamu ingin mengetahui tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.

KARANGAN CONTOH : JENIS DIALOG


Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang terlantar di hospital. Karim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Yang berikut ialah perbualan kami. Ramli Karim Ramli Karim : : : : Apa khabar, Karim? Khabar baik. Terima kasih kerana sudi melawat saya di sini. Boleh saya tahu. Bila dan di mana kemalangan itu berlaku? Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai menjalani kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku? Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar basikal saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya putus dua. Apakah kecederaan yang awak alami? Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir seluruh badan saya mengalami luka dan calar-balar. Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang menghantar awak ke hospital? Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan bantuan sebuah van yang lalu ketika itu. Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah. Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi menjenguk saya di sini. Kirim salam saya pada kawan-kawan. Sama-sama. Baiklah, saya akan datang lagi bersama kawan-kawan.

SKEMA

Karangan yang tidak mengikut format dialog, dua markah akan ditolak.

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Ramli Karim

: :

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Ramli Karim

: :

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Ramli Karim

: :

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Ramli Karim Ramli

: : :

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Penerangan: 1. Bagi karangan perbualan/dialog; nama-nama yang terlibat dalam dialog tidak membawa apa-apa markah kerana maklumat tersebut dikira sebagai format. 2. Jika nama pendialog yang tidak ditulis, satu ( 1) markah format akan ditolak. 3. Jika titik bertindih yang tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 4. Maksimum dua (2) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. 5. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 6. Jika menulis tidak mengikut format, contohnya menulis karangan dalam bentuk cerita, karangan tersebut tidak terpesong. Nilai semua isi yang berkaitan. Jika karangan melebihi 120 patah perkataan, markah keseluruhan tidak ditolak.

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (salah) Pada zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (betul)
{Di untuk menyatakan tempat sahaja} manakala {Pada untuk menyatakan waktu atau masa} {Pada untuk merujuk manusia dan haiwan apabila didahului perkataan ada - Radio itu ada pada Rahim}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

08 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Karangan Jenis Ucapan

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Selaku ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

KARANGAN CONTOH : JENIS UCAPAN


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan untuk semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak pada hari ini. Hadirin yang dihormati, Kita semua sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memastikan segala asuhan, bimbingan, dan pendidikan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita beruntung kerana mendapat bimbingan, perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, pelbagai usaha perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa yang kita kecapi sekarang ini. Kanak-kanak hari ini merupakan acuan generasi akan datang. Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupakan rakanrakan yang kurang bernasib baik dari negara-negara lain. Mereka tidak mendapat pendidikan, perhatian, pemakanan, dan kesihatan yang sempurna. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan. Oleh itu, kita sewajarnya bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti mereka. Hadirin yang budiman, Kami umpama kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami dengan didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi insan yang berguna. Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah ucapan Selamat Hari Kanakkanak, semoga kita lebih ceria dan bahagia. Sekian, terima kasih.

SKEMA

Kata alu-aluan, hormat dan menyatakan tajuk. Jika tiada, dua markah format, akan ditolak

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

ISI / IDEA KETERANGAN

Penerangan: 1. Bagi karangan ucapan; kata alu-aluan, kata sapaan, dan menyatakan tajuk tidak membawa apa-apa markah, maklumat tersebut dikira sebagai format. 2. Jika kata alu-aluan/sapaan tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 3. Jika menyatakan tajuk tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 4. Maksimum dua (2) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. 5. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 6. Jika menulis tidak mengikut format, contohnya menulis karangan dalam bentuk fakta, karangan tersebut tidak terpesong. Nilai semua isi yang berkaitan. Jika karangan melebihi 120 patah perkataan, markah keseluruhan tidak ditolak. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)
{Kata adjektif daripada binaan ter- apabila bertemu kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali}

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

1. {Rumah banglo itu terbesar sekali salah} {Rumah banglo itu terbesar betul}.
2.

{Budak itu amat pandai sekali betul} {Pokok itu sangat besar sekali betul}.
{Kata penguat amat / sungguh / sangat apabila bertemu kata adjektif boleh diikuti kata penguat sekali}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

09 PENULISAN

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012 PEMARH

Karangan Jenis Syarahan


Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

KARANGAN CONTOH : JENIS SYARAHAN


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan. Hadirin yang budiman, Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah-sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini mengakibatkan pencemaran air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air. Manusia menggunakan air untuk kegunaan harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat berbahaya untuk kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit. Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan hidupan air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas. Hadirin yang dihormati, Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak merugikan kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut. Sekian, terima kasih.

SKEMA

Kata sapaan, beri salam, penegasan tajuk, terima kasih. Jika tiada, dua markah format ditolak.

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

Penerangan: 1. Bagi syarahan; kata sapaan, beri salam, penegasan tajuk, dan terima kasih tidak membawa apa-apa markah, maklumat tersebut dikira sebagai format. 2. Jika kata sapaan/beri salam tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 3. Jika penegasan tajuk dan TQ tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 4. Maksimum dua (2) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. 5. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 6. Jika menulis tidak mengikut format, contohnya menulis karangan dalam bentuk fakta, karangan tersebut tidak terpesong. Nilai semua isi yang berkaitan. Jika karangan melebihi 120 patah perkataan, markah keseluruhan tidak ditolak.

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Peninju/Petinju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut.
{Peninju membawa maksud tinju atau penumbuk, Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju}

2. Ibu membeli dua biji kek berperisa/berperasa strawberi di pasar tani pagi tadi, jelas kakak.
{Berperisa membawa maksud bersedap atau berenak, Berperasa pula bermaksud rasa seakan-akan}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

10

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

SKEMA PEMARKAHAN

PENULISAN

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BM 012

PEMARH Karangan Jenis Perbahasan

Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang, kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.

KARANGAN CONTOH : JENIS PERBAHASAN


Yang berusaha tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyokong tajuk perbahasan pada hari ini iaitu Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid. Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu menjejaki alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik-beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut. Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan peranan dan masa yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna. Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan pelbagai kerenah anak didik mereka. Hadirin yang dimuliakan, Setelah tamat waktu persekolahan, berakhirlah peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan berpeleseran. Jika ibu bapa gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung. Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh menentukan agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing. Sekian, terima kasih.

SKEMA

Kata sapaan, kata aluan, sokong atau bangkang, penegasan, terima kasih. Tiada, tolak dua markah.

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Penerangan: 1. Bagi syarahan; kata sapaan, kata aluan, sokong/bangkang, penegasan, dan terima kasih tidak membawa apa-apa markah, hanya sebagai format. 2. Jika kata sapaan/beri salam tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 3. Jika penegasan/terima kasih tidak ditulis, satu (1) markah format akan ditolak. 4. Maksimum dua (2) markah akan ditolak, jika tidak mengikut format sebenar. 5. Bagi karangan yang isinya kurang daripada 80 patah perkataan, markah penuh tatabahasanya (PK, SA, PI, TB, dan SE) hanya dua (2/2) sahaja. 6. Jika menulis tidak mengikut format, contohnya menulis karangan dalam bentuk cerita, karangan tersebut tidak terpesong. Nilai semua isi yang berkaitan. Jika karangan melebihi 120 patah perkataan, markah keseluruhan tidak ditolak. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

IK PK SA PI TB SE J1 FK J2

= = = = = = = = =

10/10 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 25/25 0/3 25/25

Kawasan pedalaman/pendalaman itu akan dimajukan oleh kerajaan menjelang tahun 2005.
{Pendalaman merujuk perihal mendalamkan, Pedalaman pula merujuk daerah yang jauh atau terpencil}

SKEMA PERMARKAHAN BAHASA MELAYU 012

11

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

Anda mungkin juga menyukai