Anda di halaman 1dari 6

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN 75400 MELAKA.

KERTAS KERJA HOMEBASED PROGRAM KHIDMAT SISWA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) NUR SHAHIRAH, SUNGAI RENGGI, MELAKA

TEMPAT : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Shahirah Sungai Renggi, Melaka

TARIKH : 26 September 2013

ANJURAN : Guru Pelatih PISMP Pendidikan Khas Semester 6 (Ambilan Jan 2011)

PENGENALAN Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus major bagi mata pelajaran Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112) sebagai syarat pensiswazahan guru pelatih PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011. Program ini juga merupakan satu wahana kearah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan guru pelatih dari unit PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011. Melalui program seperti ini, guru pelatih dapat merancang dan melaksanakan aktiviti yang berbentuk perkhidmatan dan kemasyarakatan terhadap pelbagai komuniti setempat terutamanya bagi golongan istimewa dan kurang upaya dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti serta masyarakat setempat. Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang bukan sahaja kaya dengan ilmu pengetahuan tetapi juga memiliki personaliti diri yang menarik, dapat melambangkan nilai diri dan seterusnya dapat mempersiapkan diri untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak istimewa di sekolah dan dalam kehidupan berkomuniti kelak. TUJUAN Memberi pendedahan dan pengalaman langsung kepada guru pelatih dalam pendekatan Home Based iaitu program lawatan ke rumah warga OKU. OBJEKTIF Menjalin hubungan erat antara guru pelatih dengan warga PDK Nur Shahirah. Berkenalan dengan keluarga OKU dan mendalami latar belakang warga OKU berkenaan. Meningkatkan kesedaran guru pelatih mengenai kehidupan warga OKU sebenar. MATLAMAT Melawat tempat tinggal keluarga OKU dan menginsafi nasib keluarga OKU berkenaan. Menjalankan soal selidik kaedah penjagaan warga OKU berkenaan oleh ibu bapa. Memberi sumbangan kepada keluarga OKU. Menanamkan semangat kepada keluarga OKU supaya tabah dalam mengharungi kehidupan. Memberikan keceriaan kepada keluarga dan warga OKU berkenaan dengan mengambil berat masalah mereka. Menjalankan rawatan terapi yang bersesuaian kepada warga OKU berkenaan. TARIKH, TEMPAT DAN MASA 5.1 Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 26 September 2013 Khamis 8.00 pagi 12.30 tengahari Rumah Pelatih Home Based yang telah ditetapkan oleh pelatih PDK

ASAS PERTIMBANGAN Program home based ini merupakan kehendak kurikulum Pemulihan Dalam Komuniti subjek Pendidikan Khas, PISMP Pendidikan Khas semester 6. Di antara matlamat pembelajaran adalah seperti berikut : - Memberi pendedahan dan pengalaman langsung kepada guru pelatih melalui program Home Based - Melatih guru pelatih dalam pengurusan program Home Based. - Memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru pelatih dalam melaksanakan dan menjayakan program Home Based.

SASARAN Penghuni pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Shahirah ( orang kelainan upaya yang terlibat dalam aktiviti Home Based pelatih PDK ) SENARAI AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PROGRAM TEDUHAN KASIH MEKAR DI HATI PROGRAM KHIDMAT SISWA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) NUR SHAHIRAH, MELAKA. JAWATANKUASA INDUK Penaung : Pn Tumerah Bt Rosmin Penasihat : En. Israfi B Sayati Penyelaras : En. Amerrudin b Othman JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Nor Hasnaziah Bt Mohd Zaini Naib Pengerusi : Liyana Bt Mohd Diah Setiausaha : Norzulaika Bt Sabtu Bendahari : Maznah Bt Ishak

AHLI JAWATANKUASA KERJA AJK PERHUBUNGAN LUAR Nur Atika Bt Moh Ngaliman AJK DOKUMENTASI DAN CENDERAHATI Anisah Bt Mokhtar Nur Suraya Ashikin binti Isa AJK PERALATAN DAN TEKNIKAL Siti Noor Farhanis Bt Idris AJK MAKANAN DAN MINUMAN Wan Nor Farhana Bt Megat Haron

JAWATAN Penasihat

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Naib Pengerusi

Bendahari

AJK Makanan dan Minuman

AJK Dokumentasi

AJK Teknikal dan Peralatan AJK Cenderahati

BIDANG TUGAS TUGAS Membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai pelaksanaan dan pengurusan aktiviti supaya selaras dengan peraturan dan undang-undang Kementerian Pendidikan. Mengurus dan mentadbir organisasi atau melaksanakan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agong. Mengetuai untuk merancang, melaksana dan menyelia Program Khidmat Siswa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Shahirah Sungai Renggi Melaka Membantu pengerusi dalam pengurusan pentadbiran aktiviti. Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi, apabila ketiadaan pengerusi. Menyimpan senarai kehadiran ahli. Bertanggungjawab bagi surat menyurat dengan badan luar, pentadbiran PDK dan pihak-pihak yang terlibat. Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan menguruskan aktiviti. Mencatat minit mesyuarat. Merekod dan menyimpan segala surat menyurat yang berkaitan dengan aktiviti. Bertanggungjawab dalam menggantikan setiausaha dalam mesyuarat sekiranya ketiadaan setiausaha. Mencatat minit mesyuarat. Membantu setiausaha dalam segala hal. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran keahlian. Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan aktiviti. Menyimpan rekod dan stok. Mengenal pasti menu sebelum aktiviti diadakan. Membuat tempahan makanan dan minuman peserta dan jemputan sepanjang kativiti. Memastikan bekalan bahan mentah / memasak sampai tepat pada masa yang sepatutnya. Mengambil foto sepanjang berlangsungnya aktiviti. Mendokumentasikan semua bahan yang diperolehi semasa berlangsungnya aktiviti. Menyediakan semua bahan dan alatan yang diperlukan. Menyediakan bahan-bahan untuk sambutan dan undangan. Menyediakan, mengurus dan menyusun cenderahati, hadiah dan sijil yang berkaitan kepada jemputan dan peserta. Menyediakan dan mengurus meja hadiah, sijil dan cenderahati serta dulang dan alasnya.

TENTATIF PROGRAM KHAMIS ~ 26 SEPTEMBER 2013 AKTIVITI TEMPAT Taklimat oleh pengerusi PDK Bergerak ke rumah pelatih Home Based Rumah Peserta Sesi suai kenal PDK Aktiviti terapi fisio Penyampaian sumbangan

MASA 8.00 pagi 8.15 pagi 12.00 tengahari 12.30 tengahari

CATATAN Penglibatan: Pelatih PDK Pihak Pengurusan PDK Guru Pelatih IPG Ahli keluarga pelatih PDK

BILANGAN 1 2

ANGGARAN PERBELANJAAN ITEM Hamper Manik


JUMLAH KESELURUHAN

ANGGARAN KOS RM 50.00 RM 10.00 RM 60.00

IMPLIKASI KEWANGAN Kutipan wang daripada guru pelatih Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011 juga turut diadakan bagi menampung perbelanjaan program ini.

KESIMPULAN DAN SYOR Besarlah harapan pihak penganjur agar program ini dapat mencapai segala objektifnya dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak adalah amat diharapkan dan dihargai. Semoga program ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T serta berjalan lancar seperti yang diharapkan.

TANDATANGAN/ ULASAN Disediakan Oleh : Setiausaha, Program Home Base Program Khidmat Siswa PISMP PK, (PDK Nur Shahirah) IPG Kampus Perempuan Melayu Disemak oleh: . En Amerrudin B Othman Penyelaras Program PDK IPG Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab, 75400, Durian Daun, Melaka. Disahkan Oleh : .. En. Israfi bin Sayati Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, 75400, Durian Daun, Melaka Disahkan Oleh : . Dr. Hj. Mihat Bin Dollah, Ketua Jabatan , Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, 75400, Durian Daun, Melaka Diluluskan Oleh : ................................................ Pn. Tumerah binti Rosmin Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, 75400, Durian Daun, Melaka.

TANDATANGAN/ ULASAN

Anda mungkin juga menyukai