Anda di halaman 1dari 5

Aktiviti melontar dan menyambut bola tenis merupakan suatu aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran asas iaitu

melontar dan menyambut. Oleh itu, murid-murid haruslah menguasai salah satu kemahiran asas iaitu melontar dan menyambut. Secara umumnya kemahiran melontar dan menyambut bola tenis dapat meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan supaya murid dapat

mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam pelbagai jenis sukan seperti sofbol, besbol, bola jaring, badminton, bola keranjang dan juga dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian meraka.

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, penggunaan model intervensi digunakan pengkaji untuk dijadikan garis panduan bagi menjalankan pelan tindakan. Bukan itu sahaja, model ini juga mendedahkan kepada pengkaji mengenai aliran pergerakan bahagian yang perlu dijalankan oleh pengkaji. Secara kasarnya dapat dilihat 2 kitaran yang berfungsi sebagai susur alur pergerakan tindakan intervensi pengkaji. Dan tiap-tiap kitaran terdapat proses yang sama iaitu refleksi, merancang, tindakan dan akhir sekali adalah pengumpulan data.
PEMERHATIAN

Pemerhatian telah dijalankan terhadap proses-proses yang telah dilakasanakan keatas subjek kajian. Pemerhatian ini merangkumi kaedah latihan dan juga aspek keselamatan seperti kesihatan subjek, kawasan latihan yang tidak berbahaya dan juga pakaian yang sesuai dititik beratkan. Sepanjang proses perlaksanaan kajian, pengkaji telah membuat beberapa pemerhatian terhadap tingkah laku subjek kajian sewaktu menjalankan intervensi. Pemerhatian-pemerhatian ini adalah perlu supaya subjek mematuhi setiap arahan dan mengikuti latihan yang telah ditetapkan.

Selepas kesemua subjek kajian melaksanakan latihan intervensi selama 3 minggu, sekali lagi kesemua subjek kajian akan menjalani ujian yang sama seperti ujian pra iaitu ujian pasca. Tujuan ujian pasca ini dilaksanakan adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan intervensi yang telah dirancang. Bukan itu saja, ujian pasca ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan objektif berkaitan dengan keberkesanan gaya pembelajaran resiprokal dalam meningkatkan koordinasi mata tangan murid. Semua ujian dikelolakan pengkaji sendiri dan dibantu oleh seorang guru Pendidikan Jasmani sekolah tersebut. Pendedahan awal diberikan kepada guru pembantu agar beliau lebih berkomitmen dan dapat memastikan dapatan yang diperolehi adalah betul dan tepat. Hasil dapatan yang diterima dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji untuk mengenalpasti hasil dapatan. Koordinasi merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Perkembangan dan peningkatan yang terlibat dalam kecergasan fizikal berlaku dalam lingkungan umur subjek kajian. Masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan perkembangan fizikal tidak boleh dipandang ringan. Hal ini melibatkan kesihatan dan juga perkembangan fizikal murid-murid secara langsungnya. Hal ini bukan sahaja melibatkan pergerakan dalam aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bahkan ia juga melibatkan pergerakan aktiviti harian murid tidak kira lah ketika berada di sekolah mahupun di rumah. Menurut Bompa (1994) koordinasi mempunyai kaitan secara langsung dengan kecepatan, kekuatan,dan juga ketahanan kelenturan. Oleh kerana itu, bentuk latihan koordinasi harus dirancang dan disesuaikan dengan unsur-unsur kecepatan, kekuatan, daya tahan, dan kelenturan.

Oleh itu, pengkaji berasa terpanggil untuk mengkaji dan mancari satu cara penyelesaian bagi mengatasi masalah koordinasi tubuh badan murid. Berdasarkan kepada pengalaman pengkaji menjalani praktikum selama tiga fasa ini, pengkaji mendapati koordinasi murid-murid terutamanya dalam kalangan murid-murid tahap dua sangat membimbangkan. Walaupun ada dalam kalangan murid tahap satu masih belum atau mengalami kelewatan dalam membiasakan diri menjalankan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan, namun begitu jika masalah ini masih berlarutan bagi murid tahap dua sangatlah membimbangkan.

Jadi, diharapkan intervensi yang dijalankan oleh pengkaji sedikit sebanyak dapat memberikan idea dalam meningkatkan serta memperkembangkan koordinasi muridmurid terutamanya kepada murid-murid tahun 4. (Refleksi nilai pendidikan)

Rujukan

(Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud, 2011) Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan. Konsep & amalan Dalampengajaran. Ipoh . Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Brunetto et al., (2009). Brunetto, F., Atkinson. P ., Brooks, C ., Kleoudis, T ., and Stewart, R. (2009). Step up: health and physical education for Queensland. Australia. Cambridge.

Shea dan Zimmy (dalam Magill, 2009)


Shea, J. B., & Zimny, S. T. (1983). Context effects in memory and learning movement information. In Magill R. A Motor learning and control concepts and applications (9th ed.). NY: McGrawhill.

Magill, R. A. (2009). Motor learning concepts and applicationsand control (9th ed.). New York: McGraw-Hill Company

Edwards 2011 Edwards W. H. (2011). An introduce to motor learning and motor control (1st ed.). USA: Wadsworth, Cengage Learning.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah pendidikan jasmani. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Wall, J. & Murray, N. (1994). Children and movement: Physical education in the elementary school (2nd ed.). Wm. C. Brown.

Payne V. G. & Isaacs L. D. (2008). Human motor developement a lifespan approach (7th ed.) New York: McGraw-Hill Companies.

Wall, J. & Murray, N. (1994). Children and movement: Physical education in the elementary school (2nd ed.). Wm. C. Brown.

Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todays children (3rd ed.). Dubuque, IA: Brown & Benchmark.

Schmidt R.A., & Wrisberg C.A. (2008). Motor learning and perfomance: A situation based learning approach. (4th ed.). IL: Human Kinetics.

Magill R.A. (2007). Motor learning concepts and applications and control (8th ed.). New York: McGraw-Hill Companies.

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap murid- murid. Bahagian ini membincangkan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan isu kajian dan menerangkan landasan bagi teori yang digunakan. Sehubungan dengan itu, dalam sub tajuk ini membincangkan mengenai kajian lepas yang berkait rapat dengan koordinasi mata dan tangan.

Anda mungkin juga menyukai