Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR KEMANUSIAAN YANG MENDORONG KEPADA MASALAH TINGKAH LAKU Dewasa kini kita lihat terllau ramai murid

yang mempunyai masalah tingkah laku. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada permasalahan ini termasuklah faktor kemanusiaan. Menurut Abdul Rahim (2006), penglibatan remaja dalam

pelbagai masalah social adalah berpunca daripada beberapa faktor, antaranya ialah faktor faktor dalam remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personality, kegagalan institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk tingkah laku anak anak mereka. a) Kurang didikan agama Imam Al- Ghazali berpendapat kanak-kanak haruslah dibekalkan dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dna bersembahyang. Ini kerana kanak-kanak ibarat kain putih yang suci bersih maka ibu bapa lah yang akan mencorakkan warna kain tersebut. Kekurangan didikan agama menjadikan kanak-kanak tidak mempunyai hala tuju atau panduan yang jelas dalam hidup mereka. Tidak kiralah apa yang menjadi anutan mereka kerana secara amnya semua agama mengajar perkara-perkara yang baik sahaja. Oleh itu, ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Dalam Islam sekiranya kanak-kanak sudah berumur 7 tahun dan tidak mendirikan solat 5 waktu ibu bapa wajib merotan mereka. Ini adalah untuk mendisiplinkan mereka supaya kanak-kanak mengerti bahawa betapa pentingnya melakukan perkara yang wajib dan

meninggalkan perkara yang terlarang. didikan agama yang mencukupi juga akan mendedahkan kanak-kanak kepada adab dan tingkah laku yang baik. Maka tidaklah terjadi perkara seperti kanak-kanak melawan cakap guru dan ibubapa, kanak-kanak menuturkan bahasa yang kesat. Ini kerana dalam diri mereka terdapat nilai-nilai murni yang telah diterapkan sejak kecil lagi. Maka sebagai ibu bapa, haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Kerana, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Bak kata Saidina Umar, didiklah anak -anak kamu sesuai dengan zaman mereka.

b) Keruntuhan institusi kekeluargaan Al-Naimy (1994), manusia berbeza berdasarkan persekitaran di mana ia berada. Sesiapa yang mendapati dirinya berada dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan, maka dia lebih cenderung untuk menjadi golongan yang baik dan begitu juga sebaliknya

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku bermasalah termasuklah masalah keluarga ataupun keruntuhan institusi kekeluargaan. Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak-kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam membentuk tingkah laku sempurna. Ini menunjukkan bahawa keluarga yang sempurna dan bahagia akan melahirkan kanak-kanak yang bertingkah laku baik berbanding dengan keluarga yang porak peranda dan banyak menghadapi masalah. Misalnya, sekiranya ibu bapa selalu bergaduh di rumah, kanak-kanak akan melepaskan segala tekanan yang dihadapi nya di sekolah. Misalnya, bermain dengan rakan-rakan sehingga tidak memberikan perhatian kepada guru yang mengajar. Hal ini disebabkan mereka tidak memperolehi kebebasan seperti ini di rumah dan mereka mengganggap hanya sekolah tempat mereka melepaskan tekanan yang ada. Keadaan keluarga yang tidak teratur akan menyebabkan kanak-kanak hilang minat untuk belajar kerana tiada motivasi dalam diri mereka untuk terus berjaya. Tidak dinafikan juga ada kanak-kanak yang akan meniru perbuatan ibu bapa mereka di rumah misalnya dengan memukul dan membuli rakan-rakan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai