Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

5 Keempat (19/8/13 24/8/13) 19/8/13 24/8/13 Murid tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran.

1.

Masalah / Peristiwa Pada minggu keempat praktikum saya ini, saya telah menjalani proses pemerhatian dan penilaian terhadap tingkah laku murid-murid yang saya ajar. Saya mendapati bahawa mereka ini gagal memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan kepada mereka. Ini dibuktikan melalui pengamatan saya dimana hanya sesetengah murid sahaja yang memberikan perhatian mereka terhadap pengajaran yang saya sampaikan. Ini bukan sahaja membantutkan proses pemahaman mereka terhadap apa yang saya ajar malah ianya turut menganggu rancangan pengajaran saya dimana saya perlu mengulang semula apa yang saya telah ajar untuk membantu mereka faham akan apa yang saya telah ajar.

2.

Analisis Melalui permasalahan ini, saya cuba mengenalpasti apakah punca kepada murid gagal dalam memberikan perhatian kepada pengajaran saya. Pelbagai persoalan timbul dalam diri saya mengenai permasalahan ini :

1. 2. 3. 4. 5.
6.

Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ? Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ? Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ? Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan muridmurid ini di dalam pengajaran saya ? Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini?

Dengan menggunakan persoalan ini, saya cuba kaitkan dengan dengan situasi yang berlaku melalui pemerhatian dan hasilnya adalah seperti berikut :

1. 2. 3.

Gaya penyampaian pengajaran saya gagal menarik minat murid. Saya gagal menarik minat murid terhadap pembelajaran diawal pengajaran. Setiap murid mempunyai kemahiran dan pengetahuan sedia ada yang berbeza.

4.

Cadangan Tindakan Susulan Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menggariskan beberapa cadangan tindakan susulan yang saya fikirkan dapat membantu saya dalam mengatasi permasalahan ini. Antara cadangan yang dapat saya fikirkan adalah : 1. 2. 3. 4. 5. Memperbanyakkan lagi aktiviti yang berpusatkan murid. Sentiasa menyebut nama murid untuk memberikan motivasi terhadap diri mereka. Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid. Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Sebagai seorang guru, saya perlu melaksanakan beberapa langkah yang dapat memenuhi cadangan tindakan susulan yang saya gariskan. Antara langkah-langkahnya adalah : 1. 2. Memberikan tumpuan kepada murid yang pasif sewaktu proses pembelajaran. Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar. Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

3. 4.

5.

Tempoh Masa Tindakan Susulan 26/8/13 30/8/13 ( 1 Minggu )

6.

Tindakan Susulan Saya telah melaksanakan cadangan tindakan susulan dalam pengajaran saya sepanjang tempoh seminggu. Saya mendapati bahawa murid-murid berminat dengan pengajaran yang saya sampaikan dan wujudnya hubungan komunikasi yang aktif antara saya dan murid. Murid juga kelihatan lebih aktif dan ceria sewaktu proses pengajaran sedang berjalan. Perkembangan positif ini turut membantu memudahkan saya menyampaikan pengajaran kepada murid tanpa menganggu rancangan pengajaran saya.

7.

Kesimpulan Melalui permasalahan ini, apa yang dapat simpulkan adalah gaya penyampaian guru dalam kelas memberikan impak yang besar terhadap pembelajaran murid. Seorang guru yang baik akan memberikan cara penyampaian yang mampu menarik minat murid terhadap pengajaran yang ingin disampaikan. Selain daripada mampu menarik minat murid, seorang guru itu juga harus bijak dalam memotivasikan murid mereka dalam proses pembelajaran mereka untuk meningkatkan semangat mereka disamping membuatkan mereka merasa lebih dihargai. Seoran guru yang baik juga perlu peka terhadap latar belakang, kemahiran dan pengetahuan sedia ada setiap murid mereka dan mengenalpasti sama ada muridnya aktif atau pasif untuk membantu guru merencanakan pendekatan yang sesuai di dalam mengembangkan lagi potensi murid mereka. Selain itu, seorang guru seharusnya mempunyai kemahiran asertif yang tinggi yang boleh membantu seorang guru itu mengawal keseluruhan kelas dan sekaligus melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Anda mungkin juga menyukai