Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Dalam minggu ini, saya memahami Matematik boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, masa.

Masa adalah emas dan kita sentiasa berlari dengan masa. Kita mempunyai perancangan dengan masa. Berapa lama kita perlu digunakan untuk menyiapkan sesuatu perkara? Masa tinggal berapa lama? Hal ini menunjukkan kita mengaplikasikan Matematik dalam kehiudupan kita. Selain itu, Matematik mempunyai pengertian yang berbeza. Matematik adalah perkajian tentang corak atau pola. Ia juga perkajian tentang perhubungan atau perkaitan. Matematik juga adalah suatu bahasa yang boleh berserta operasinya sendiri. Tambahan pula, Matematik adalah satu kajian seni dan amat berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya.